SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, April 11, 2011

Pagi-pagi Dah Kena Bebel

Assalamualaikum

Aku baru balik dari klinik. Terus berdesup pi opis. Sampai opis tengok parking punya la penuh. Sampai double triple parking. Cari parking kat basement lepas tu bagitau kat guard aku parking kat bawah. Sebelum diorang dengan suka hatinya mengunci rim kereta aku.

Dah memang penuh sangat. Kat luar tu sampai hujung jalan besar. Sebab ada meeting apa tah.

Tadi kena bebel dengan nurse. Aku sakit kepala dari semalam. So, bila dia tanya ada apa-apa masalah kesihatan ke aku cakap la aku sakit kepala. Pok pek pok pek suruh aku makan dulu sebelum datang klinik. Lepas tu bising bila aku kata aku datang sorang sebab dia tanya mana husband.

Dah husband aku jauh kat Penang tu. Nurse tu kata mana boleh datang sorang-sorang. Nanti jadi apa-apa susah. Dengan aku drive sorang la. Pi la bebel dekat bos besar aku kat HQ yang tak ada hati perut tu. Bebel kat aku sampai bila pun aku buat tak reti je.

Ni pulak beria aku datang opis ni sebab nak siapkan slide. Gila babun betul la. Banyak keja. Esok meeting kat HQ. Aku kena pi ke aaa... Macam malas gila. Dah tak larat dah.

Pulak tu baru dapat email dari HQ kata ada perjumpaan pegawai anak tiri ni bulan 7. 21hb pulak tu. Aku dah nak terberanak dah weh. Lagi 10 hari je due. Macam tahun aku pregnantkan Amir pun buat time-time nak dekat due aku jugak. Lepas tu suruh jugak aku datang. Yang ni kirim salam la aku nak tunjuk muka.

Ok, aku nak sambung buat slide sebelum bos kecik datang lepas rehat karang.

 

3 comments:

PuteriKureKure said...

lagi 10 hari beb? gile kentang betul ko sorang2 je ni. wei...balek la penang wei! aku risau ni...anything can happen u knoe.

yeah i knoe that u know. ko balek je la eh. hati2 k beb.

PuteriKureKure said...

haha. tengok. aku salah baca. tu la..baca cepat2 sangat.

email tu kata bulan 7 rupanya. tapi seriusly...ko kena tunjuk ketegaq la kan. takkan nak ikut je kata depa.

iNtAn aIzaN said...

aduh..teruknyer
sabar k..pentingkan kesihatan tue dl


jgn rsau2 sgt. nnti adelah orng yg akan ganti tue