SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, July 28, 2009

Hasil tangkapan di kala stress Sabtu lepas

Aku kan stress Sabtu lepas. *konon-konon stress lah*


Jadinya petang Sabtu tu aku telah membuang masa ke PKNS. Saje tiba-tiba rasa nak makan aiskrim Mc Flurry tu.


Gigih lah berjalan dengan adik-adik aku.


Gerai buah kat belakang PKNS tu tak tutup lagi ek. Semerbak bau durian. Nak aje aku duduk bantai makan durian kat situ. Tapi adekah anda melupakan diri bahawa anda sedang preggy. Tak buleh makan deghoyan banyak-banyak. Isk.. Isk... *terliur*


Yang kawan adik aku bagi aku makan 2-3 ulas pun subuh-subuh buta aku dah bersilat dalam jamban. Sakit gile perut aku.


Hasil tangkapan di kala stress adalah....


Novel Biarlah YM Berbicara. Aku abes baca 1 hari je. Heheh...



Aku beli kat MPH SACC Mall. Asal kejadian pi sana nak cari buku ledger. Alah, buku debit credit kira duit tu lah.


Aku dah berazam *berkobar-kobar ni* nak buat kira-kira apa yang aku belanja setiap hari. Bukan lah nak jadi kedekut. Tapi sebab aku pelik tiap kali dapat gaji duit di dalam bank pasti akan menipis tanpa diketahui hala tujunya.


Lepas tu tengah bulan meroyan tak ada duit. Nak saving macam mana lah tu?


Tapi tak jumpa pulak buku kira duit tu kat MPH. Jadi dah alang-alang aku pon melilau lah.


Kebetulan terjumpa pulak novel kat atas tu. Lama dah aku cari. Sebelum ni aku ada baca online tapi tak sempat habis dah diorang bukukan.


Saje lah untuk merehatkan otak. RM20 harganya.


Lepas ke kedai buku menyinggah pulak ke kedai yang jual 1 barang 5 hengget. Banyak lah barang comey-comey kat situ.


Aku nak cari barang buat hadiah kat staff aku 2 orang sebab diorang lulus exam. Nak belanja makan hari tu aku dah belanja KFC ramai-ramai.


Barang yang aku beli buat hadiah tak sempat nak snap gambo. Adik aku dengan teruja dah tolong balut. Huhuhu...


Tapi jumpa pulak ni haaa....





Kan dah menambah koleksi hijau adik aku. Dia suka kaler hijau. Lepas tu ada pulak kan iras-iras menatang alah yang 2 ekor kat rumah tu.


Aku panggil tabung tu Karem Super Jr. Hohohoh...


Sangat suka adik aku ye.


Tapi buku kira-kira aku tak jumpa jugok.


Last-last jumpa kat kedai buku Marwilis kat PKNS. Harga Rm1.20 aje.


Hehehehe... Lepas ni hari-hari kerja aku kira duit aje lah.



2 comments:

@e_da said...

lamanya tak jejalan kat PKNS rindu betull la nak g sana...

amiys said...

eida - ni je la port nak jln kat shah alam... ada pesta buku skrg ni...