SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, July 14, 2009

Aku qada'kan cerita 4 hari

Mata dah berpinar. Tambah bonus untuk jadi pemalas adalah mengantuk.


Sakit mata lah tengok nombor banyak-banyak ni. Dah lah data dalam sistem ni macam sakai je.


Untuk mengelakkan mengantuk mari kita mengupdate blog. Hahahaha! *gelak jahat*


Ok, aku nak cerita apa aku buat sepanjang aku cuti dari Khamis sampai lah Ahad. Cerita basi pun aku nak cerita jugak.



KHAMIS

Aku buat apa ek hari Khamis. Hmmm...

Pagi-pagi buta *pukul berapa ntah aku tak ingat* bangun pi amik Abang Misai di stesen bas.

Lepas tu hantar adik aku pi kerja. Pukul 9.50 pi Perodua servis centre macam aku story dalam entry sebelum ni. Disebabkan hampagas yang amat kami blah dari situ sambil mengutuk Service Advisor itu. Nguahahaha!

Malas nak pi jalan-jalan kitorang balik lepak kat rumah.

Dok masak-masak ayam kukus yang dah perap dari malam semalamnya. Makin sedap pulak aku rasa. *puji diri sendiri tak hengat* Abang Misai masa tu tido tak sedar diri sebab penat naik bas buruk yang macam nak reban.

Lepas makan-makan dok melepak dalam rumah. Petang tu amik adik aku balik kerja. Balik rumah balik. Memang hari Khamis adalah sesi menghabiskan masa dekat rumah ye.

Malam tu housemate aku ajak pi tengok Ice Age 3. Aku sudah sangat tak larat. Dalam pukul 9 aku dah tebabo atas katil. Abang Misai pun layan diri sendiri je. Tengok Keliwon pun sorang-sorang. *sian laki aku*



JUMAAT

Pagi-pagi bangun masak nasi goreng. Adik aku dari UiTM Melaka datang. Adik aku yang stay dengan aku cuti jugak tapi pagi-pagi buta dah lesap pi mana ntah. Sakan berjalan minah ni.

Lepas makan-makan nasi goreng tu pi pasar lah pulak kan. Nak beli barang basah mau masak-masak. Aku pun tak tau nak masak apa masa tu.

Sampai pasar terus menonong ke tempat ikan. Aku tanya laki aku dia nak makan apa dia kata tak kisah. Tapi bila aku amik ikan bawal dia buat muka toya lak. Huhuhu...

Sudahnya aku amik ketam. Hamik kau. Aku tau dia suka makan ketam. Tapi bini dia ni tak berapa nak makan semenjak kulit aku ni tiba-tiba allergic dengan ketam sampai naik bintat-bintat. Aku terus suruh orang pasar tu je potong. Senang cerita. *sebab aku tak reti nak siang ketam sebenarnya*

Ahahaha.. membocorkan rahsia sendiri. Iyeeee... Aku memang tak reti. Nak bersihkan ketam tu pun siap sms kakak aku. Lepas tu mms pulak adik aku. Apa jadah. Ahahahaha! Tapi aku mengaku oke.

Ketam buat masak lomak cili api tapi tak pedas. Laki aku la komplen macam tu. Aku asal boleh makan sudah.

Petang lepas Abang Misai pi solat Jumaat n makan kitorang gerak ke Bukit Raja. Angkut adik aku sekali. Tengok Ice Age 3. Ohohoho... Sangat lawak. Aku sukeeeeee.... Kalau boleh nak gelak guling-guling dalam panggung. Aku rasa aku orang paling kuat gelak kot. Huahuahaua!

Lepas tengok Ice Age 3 terus balik rumah. Malam tu makan telur goreng aje. Adik aku dari Puncak Alam pun ada. Housemate aku masing-masing balik kampung.

Macam biasa aku tido awal. Huhuhu... Dah laki aku pun ikut tido awal jugak.



SABTU

Breakfast di luar. Malas mau masak. Hehehe... Tapi breakfast kat pasar lah. Pi beli barang nak masak sekali. Adik aku jadi chef di hari Sabtu. Aku gantung kuali. Malas tahap cipan.

Tengahari makan nasi lauk sambal sotong, ikan kerisi goreng dengan sayur bendi. Aku bila orang lain masak selera memang tahap boleh tambah 3-4 kali. Sedap aje orang masak kan. Hehehe...

Petang tu aku dengan Abang Misai keluar pi jalan-jalan kat Alam Sentral. Macam dah tak ada tempat lain. Saje je menghabiskan masa.

Makan malam di Kedai Kopi tepi tasik. Romantik lah tu kunun. Teringin nak makan Loh Shee Fun bila terbaca dalam blog Ceera. Hahaha... Laki aku kata macam ekor cicak. Heee... Nasib baik aku boleh telan jugak sebab dah teringin sangat-sangat. Ekor cicak pun dia tumpang sekaki gak. Hohoho...

So, hari Sabtu aku tido lewat sikit lah. Sebab balik rumah pun masa tu dah pukul berapa. Balik, tukar baju, tengok tv jap lepas tu selamat. ZZZZZZ....



AHAD

Aku bangun pi mandi adik aku tengah masak mee goreng. Makan-makan mee goreng lepas tu pi hantar Abang Misai pi tunggu bas nak balik kampung.

Sob.. Sob... Bulan depan baru dapat jumpa. Sebab dia nak amik aku balik kampung.

Lepas hantar Abang Misai pulak hantar adik laki aku pi stesen komuter. Dia nak balik Melaka.

Then, ke Puncak Alam. Hantar sorang lagi adik aku balik kolej. Adik aku ramai. Ada 6 orang. 3 orang lagi ada kat kampung.

Balik dari Puncak Alam singgah rumah pakcik aku kat Meru. Lama aku tak pi rumah diorang ni. Sampai-sampai kan dah kena bebel. Huhuhu...

Lepak-lepak, makan-makan lepas tu balik Shah Alam. Jumpa kawan-kawan. Dah plan lama nak jumpa ni. Dapat jugak jumpa kan. Dapat lah korang tengok muka mak buyung tak semenggah ni.

Dapat hadiah juga untuk baby. Nanti kalau anak aku dah keluar aku snap pic dia pakai barang-barang yang korang bagi ni.

Ahad tu kat belakang PKNS ada orang jual buah. Jaki aje aku tengok orang makan durian. Tapi aku malas nak singgah. Pening pulak bau durian banyak-banyak.




Ok, itu saje yang aku buat sepanjang aku cuti. Panjang gila entry. Baca lah kalau rajin ye. Hehehehe....



No comments: