SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, July 2, 2010

Kalau perempuan dok rumah saje outdated ke?

Baru lepas habis bicara ilmu n taklimat pasal skim insuran special untuk gomen dari Ceupacs.

Ustaz yang bagi ceramah tadi agak lawak ok. Pulak tu banyak dok usik pasal kisah laki bini. Sampai dia abes ceramah pun staf-staf lain dok sambung cerita pasal laki bini ni. Hahaha!


Oh, diorang discuss pasal kalau laki dah mampu wife kena dok rumah jaga anak. Kebanyakan kaum-kaum perempuan kat opis aku ni tak nak dok rumah ok.


Kalau offer kat aku memang lajuuuu je aku sambar. Tapi keadaan kewangan tak mengijinkan aku buat macam tu. Sob.. Sob....


Diorang cakap rimas dok rumah. Mengadap perangai anak yang memeningkan kepala.


Sabor je la aku ni dengar eh. Aku pun pening-pening lalat jugak kadang-kadang dok jadi tarzan kat rumah sebab si budak Amir yang makin melasak tu. Tapi still, kalau dioffer aku dok rumah *tapi pocket money mesti ada la. Hahaha!* memang aku tak tolak ye.


Lagi 1 alasan yang aku dengar dari diorang takut nanti kalau dok rumah jadi seorang yang outdated.


Erk????


Alasan tu aku kureng buleh terima la. Sebab sekarang dunia dah canggih manggih. Kena pulak ada internet. Aku kalau dapat dok rumah jaga anak, ada internet segala memang syok la.


Sebab aku lepas abes SPM non stop keja. Setakat gap tak sampai sebulan sebelum aku dapat keja lain yang aku apply. Memang tak pernah ada masa aku nak menanam anggur sampai berjaya dapat hasil. Wakakaka! ;p


Time cuti sem pun gigih jugak keja kilang untuk cari duit bayar yuran belajar aku. Oh, sangat independent aku ni kan. Hahahaha! Puji lagi diri sendiri. ;p


Tapi betul tau. Kalau tak caya tanya kawan-kawan aku masa belajar dulu. Time tengah study pun aku keja part time cari sesuap nasi. Oh, apesal ayat aku macam sedih sangat ni.


Korang pulak macam mana? Suka dok rumah mengadap anak n laki or keja even kalau laki korang memang dah mampu sangat-sangat nak menyara family?

Kalau laki tak bagi keja sebab dah mampu korang nak keja jugak ke tak nak? Budak opis aku ni aku dengar dia kata dia sanggup bertekak dengan laki dia kalau laki dia suruh berhenti keja n dok rumah sesaje.


Huiii... Bebalisme bak kata ustaz tadi tu. Huhuhu....



3 comments:

Norhadar Taharuddin said...

.:: Dok umah sambil wat bisnes, ok gak kan??? Hehehe!!! ::.

amiys said...

mrs mondok - tgh gigih kumpul duit ni... nk dok rmh bisnes dr rmh je... hope dimakbulkan Allah :)

|| a - j . E . E || said...

aku suke je dok rumah.. la la la ~