SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, April 28, 2011

Ada Taklimat Kat Putrajaya

Assalamualaikum

Kebizian. Kena pi Putrajaya pagi tadi. Ni baru sampai opis. Ngantuk semua ada. Huwarggghhh!!!

Ada taklimat pasal pengurusan kualiti atau kata senang pahamnya, ISO. Ikut aturcara majlis sampai pukul 12 je. Terlajak-lajak sampai pukul 1. Banyak sangat soalan tak puas hati. Hahaha! Nasib la ye orang HQ. Jawab la dengan tenang.

Aku rasa macam nak baring-baring tido la. Boleh tak? Sengal sangat belakang aku ni. Kekurangan kalsium kot. Pemalas sangat nak minum susu.

N esok aku nak call serang HQ lagi pasal pertukaran aku. Dah nak dekat 30 weeks ni. Kejadah aku nak ulang alik every week ke kampung untuk checkup. Klinik sini dah sound awal-awal. Aku cukup 30 weeks diorang nak refer tempat aku bersalinkan Amir dulu.

Gila la nak ulang alik naik tren tengah sarat-sarat tu. Mau terberanak dalam tren karang. Tak bagi aku tukar kalu memang kejam tahap langit ke 7 la.

Ngantuknyaaaaaaa!!!!

 

No comments: