Assalamualaikum
Hari ni dah Rabu. Lusa dah Jumaat. Lusa balik kampung. Tak menyabar nak jumpa Amir. Tapi kan, aku dapat tiket tempat duduk je. Patah la pinggang weh. Sekarang ni pun sakit belakang sangat la mencabar diri sendiri. Duduk pun sakit, baring pun tak kena.
Ni baru abes meeting. Tu yang update lambat. Dah la masuk keja lambat. Sakit kepala. Tak berani aku drive. Tak memasal tengok aku drive dalam longkang je.
Dan baru lepas belasah bihun goreng setelah kebuluran dalam meeting. Berbunyi-bunyi perut. Perut orang lain pun aku boleh dengar berbunyi. Punya dasat penangan meeting.
Esok adik aku baru abes kursus kat Trolak. So, tak ada la kesunyian sorang-sorang sebab esok Kak Ita nak berjimba ke seberang laut. Hahaha! Di manakah itu??? Jangan lupa bawak balik ole-ole ye Kak Ita. ;p
Oh, pada sesiapa yang rasa nak feeling-feeling tengok drama cina yang aku dok sebut-sebut dalam entry lepas sila la YM ye. Sebab aku pun mintak tolong orang lain yang carikan. Maka, tak koser la menghebahkan link itu di blog picisan aku ni. Address YM anda boleh scroll dan dapatkan di bawah sekali. ;)
Baiklah, saya mau ke toilet kerana panggilan alam. Hahaha! Papai!
No comments:
Post a Comment