SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, April 13, 2011

Sila Faham Adab Duduk Rumah Flat

Assalamualaikum

Pagi ni ada meeting. Yaaaa... Meeting lagi.... Hidupku pasti sunyi jika tiada meeting. Muakakakaka! Budus jek.

Semalam memang penat kuasa lapanploh. Tapi sempat lagi tengok cerita Hellscat kat tv8. Oh, rumah sewa kami tak ada Astro. Adik aku tengah berangan nak langgan tu. Baru survey-survey. Mana yang bagus ek? Macam pening je tengok reference yang diorang bagi tu.

Dan tidur adelah nyenyak semalam. Tak macam kelmarin. Aku masa tu belum tido lagi la. Adik aku dah tido tergolek kat ruang tamu. Lepas abes cerita NCIS pukul 11.30 dengar bunyi orang bertukang,

'Kelentung! Kelentang!'

Serius kuat gila. Adik aku tengah tido boleh terbangun terus memaki. Siap jerit-jerit lagi. Tapi orang atas yang gila bertukang malam-malam buat bodoh je ye. Terus je bertukang.


Aku tak tau la apa yang digerudi. Apa yang diketuk. Tapi respek la sikit. Dah tengah malam tu. Sampai pukul 12 lebih kot kelentung kelentang lagi. Sila la sedar diri awak tu duduk rumah flat. Bukan rumah sesebijik. Suka hati mak bapak je nak bertukang time orang nak tido.


Aku siap amik penyapu lepas tu ketuk-ketuk kat siling *rumah flat panggil siling gak ke* rumah nak bagi hint bahawa anda membuat bising di kadar maksimum. Non ado diorang ni amik port. Cipan sungguh.


Kalau lepas ni diorang buat lagi aku dengan Kak Ita dah pakat nak naik atas ketuk pintu rumah diorang pulak. Sound sikit kasi ada otak pikir. Tak nak dengar kalu senang je. Report je polis. Sebab mengganggu ketenteraman awam.


Boleh gitu?



5 comments:

@e_da said...

report jek.. tak paham bahasa punya olang...

Papa, Mama & Azra said...

Sekali ketuk rumah atas, rupa2nya takde penghuni. Jeng jeng jeng!

Btw, Hi!

iNtAn aIzaN said...

huhu..

Nielah masalahnyer klu orang takde kesedaran sivik

klu malam ni bising lagi, gi report jer

iNtAn aIzaN said...

huhu..

Nielah masalahnyer klu orang takde kesedaran sivik

klu malam ni bising lagi, gi report jer

isma said...

selama 20+duk umah flat ni,alhamdulillah takder lagi la jirang yang perngai pelik di malam2 hari. Try la report kat ketua flat or ketua kawasaan.Biar die yang sound :)