Abes je degree aku dok tanam anggur kejap. Tak la sampai setengah tahun. Dapat tau ada interview kat tempat aku praktikal dulu. Cuba-cuba n ada rezeki aku kat situ. Keja la aku kat situ sebagai sambilan almost a year. Awal tahun 2007 aku dapat keja kat seksyen 27. Anak syarikat Hicom.
Masa ni aku takde transport ulang alik. Sewa rumah kat seksyen 24. Memula tetiap pagi aku naik cab. Nak nangis ok. Tambang nak datang opis je RM12. Kalau hari-hari naik cab macam gaji aku buat bayar pakcik cab je. Balik pulak aku gagah pi tunggu bas. Menapak ke jalan besar. Kalau rasa malas nak menapak tumpang la van pekerja kilang. Tapi malam baru ada.
Then, naik bas kilang pulak. Sebab macam dah putih bijik mata tengok RM12 melayang setiap pagi. Dah la baru keja. Slow-slow mintak abah belikan keta. Aku baru mula keja mana la dapat nak buat loan beli keta ni. Memula abah tak nak. Lepas tu dah bosan + kesian kot dengar aku bebel-bebel duit aku abes naik cab abah beli la sebijik keta. Tu pun abah beli dengan anak sedara yang keja jual keta. Keta pulak macam tooot punya condition padahal keta baru. Aku memang hangin dengan cousin aku ni. Sedara pun nak tipu. Keta itu ialah proton Savvy kaler merah sesuai sangat dengan title aku sebagai Mak Ngah. Hahaha!
Berulang alik la aku pi keja dengan keta savvy tu. Abah just tolong beli kan ok. Tetiap bulan aku bayar. Tak miss. Bulan 3 tahun 2007 aku dah mula sakit jiwa keja kat situ. Aku yang tak pernah ada high BP boleh dapat MC 2 hari sebab BP aku mencanak ye. Hari-hari kena maki ko. Siapa tahan. So, dengan segera aku cari keja lain. Kebetulan Giant tengah cari management trainee. Try nasib n dapat lagi. Tak sempat lagi tanam anggur aku dah start keja balik. So, tak ada la putus nak bayar duit keta tu.
Keja la aku kat Giant seksyen 9 sebagai management trainee. Memula dok bahagian sejuk beku. Tetiba beralih profesion jadi pemotong ayam. Nyampah-nyampah pun buat la jugak. Nak dekat abes kontrak 6 bulan aku mintak tukar balik kampung. Manager aku buat tak reti je. Konon kata dah bagitau management tapi haram tak dengar khabar. Aku sakit hati sebab aku ni ditugaskan kat bahagian sejuk beku tapi aku kena tolong bahagian potong ayam. Dah la akak yang keja situ mementang dia supervisor asek la keja dia hilang. Aku la kena hadap ayam-ayam dia tu. Exam aku tak masuk pun part potong ayam okeh. Mau aku tak hangen.
Abes kontrak aku tak sambung. Aku abes kontrak bulan 9/2007. So, tanam la anggur kat kampung. Bulan 10 gomen panggil interview SPA untuk jawatan sekarang. Tengah syok menanam anggur di bulan 11 tetiba dapat call suruh lapor diri secepat mungkin. Terlompat kejap aku. Memula kata kat Penang je. Lepas tu tukar pulak kat Shah Alam. Tempat dah familiar so accept je. Nak tukar kemudian pun boleh kata si tukang call.
Still guna Savvy masa tu. N aku terus bayar. Sampai la aku nak dekat kawen. Susah kat kampung tak ada transport. Harap motor ex5 abah je. Abah pun ada bagi-bagi hint kata kalau aku beli keta lain keta savvy tu letak kat kampung. Senang sikit nak jalan sana sini. So, aku beli la myvi.
N keta tu letak kat kampung. Aku letak kat kampung untuk kesenangan mama dengan abah. Kot la nak pi jalan mana-mana. Asek dok terperuk kat rumah je. Tapi sekarang adik jantan aku yang pakai. Ini yang aku start nak menyinga pasal adik-adik aku ni. Adik jantan aku yang guna keta ni. Dia guna je tapi tak bayar. Alasan takde duit sebab keja tah apa-apa.
Keta tu bulan-bulan abah yang bayar. Ok la kan. Kalau abah bayar at least ko duduk la rumah dengan mama abah ko. Ni tak. Melahu ke tempat member tak ingat nak balik. Angkut member sana sini. Mak aku mintak tolong bawak pi klinik gigi sampai sekarang tak bawak-bawak. Bapak aku nak mintak tolong bawak pi beli barang dapur kat Tesco sampai ke sudah tak nampak muka. Tapi bulan-bulan abah yang bayar duit keta. Tak pernah sesen pun dia bayar. Servis pun sama.
Bila orang rekemen keja buat taik pulak. Keja sekejap lepas tu ntah pi mana asek cuti. Last-last berenti. Alasan gaji sikit. Standard la keja opis hour n weekend cuti. Keja jaga kedai je.
Aku marah dia melahu sana sini dengan member boleh pulak. Bila mak bapak sendiri mintak tolong liat bukan main. Ape kawan-kawan ko tolong bayar duit keta tu ke? Aku rasa duit minyak pun tak bayar kot. Suruh keja tak nak. Konon tak boleh keja bawah orang. Nak keja sendiri.
Aku bagi modal. 3K. Hasil aku buat loan sebab nak kawen. Tapi sampai sekarang 1 hapah pun tak nampak balik modalnya. Tak ada pun bisnes yang dia kata nak buat. Aku memang marah tapi aku senyap je. Aku malas nak ungkit. Dia ni pikir dia je yang betul.
Ni lagi sekali keta nak kena servis. Patut timing belt dah kena tukar. RM750 kalau nak tukar. Mana la abah nak cekau duit. Dengan adik aku yang 2 orang lagi kat U tu. Sikit-sikit mintak duit. Haaaa... Yang 2 orang ni kejap lagi aku cite. Ni pun buat aku naik hantu jugak ni. Dia yang lenjan keta tu dia la patut bayar. Ni tak... Buat bodo je. Boleh pulak lagi nak mintak duit mama nak tukar tayar. Aku lempang sedas baru tau.
Pi la mintak kat kawan-kawan yang ko angkut kulu kilir tu. Apesal mintak kat abah pulak. Berapa kilometer sangat abah naik keta tu. Dia anak sulung laki patut dia tau tanggungjawab dia. Kitorang ni dah kawen. Itu pun kitorang jugak yang bagi duit bila dia mintak duit. Takkan esok-esok nak kawen nak mintak duit kitorang jugak.
Tadi aku sms dia. Suruh dia balik rumah. Sebab asek melepak tempat kawan dia tak balik-balik. Dah la asek mengepau mak aku je. Lepas tu nasihat dia suruh cari keja tetap. Aku cakap kereta tu untuk kesenangan family. Bukan untuk dia melahu dengan member. Dia anak laki sulung. Umur dah 25. Tapi pencapaian apa yang ada. Tanggungjawab dia jaga mak bapak n adik-adik perempuan yang belum kawen. Susah sok bukan kawan yang tolong. Family jugak yang ko cari.
Tapi dia boleh balas daripada aku sound dia baik aku bagi duit kat adik jantan aku yang sorang lagi yang dok study kat sini. Macam kan aku tak pernah bagi duit kat budak bertuah tu. Kalau masak je dok sms tanya dia dah makan ke kalau belum datang makan kat rumah.
Menitik air mata aku ni. Macam kitorang ni kejam sangat. Padahal aku makan sampai bercatu punya la nak bagi duit kat dia. Macam hari tu aku tinggal RM50. Aku bagi adik aku tu RM30. Aku tinggal sikit takpe. Ada ke diorang pikir pasal kitorang ni.
Panjang lagi cerita aku. Nanti la aku sambung. Sebab sedih sangat-sangat. Meleleh je air mata aku masa menaip ni.
3 comments:
alahai tumpang sedih baca citer amiys ni..adik-adik tu kena nasihat je amiys..kita kakak ada hak..ida ngan adik pun camtu kdg2 geram guna duit mak bapaklg walhal dah kawen.. tp kasi basuh gak telinga dia biar dia tau kita ni sedara tua dia...
saba la kak syima.. diorang bukan tak rasa susah tapi diorang terlupa.. orang lupe ni kena ingatkan selalu...
Amiys..
Itulah realiti hidup kan..ramai or kate setandan pisang, pasti ade 2 or 3 biji yg rosak.
Kdg2 diorang nie tak sedar kan..senang jer dpt semuanye. kite yg kakak nie selalunye tak nak adik2 rs susah mcm kite dulu. tapi die tak pernah nak hargai.
sabar k..itu jugak yg Ezan buat bile tlampau sedih..Kite hanya mmpu berdoa semoga dibukakan pintu hati diorang..
Post a Comment