Assalamualaikum
Hari ni baru masuk opis. Aku cuti 2 hari. Jumaat dengan Isnin. Mood bekerja memang hancus. Lagi-lagi bila teringatkan Amir. Semalam masa hantar dia ke rumah Tok Su dia punya la kuat dia nangis. Mak Su cakap time laki aku hantar tak ada la nangis kuat cenggitu.
Semalam pun lepas laki aku amik dia lari-lari masuk rumah. Bukak pintu bilik. Cari aku. Sedihnya... Nak menitik air mata bila cerita pasal Amir.
Dengan pepagi buta aircond opis ni hampagas tak function. Panas berdengung. Tengok email dari orang tak faham-faham bahasa. Seploh kali explain tanya lagi.
N aku tengah sakit tetek ni. Semalam kronik betui. Last-last tak tahan aku pi jerang air. Lepas tu taruk dalam botol n tuam. Rupanya tetek aku bengkak sebab dah ada susu.
Semalam tuam lega sikit. Pagi tadi sakit balik. Takkan keja aku nak menuam tetek kat opis ni kot.
Ni banyak keja aku nak kena settle ni. Staf sambilan tak dapat sambung. Kunun nak suruh guna pegawai sedia ada yang tetap. Padahal tugas hakiki diorang sendiri tak siap-siap. Lagi nak suruh tolong bahagian aku. Kirim salam aje la.
Semua ni sebab dasar laut biru tu la. Biru la sangat. Kepala otak aku yang lebam pikir macam mana nak settlekan kes yang berlonggok ni. Ceh....
No comments:
Post a Comment