SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, April 8, 2011

Telur Siapa Yang Palsu Itu???

Buat keja sambil makan tart telur. Nikmat sungguh... Hehehe...

Tapi tetiba pulak terbaca blog member sekolah aku dulu, Su. Pasal telur tiruan. Telur pun ada tiruan kan. Ish... Ish... Ish.... Terus kembang tekak aku.

Aku pernah jugak terbaca email ke apa tah pasal benda ni dulu. Sekarang timbul balik. Apa ke rajin benor diorang ni sampai telur pun nak dipalsukan.


Dah takde keja sangat kot. Pikir idea nak menipu orang.


Cara-cara nak buat fake egg ni korang boleh google. Mesti jumpa. Sebab aku dah google tadi. Malas nak tepek sini. Karang berlumba-lumba pulak orang nak buat fake egg masuk blog aku. Hahahaha! Perahsan blog ko popular sangat.


Ok, dah nak balik. Ingatkan petang ni aku nak ajak orang yang aku langgar tu ke bengkel. Tapi dia kata dia bz n nak guna keta. Isnin minggu depan baru free. Asal jangan hujung minggu sudah. Aku nak balik kampung minggu depan.


Minggu ni tak balik... Sob.. Sob... Rindu la kat Amir yang dah ada basikal sendiri lepas tu tak reti kayuh tu. Orang kayuh ke depan dia kayuh pedal tu ke belakang. Sampai bila pun basikal tu tak gerak. Hahahaha!


Pasal basikal Amir nanti aku cerita lain. Pemalas gila aku ni. Pic Amir dengan basikal pun aku tak snap. Betapa la aku ni sangat malas nak upload gambar. Amik gambar pun haram la tak kan. Nanti la suruh Abang Misai send mms je.


Tata semua. Aku nak get ready nak balik. Nak masak apa malam ni ye....





 

No comments: