SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, July 31, 2009

Pau kaya

Semalam dapat makan pau. Besor tu pau tu.



Lagi besor dari tapak tangan aku ni haaa...



Dapat sebab opis ni ada projek dengan company buat pau tu.


Sedap tak sedap pun aku dah bantai sampai habis. Pau kaya.


Err.. Encik... Pau kari ayam takde ke?


Huhuhuhu...


Dah bagi banyak lak cekadak eh... Hahahaha!



Meja sarang tikus

Meja aku amat semak ye.


Semua benda ada atas meja.


Ni pic snap semalam.




Segala mak nenek fail ada atas meja. Yang ada kemajuan untuk hari ni pic cup bubur nasi n planner tu je yang dah kemas. Sebab bubur tu makan semalam kan.


Yang lain-lain adalah masih sama.


Gila bersepah betul lah aku ni.


Nota serah tugas pun tak buat lagi ni. Haruslah menggelabah. Huhuhu...


Menggelabah apa benda pun aku tak tau. Macam relax je ni haaa... hikhikhik...


Nak tido sat. Kata pun gomen rehat lama hari Jumaat kan.


Jangan jeles. ^_^





Kejap-kejap sakit

Sakit perut. Lepas tu kan kalau jalan-jalan kejap-kejap sakit kat bawah tu.


Nak beranak ke hape nih?



Sabor lah baby. Jangan keluar dulu. Tunggu balik kampung ek.



Ni karang beranak kat sini siapa lak nak bawak aku pi hospital. Siapa lak nak jaga. Wuwuwuwu...


Serabutkan kepala aku pagi-pagi buta

Hujan lagi pagi-pagi ni. Ingatkan jerebu. Rupanya mendung nak hujan.



Lepas tu pagi-pagi ni jugak lah budak sorang ni dok memekak kat telinga aku. Berapa kali aku nak cakap lah. Dok ulang benda yang sama. Tak faham-faham ke? Nak aku bagi pitching naik baru faham.



Aku dah lah banyak kerja nak settle ni.



Lagi sekali kau datang tanya benda yang sama memang lah darah aku ni mendidih sampai kepala ok.



Thursday, July 30, 2009

Keterlupaan yang kronik

Apesal lah semua benda pun aku nak lupa sekarang ni ek.


Tengahari tadi time nak pi solat aku lupa something. Masa tu dah sampai depan surau dah.


Rasa muka dengan tangan semua dah wuduk. Apesal macam ada benda tertinggal ni. Aku dok la pikir depan pintu surau tu.


Ya Rabbi!!! Aku lupa nak wudukkan kaki aku. Huhuhuhu... Sampai macam tu sekali tahap keterlupaan aku.


Dah patah balik ke toilet.



Tapi aku bukan nak story pasal tu je.



Aku lapar.. Sob.. Sob.. T_T


Lunch aku ni jek haaa.....


Bubur segera dalam cawan



Sadis tak... Semua sebab bekal tertinggal. Lepas tu tak ada siapa yang nak keluar nak kirim beli makanan. Aku dah tak larat nak jalan. Kedai jauh. Kena drive. Lagi lah malas kan.


Aku agak jakun masa makan benda alah ni. Sebab aku tak pernah makan bubur dalam cawan. Meggi selalu lah.


Bukak-bukak je aku dah confuse.


Ni bubur ke polisterine hancur?


Belum taruk air panas maka rupanya begini



Rupa bentuk sebijik macam polisterine yang dah kena hancurkan tu ek. Aku ni dah kena tipu ke????


Aku tanya adik aku. Sebab dia yang suka makan bubur cawan ni. Adik aku kata memang lah rupa dia macam tu. Takkan nak taruk beras pulak. Itu kan bertih beras. Kalau taruk beras bila tahun lah nak jadi bubur setakat guna air panas.


Hohohoh... Mana lah saya tau. Tak pernah makan maaaa....


Dah letak air panas n gaul-gaul dengan perisa



Rasa dia boleh lah.... Setakat nak buat alas perut.


Tapi aku masih kebuluran. Hukhuk....


Balik ni nak makan apa ek?



Sangat lah pelupa

Pagi-pagi dah rasa nak ketuk diri sendiri. Dush! Dush!



Sebab apa?



Ok... Aku nak bawak bekal ke opis pagi tadi. Sebab adik aku dah masak. Dia puasa hari ni. Ala, bekal orang bujang je. *bujang lagi ke? nguahaha*



Nasi lauk ikan bilis goreng kicap dengan telur dadar.



Dah siap-siap letak dalam bekas ni.



Sampai opis baru perasan bekal tertinggal kat rumah. WHY??????



Ah... Apa aku nak makan tengahari ni???



Wednesday, July 29, 2009

Pakcik yang emosi

Sangat hampeh hari ni.


Tiba-tiba kena marah dengan sorang pakcik ni. Ades laaa....


Biasa lah kan. Kalau pasal duit semua orang naik angin. Pakcik ni pulak dok tuntut apa ntah yang aku tak handle. Tapi sebab tak ada siapa-siapa lagi yang tinggal kat seksyen aku jadi terpaksa lah aku melayan sebab dia dah macam orang gila meroyan tengking-tengking orang kat receptionist tu.


Aku dah explain officer yang handle tu tengah meeting. Adakah tak nak dengar.


Isk.. Isk...


Sakit terus kepala aku. Nasib baik lah dia tengok perut aku ni suara jadi slow sikit. Itu pun time ada orang call dia punya lah dia marah-marah.


Emosi sungguh lah pakcik ni.



Malasnya beta

Aku ada report nak kena siapkan.



Tapi aku adalah amat malas hari ini.



Boleh tak kalau aku tak nak buat? Arrrr.....



Poco-poco di petang Rabu

Oh.. pagi-pagi ni sudah hujan lor...



Hujan time dah masuk kereta nak pi kerja. Masa tu baru perasan tak ada payung dalam kereta. Huhuhu.... Sampai opis dah kena redah hujan. Nasib baik tempat parking depan opis je.



Hari ni nak kena busy body kan diri. Semalam itu bos sudah kasi pesanan penaja panjang lebar dalam meeting. Dari pukul 2.30 meeting sampai time nak balik. Isu tak besar mana pun. Saje je nak abeskan masa.



Oh.. Oh.. Petang ni opis saye akan membuat aktiviti poco-poco. Bukan pocong tau. Ntah apa mimpi kelab sukan dan kebajikan ni. Tiba-tiba lak nak buat poco-poco. Dia perasan orang-orang dalam opis ni makin mengembang kot.



Semua jadi pemalas dah nak bangun pi sana sini. Dok melangut kat meja je. Apa-apa hal calling-calling jek. Pasal jauh benor nak pi seksyen lain. Dulu boleh lah nak main laung-laung jek. Masa tu opis sekangkang kera. Sekarang dah sekangkang kingkong.



Tapi pasti lah beta tak akan join. Tolong tengok aje lah orang gedik-gedik joget poco-poco. Aku ikut karang ada yang terberanak kat situ. Huhuhu....



Kalau tak pun buleh aku balik awal kan. Mesti tak ada orang perasan. Heheheh! *sudah pasang niat jahat*



Wokey bebeh.. I nak ke toilet. Sakit perut pulok....




Tuesday, July 28, 2009

Hasil tangkapan di kala stress Sabtu lepas

Aku kan stress Sabtu lepas. *konon-konon stress lah*


Jadinya petang Sabtu tu aku telah membuang masa ke PKNS. Saje tiba-tiba rasa nak makan aiskrim Mc Flurry tu.


Gigih lah berjalan dengan adik-adik aku.


Gerai buah kat belakang PKNS tu tak tutup lagi ek. Semerbak bau durian. Nak aje aku duduk bantai makan durian kat situ. Tapi adekah anda melupakan diri bahawa anda sedang preggy. Tak buleh makan deghoyan banyak-banyak. Isk.. Isk... *terliur*


Yang kawan adik aku bagi aku makan 2-3 ulas pun subuh-subuh buta aku dah bersilat dalam jamban. Sakit gile perut aku.


Hasil tangkapan di kala stress adalah....


Novel Biarlah YM Berbicara. Aku abes baca 1 hari je. Heheh...



Aku beli kat MPH SACC Mall. Asal kejadian pi sana nak cari buku ledger. Alah, buku debit credit kira duit tu lah.


Aku dah berazam *berkobar-kobar ni* nak buat kira-kira apa yang aku belanja setiap hari. Bukan lah nak jadi kedekut. Tapi sebab aku pelik tiap kali dapat gaji duit di dalam bank pasti akan menipis tanpa diketahui hala tujunya.


Lepas tu tengah bulan meroyan tak ada duit. Nak saving macam mana lah tu?


Tapi tak jumpa pulak buku kira duit tu kat MPH. Jadi dah alang-alang aku pon melilau lah.


Kebetulan terjumpa pulak novel kat atas tu. Lama dah aku cari. Sebelum ni aku ada baca online tapi tak sempat habis dah diorang bukukan.


Saje lah untuk merehatkan otak. RM20 harganya.


Lepas ke kedai buku menyinggah pulak ke kedai yang jual 1 barang 5 hengget. Banyak lah barang comey-comey kat situ.


Aku nak cari barang buat hadiah kat staff aku 2 orang sebab diorang lulus exam. Nak belanja makan hari tu aku dah belanja KFC ramai-ramai.


Barang yang aku beli buat hadiah tak sempat nak snap gambo. Adik aku dengan teruja dah tolong balut. Huhuhu...


Tapi jumpa pulak ni haaa....





Kan dah menambah koleksi hijau adik aku. Dia suka kaler hijau. Lepas tu ada pulak kan iras-iras menatang alah yang 2 ekor kat rumah tu.


Aku panggil tabung tu Karem Super Jr. Hohohoh...


Sangat suka adik aku ye.


Tapi buku kira-kira aku tak jumpa jugok.


Last-last jumpa kat kedai buku Marwilis kat PKNS. Harga Rm1.20 aje.


Hehehehe... Lepas ni hari-hari kerja aku kira duit aje lah.



Mood negatif

Aku kat opis. Mood kerja adalah zero. Bukan zero lagi. Negatif dah aku rasa.


Sakit perut di pagi-pagi hari. Dah berapa hari aku tak memerut ni.


Pulak tu tangan kanan aku sakit. Aku pun tak tau apesal. Aku tido hempap tangan sendiri ke hape semalam ek? Memang tak sedar apa dah.


Hari ni aku mula-mula ingat nak MC. Memang sungguh-sungguh lah niat jahat kan. Tapi bila pikir-pikir balik malas lah.


Tak apa. Biar lah orang nak buat kita macam tu. Jangan kita buat kat orang. Huhuhu.. Macam baik bebenor aku ni.


Semalam memang aku tak tau apa hangin timbalan aku tu. Memang sangat menyakitkan hati ok. Dia suruh aku panggil meeting lepas tu dia tak nak chair.


Aku pun macam, What The Fish???!!!


Dah kau yang suruh panggil meeting tiba-tiba kau tak nak chair. Abes tu nak suruh aku. Aku ni kuli batak je wahai encik bos.


Lagi pun bukan aku yang kalut nak bermeeting bagai. Motif nak meeting pun aku tak tau. Ntah apa nak bincang. Asal bos sms je mula lah kekalutan timbalan aku tu.


Aku rasa semalam dia gaduh dengan bini dia lah. Jangan hari ni timbalan aku buat onar tak datang opis sudah. Memang aku blah balik je tengahari karang.


Dah ni perkhabaran baru pulak dari PA bos aku. Bos nak jumpa pukul 2.30. Time tu pulak dah set up meeting yang timbalan aku buat kalut semalam.


Nak suruh aku kerat 2 badan aku ni pulak ke?



Saturday, July 25, 2009

Tekanan di hari cuti

Hari ni cuaca panas betul kan. Time tido petang tadi berpeluh-peluh. Nak tido pun rasa tak best je.


Hmmm... Ok, sebenarnya aku dalam tekanan ni.


Time aku tengah relax-relax petang tadi. Tengah syok tido masuk lah 1 sms.


Dari bos aku ye.


'T* *** ** tk happy senarai ****...tindakan segera meeting pasal ni ari Isnin..'


Apekah???


Perlu ke menghantar sms time weekend. N aku nak rehat-rehat. Dah lah lately ni aku asek rasa sesak nafas je.


Bos aku kat Johor. Ada meeting dengan semua branch 1 Malaysia dekat sana dengan bos besar.


Isnin ni pulak aku ada check up dekat klinik gomen. Alahai...


Benda yang bos besar tak happy tu pulak libatkan semua branch 1 Malaysia ni. Bos aku ni pulak jenis semua nak nampak kitorang ni advance dari negeri lain.


Tapi yang semaknya kepala otak aku lah.


Yang aku nyampah benda alah yang kitorang buat ni macam tak nampak hasil ok. Benda tak buat kajian apa benda terus jalan. Masa aku mula-mula masuk kerja benda ni adalah amat baru.


Dengan tak ada experiencenya. Dengan sistem yang dibuat adalah amat syok sendiri dan amat tak user friendly. Nak update 1 borang pun amik masa lebih sejam.


Expectation pulak nak melampau-lampau.


Cuba diorang buat sendiri. Mesti rasa nak bakar je PC.



Friday, July 24, 2009

Siput dengan kura-kura

Sakit belakang... Ngantuk pulak lagi tu... Padahal dah tido setengah jam tadi. Siap meleleh air liur basi. Wakakaka.. Busuk betul!


Mengantuk tu bukan apa. Macam dengar ceramah tadi lah. Ustaz tu kata. Penyebab mengantuk bukan lah nasi lemak. Hehehe... Tapi....


Syaitonirrojim yang dok bertenggek kat leher tu. Dok bergayut-gayut anak beranak setan. Hoh! Masa dengar tu baru tau.


Patut lah bila ada kerja je mula lah mata ni sayup-sayup je. Setan lah tu. Dok kipas-kipas belakang tengkuk tu. Wawawa...


Ni tengah buat kerja sebenarnya. Tapi nak update 1 borang bertahun amik masa. Dah lah banyak. Ini pun update dalam sistem guna broadband sendiri. Nak harap guna server opis.


Alamat tak berupdate lah borang-borang ni. Lombap ngalahkan siput.


Ada kawan aku cerita hari tu. Pasal siput dengan kura-kura. Timbul kisah cik siput dengan kura-kura ni sebab bos dia mengamuk kat staf dia. So bos dia tanya lah,


'Pada awak lah, antara siput dengan kura-kura yang mana lagi laju?'


Owh... Dengan confidentnya staf kawan aku jawab dengan muka tak bersalah,


'Siput lah lagi laju.'


Pap! Kawan aku dah tepuk dahi. Malunya lah. Bos dia daripada nak marah dah sengih-sengih.


Agak-agak korang kalau korang gabra apa lah jawapan korang ek?



Opisku ada momok.... Eeeeee.......

Lambat aku update hari ni.


Pagi-pagi lepas datang dah kena turun bilik meeting. Tapi tak ada meeting pun. Ada majlis bicara ilmu. Konsep macam Al-Kulliyah gitu. *insaf*


So, pasti lah dengar ceramah agama. Bagus bos aku ni. Rajin buat bicara ilmu sekarang.


Ustaz yang bagi ceramah pun best jugak. Memang tak bosan lah. Siap record guna hp lagi.


Oh... Opis gempar sikit hari ni. Nak tau kenapa?


Ada sorang staf kena kacau momok... Heeeeeee.... Takoootttt....


Ala, momok.... Yang ala-ala keliwon tu. Senang cerita hantu lah pada yang tak faham tu.


Hari ni budak tu terus tak datang kerja ye. Time dia kena semalam tu diorang yang ada kat opis cerita dalam pukul 6 lebih. Nak dekat-dekat maghrib dah.


Aku pun dengar pasang-pasang telinga gitu je. Tak tau sangat cerita lagi detail.


Waahhh.. Seram.. Seram...


Ni yang buat semangat aku nak balik kerja awal makin berkobar-kobar ni. *cari alasan je.huhuhu.*


Tak nak stayback sampai malam dah lepas ni.


Ok, aku nak tido sat. Adik aku dengan selamba katak dah tido kat kerusi dalam bilik ni. Huhuhu...



Thursday, July 23, 2009

Baby lapar... Mak baby pun....

Aku adalah amat lapar...


Makan roti gardenia je buat alas perut ni.


Sobab eh tak ada siapa nak keluar untuk aku kirim beli makan. Semua orang ada meeting. So diorang menyental makanan time meeting.


Aku malas lah nak selit-selit kat meeting orang. Lagi-lagi nak tumpang makan.


Ada lah stok maggi tapi rasa macam dah banyak kali pulak aku makan maggi. Kesian baby lapar.


Hmmm... Cepat lah time balik ni... Nak pi beli nasik....


Moh kenalan dengan menatang hijau nama Karem


Hiiii!!! Saya KAREM.


Nama menatang ni Karem. Karem adalah bukan hak milik aku. Tapi menatang yang dah penyek n warna dah hijau berkepam ni adik aku punya. Dia dapat hadiah dari abah masa konvo.


Ooo.. Correction. Bukan abah bagi. Abah bagi bunga. Kakak aku bagi. Hangen-hangen je dia baca blog ni tadi. Muakakaka! Sowi lah yong. Mano den tau.


Jeles ok. Aku dapat bunga je. Dia dapat Karem plus bunga.


Karem adalah menjadi feveret kat rumah untuk digomol dan dihenyak-henyak time tengok tv. Tu yang benang kat hidung semua dah abes tercabut.


N semalam masa jalan-jalan kat pasar malam adik aku dah terjumpa dengan kawan Karem.


Saya lah KAREM Jr.



Yeee.... Itu lah kawan Karem. Aku panggil dia Karem Jr. Muahahaha!


Flip flap tu harga dia RM13. Sebab agak besor. Harga betul RM15 tapi dapat diskaun 2 hengget.


Sanggup ok beli Karem Jr walaupun duit dalam wallet adalah tipis.


Tapi kalau menatang hijau yang lembik tu kasi yang real punya pasti lah kami akan mencicit lari. Heeeeee...


Tak mau lah aku. Sebab ada pengalaman ngeri dengan menatang hijau itu ok.


Nak tau macam mana dapat nama Karem tu?


Ilham dari tengok video katak pakai helmet tak pakai seluar yang dok merempit tu. Dalam iklan ringtone kat tv pun pernah ada.


So KAREM itu maksudnya KAtak REMpit.


Ahahahaha!



Nasi ambeng sedap..... :p~

Cuba teka apekah ini?






Pada sesiapa yang tak pernah makan itu lah nasi ambeng.


Kan aku dok mengidam nak makan benda alah ni minggu lepas. So, semalam dengan penuh semangat ke pasar malam cari nasi ambeng.


Dasat makcik yang jual ni. Siap ada blog. Tapi aku lupa lak add blog dia. Nanti kalau aku menyinggah lagi aku tepek add dia kat sini.


Kejawaan sungguh aku semalam. Hahahaha...


Ayam yang aku amik tu pun masak ungkep. Masakan jawa gak lah. Ada je masak kicap tapi nak jugak ungkep tu.


Sedap... Abes aku sorang je makan. Hehehe...



Tokoh ibu mithali

Tengok pic ni.




Ada tokoh tak jadi ibu mithali? Hehehe...


Itu bukan aku lah. Adik aku tu. Kat klinik hari Isnin lepas.


Adik aku tengah pujuk budak tu pasal dia merengek-rengek nak tido tapi tak boleh tido.


Budak kecik tu anak siapa memang tak tau lah. Tapi nama budak tu Adam. Budak kecik tu datang untuk check up gak. Ala, check up budak-budak. Adam dibawak oleh Mak Tok dia coz mak dia kerja.


Sangat comel budak kecik itu.


Geram sungguh aku tengok. Rasa nak geget-geget. Huhuhu...



Wednesday, July 22, 2009

Baru balik meeting...

Ok, i dah balik dari meeting.


Tapi masa dalam meeting room terus pening kepala. Hoooo.... Tensi woo nak jawab soalan cepumas.


Ni dah balik opis pulak tiba-tiba ada emel urgent. Nak kena hantar ke HQ by 12 noon hari ni. Tapi aku sampai opis dah pukul 2. Apa cerita?


Gatai pungkoq lah diorang ni. Dah lah orang yang dok handle benda alah tu dah 3 hari tak datang. 2 hari lepas MC, hari ni dia ada hal kat Putrajaya lak.


Dah kat mana aku nak korek minit mesyuarat nak hantar ke HQ ni. Kambingan sungguh.


Lepas tu lambak semua kat aku. Aku MC seminggu karang. Haaa... berterabur lah kau nak cari pasal kerja aku pulak. Hahahaha!


Takpe.. Takpe... Tak lama lagi je aku cuti. Early next month. Nasib lah korang. Muahahahaa! *gelak yang amat jahat*


Aku nak balas emel jap. Nanti aku sambung lain. Bos bebel karang terkeluar gegendang telinga. Huuuuuuu....



Tuesday, July 21, 2009

Tak puas hati buat sendiri!

Hmmm...


Tak puas hati ek. Dah lah mintak last minit. Lepas tu sibuk pulak tak puas hati.


Bukan nak bagitau depan-depan.


Kalau tak puas hati sangat buat sendiri. Jangan nak susahkan orang lain.


Ingat senang kot.


Malas aku nak layan.


Macam milkshake tapi bukan

Kepala weng-weng nih.


Sebab aku minum Biodex. Dah lama aku tak minum ni sebab pada aku benda tu tak sedap. Huhuhu... *ada ke ubat yang sedap*


Kaler hijau n buih-buih macam kan milkshake.. Tapi rasa amat saye x sukeeee....





Bila darah dah kurang ni baru lah terhegeh-hegeh ingat aku ada beli benda alah mahal ni. Banyak sachet lagi yang aku tak bancuh.


Kalau nak minum je mesti aku tutup hidung. Waaahhhh!!! Baunya amat menyengat.


Ni apesal pulak Celcom broadband aku tak boleh guna ntah. Aku nak buat kerja pun susah sebab server kat opis ni sengal yang amat. Adekah sebab hujan maka coveragenya menjadi amat mangkuk?


Nak kata aku tak bayar aku bayar je. Isk... Apekah cuba mencabar kesabaran aku.


Wuwuwuwu... Sangat pening lor.


Darahku makin kurang???

Semalam i pi check up kat klinik gomen. Appointment pukul 3 petang.


Sampai klinik je tengok kereta bersusun punya lah banyak. Apesal ek ramai sangat orang semalam.


Macam biasa lah. 3.30 kot baru panggil untuk amik berat. Lepas tu lagi setengah jam amik BP lak. Pi lab check darah n urine.


Hb makin turun pulok. 10.0 saje. Maksudnya tu aku kurang darah. Huuuuu....


Dah tak pasal-pasal aku dapat ubat berkoyan-koyan dari farmasi klinik tu. Dengan ferrous, dengan obimin.


Nak kata tak makan aku sental aje apa ada depan mata selagi boleh masuk dalam perut ni. Sebab apa lah boleh kurang darah ni ek.


Kalau kerja penat sangat boleh ke jadi kurang darah ni. Cecece... Macam busy sangat je statement tu.


Esok pulak dah kena pi Klang. Buat presentation. Aku rasa macam nak buat-buat pitam je. Huhuhu...


Tapi betul lah, badan asek rasa penat n letih je sekarang. Kalau dah baring tu memang jangan harap lah nak bangun balik. Kalau bangun tu hanya kerana mahu ke toilet.


Semalam masa check perut tu nurse tu kata,


'Padat perut awak ni. Baby awak mesti besar ni.'


Hoh, besar?! Wawawa... Berapa kg lah anak aku. Tak pi scan lagi so tak tau lah berapa kg. Tapi masa scan 3D tu pun tengok pipi bukan main montel lagi.


Hehehehe... Ikut siapa lah montel-montel ni. Aku ke?


Hmmm... Hari ni hujan lah pulak. Lebat pulak tu. Time aku dok menaip ni memang tengah hujan. Ada snap pic tapi maleh nak upload.


Semangat lak nak buat kerja time hujan ni. Huhuhu... Sebab bilik tak rasa panas sangat. Aircond ni still aku rasa macam tak function je pun.


Okie dokie. I nak buat kerja sat.



Monday, July 20, 2009

Saya mau hadiah.. Ngeeee....

Ok, ni namanya gatai pungkoq nak join jugak. Hahahaha...


Pi jalan-jalan kat blog Zie Fauzi tadi. Jumpa blog Mama_Uzma ini... Nak hadiah jugokkkkk.... Ngeeeee....


Maka, syarat-syaratnya ialah,

1. Add blog MamA_Uzma di bloglist anda dan menjadi FOLLOWER Mama_Uzma

2. upload GAMBAR (pic hadiah gedik2 kaler kuning) letakkan disidebar kiri blog anda

3. Tinggalkan KOMEN DI ENTRY Mama_Uzma....No cabutan akan di beritahu...


Ahahaha... Maka mak buyung yang sarat ini mau mencuba juga. Siapa-siapa nak try sila berkunjung ke blog Mama_Uzma ye.


Tarikh tutup 22 Julai 2009 pukul 5 petang.


Sila.. Sila beramai-ramai kita rebut hadiah.


Huuuu... Kalau pasal hadiah nombor 1. Ngehehe...



Kerana telur dadar... ^_^

Huiii... panas macam dok dalam microwave.


Aircond kat opis ni rosak ke hape ntah. Berpeluh ketiak-ketiak dah ni. Pakai deodorant sebotol kalau dah berpeluh penuh sebaldi pasti lah masam jua. Hohohoh...


Aku online guna broadband ye. Server opis adalah lembap tahap rasa nak pi masuk bilik server pastu siram air biar rosak terus. Tapi sebab depan bilik server ada cctv maka niat jahat itu terpaksa dicancel saje.


Mood untuk buat kerja bila suhu adalah panas pasti lah tidak di kadar optimum. *guna ayat matematik tu*


Aku banyak kerja ni. Tapi buat-buat macam tak ada kerja. Boleh gitu?


Sebenarnya nak cerita pasal breakfast kat hotel semalam. Hehehe...


Semalam time breakfast lepas amik makanan aku teringin lah nak makan telur. Pi lah suruh adik aku mintakkan dekat egg counter. Diorang akan masak time kita mintak tu.


Aku teringin nak makan telur dadar. Mat salih kan panggil omelette. Adik aku pun pi lah mintak kat tukang masak tu.


Maybe dia tak dengar kot adik aku kata omelette. So, dia tanya lagi sekali. Adik aku pun jawab lah,


'Telur dadar 1 bang.'


Adekah brader tukang masak tu senyum-senyum kambing lepas tu tanya lagi,


'Omelette ke telur dadar?'


Adik aku yang dah bengang ni kata lah,


'Sama lah tu. Omelette tu bahasa orang putih. Telur dadar bahasa melayu.'


N brader tu pulak kata,


'Mana sama dik.'


Dan pagi itu adik aku dah menjadi bahan gelak kepada tukang masak itu dan kawan-kawannya ye. Sampai semua handai taulan dia bagitau.


Aku mula-mula pelik lah apesal lah mamat-mamat tu tengok aku dengan adik aku sambil tersengih-sengih. Rupa-rupanya sebab telur dadar. Huahuahaua...


Kesian adik aku kan.


Aku pesan kat adik aku lepas ni kalau diorang buat lawak bangang macam tu lagi cakaplah 'Bahasa Jiwa Bangsa'. Kalau tak cukup nyanyi sekali lagu,

"Gunakan lah bahasa kebangsaan kita, Marilah gunakan ramai-ramai..."


Nyanyi harus penuh dengan semangat patriotik biar brader-brader senget tu malu sendiri. Huahuahaua...


Dengan itu adik aku telah bersumpah tak nak order lagi telur dadar kalau pi hotel. Wakakakaka...



Geram di pagi hari

Ikutkan hati malas nak mati nak pi kerja hari ni.


Sebabnya dek kerana meeting yang ntah apa-apa tu kerja aku dah bertambah berganda-ganda. Macam tooottt!!!


Aku malas lah nak cakap banyak kan. Setakat nak update data-data segala tu no problemo pada aku. Tapi sampai ID kau pun kau lambak kat aku tanpa diminta adakah sebenarnya mintak penyepak?


Arrr.... Pulak tu dah tau aku ni bakal nak meletop ada pulak lagi cakap,


'Hujung bulan ni straight seminggu kita buat data cleaning.'


Hello.... Kau ingat senang nak buat benda alah tu. Kalau server kat opis ni adalah super duper laju aku tak kisah cik adik. Tapi nak loading 1 page pun aku sempat berjalan pi minum air, makan roti 2-3 keping, pi toilet kencing berak segala macam mana kau nak buat data cleaning?


Aku cleankan kepala otak kau baru tau. Cakap senang lah. Kau tak pernah bukak sistem ni. ID pun baru kelmarin orang buatkan. Tempeleng karang, nak?


Aku dah lah tak cukup rehat ni. Macam-macam nak kena settle sebelum pi cuti. Yang kau nak tambah lak benda-benda budus lagi bangang ni kat kepala otak aku.


Kau pulak dalam meeting tu boleh sesedap rasa berchatting dalam FB segala.


Haaa... Kan aku dah geram pagi-pagi hari.



Saturday, July 18, 2009

Bosan sungguh

Dalam bilik hotel. Amat bosan. Perut aku sakit pasal duduk lama-lama dalam bilik meeting tu.


Aku memang tengah bosan tahap gaban dah ni. Kalau tak tak ada lah pagi-pagi buta nak online update blog.


Gambo bilik malas nak snap. Sebab bersepah macam tongkang pecah lapan.


Dapat bilik sorang 1. So, angkut adik aku lah. Standby kot tiba-tiba tengah malam aku sakit-sakit ke.


Tangan aku ni terseliuh lah pulak. Dah 2 hari sebenarnya. Tapi makin hari makin sakit. Apa aku buat ntah hari tu.


Hari ni meeting start pukul 8.30. Confirm lah aku kejap-kejap keluar jalan-jalan betulkan pinggang yang sakit.


Eeee... Bosanlah!



Friday, July 17, 2009

Migrain laaa...

Baru abes meeting. Kepala dah berpusing-pusing. Kejap lagi nak pi hotel Blue Wave lak. Meeting kat sana.


Pagi tadi konon je dalam agenda start 8.30. Tapi 9.20 baru lah start. Abes pulak dalam pukul 12.30. Memang nenong lah kepala otak. Tiba-tiba rasa macam migrain.


Tekanan betul...



Hari ni, esok dan lusa aku ada meeting dari pagi sampai tengah malam...

Awal aku sampai opis hari ni. Baru pukul 7.15 dah terpacak depan pintu. Tapi still tak boleh nak masuk sebab tak ada kunci.


Dok menganga kat luar sampai 7.30 baru lah ada yang sampai bawak kunci.


Pagi-pagi ni pulak bibir aku berdarah. Kering sangat kot. Pecah lah jadinya. Isk.. Nak snap pic malas sebab dalam opis ni asal snap pic je muka aku jadi kuning. Macam orang demam kuning pulak. Apesal ntah. Misteri nusantara betul.


Pukul 8.30 jap lagi ada meeting. Lepas meeting ada meeting lagi.


Esok meeting.


Lusa meeting.


Lama-lama aku pengsan sebab meeting.


1 je aku suka bila meeting sebab makan free maka duit adalah selamat dari dibelanjakan.


Ades... Sakit perut pulak. Toilet sudah memanggil.


Tengok lah. Esok lusa kalau ada masa sempat nak update aku update.


Kalau tak tu maknanya aku dah mengalami tahap gila meeting sampai tak menghiraukan keadaan sekeliling. Huhuhu...





Thursday, July 16, 2009

Lapar memanjang...

Pagi tadi lapar. Tapi aku makan roti canai sekeping je. Itu pun pesan kat orang tolong belikan.


Aku nak cicah dengan kari tapi adik aku lupa nak pesan. Cicah dengan kuah dal jugak leee...




Tengah buat-buat kerja lak tiba-tiba server jadi lembap. Kalau lumba lari dengan siput pun mesti siput menang. Apahal ntah. Dah lah kerja aku ni memang depend pada server. Kalau dah macam siput apekah hasilnya??


Jadi mood malas terus naik sampai ke kepala.


Bila dah malas aku memang jangan harap lah nak siapkan kerja.


Nasib baik bawak broadband. So, apa lagi. Cucuk broadband n sila sambung kerja anda. Hohoho...



Lunch aku adalah ini.






Sampai tak nampak nasik dalam polisterine tu. Nasi campur aje. Lauk ikan keli goreng cili, sayur apa nama aku pun tak tau sebab macam-macam dia campur n ikan kering sekor.


Air pulak tiba-tiba tekak ni gatal nak minum sirap. Sirap dah mahal ek sekarang. 1 bungkus harga RM 1.30. Huuuu... Aku rasa selalu minum 80 sen je.


Tapi dah teringin redha je lah.


Setelah makan nasi yang penuh 1 polisterine n minum air sirap ketahuilah bahawa aku tengah lapar lagi sekarang. Waaaaa!!!!


Perut aku ni ada berapa? Rasanya 1 je kan.



Air liur dah tak meleleh lagi

Pagi-pagi dah pening...


Semalam tido lambat. Pukul 11 baru buleh tido. Pada aku lambat la tu sebab selalu pukul 9 aku dah selamat tergolek atas katil.


Hari ni mesti bos 'tersayang' asek bertandang ke bilik. Semalam kan dia cuti. Esok ada meeting lak. Mesti dia kalut yang amat. Sampai aku pun jadi kalut sekali.


Semalam aku dah pi pasar malam. Menunaikan hajat di hati nak makan kebab. Sanggup tu. Hehehe...


Pita kebab yang dah ngap separuh



Tak menyempat-nyempat salin baju aku dah ngap kebab ni. Hehehe... Tengah-tengah makan baru lah teringat nak snap pic. Nampak benor gelojohnya. Ahahaha!


Beriyani pun dah ngap separuh baru ingat nak snap. Aku makan nenas tu sikit je. Heeee....



Ni pulak nasi beriyani. Mana cukup aku makan kebab je. Aku kan makan untuk 2 orang. Memang saje-saje mengundang lemak tepu di sana sini. Muakakaka!


Semenjak 2 menjak ni aku jadi kuat makan yang amat. Lapar sepanjang masa. Pi pasar malam semalam tu pun kalau buleh 1 pasar tu aku nak borong.


Nampak pulak ada nasi ambeng. Aisey... Feveret tu. Tapi sebab aku dah beli nasi beriyani dengan kebab maka pujuk lah hati sendiri.


'Nasi ambeng tu mahal. Ayam kecik lak tu.'


Ahahaha... Padahal lepas makan beriyani tu aku macam kebuluran lagi. Tibai pulak cucur udang adik aku. Ngaaaaa....


Kalau tau kebulur mesti aku dah beli nasi ambeng tu. Sangat javanese. Akekeke...




Wednesday, July 15, 2009

Jom ngulor.. Heheh..

Akhirnya... Siap jugak slide yang nak kena present Jumaat ni.


Actually dah lama siap. Tinggal touch up sana sini sikit kasi cun. Hohoh... Nak kena bagi cun jugak lah konon.


Tadi HQ call. Kata esok petang dah boleh check in kat hotel. Hotel sekangkang godzilla je dari rumah aku pun. Malam pun buleh check in.


Lagi pun Jumaat pagi tu idoknye aku datang meeting tu. Aku kena datang meeting kat opis dulu. Encik bos tak nak cancel. Sebab dia kata dah panggil meeting tu dulu. Aku pulak kena present kan. So, ikut aje lah. Bos kan selalu betul *even kadang-kadang tak betul pun*.


Check-check email pulak 7 sampai 9hb Ogos ni ada perjumpaan pulak kat Ayer Keroh Melaka. Dah lah last year pun aku tak pi sebab cuti kenduri kahwin. Ke time tu aku nikah ek. Lupo plak. Tapi yang nyata aku tak pi lah.


Abang Misai kata rugi lah kalau tak pi. Hmmm... Tapi time tu aku dah start nak cuti balik kampung. Nak call lah tanya. Buleh tak angkut laki aku sekali *leh hanimun. wakakaka!*.


Senang kalau tiba-tiba nak terberanak laki i ada. Kalau orang tu kata tak payah lagi best lah kan. Hahaha... Kalau dah dapat excuse pun still jugak kena tulis surat.


Malas betul bab-bab nak taip surat excuse ni. Dah lah kena tunggu surat jemputan rasmi baru buleh bagi surat excuse tu. Try call dulu lah tanya kan. Senang apa-apa hal prepare je.


Aku nak tido sat lah. Bos tak ada boleh lah nak mengulor. Ahahhaha... Kalau tak ada je lalu lalang buat spot check depan bilik ni.


Korang diam-diam tau. Jangan report kat bos. :p




Sebab cerita kebab Benz.. Huhu...

Hari ni keluar rumah lambat. Nasib baik punch card tak merah.


Kena pulak pagi-pagi dah hujan. Pasti lah drive kereta pun slow n steady je. Apa nak kejar laju-laju kan. Punch card nak merah pun pedulik lah. Hahaha... Itu namanya mood malas amat lah champion hari ni.


Sebab dalam blog Benz cerita pasal kebab dah tiba-tiba aku teringin pulak. Huuuu... Ben, kau ni kasi air liur anak aku meleleh lak. *salahkan Ben dengan anak dalam perut padahal ummi yang nak makan.Muahaha*


Tapi takpe... Hari ni hari Rabu kan. Maka petang ni ada pasar malam dekat rumah aku. Pasar malam Seksyen 7. Pasti lah ada orang jual kebab. So, impian akan tertunai petang ni. Lalalala~~ Hatiku riang. :p


Dah lama jugak tak menyinggah ke pasar malam seksyen 7 tu. Nama je dekat dengan rumah. Pasar malam seksyen 6 jarang miss pulak. Apa cerita? Hekhekhek...


Sangat indah dan lazat pic pita kebab tu kan. :p~~

pic from google




Tuesday, July 14, 2009

Alahai.. Meeting... *update*

Ahhh... Bengang!!!


Coklat Cadbury Zip yang aku beli ni masuk angin pulak. Tak rangup. Cis! Cis!


Tapi sebab mahal aku makan lah jugak. Takkan nak buang kan.


Ni tambah lagi satu bengang.


Hmmm... Meeting 17-19 ni yang kata nak buat kat N9 tu tak jadi buat kat sana ek. Diorang tukar venue pulak. Betul-betul dekat di mata *tapi jauh kat hati aku la*.


Nak buat dekat Hotel Grand Blue Wave Shah Alam saje. Alahai.....


Tu memang nak jugak-jugak aku pi lah tu.


Bila tengok agenda macam nak pitam. Huuuuu... Adekah majlis dari 8.30 pagi sampai pukul 12 malam. *pengsan*


Aku ni dah lah sekarang badan cepat letih. Nak tido awal je. Wawawawa!


Boleh tak kalau diorang suruh aku pi jugak aku tak nak masuk yang sesi malam tu.


Dah lah mencuri masa rehat di hari minggu ku... Huhuhu...




*update*

Aku dah kata dah aku kena pi punya. Huwaaaaa!!!!!!!!!!


Baru dapat copy email dari bos aku.


Kenapa lah bos aku ni tak kesian dekat mak buyung yang dah sarat ni? Aku nak rest lah. Wuwuuwuwu....


Ni pun ntah kenapa perut aku sakit mencucuk-cucuk ni. Pi mintak MC boleh tak? *saje nak buat dajal*




Aku qada'kan cerita 4 hari

Mata dah berpinar. Tambah bonus untuk jadi pemalas adalah mengantuk.


Sakit mata lah tengok nombor banyak-banyak ni. Dah lah data dalam sistem ni macam sakai je.


Untuk mengelakkan mengantuk mari kita mengupdate blog. Hahahaha! *gelak jahat*


Ok, aku nak cerita apa aku buat sepanjang aku cuti dari Khamis sampai lah Ahad. Cerita basi pun aku nak cerita jugak.



KHAMIS

Aku buat apa ek hari Khamis. Hmmm...

Pagi-pagi buta *pukul berapa ntah aku tak ingat* bangun pi amik Abang Misai di stesen bas.

Lepas tu hantar adik aku pi kerja. Pukul 9.50 pi Perodua servis centre macam aku story dalam entry sebelum ni. Disebabkan hampagas yang amat kami blah dari situ sambil mengutuk Service Advisor itu. Nguahahaha!

Malas nak pi jalan-jalan kitorang balik lepak kat rumah.

Dok masak-masak ayam kukus yang dah perap dari malam semalamnya. Makin sedap pulak aku rasa. *puji diri sendiri tak hengat* Abang Misai masa tu tido tak sedar diri sebab penat naik bas buruk yang macam nak reban.

Lepas makan-makan dok melepak dalam rumah. Petang tu amik adik aku balik kerja. Balik rumah balik. Memang hari Khamis adalah sesi menghabiskan masa dekat rumah ye.

Malam tu housemate aku ajak pi tengok Ice Age 3. Aku sudah sangat tak larat. Dalam pukul 9 aku dah tebabo atas katil. Abang Misai pun layan diri sendiri je. Tengok Keliwon pun sorang-sorang. *sian laki aku*



JUMAAT

Pagi-pagi bangun masak nasi goreng. Adik aku dari UiTM Melaka datang. Adik aku yang stay dengan aku cuti jugak tapi pagi-pagi buta dah lesap pi mana ntah. Sakan berjalan minah ni.

Lepas makan-makan nasi goreng tu pi pasar lah pulak kan. Nak beli barang basah mau masak-masak. Aku pun tak tau nak masak apa masa tu.

Sampai pasar terus menonong ke tempat ikan. Aku tanya laki aku dia nak makan apa dia kata tak kisah. Tapi bila aku amik ikan bawal dia buat muka toya lak. Huhuhu...

Sudahnya aku amik ketam. Hamik kau. Aku tau dia suka makan ketam. Tapi bini dia ni tak berapa nak makan semenjak kulit aku ni tiba-tiba allergic dengan ketam sampai naik bintat-bintat. Aku terus suruh orang pasar tu je potong. Senang cerita. *sebab aku tak reti nak siang ketam sebenarnya*

Ahahaha.. membocorkan rahsia sendiri. Iyeeee... Aku memang tak reti. Nak bersihkan ketam tu pun siap sms kakak aku. Lepas tu mms pulak adik aku. Apa jadah. Ahahahaha! Tapi aku mengaku oke.

Ketam buat masak lomak cili api tapi tak pedas. Laki aku la komplen macam tu. Aku asal boleh makan sudah.

Petang lepas Abang Misai pi solat Jumaat n makan kitorang gerak ke Bukit Raja. Angkut adik aku sekali. Tengok Ice Age 3. Ohohoho... Sangat lawak. Aku sukeeeeee.... Kalau boleh nak gelak guling-guling dalam panggung. Aku rasa aku orang paling kuat gelak kot. Huahuahaua!

Lepas tengok Ice Age 3 terus balik rumah. Malam tu makan telur goreng aje. Adik aku dari Puncak Alam pun ada. Housemate aku masing-masing balik kampung.

Macam biasa aku tido awal. Huhuhu... Dah laki aku pun ikut tido awal jugak.



SABTU

Breakfast di luar. Malas mau masak. Hehehe... Tapi breakfast kat pasar lah. Pi beli barang nak masak sekali. Adik aku jadi chef di hari Sabtu. Aku gantung kuali. Malas tahap cipan.

Tengahari makan nasi lauk sambal sotong, ikan kerisi goreng dengan sayur bendi. Aku bila orang lain masak selera memang tahap boleh tambah 3-4 kali. Sedap aje orang masak kan. Hehehe...

Petang tu aku dengan Abang Misai keluar pi jalan-jalan kat Alam Sentral. Macam dah tak ada tempat lain. Saje je menghabiskan masa.

Makan malam di Kedai Kopi tepi tasik. Romantik lah tu kunun. Teringin nak makan Loh Shee Fun bila terbaca dalam blog Ceera. Hahaha... Laki aku kata macam ekor cicak. Heee... Nasib baik aku boleh telan jugak sebab dah teringin sangat-sangat. Ekor cicak pun dia tumpang sekaki gak. Hohoho...

So, hari Sabtu aku tido lewat sikit lah. Sebab balik rumah pun masa tu dah pukul berapa. Balik, tukar baju, tengok tv jap lepas tu selamat. ZZZZZZ....



AHAD

Aku bangun pi mandi adik aku tengah masak mee goreng. Makan-makan mee goreng lepas tu pi hantar Abang Misai pi tunggu bas nak balik kampung.

Sob.. Sob... Bulan depan baru dapat jumpa. Sebab dia nak amik aku balik kampung.

Lepas hantar Abang Misai pulak hantar adik laki aku pi stesen komuter. Dia nak balik Melaka.

Then, ke Puncak Alam. Hantar sorang lagi adik aku balik kolej. Adik aku ramai. Ada 6 orang. 3 orang lagi ada kat kampung.

Balik dari Puncak Alam singgah rumah pakcik aku kat Meru. Lama aku tak pi rumah diorang ni. Sampai-sampai kan dah kena bebel. Huhuhu...

Lepak-lepak, makan-makan lepas tu balik Shah Alam. Jumpa kawan-kawan. Dah plan lama nak jumpa ni. Dapat jugak jumpa kan. Dapat lah korang tengok muka mak buyung tak semenggah ni.

Dapat hadiah juga untuk baby. Nanti kalau anak aku dah keluar aku snap pic dia pakai barang-barang yang korang bagi ni.

Ahad tu kat belakang PKNS ada orang jual buah. Jaki aje aku tengok orang makan durian. Tapi aku malas nak singgah. Pening pulak bau durian banyak-banyak.




Ok, itu saje yang aku buat sepanjang aku cuti. Panjang gila entry. Baca lah kalau rajin ye. Hehehehe....



39 hari lagi...

Perut dah kurang sakit. N aku banyak kerja gila. *tapi sempat update blog*


Hari Ahad lepas kan aku keluar jumpa member-member. Ala-ala nak buat baby shower lah. Thanks bagi hadiah tu ek kawan-kawan ku. Comey-comey sangat. Pic aku tak snap lagi. Sebab lepas balik kerja sekarang aku asek lah nak terbongkang.


Apesal ntah mengantuk n letih gila. Macam lah kerja angkat batu. Abang Misai datang pun aku tido awal jugak. Huuuu... Ada lah dia membebel hari tu aku sekarang suka sangat tido awal. Tapi nak buat macam mana. Aku letak kepala atas bantal je terus automatik pengsan tak sedar diri dah.


Nanti aku update pasal cerita basi hari aku cuti-cuti Malaysia kat Shah Alam.


Weh, time jumpa-jumpaan tu tak snap-snap pic pun ek. Kalau tak ada lah kenangan muka debab aku dengan korang sebelum aku slim world balik. *perasan lah kau nak slim. Muehehe...*


Lagi 39 hari je ni... Takooootttt... Seriauuuu....


Baby pun dah get ready dah tu. Kepala dah turun bawah tu.


Ok.. Ok... Jangan fikir sangat. Baby nak keluar nanti dia keluar lah. Tak sakit sangat lah kan. *ayat sedapkan hati padahal perut dah kecut macam asam kelubi*


Jom pi breakfast. Baby nak makan ni.



Monday, July 13, 2009

Berumahtangga dalam jamban

Aku rasa macam nak balik rumah sekarang.


Serius ni. Hukhuk...


Sebab perut ini amat meragam. Dah berapa kali aku ulang alik pi jamban nih. Cibi sepanjang masa.


Naik pedih vontot aku ni haaa.... Hish....


Apa yang aku makan semalam aaaa??? Ingat balik... Ingat balik... *sambil letak tangan kat kepala*


Pagi aku makan mee goreng adik aku masak. Sedapppp.... Lepas tu tengahari lepas hantar adik aku balik Puncak Alam aku menyinggah rumah pakcik kat Meru.


Pakcik aku bagi makan nasi lauk ayam kampung goreng kicap. Pun sodappppp.... *semua pun sedap aku ni*


Petang jumpa member-member yang nak tengok aku yang makin bulat ni dekat Uncle K Kopitiam kat SACC Mall. Aku makan fries dengan minum ABC aje. Konon-konon kenyang lagi.


Malam aku makan mee goreng adik aku masak pagi tu tapi dah panaskan la sebab tak selera nak makan sangat.


Jadi apakah yang menyebabkan aku berulang alik ke jamban hari ni????


Bau badan pun dah aroma jamban aje. Yucks!

Semua benda aku makan keluar balik. Jadi aku amat malas nak makan. Abang Misai dah membebel macam mak nenek sebab dia kata kesian kat baby.


Aku pun kesian jugak ni. Karang aku duduk terus dalam toilet tu karang. Time balik baru aku keluar.


Boleh macam tu?


Huhuhuhu....




Thanks Rose ^_^

Saya telah mendapat award dari Rose. Hehehe.. Arigato gozaimasu ye Rose. Glamer sungguh i ni. Muahahaha! *perasan tahap nak kena lempang*


Rose ni kawan blogger saya. Dan juga bakal ibu yang comey. Nanti baby pulak buleh kenal-kenal ek. :):):):)





Okeh, mari menjawab soalan.


task 1: why do you think that you deserve this award?

-hohoho.. tatau lah pulak. aku dah lah suka merapu dalam blog ni. Selalunya emosi terganggu lah. Wakakaka... Rose dah bagi saya terima. Orang kata rejeki jangan ditolak. Jadi saya pasti lah tidak mahu menolak rejeki yang orang dah bagi.




task 2 : convey your appreciation to anyone for receiving this blog?

-terima kasih daun keladi. Kalau ada award bagi lah lagi. Hohohoh... *tamak* untuk frens n family yang dok masuk n baca blog senget ni saya amatlah berbesar hati. Datang lah selalu. Muahaha...




task 3 : give this blog to 11 blogger

-Haaaa... Siapa aku nak bagi nih..

Silakan terima award dari saya ni. Muka harus dengan senyuman. Ahahaha...

Nak kena kuarantin diri sendiri ke ni?

Mood di pagi hari Isnin setelah bercuti-cuti Malaysia selama 4 hari termasuk Sabtu dan Ahad adalah sangat tak best.


Kemalasan ok.


Bukan malas aje. Kena pulak hari ni aku kena cibi. Hadoi laaaaa!!!!


Pukul 4 pagi terbangun sebab perut sakit. Dah ke bilik kecik lah tujuannya.


Sampai rasa macam nak sapu minyak panas je kat perut ni. Tapi karang ada anak aku bagi terajang sebab kepanasan. Gila kot ummi dia nih.


Lepas mandi nak pi kerja pun masuk balik bilik kecik tu. Adededes...


Tengah dok menaip ni pun sakit perut lagi ni. Confirm jap lagi ke jamban jugak.



Oh... Jumaat lepas adik aku yang kat UiTM Melaka datang rumah. Nak amik segala barang dia yang simpan kat rumah aku. Malam Sabtu kawan dia dok sms.


'Wei, blok kita dah ada yang kena selsema babi lah. Abes lah kita.'


Malam semalam tengok buletin utama memang confirm UiTM Melaka ada yang positif selsema babi tu. Hooooo....


Tiba-tiba rasa bertanggungjawab nak kuarantin diri sendiri. Huhuhu.... *padahal pemalas nak mati nak pi kerja*


Betul lah kan. Sebab adik aku cerita kat blok dia tu ramai yang dok selsema sekarang. Dia balik hari tu pun dah bersin-bersin aje.


Sangat ngeri... Nak kena pi klinik ke ek?



Friday, July 10, 2009

Semalam memerap kat rumah

Abang Misai tak ada. Dia pi sembahyang Jumaat. Maka aku boleh curi-curi mengupdate blog. Ahahaha...


Hari ni masih di rumah. Cuti lagi. Semalam pun cuti. Bahagia sungguh duduk kat rumah. Isnin masuk kerja mesti tekanan. Huhuhu... Dengan anak buah pi kursus seminggu pulak. Waahhhh!!!


Semalam tak pi mana-mana pun. Pagi hantar adik aku pi kerja. Lepas tu pukul 9.50 ke Perodua Glenmarie. Tapi kereta tak servis pun. Sebab aku rasa macam bangang nak mati aje ke sana. Buang masa oke. Korang jangan lah pi sana. *menghasut*


Ye lah. Aku dah buat appointment. Biasa kalau kita buat appointment mesti terus kena entertain kan. Tak adalah kau nak menunggu lama-lama. Tapi di sana tidak yeeeee....


Nak cari parking dah satu hal. Kereta depan perodua tu bersusun-susun. Tak apa lagi tu.


Bila dah masuk dalam tu greeting ok lah. Senyum segala. Tapi bila jumpa service advisor dia memang aku dengan laki aku rasa macam nak hentak. Huhuhu...


Service advisor adalah lelaki. Mukadimah lebih kurang macam gini lah.


Service Advisor : Nak servis ke?

Husbandku : Ye. Nak servis lah. *abes tu aku datang tu nak buat apa pulok*

Service Advisor : Dah berapa km kereta tu, jenis apa?

Husbandku : MyVi. Dah 15 ribu km.

Service Advisor : Dalam buku ni patutnya 20 ribu km baru service cik.

Aku : Sebelum ni saya pi seksyen 15. Diorang yang letak kat sticker tu 15 ribu kena datang servis.

Service Advisor : Biasa lah tu. Diorang nak duit je. Bisnes kan.



Aku tengok laki aku, laki aku tengok aku. Ada pulak jawab macam tu. Dah lah dekat seksyen 15 tu wakil servis diorang jugak.


Service Advisor : Datang balik lah bila dah 20 ribu km.

Husbandku : Tapi kereta tu ada problem jugak. Tak boleh servis ke?

Service Advisor : Boleh. Apa yang problem?

Husbandku : Oil filter dia bocor lah. Minyak macam meleleh je. Lepas tu bila brake aje ada bunyi eeekkkkk.. Macam bunyi ngilu tu. Sebelum ni wife saya dah 2 kali hantar ke seksyen 15 tu. Tapi still problem sama.

Service Advisor : Kalau macam oil filter tu kena bayar lah. Brake tu FOC je. Tapi dalam pukul 3 baru boleh siap. *sambil godek-godek pc dia*

Aku n Husband : Lamanya...

Service Advisor : Memang lah sebab sekarang pun dah pukul 10. Pukul 12.30 kita orang rehat. So dalam pukul 3 baru boleh siap.

Aku : Tapi saya dah buat appointment. Kenapa pulak lama sangat nak kena tunggu.

Service Advisor : Appointment tu just untuk masuk register je. Cik still kena tunggu turn jugak. Lagi pun pukul 12.30 kami rehat.

Aku : Macam tu baik saya tak payah buat appointment. *masa ni dah agak berasap*

Service Advisor : Kalau cik buat appointment pukul 8 tak apa lah.

Aku : Semalam saya call kata pukul 8 dah penuh.

Service Advisor : Saya tak boleh nak buat apa-apa cik. Lagi pun pukul 12.30 kami rehat.


Eeeeiiii... Aku rasa macam nak telan aje mamat depan aku ni. Berapa kali kau nak bagitau kau rehat pukul 12.30. Aku belum pekak lah.


Aku pelik bin ajaib dengan diorang punya servis ni. Pada aku kalau kau dah buat appointment memang for sure lah kereta kau terus masuk bengkel kan. Nak tunggu turn apa lagi. Kalau macam tu baik kau datang je terus menonong tak payah buat appointment. Still kena tunggu turn jugak.


Lepas tu asek lah nak ingatkan aku yang diorang ni rehat pukul 12.30. Apa jadahnya. Nak terkeluar taik telinga tau tak. Company macam tu sekali rehat semua pi rehat ke? Tak ada buat stagger break ke? Setau aku lah, selalunya kalau company yang busy-busy ni memang akan rehat ganti-ganti. Ini tak. Aseklah nak tekankan company kau rehat pukul 12.30.


Sudahnya aku dengan Abang Misai blah aje dari situ. Tak jadi aku nak servis kereta dengan peel pelik-pelik. Buang masa aku betul.


Balik tu terus masak ayam kukus. Laki aku mengidam pulak.


Petang amik adik aku balik kerja.


Balik rumah lepak-lepak. Tibai sandwich kawan aku bawak balik dari opis dia sampai 6 keping. Lepak lagi.


Malam tu adik n housemate aku ajak tengok Ice Age tapi aku dah tak larat. Diorang pi tengok Ice Age aku kat rumah terbongkang sampai pagi tadi.


Hahahaha...


Boring aje Abang Misai sebab aku tido awal. Sori lah, i penat sangat semalam.


Hari ni lah baru nak pi tengok Ice Age. Best... Best...




Wednesday, July 8, 2009

Duit.. Duit...

Gatal tapak tangan kanan ni. Tiba-tiba pulak.


Orang tua-tua kata kalau tapak tangan kanan gatal maknanya nak dapat duit.


DUIT??!!


Hahahaha... Cakap pasal duit terbeliak bijik mata.


Ada orang nak bagi aku duit ke? Ke nak dapat durian runtuh?


Tapi sekarang asek nak keluar duit je. Esok baru nak keluar duit hantar kereta pi servis. Huhuhu...


Tak apa. Ada rezeki nak masuk tu. Doa yang baik-baik.


Think positive.


Ahahaha...



Barang baby

Macam nak keras kebosanan aje kat opis hari ni. Sebab aku tengah malas nak buat kerja. Ahahaha... Pemalas punya bakal mak orang.


Mengantuk pun ada jugak ni. Nak tido karang masuk pulak bos aku yang rajin meronda tu dalam bilik. Tak gemor sungguh.


Meh lah aku tunjuk barang baby yang aku dah beli.


Baju tu ada 6 pasang. Kat kampung ada lagi. Towel ada 2. Blanket ada 2 jugak. 1 tu free dari Mamil Mama Gold Club. Heheh...




Segala lampin, bootes, mittens, n barang-barang nak bawak pi hospital aku sumbat dalam bakul tu. Nanti nak bawak balik kampung.




Itu bukan baju anak aku. Tapi baju anak buah yang adik aku belikan. Budak mata besor kat bawah ni lah. Hahaha! Dah selamat sampai kampung pun bajunya. Kirim kat abah.




Fik si mata besor.




Benda alah yang besar-besar macam tab mandi baby semua belum beli lagi. Time balik kampung nanti baru nak beli. Konon plan nak balik awal 2 minggu sebelum tarikh due.


Jangan baby tak sabar nak keluar sudah lah.



Otakku tepu

Hujan pagi tadi. Patut lah macam best aje tido. Nak bangun pi kerja pun malas.


Esok n Jumaat saya akan tiada di opis. Cuti-cuti Malaysia. Muahahaha!


My husband datang menjenguk bini yang makin bulat nih. Huhu...


So, akan bersawang lah blog ni selama 4 hari. Kalau sempat aku curi-curi update ada lah entry. Hekhekhek...


17 sampai 19hb ni maybe aku tak payah pi kot. Kalau nak jugak aku pi kena bagi layanan 1st class. Aku nak tido dekat suite. Nak makan hantar ke bilik. *berangan aje lah lebih. Hohoho*


Kena mintak surat doktor lah kalau dah tak faham condition preggy mommy yang kaki dah start membengkak ni.


Otak aku tengah tepu lah. Tak ada idea. Nak minum sat.




Tuesday, July 7, 2009

Patut ke aku travel jauh-jauh?

Tengah pregnant 8 bulan ni boleh ke aku travel jauh-jauh sebab kerja aaa???


Memang lah ada driver n bukan aku yang drive sendiri.


Sebab discussion yang diorang nak buat tu timbalan aku kata aku wajib pi sebab aku yang handle. Tapi aku tengok dalam email tak banyak pun aku kena sediakan. Aku bagi dokumen tu diorang pun boleh jawab. Sebelum ni aku tolong wakil orang yang handle ok je. *saje la tu malas nak jawab bagi pihak aku*


Tempat nak buat discussion kat N9 or Melaka pulak.


Aku dah lah dah start rasa Braxton Hicks contraction tu banyak kali dah sekarang. Hadoiii....



Aku call HQ jawapan bengong lak dia bagi aku.


'Awak datang je lah. Nanti kami bagi special treatment. Sediakan ambulan sekali mana tau in case awak terbersalin kat sana.'


Errr.... Apa kah itu jawapan yang bernas?


Korang rasa macam mana? Patut ke aku pi?


Meeting a.k.a discussion tu diorang nak buat 17-19 Julai ni. Masa tu aku dah 35 weeks pregnant....