Dah la mood tak ada. Radio kereta buat hal lagi.
Kan ada yang aku story radio tu tetiba volume dia turun lepas tu naik sendiri kan. Hari tu dah ok dah. Tadi dia buat lagi.
Lepas je balik dari lunch aku macam biasa la. Masuk kereta, start enjin, on la radio. Jalan tak sampai 5 minit tetiba senyap. Aku tengok volume 0. Sah! Buat perangai lagi.
Aku godek-godek. Hamik ko! Dia naik sampai volume paling last. Gila pekak telinga. Aku off terus.
Balik opis aku godek balik. Terus tukar chanel sendiri. Lepas tu tak boleh off. Dengan volume di tahap paling maksima. Boleh bayangkan tahap berdengung telinga aku?
Aku ketuk-ketuk dashboard. Aku tekan macam nak terbenam punat radio tu. Baru boleh off.
Boleh tak kereta jangan buat perangai di kala tuan tengah mood macam haram ni. Perlu ke tuan kereta tekanan maka kereta turut mengalami tekanan juga? Perlu ke???
No comments:
Post a Comment