Aku kan lately ni tido memang tak betul. Pukul 2 macam tu baru boleh tido. Semalam pun tido lambat jugak. Terkebil-kebil bijik mata ni.
Ntah pukul berapa aku tido pun tak perasan. Tapi lewat la. Walaupun tido asek terjaga tapi semalam mimpi jugak ye.
Mimpi pasal orang yang aku tak terpikir pun nak mimpikan dia. Siapakah gerangannya itu??? Aku baru teringat aku dok mimpi dia time makan tadi.
Seorang ex-bf ye. Macam banyak sangat la ex aku kan. Hahaha! Semuanya skandal semata-mata.
Dia ni aku kenal time study kat UiTM. Orang sekampung yang tak pernah kenal pun masa kat kampung. Kenal kat public fon dekat rumah sewa kat Shah Alam. Yan, ko pasti kenal mamat ni.
Aku dengan dia ni couple macam tak couple je pun. Dia yang beria-ia kenalkan aku kat family dia semua. Padahal baru kenal tak sampai sebulan. Lepas tu ajak aku kawen. Aku tengah belajar lagi la masa tu. Nak suruh bapak aku pancung kepala aku kot. Duit takde gatai bijik sangat nak kawen kan.
Tup.. Tup... Takde angin takde ribut tetiba dia ajak aku pi kenduri. Masa tu raya kot. Aku pulak baru nak naik cuti sem. Dah la memang jarang jumpa. Aku tanya kenduri apa, dia kata kenduri kawen. Aku gurau-gurau la kenduri kawen dia ke? Terus dia cakap, iye la.
Bongok tak ko rasa. Dah la masa dia kenalkan aku kat mak bapak dia siap suruh aku pi rumah semua. Lepas tu suruh anak buah dia panggil aku Maksu sebab dia anak bongsu. Konon aku ni bakal maksu diorang la. Choiii!!!! Tetiba kawen dengan orang lain.
Alasan dia sebab dia ajak aku kawen tapi aku tak nak. Confirm la dia yang gatal telor sangat kan merenyam air dah naik kepala. Ntah dengan siapa dia kawen pun aku malas nak amik port.
Dia still keja kat KL sebab dia ni keja polis. Tapi bini dia dok kampung kat Penang nun. PJJ la jugak. N tak lama lepas dia kawen asek la keja mengontact aku. Ajak minum la. Ajak makan la. Malam-malam buta pulak tu. Tak hingin la aku weh sebab dia dah ada bini. Kesian la kat bini dia kalau tau laki dok merendek dengan perempuan lain. Dah la dok jauh kan.
Tapi dia ni tak putus asa ok. Terus datang Shah Alam n tunggu aku kat bawah rumah. Aku kan sewa flat. Nak jugak-jugak ajak aku minum-minum kat mamak n naik motor dengan dia. Eh, koser la aku! Bini dah la tengah pregnant. Dia boleh cakap, takpe bini dia tak tau. Huuuuuu!!! Pengsan aku.
Lepas tu puji-puji cakap aku dah kurus la. Dah slim la. Dah comel la. Masa tu aku dah keja Giant ye. Ko boleh agak tak macam mana aku boleh menjadi slim shady macam tu. Ofkos sebab membanting tulang angkat barang-barang berat kat Giant tu. Apa, ingat aku keja Giant tu dok opis ke. Tidak ye kawan-kawan. Tetek pun sampai kempis je macam jantan. Makan macam raksasa pun badan tak naik. Hahaha!
Oooo.... Time aku dah slim baru nampak aku la. Baru nak puji segala. Baru menyesal sebab tak kawen dengan aku. Citporah!! Tau la sebelum aku keja Giant tu aku gemuk.
Lepas tu dapat anak pun call aku. Tanya tak nak ke aku datang tengok anak dia. Masa tu aku dalam bas nak balik KL dari Penang.
Dia kena demam denggi n admit kat HKL pun call aku. Buat suara sedih-sedih suruh aku datang tengok dia. Eh.... Apejadahnya la.
Lepas aku tukar no fon baru la aman kehidupan. Tak kuasa la aku buat skandal dengan laki orang ni.
Sebab semalam dah termimpi so saje la aku bukak FB kot ada mamat sewel ni. Ada ok. Baru create account pulak tu. Adekah mimpi itu perkhabaran bahawa dia sudah ada account FB?
Serius aku tak faham apesal dia masuk dalam mimpi aku semalam.
No comments:
Post a Comment