SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, April 12, 2011

Update Petang.. Banyak Keja...

Assalamualaikum

Dah petang-petang gini baru la ada masa nak update. pagi tadi pi Putrajaya. N kena bantai time presentation. Hampeh....

Diorang ni tak faham apa masalah kat negeri. Tapi dia punya berlagak. Huiiii... Payah nak dikata. Tak sempat aku abeskan explaination aku dah kaw-kaw kena bantai. Negeri lain yang tengok aku kena bantai terus senyap. Terus tak bagitau yang diorang pun buat menatang yang sama jugak dengan apa yang negeri aku buat.

Aku buat muka toya je la. Dah nak buat macam mana.

Tengahari tu dapat la jumpa BFF masa kecik dulu, Puan Yat. Hehehe... Singgah memenuhkan perut dengan masakan dia. Jangan jeles. ;p

Di samping tu tengok-tengok baju yang Puan Yat kita jual. Terjah kedai online Puan Yat kat sini ye kawan-kawan. Aku nak beli tapi baby dalam perut ni tak tau pulak la hot dog ke chesee burger lagi. Nak belikan Amir nak kena bawak dia sekali kot. Sebab itu budak sangat la menggalah. Aku beli tak ukur karang senteng pulak.

Masa sampai tu anak Puan Yat yang cheeky, si Qies tu baru bangun tido. Comey macam anak Jepun sungguh. Mata cepet gitu.

Baru je sampai surau opis dapat call pulak dari bos kecik. Kalut sungguh tanya pasal meeting esok. Padahal aku dah siap dah paper tu. Cuma ada la nak tokok tambah sikit. Pulak tu dia suruh aku buat pulak apa keputusan mesyuarat tadi. Mana satu nak ntah le.

Hargggghhhh!!!! Sangat penat hari ni...

Esok ada meeting pulak. Tak apa. Lusa ada checkup. Boleh masuk opis lambat sikit. Muahahahaha! Gelak jahat..... ;p

 

1 comment:

Mama Qiestina said...

tq lalingsss sudi dtg umah ai..nanti lenkali bole dtg lunch kat umah ai agi if u had meeting kat putrajaya eh :)

hope amir suke busha qies kasi tu yeh!