SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, April 15, 2011

Kalau Dah Biasa Hidup Senang... PART 1

Tengah sedih sebenarnya. Hmmm.. Sedih sebab adik-adik yang tak pernah rasa hidup susah ni. Pikir diorang punya senang je.

Aku ada 8 beradik. Aku anak no 2. Kakak aku dah kawen. Anak nak masuk 3. Aku pun dah kawen. Anak nak masuk 2. Yang lain semua bujang trang tang tang lagi. Oh, n kitorang 6 orang perempuan n 2 orang lelaki.


Adik bawah aku perempuan. Dah keja sekarang. Officer kat gomen jugak. Alhamdulillah rezeki dia lepas je abes study terus dapat masuk gomen. So, tak ada la sesi tanam anggur secara melampau. Bukan dia yang buat aku sedih ye even kuat merajuk. Hahaha!

Yang aku risaukan ni adik jantan 2 orang n sorang adik perempuan 2nd last yang perangai sangat la lemak berkrim. Yang lagi 2 orang tu pun tak ada la menyakitkan hati even kadang-kadang ada degil dia. Tujuan aku bukan nak burukkan diorang. Tapi aku dengan kakak aku n adik yang no 3 ni serius dah tak tau la nak bagi nasihat macam mana. Macam curah air kat daun keladi orang tua-tua kata.


Kitorang bukan la dari keluarga senang. Masa kecik memang makan pakai apa yang ada je. Nak masuk KFC tu boleh la bilang sebelah tangan ni. Kalau pi keluar 1 family makan kat kedai makan tu abah bercatu-catu. Dia order lauk ayam goreng 2-3 ketul. Lauk lain sikit-sikit. N semua dapat nasik sorang sepinggan. Abah tak amik nasik pun. N ayam goreng tu cebis la sorang sikit. Abah just akan makan bila anak-anak dia ni tak abes makan. Nak nanges bila teringat. Masa kecik apa tau. Bila abah tak bagi buat moncong sedepa macam boleh sangkut hanger. Tak pikir pun abah tak order nasi dia sebab nak jimat n tak nak membazir. ;(


Pi sekolah pun pakai baju lusuh. Teringat lagi aku dah semangat rehearsal untuk spelling bee ke apa tah. Tetiba cikgu tak bagi aku pi bila final. Sebab aku sangat selekeh. Dengan baju lusuh. Kasut koyak rabak. Tudung tak serupa tudung sekolah.


Duit beli kasut sekolah pun cikgu yang bagi. Masa tu aku dah ngadu kasut sekolah dah macam mulut buaya. Tapi abah buat dek je. Cikgu dah berapa kali tegur suruh tukar. Tapi aku pakai jugak dok heret ke sekolah. Sampai 1 hari tu cikgu panggil aku kat depan kelas n bagi duit RM15. Suruh beli kasut. Malu sangat depan kawan-kawan. Balik rumah aku hulur duit tu kat abah. Ingat abah nak suruh pulang tapi abah terus bawak aku pi beli kasut baru.


Beg sekolah jangan cerita la. Dah berapa puluh kali berjahit kot. Asal koyak je jahit. Tak ada maknanya nak beli baru. Zaman dulu kan beg berat gila babun. Jadual tak anjal lagi. So, memang tak tahan la beg sekolah tu.


Kawan pun tak ramai. Sebab aku sendiri malu nak campur dengan kawan-kawan lain. BFF aku masa tu Puan Yat je la. Dengan muka melekit. Balik sekolah terus pi sekolah agama. Tak balik rumah dulu sebab rumah jauh. Memang masam la. Orang lain semua balik rumah tukar baju siap wangi-wangi. Duit belanja pun cuma 40 sen untuk sekolah pagi, 40 sen sekolah agama. 80 sen tambang pi balik dari sekolah. Kalau terpakai duit tambang pandai-pandai la ko nak hidup macam mana nak balik rumah. Selalunya kelentong apek konduktor bas la. Huhuhu....


Sekolah menengah pulak masa form 1 n form 2 dok hostel. Duit abah bagi masa dok hostel RM50. RM30 untuk bayar yuran hostel n selebihnya belanja. Pepandai la ko berjimat cermat. Memang sepanjang dok hostel makan la kat dewan makan tu. Sebab kekadang memacam duit cikgu mintak buat bayar yuran itu ini.


Dah pindah Penang baru la macam ok sikit. Masa tu aku form 3. Tak ada la nampak selekeh sangat. Baju sekolah pun ada la 2 pasang. Macam time sekolah rendah tu la sepasang. Tetiap hari Rabu je sesi basuh baju n hala kipas untuk keringkan.


Bila dah abes SPM aku keja kilang. Tak nak nyusahkan mak bapak aku. Daripada dok rumah membesarkan bontot yang dah sedia melebau. Cari duit sendiri. Bagi sikit buat belanja akak aku kat U. Yang lebih buat la belanja menghiburkan hati beli baju bajan baru. Simpan sikit konon-konon berangan nak masuk U.


Tapi panggilan pertama untuk masuk U tu nama takde. Frust tertonggeng la jugak. Meroyan kat abah nak benti keja. Abah tak bagi. Terus la keja. Sampai bulan 11 tahun 2000 dapat offer masuk UiTM. Aku accept even course aku tak pernah apply. Kira kitorang ni apprentice la. Hahahaha! Nak masuk U punya pasal sauk je orang dah offer. Yuran U n barang-barang nak bawak sume aku guna duit pendahuluan PTPTN yang RM1.5k tu. Abah hantar aku pi UiTM naik tren. Sampai sana baru la hegeh-hegeh beli bantal, baldi segala. Orang lain semua berangkut dengan kereta. Segala bantal busuk diorang bawak. Kalau tak lagi sadis. Abah nak suruh aku pi sendiri je. Wuwuwuwu....


Belajar la aku kat UiTM Shah Alam. Akak aku pun kat U yang sama jugak. So, tak ada la rasa macam sebatang kara kan. Pakcik sedara belah mak aku pun rajin menjenguk n bawak kitorang balik rumah dia.


Kat UiTM aku dapat PTPTN sampai part 2 je. Masa part 1 tu apply biasiswa JPA. Dapat. Tapi sebab ada problem apekejadah aku kena stop kan PTPTN dulu so sangkut la JPA aku masa part 3. Sengsara ok hidup. Takde duit. Korek-korek tabung. Abah bagi RM300 je sebulan. Sewa rumah je dah RM120. So, balance tu pandai-pandai la nak hidup. Jarang sangat la aku call abah mintak duit. Aku pun tak tau nape tapi memang aku segan nak mintak. Dah besar. Dah faham abah nak tanggung adik-adik lain. Cari la alternatif lain nak hidup kat Shah Alam tu. Aku keja kat hotel. Jadi part time waitress kat bahagian banquet.


Itu pun sebab ada housemate aku rekemen. Tapi tak mudah ye keja macam tu. Penat 1 hal. Dugaan iman 1 hal. Keja hotel ni kalau tak kuat iman memang terjebak la. Bebudak sana amik ganja sebab nak bagi ada tenaga buat keja. Seks bebas jangan cerita la. Sesama diorang pun boleh jalan. Tonggang arak macam minum air sarsi. Alhamdulillah, Allah pelihara aku dari buat keja-keja tak senonoh tu.


N masa cuti sem aku dapat keja jaga kedai jual buku-buku agama kat Plaza Alam Sentral. Ada la duit sikit untuk tampung bayar yuran. Aku seboleh-boleh tak nak abah bayarkan yuran aku. Kesian sangat. Abah keja kerani je pun. Mana nak cekau duit bebanyak bulan-bulan.


Masuk part 4 duit JPA masuk macam biasa. Lega... So, aku stop la semua keja part time. Study macam biasa. N masuk degree aku kembali tak berduit sebab PTPTN tak nak kasi loan selagi aku tak bayar hutang yang aku pinjam 1 sem tu lump sum. Gilo kot. Mana aku nak korek duit nak bayar. Dah buat surat penangguhan pun tak boleh. Kedekut punya PTPTN.


Nasib baik masa ni kawan pakcik aku cari pekerja kat KOOP Kolej Jati. Aku la sekuntum bunga kat kolej tu sebab tu kolej lelaki. Hahhaa.... Keja la kat situ dengan dibayar gaji RM3.50 sejam. Tetiap kali abes kelas je pi la aku jaga KOOP. Sampai malam. Letih toksah kira la. 1st sem degree memang banyak paper aku kantoi. Aku tak ingat berapa lama aku keja KOOP tu. Tapi aku berenti atas sebab orang menuduh aku bukan-bukan.


Kembali la aku bergantung harap pada duit abah bagi tetiap bulan RM300. Bayangkan la apa yang boleh aku buat dengan RM300 tu. Separuh bayar sewa lepas tu separuh lagi simpan buat belanja. Ikat perut la sampai aku abes study.


Hoh... panjang sangat dah ni. Nanti aku sambung part 2... Heheh...



2 comments:

mama iris said...

cepat2 sambung part 2 yaaaa.....mmg bagi yg dh biasa hidup susah akan lebih menghargai kesenangan skrg......semoga tabah yaa...

Mama Qiestina said...

huwaaaaaa masih ku teringat memori kita berdua yang comot time skola tuu..balek skola keb g skola agama,..jalan kaki.masa tu hari2 bapak aku anta nasik lauk telur kicap,siap bungkus daun pisang soh share ngan ko.nak nanes bila ingat :(

alhamdulillah now kita sama2 dah jadik org & mak org kan!