SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, April 6, 2011

Mana Anda Tau Banyak Mana Dosa Saya?

Pukul 2.15 aku baru bangun tido. N sekarang baru lepas mentekedarah nasi goreng malas aku. Sedap jugak. Muahahahaha! Puji diri sendiri.

Tadi punya la bz kena buat slide. Rupanya esok ada meeting. Hampeh.... So, buat mana patut la. Tapi sempat lagi makan nasik lemak. Sebab tu la aku lunch lambat. Kenyang lagi makan nasik lemak orang bagi.

Ada la sorang bos kecik ni bagi. Dia nak pi umrah hujung bulan ni kot. Dalam pada nak pi umrah mulut stok tak insuran jugak.

Sebelum aku dapat nasik lemak tu ada dia masuk bilik aku. Mintak senarai nama kat kawasan dia. Kan aircond opis ni cam cilanat semenjak sebulan dua ni kan. Bilik aku ni dah la mengadap matahari terbit. Memang berbahang la panas dia.

Boleh dia masuk bilik aku dia cakap,

'Panasnya bilik awak ni. Tanda banyak buat dosa la ni.'

Harus ke aku carutkan aje ke mukanya. Mana ko tau banyak mana dosa n pahala aku. Tu cara-cara nak pi umrah tu tapi mulut tak reti nak jaga.

Tak reti-reti aircond opis macam tahik. Dengan keadaan opis adelah tak cukup tingkap. Memang la panas berdengung-dengung. Geram sungguh aku.

Ok, sila sambung keja anda.



 

2 comments:

ejaMaria said...

hahahaha... ni entry ngumpat eh?
*_*

amiys said...

ejamaria - ngahahaha... lebih kurang la kak...