Pi checkup kat klinik gomen semalam.
Hb i turun lagi lah pulak. 10.8 saje. Dah nurse tu tanya makan vitamin tak?
Sebulan lepas diorang tak bagi dah vitamin. 2 minggu lepas ada lah bagi asid folik. Nurse tu kata jaga dari pemakanan je. Aku semua benda pun aku makan selagi boleh ni. Berat pun dah naik 69kg haaaa...
Beratnya lah kan. Ades.... Lepas bersalin haruslah kena jaga. Badan dah bulat macam di pam-pam.
Patut lah aku asek pening-pening je. Darah dalam badan tak cukup. Hari tu dah ok lepas tu turun balik. Saje je main-main.
Ni pulak baru dapat tau diorang nak buat discussion pasal kerja. Tempat tak tau lagi kat Nogori 9 ke kat Selangor. Tapi tarikh dia 17-19hb Julai. Larat ke aku nak pi ni ek?
Sekarang ni dah lah asek sakit je sekali kena karate dengan budak kecik dalam perut ni. Baru tengah menaip tadi dok tahan senak. Adoi lah. Dia siku aku kot. Huhuhu...
Macam mana aku nak pi discussion tu kalau macam ni? Cuba bagitau aku. *padahal malas gila nak pi*
Dengan meeting berlambak time aku dah dekat nak bersalin ni. Sana meeting. Sinun meeting. Diorang ni tak penat ke asek meeting. Meeting pulak balik-balik bincang benda yang sama.
Makan-makan time meeting aje lah yang syorga pada aku ni. Huahuahaua... Lain-lain tak sukeeeeeee!!!!
No comments:
Post a Comment