SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, July 30, 2010

Bajet yang tersasar

Dah rehat. Kejap lagi lepas rehat terus pi meeting. Lepas meeting memang terus berdesup balik la aku. Koser sangat la nak balik ke opis balik.

Ni tengah lapar gila babun ni. Hukhukhuk...

Pagi tadi minum ho! ho! ho! horlicks je.....

Dah la baru lepas kira bajet bulan ni. Terus nak makan pun rasa tak jadi. Macam nak kena catu je.

Ye la, tolak duit minyak keta *yang dah naik*, duit tambang, duit belanja balance tinggal berapa je. Cuba kalau aku dok kampung. Dah save banyak dah. Kalau aku beli rumah terus tak makan kot sebab bayar duit rumah pulak.

Sampai kena perli, gaji banyak tapi saving tak ada. Macam aku boros gila pulak. Duit ASB pun aku tahan je tak usik sebab nak simpan.

*nangis*




MUKJIZAT BISMILLAH


Di hari Jumaat yang mulia ni, meh la sama-sama kita kongsi benda yang bermanfaat jugak. Mudah-mudahan diberkati Allah S.W.T

 

Forward from emel.

 


Mukjizat di sebalik BISMILLAH:-

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. "BISMILLAH untukmu dan ummahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi).

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLA setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (
QS.AL  Muddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.





Cerai - release tension




Hahahaha! Ini dapat dari emel... forward je kat blog ni..

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.

Satu petang yang hening, aku (bukan nama sebenar) duduk berehat-rehat di balkoni rumah sambil mengusha body anak-anak dara yang lalu lalang.
Sementara itu anak ku yang berusia 3 tahun sedang bermain-main di ruangan tengah, aku lihat dia tersenyum seorang diri.
Apalah yang dia fikir agaknya. Isteri? Ada kat dapur nun, memasak. Betapa bahagianya famili aku ini.
Isteriku memang cukup rajin memasak, anak-anakku pulak petah berkata-kata menghiburkan kami sekeluarga.
Alahaiiiiiiiii!! Aku senyum sorang-sorang dek bangga memiliki famili ni.

Tengah aku dok senyum, tetibe anak aku datang. ‘Abah… Mak nak cerai…’
Aku tersentap, mataku automatik berpinar. Anak-anak dara yang lalu lalang, kelihatan macam nenek yang sedang bertaichi.
Tetiba je nak minta pepisahan??? Aku ni bukanlah insan yang lemah. Segalanya cukup baik dari segi nafkah zahir, nafkah batin, sume dah bagi kat bini aku tuh.
Rumah yang aku duduk skang ni pun aku tumpang aje. (Dia yang beli, so dia ler yang bayar. Hehehe!!) Pas tu kereta yang kat depan rumah tu memang aku habis bayar pun khas untuk dia (Perodua Kancil 660 tahun 1999) Hape lagi yang kurang?? Dengan panas Kepala, aku terjah dia kat dapur.

“KIAH, APO KUGHENYO KASIH SANYE ABE KO MU? APO ABE LO NI DOK COMEY LAGI KO?? SAMPA HATI MU BUAK LAGU NIH…”

“Ape nie Bang?? Susah sangat ke nak bagi?”

“KIAH!! MU JANGE NOK UJI”
“Iyelah. Kalau berani buat lah…”

“KIAAAAAAAAAAAH!! MU MELAMPAU!”
“Kaki aku dah mengeletar, peluh menitik-nitik, hidung aku kembang kempis, kat telinga plak dah terdengar-dengar lagu Anang Hermansyah. Jari-jemari plak sejuk membeku. Sanggupkah aku ucapkan perkataan itu???”

“Iyeeeeeeee. Buatlah Abang oiiii. Saya nak masak gulai ni. Gilah ambik serai tu cepat. Boboi tak cakap kat awak ke??”

“HAH SERAI??????? Bertuah punyer anak... Pelat.... “


Ceyai vs cerai...
Be careful ngan bahasa anak anda...
Jangan biarkan hidup anda diselindungi Misteri.
Hantar anak pegi Smart Reader.
  

Thursday, July 29, 2010

Mode Sedih

Sedih betul tau.

Bos tak abes-abes nak suruh aku sacrifice. Dia kata minggu ni tak payah la balik kampung. Sebab nak kena siapkan slide presentation untuk bentang depan KSN pulak.

Nak sacrifice suruh la orang lain. Yang hari-hari balik rumah jumpa family. Aku balik tengok gambar anak dengan laki je dalam hp. Lepas tu menangis sorang-sorang.

'Sacrifice la sikit.' Tu bukan sikit. Aku keja weekdays ni dah banyak yang aku sacrifice dah. Takkan tu pun tak nampak.

Mode saya adalah sedih. :(:(:(




Bila rindu....

Aku masih di sini. Di opis. Maknanya apekah? Hahaha!

So, tak jadi la malam ni tido kat hotel. Aku suka ok. Sebab last minit punya keja perlu ke aku nak tunggang terbalik. Oh... Tidak....

Nak keja mood macam tenggelam timbul. Perut pun tak selesa. Rasa nak tido je. Dah tido time rehat tadi tapi macam tak cukup. Huhuhu...

Dan sangat rindu sama ini budak.

Ummi miss u so much....

Makin dah bijak ni makin sedih ummi nak tinggalkan. Sebab dia dah kenal ummi dia. :(:(:(

Weekend ni celebrate b'day Amir in advance. Heee... :D:D:D

Tak sabar nak tengok Amir potong kek. Ke ummi yang over nanti? Hahahaa! Nak beli hadiah apa kat budak bijak ni. Amir ni cepat bosan dengan mainan dia. Sekejap aje dia main lepas tu tak nak dah.

Belikan ball besar la. Sebab hari tu tergedik dia nak bola. Hehehe...

Ummi sayang Amir...
 




Macam tak jadi je ni?

Aku still kat opis lagi.

Tak dengar apa-apa pun dari bos kecik pasal hotel ni. Muahahaha!

Yang ada semua mahal gilo la wei. Kalau nak sewa bilik mesyuarat dengan bilik je boleh la. Tapi makanan mahal Ya Rabbi. Kalau makan confirm kena abeskan kalau boleh tulang pun jangan tinggal. Hahaha!

So, kalau aku masih membloggingkan diri lepas dari pukul 2@3 maknanya tak jadi la tu. Fuuuhhh... Lega ok. ;p




Kan dah glamer dengan tiba-tiba

Huiii.. Lapar... Lapar... Dia punya lapar tu macam boleh abeskan sekor ostrich. Hahahaha! Mengidam makan ostrich pulak.

Sebab hari ni dok terkejar lagi ke sana ke sini. Aku ni dah boleh jadi pelari negara pulak. ;p

Oh, aku nak story pengalaman aku menyiku orang dalam tren balik ke KL last week. Baru hari ni la aku nak jadi mak joyah kepochi ni. Dah berapa hari bz. Hari ni pun bz tapi buat-buat tak bz.

Masa aku naik tu mamat ni tengah tido. So, aku cuit-cuit la sebab aku nak duduk. Dia dok dekat seat aku yang sebelah tempat orang lalu lalang tu. Seat dia patutnya tepi tingkap. 

Aku cuit siap panggil 'Dik ooo Dik...'


Haram tak menguit ko. Punya la nyenyak gila dia tido.


Aku cuit lagi. Kali ni kuat sikit la. Panggil lagi. Pun tak bergerak. Tido ke mati? huhuhu... Budak perempuan 2 orang dok kat seat sebelah lagi tu dah sengih-sengih dah.


'Kak, ketuk je kepala dia.'


Wah! Ganas betul budak perempuan ni. Hahaha! Tapi aku kan insan sopan santun lemah lembut gitu. Wakakaka! Maka aku teruskan sesi cuit mencuit. Rasa macam nak tunjal kepala dia pun ada sebab langsung tak bangun ni. Huhuhu...


Last-last aku goyang badan budak tu kuat-kuat. Baru la bangun. Tu pun mamai-mamai. Tapi dia bangun suruh aku dok seat tepi tingkap pulak. Ok, tak apa la sebab aku memang suka dok tepi tingkap kan. Tambah pulak budak lelaki. Kalau dia yang dok tepi tingkap ada la aku tido tak lena kejap-kejap dia nak keluar smoking ke hape kan.


Aku duduk aje mamat ni terus duduk sambung tido. Hoh! Dasat betul la. Lepas tu tiba-tiba mata dia macam terbeliak lepas tu badan goyang-goyang macam orang meratib tu terus nak baring atas aku. Apekah???!!!


Terus aku macam, 'Hoi! Apa ni?!'


Mamat tu dah kena sergah terus tegakkan badan n sambung tido. Hish! Gila ke apa la dia ni. Horror ok.


Tak lama lepas tu aku dengar dia bercakap pulak. Heran la aku. Bercakap dengan siapa pulak tadi tido macam orang mati. Rupanya dia mengigau la pulak. Siap tangan tunjuk sana sini. Cakap siam pulak tu. Sah orang siam. Huhu...


Berapa kali dia ngigau aku pun tak tau la. Lepas tu tiba-tiba pulak masuk jajahan aku. Siap lentok-lentok lagi wei. Aku rasa macam duduk guna sebelah bontot je ok.




Korang tengok, macam mana terlentoknya mamat ni. Aku nak tido pun dah macam tersepit ok.

Lepas tu tangan pulak keja asek la nak menyiku aku. Aku ni pulak terpaksa mengcover tetek sebab asal dia siku je mesti hala ke situ. Mau aku tak hangin.

Ada sekali tu time aku tengah tido tiba-tiba dia tolak aku sebab nak amik space banyak terus aku geram gila aku siku dia lepas tu aku buat bunyi marah ye. Terus senyap tido tegak tak menguit dah lepas tu.

Kan tak pasal-pasal dah glamer aku tepek gambo kat sini.



Sila la gelak ;p

Huahauhauahaua! Mari gelak guling-guling bersama aku. Hahahahahahahahhahaha!

Sah la kepala otak dah tak berapa nak center. Hhahahahahaha!

Gelak lagi tanpa sebab munasabah. Eh, ada sebab tapi aku nak gelak dulu sambil mengalami tekanan perasaan tahap maksima. Wakakakakakaa!

Tak jadi ke Pan Pac. Pengarah tak approve sebab dia kata sekarang kena belanja berhemah. Huhuhuhu...

So, kitorang dah macam orang gila cari hotel lain sebab nak buat benda tu hari ni. Tak sengal kepala aku.

Jadi, bila dah pi tempat tu baru aku bagitau ye. Hahaha! Tak nak banana fruits two times okeh. ;p





Hari ni i ke Pan Pac ;););)

Salam. Morning all. :)

Macam title kat atas ye benar sekali aku akan ke Pan Pac hari ni. Kalau tak cancel lagi la kan. Hahaha!

Tapi hari ni aku sakit perut. Biasa la. Masalah kaum perempuan. Dah la aku tukang bagi taklimat karang. Sadis betul kan. Pasti muka adalah seperti singa lapar. 

Siapa keja hotel aaa? Aku tak puas hati ni. Nak komplen ni. Haaaa... Apesal bila dah booking tiba-tiba last minit korang kata penuh aaa??? Dua hotel terkena macam tu ok. Alasan diorang miscommunication. 

Senang je alasan miscommunication ek. Padahal dah confirm segala ni. Takkan tiba-tiba boleh penuh macam tu je. Hampeh betul. Dah la aku malas nak pi jauh-jauh sebab buat last minit. Last-last tercampak ke Sepang jugak. Again, kalau jadi la.

Macam nak pengsan aku semalam. Nasib baik berbuka ayam penyet. Kurang sikit duka lara aku sebab dah lama aku dok nak makan benda alah tu. 

Ok, aku nak tengok lagi apa yang patut aku buat sebelum bos kecik keluar dari bilik pengarah ni. Daaaa~~ 





Wednesday, July 28, 2010

Ayam yang terpenyet kejap lagi

Aku kat opis lagi. Huhu... Last minit punya keja.

Terlari sana sini aku. Kejar itu, kejar ini. Booking hotel Quality. Mula-mula kata ada kosong tiba-tiba kata tak ada. Summit hotel pun macam tu. Sudahnya ke Pan Pacific KLIA.

Arrr.... Pening terus kepala.

So, esok pagi aku masuk opis kejap. Settle mak nenek segala bagai. Lepas tu berdesup ke Pan Pacific pulak ye.

Dah la aku tak pernah pi sana. Ada sesat sampai Nilai 3 karang. Hahaha! Merepek. ;p

Oh, kejap lagi mau berbuka ayam penyet. Lalala~~




Katil patah!

Ya, settle meeting. Tapi ada je benda aku nak kena buat ni. Relax dulu ok. :)

Oh, ni aku bawak perkhabaran ni. Katil Amir dah patah. Huhuhu!

Yeee... Saya ulang sekali lagi. Katil Amir patah. Bukan katil aku.

Lapik alas tilam tu la. Dah patah. So, tak boleh letak lagi dia dalam tu. Kena cari kayu lain buat alas. Dan sekarang dengan gembiranya Amir dok merayap seisi rumah.

Macam mana boleh patah?

Abang Misai cakap Amir melompat-lompat tak ingat dunia ntah apa yang dia suka sangat. Tiba-tiba prakkkkk! Dah patah. Bukan la Amir bertukar jadi incredible hulk lalu mematahkan katil tu ye.

Punya la gagah perkasa anak aku yang sorang ni. Hahaha! Sampai alas katil pun boleh patah hasil lompatan dia.

Dah kena cari baru. Amir... Amir... :):):)




Siapa yang dok google pasal warehouse sale MJ? Ni aku ada info ni. :):):)

Salam. Selamat pagi Rabu. :)

Ada meeting kejap lagi ni. Meeting je la keja aku kan. Huhuhu... Sadis ok.

Oh, celebration birthday Amir dicepatkan lagi dis weekend pulak. Maybe sebab nak buat tengah bulan poket tengah rabak kot. Hahaha! Tak apa la. Janji celebrate potong-potong kek gitu.

Aaaa... Ada pengumuman dari aku yang perasan sebagai duta Metrojaya. Hahaha... 


MJ akan buat warehouse sale sempena raya dari 28/7 sampai 1/8 dekat Stadium Malawati Shah Alam. So, pada sesiapa yang suka bebenor memborong kat warehouse sale boleh la serbu Stadium Malawati ek. Puasa pun belum dah ada jualan pra raya. Hahahha!

Nak buat preparation untuk meeting. Nanti aku update lain. Minggu ni bz sungguh-sungguh la. Wuwuwu...





Tuesday, July 27, 2010

Ada sesiapa rindu sama ini budak? :):):)

Heheh...

 

Ada orang rindu ke kat budak kecik ni? :):):) Ummi dia pasti la rindu gila.


Dah botak dah. Dibotakkan dek abah n ummi Sabtu last week sebab rimas tengok rambut dia yang tebal kembang-kembang tu. Hahahaha!


Masa trim tu mula-mula dia senyap. Lepas tu dah start rambut tu jatuh kat muka dia, dia dah mengaruk sebab gatal-gatal. Hehehe...

Ok, sambung buat keja. Pic Amir tu selingan je. :):):)

Ummi miss u so much...






Masih gigih mengganti puasa :)

Morning n salam all. :)

Oh, sudah di opis. Kejap lagi ada meeting. Macam malas aje nak masuk. Nak settle benda lain. Tapi kejap lagi mesti bos kecik cari. Sebab dia yang present. Aku tolong buat slide je. Lepas tu kalau dia tak dapat jawab mesti dia hala ke aku. Huhuhu...

Pagi-pagi dah memerut aku hari ni. Cibi... Huuuu... Ni pun ada lagi balance sakit perut. Rasa macam nak menoiletkan diri lagi.

Aku puasa lagi hari ni. Gigih ko ganti puasa. Selagi belum peod ni kena la ganti. Tak larat macam mana pun ganti jugak-jugak. Dah la gastrik aku makin menjadi-jadi ni. Bukan aku tak sahur pun. Tapi sakit perut tu sampai bergulung la.

Pagi tadi pun gigih aku bangun tido pukul 4 pagi masak nasi. Lauk pun masak main campak-campak je. Goreng tempe, goreng ikan bilis, tumis bawang, masuk telur, masuk carrot. Taruk kicap sikit. Tu la lauk aku. Lauk caca marba.

But still rasa pedih kat ulu hati ni la. Jangan la gastrik kronik pulak. Wuwuwuwu....

Tapi peod aku lambat la pulak bulan ni. Selalu awal. Jeng.. Jeng... Ada apa-apa kah??? ;p;p;p

Nak siapkan slide untuk meeting esok before masuk meeting kejap lagi. Next week ada meeting lagi. Oh... Sadis...




Nota tapak tangan : PC aku buat hal pulak hari niiii... Hish....






Monday, July 26, 2010

Nak try sup ekor ;p

Mengantuk plus pening. Pening tu sebab mengantuk la tu.

Haaa... Tengok aku dah melalut. Huhuhu....


Ingat nak balik awal tapi macam tak kesampaian je hajat hari ni. Sebab ada lagi diorang ni tak settle nak betulkan slide pulak. Guna pen drive aku pulak tu.


Time menaip ni pun mata dah separuh tutup.


Heeee... Nak berbuka makan apa kejap lagi ek.


Rasa macam nak makan sup la. Sup apa yang sedap ek? Sup ekor sedap ke? Tak pernah makan lagi. Nak try ah. Hehehe....




Orang scary sebelah aku semalam

Kejap lagi bos nak tengok slide. Aku dah malas nak pikir. Lantak ko la. Nak tengok ke, nak komen ke, nak marah ke.

Macam dah tak ada perasaan aku keja kat sini tau. Macam zombie. Buat keja tapi orang tak appreciate pulak. Komen-komen-komen-komplen-komplen-komplen.

Bagus la kalau nak komen kan. Tapi bila masuk bab komen sebab nak puaskan hati orang sana sini kita pulak yang kena marah rasa macam apesal pulak kan. Punya la penat kita buat macam apa yang diorang nak sekali kena marah balik.

Apa aku merapu ni haaa???

Dah, tak nak cerita pasal keja. Boleh tekanan perasaan sepanjang hayat ok.

Semalam ada orang ni sangat scary oh duduk sebelah aku dalam train. Nanti aku story. Dengan pic dia sekali aku tepek. Hahahaha!

Keji amik pic orang tanpa izin. ;p




Perasaan bakal difire

Salam. Morning semua. :)

Perasaan bakal difire dek bos adalah tinggi pagi ni. Sebab kejap lagi meeting. Hish... Tak suka ok kena fire padahal dah buat keja macam tak cukup siang malam.

Ni semua sebab paperwork yang kena buat presentation tiap-tiap bulan tu la. Ntah apa-apa. Paperwork nak kena buat. Keja pun nak kena buat. Mana 1 nak kejar dulu pun dah tak tau. Lepas tu kata orang buat keja lembap. 

Ada survey-survey keja kat kampung. Ada 1 tempat jaga budak nak cari orang. Rasa macam nak apply je. Huhuh...


Tapi nanti mesti ada orang kata aku bodoh sebab tinggalkan keja tetap kan.




Friday, July 23, 2010

Ada orang nak bunuh aku?? Hoh!

Yeee... Aku dapat email ni haaa.. Kata nak bunuh aku. Choyyyy!!!

Aku bukan Paris Hilton la wei. Nak mintak-mintak duit. 

Gilo. Huhuhu...

I WAS SEND TO ASSASSINATE YOU

Hello,

How are you doing, hope everything is moving fine. My name is Smith Kelvin  i was born in Jamaica but i live my like in street of state in United State of America, i dont need to tell you my age all am meant to do is to tell you what is going on am an hired killer so i am sent to kill so you all your details has been given to me by the person that sent me to  assassinate you, I also dont need to tell you the person's name now. I have many of your details here with me but if only you can pay for it just little money and  i will send  it to you all. The person that sent me to kill you is meant to pay me an amount of $10,000 but for now he has paid me an amount of 7,000USD so once i finish the job i mean once i have killed you he will then pay me the remaining 3,000USD but i want you to believe that i have sent my BOYS to watch after you anywhere you are going, dont believe the COPS OF FBI AND 911 can handle this cos they can never catch me and my gangs, i have sent some BOYS to you they are all around where you are, i take a look at your pics and pity you i dont want you to Die now okay But if you also dont want me to kill you that is easy just that you are going to follow the steps below.....

 1) You will pay me an amount of $3,000 through western union money transfer ...

Secondly after you have paid me an gonna send you all the details and everything about you but if you dont don that am gonna prove the kind of person in am....
 
2) You will get out of the area you are staying for some time and i will tell one of my gang to bring you a Video TAPE that will consist of what me and the person who send me to kill you discuss about and i will also send you the person name so after that you could report the person to the police and you could be free.

 I want you to call me on this mobile cos i usually hide in United Kingdom, here is the mobile below +446-789-304-7464 call me now if you have any question to ask about it. But if you call me and the number isn't going well mail me your number so i could call you.

        Awaiting your response As Soon As Possible.


,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, WISH YOU GOOD LUCK......................................... 






Jom tido

Baru balik dari makan n aku nak tido.

Tekanan ok. Kejap lagi bangun nak kena buat pengiraan lagi. Nak kira berapa banyak pulak nak tambah orang kat sini.

Dah la aku sorang je kena jaga. Orang lain jangan harap nak tolong.

Kalau ada pun tolong tengok je.

Agak-agak la kan nak suruh tambah sampai jadi 50 orang. Yang ada separuh ni pun dah buat kepala otak aku sengal.

K, jom layan tido dengan aku.




Terasa diriku begitu berharga ;p

Hmmm...

Aku rase macam aku dah kurus sikit. Ahahaha! Perasan sungguh la pompuan gemuk ni kan. ;p

Sebab baju yang aku pakai pi keja ni sudah agak longgar kat bahagian vontot. Sila la percaya. Akekeke... Sebelum ni kain baju kurung ni ketat ok kat bahagian bontot aku yang besar ni.

Sekarang aku dah boleh bernafas sikit. Hehehe... Tetek pun macam dah kecik. Eh... Terbabit bab tetek pulak. Hahaha!

Aku ni kalau naik ke tetek dengan bontot dulu la. Sadis wokey. Jenuh nak kasi turun.

Ni dah kurang sikit ni hope makin kurang la. Boleh la sarung balik jeans lama. Hahaha! Gila, jeans lama sangkut kat pungkoq. Mencik ok.

Boleh la melaram pakai kebaya time raya kan senah. :D:D:D

Agak-agak la nak pakai kebaya tu. Huhuhu... Sila kempiskan perut yang masih berbuai-buai itew....

Tapi sekarang aku tengah melantak aiskrim sambil buat keja. Apekah??? Hahahaha!




Pagi-pagi dah nangis

Assalamualaikum. Selamat pagi Jumaat semua. :)

Phew... Baru lepas lenguh tangan bagi autograf. Hahaha! Feeling artis la nak sign autograf ni? ;p


Biasa la, bila dah jadi officer gred A dalam gomen signature anda adalah sangat fofular ok. Kalah artis la. Hahaha! Ada aje yang datang mintak autograf. Termasuk la anak buah aku kat opis ni yang ada lebih 20 orang.

Nak sahkan sijil. Nak sahkan surat. Nak sah itu. Nak sah ini. Nak jadi saksi untuk loan study. Huhuhu... Dasat. Terpeleot tangan aku kot. Hehehe... Poyos perasan gila. ;p;p


Ni keja berlonggok ni tapi macam malas la nak tension-tension kot.


Aku baru lepas nangis. *pengakuan ikhlas*


Sebab dengar HOT FM la ni. Pengakuan sorang husband pasal rumahtangga dia yang dingin. Siap discuss dengan wife dia macam mana hala tuju diorang. N dia buat keputusan untuk kekal. Husband tu nangis ok. Dah buat aku ternangis sama.


Sebab aku nangis tu biar la rahsia. Hahaha! Tapi memang touching ok.


Susah laki ni nak nangis kot. Aku respek la brader tadi tu. Semoga anda berbahagia ke akhir hayat dengan wife n anak-anak ye. Buang yang keruh ambil yang jernih. :):):)




Ohh... Ni lagu yang keluar lepas luahan hati brader tadi. Ohhh... Touching sungguh la...


Nota tapak tangan : Suka tengok family yang bahagia.






Thursday, July 22, 2010

Dah 6.30 tak reti nak balik rumah ke? Buka puasa nak makan apa?

Dekat opis lagi. Dah pukul 6.30.

Dah la puasa. Sekejap lagi nak berbuka dengan apa? Korek idung? Wakakaka!

Huiii... Sangat bz hari ni. Surat ada 2 tak draf lagi ni. Pengsan~~

Slide untuk meeting next week ada 2 nak kena buat. Pengsan lagi~~

Tiba-tiba pulak tadi bos kecik aku tu kata,

'Saya rasa macam kurang sihat la. Esok kalau saya tak datang awak ganti saya la present.'

Hooo... Lagi-lagi pengsan~~~

Apekah semua orang nak mengelak je ni?





Belanjawan 2011 :p

Assalamualaikum. Selamat pagi semua. :)

Bz sikit pagi ni. Kena submit paper before pukul 12. Lepas tu nak pung pang pung pang explain kat bos kecik ni.


Bos kecik kalau boleh nak aku yang present. Dia kata aku lagi tau n tak patut suruh dia yang present. Terus timbalan aku backing.

'Diorang dah buat keja. U kena la present so lepas ni u lebih tau apa yang diorang buat.'

Hahaha! Betul sangat la tu. Aku memang nak gelak tapi tahan je dalam bilik meeting semalam.

Esok balik kampung. Jangan la diorang ni merepek suruh aku pi gak HQ. Dah la malam esok diorang buat APC. Amenda APC tu? Short form untuk Anugerah Pekerja Cemerlang. Aku tak dapat pun. Hahaha!


Ni aku check gaji ni tak dapat lagi tunggakan kenaikan gaji aku ni. Diorang ni kira macam mana? Pelik ah. Kawan aku semua dah dapat. Budak-budak aku pun. Dah selamat abeskan duit. Takkan la aku nak kena call tanya hq kot.

Tapi bukan sikit tu. Banyak jugak. Lepas la nak buat belanja beli baju raya untuk Amir n simpan buat duit raya untuk anak buah. Huhuhu... 


Anak buah belah aku dah ada 2. Belah husband ada 4. Tak kira sepupu punya anak. Sepupu sepapat yang cinonet-cinonet lagi. Nak kena buat belanjawan 2011 ni. Wakaka!
 





Wednesday, July 21, 2010

Tukar angin :)

Blog dah berwajah baru. Heheheh...

Saje tukar angin.

Nak balik kejap lagi. Nak pi beli tiket. Selamat la bos dah tengok slide awal sikit tadi. Kalau tak berjanggut lagi aku kat opis.

Ni nak settle sikit apa yang patut. Bos komplen font tak sesuai. Eh, oldies la bos ni. Bagi la font tu nampak bulat-bulat sikit. Hahaha!

Ok, tata! Aku tak dapat nak update kat rumah sebab monitor sudah rosak. Choii...

Berapa harga monitor eh?




Miss u so much!


Ummi really MISS U.... T_T





Tak dapat terima kenyataan punya pasal ;p

Sebab pagi tadi dengar topik HotFM pasal tak boleh terima kenyataan terus sampai opis gigih aku install octopus eh octoshape untuk dengar radio online.

Dan berjaya ok. Hehehe.. :):):) Sengih sampai kembang hidung. Hahaha!

Tapi octoshape ni bukak guna IE je yang ok. Mozilla haram tak function pun. Aku dah tutup n bukak balik Mozilla macam tu jugak la. Nak suruh aku install lagi ada la. Berapa kali nak install pulak kan. Memberatkan pc aku je.

Dan sekarang aku sedang bekerja sambil melayan radio streaming. Weehuuuu!!! Sudah tak bosan lagi. Kalau tak balik-balik aku bukak lagu dalam file aku yang dah berapa puluh juta kali dengar.

Baby! Baby! Baby! Ooooo... ;p

Topik HotFM pagi tadi macam ada kena mengena la dengan aku yang masih lagi tak boleh terima kenyataan tak dapat pindah balik kampung bila direject USM. Sakit hati masih terasa ok sebab alasan bodoh diorang.

Kalau dah ada kroni tu bagitau direct je. Tak payah bagi alasan macam aku ni budak sekolah tadika.


Eh, emo pulak. Hohoho!



Hujan la pagi ni.

Salam. :)

Pagi ni hujan kat Shah Alam. Tak ada la lebat. Gerimis mengundang gitu. Bila dah hujan baru perasan wiper kereta aku dah tak sharp lagi.

Nak kena tukar. Huhuhu.. Aku ni dah la stok menggelabah bila bawak kereta time hujan. Dengan keadaan cermin yang blur sebab tak sharp tu kan. Memang la. Kena pulak time hujan lebat lepas tu bruuuuu air kereta sebelah langgar naik ke cermin. Oh! Oh! Oh! Boleh melilau kereta aku k.

Dekat Giant ada promotion tukar wiper. Siap pasangkan. Sebelah RM10 je. Huhuhu... Tapi tahan lama ke?

Cina tu asek la dok mempromote kalau aku datang Giant.

Rasa nak tukar. Tapi agak-agak ok ke?



Tuesday, July 20, 2010

Hujan lebat. Stuck kat opis. Tak dapat balik awal sebab bos kata nak jumpa pastu tak jadi. Wuwuwu!

Harapan untuk balik awal telah hancur, kandas dan musnah di tengah jalan. Ohhh!!!! *sambil pegang dahi*

Geram betul la. Tiba-tiba pulak bos kata nak tengok lagi slide kejadah mak nenek tu. Tunggu punya tunggu tiba-tiba bos kata esok. Ohhhh!!!! Kenapalabosbuatakumacamni!!!!!

Kat luar pulak guruh dah berdentum dentam. Hujan pulak.... Sob... Sob...

Macam mana nak balik ni? *macam la balik jalan kaki kan*

 




Plan nak balik awal hope tak ada la orang cari last minit :)

Hari ni plan nak balik awal. Nak pi stesen komuter beli tiket nak balik weekend ni.

Plan je la. Selalunya planning memang terbabas ke laut. Ada je la yang kacau daun. Bos last minit nak tengok itu la. Ini la. Hish...

Then, ada la nak pi beli something. Hehehe....

Apekah itu???

Nanti la aku bagitau. ;)






Ummi Amir dah berangan nak beli kek birthday Amir ni :):):)

Dah la sakit kepala. Lepas tu bantai pulak minum nescafe o pekat. Bagus... Bagus...

Kejap lagi meleleh la air mata tahan sakit kepala tu.

Aku tengah menggoogle pasal secret recipe ni. Nak cari kek. Birthday Amir kan next month. Cecece... Dah berangan nak beli kek secret recipe. 

Bukan anak aku yang nak makan pun. Mak pak yang lelebih. Hahaha! Plus, cousin Amir nak mintak combine celebrate birthday sebab dia kata birthday Amir nanti masa tu dah puasa. So, nanti macam tak meriah la.

Birthday dia awal bulan 8. Di samping boleh mengepow makcik pakcik dia. Bijak sungguh budak-budak zaman sekarang ye. Ate kalau tak bagi hadiah karang kecik hati pulak kan. Huhuhu...

Apa hadiah sesuai bagi budak perempuan umur 8 tahun? Sebab cousin Amir ni dah 8 tahun. Aku memang terima kasih banyak-banyak la nak beli-beli hadiah. Tak reti ah. Sebab masa kecik aku pun tak dapat hadiah.


Senang korang bagi suggestion aku pi menonong beli je. Tapi rate adalah jangan mahal melampau. Hahaha! Kedekut gila. ;p


Dan aku tengah bengang dengan web RS ni. Awat error nih? Semalam under contruction. hari ni error pulak. Hish... Aku beli kek tempat lain kang!





tolong cari mood saya ;p

Mood keja tak datang lagi la. Jika kau tak datang! Jika kau tak datang! Hahaha! Poyos tiba-tiba nyanyi lagu Ct n KD. ;p

Bukak slide tapi tengok je. Nak edit tu adoi laaaa.... 

Apekah virus kemalasan dah masuk dalam kepala otak ni?

Nak kata tak makan lagi dah abes twisties sepeket. Nasi lemak makan ayam dia je. Hahaha! Abes tu, tak reti-reti nak buat keja dah ke?

Lalalala~~




Tetiba teringin mee goreng basah... Ada sesiapa nak tolong masak? ;p

Salam. Morning semua. :)

Tak tau nak story apa pagi ni. Sebab badan macam letih gila. Kepala pun pening-pening.

Tapi tekak teringin nak makan mee goreng basah. Huhuhu...

Mana nak cekau mee goreng basah pagi-pagi buta ni weh...

Nak kena siapkan slide presentation untuk bos. Semalam dah present draft n so far so good la. Tak banyak komen pengarah. Just nak adjust sikit-sikit kot.

Malas dah nak fikir banyak-banyak. Banyak lagi keja nak buat. Semalam pun terlupa nak hantar report yang patut hantar every week sebab buat slide tu.

K, mari membuat slide.




Monday, July 19, 2010

Hati kaca.. Sangat sensitif...

Ye... Aku kat opis... Keja banyak.... Baru abes meeting dengan bos tengok paperwork merapu aku.

Dah lama jugak kot aku tak dok opis ni sampai malam. Since beranakkan Amir. Eh, ye ke? Hahaha! tak ingat lah.

Dan baru aje berjaya menghabeskan toated pocketful yang dibeli pagi tadi. Dah sejuk. Tak sedap. Kulit jadi keras kejung. Huhuhu... Maka aku telah mengelat dengan makan isinya saje. Huahuahau! Tak aci betul. ;p

Rindu sangat la kat Amir. Rindu tengok dia gelak-gelak nakal bila ummi marah dia panjat-panjat dekat kerusi meja makan. Rindu tido dengan dia kat sebelah. Rindu nak mandikan dia n dia main air.

Semua orang cakap senang. Ada orang puluh-puluh tahun tak dapat tukar. Takkan tak boleh sabar. Itu orang lain. Ini aku. Cuba kalau kena kat diri sendiri. Menggeletek pi jumpa bos mintak tangguh. Mintak tukar suka sama suka.

Dalam keadaan aku sekarang tak ada orang nak tukar suka sama suka. Dapat bos besar yang memang tak suka orang ajar dia buat keja. Pada dia sesiapa mintak tukar tu mengajar dia buat keja la.

So, apa lagi choice yang aku ada? Aku cakap kalau aku dapat jawatan yang lagi rendah dari sekarang pun aku sanggup terima. Tapi orang lain marah. Kenapa?

Sebab diorang tak rasa apa yang aku rasa. Kalau ada yang pernah rasa pun dah dapat tukar dah pun. Siap boleh gurau senda lagi yang dia dah dapat tukar. Sampai meleleh air mata aku. Sedih sangat.

Berapa lama sangat aku lekat kat kampung since abes SPM. Setahun. Itu pun setahun kena keja. Kumpul duit. Tak nak susahkan orang. Time cuti semester pun keja kumpul duit bayar yuran. 

Bercinta jarak jauh. Bertunang jarak jauh. Kahwin jarak jauh. Dapat anak pun masih jauh. Orang tau ke apa problem sebenar aku nak mintak tukar? Tak tau.... Aku sorang je yang tau.

So, kalau tak tau boleh tak jangan menyampuk.

Dah. Tiba-tiba aku emosi. Ntah la. Hati aku ni hati kaca sekarang. Sensitif sikit. Prang! Berderai.




Perut ada gelombang la

Aku telah mengalami kesakitan perut yang buat aku bergulung macam tenggiling sebab makan banyak sangat benda merapu.

Pagi tadi aku pi Giant n beli ini.


dan ini,


Aku beli toasted pocketful tu. Huhu...

Semua sebab stress. Salahkan stress pulak. Hahaha!

Mula-mula makan cheezy wedges. Lepas tu aiskrim. Then, ayam seketul. Teguk pulak air gas. Dan hasilnya perut aku bergelora gila babun dah ni.

Nasib baik ada pati halia xtra hot yang tak berapa nak hot dekat kulit perut aku yang tebal dengan lemak tepu ni. Kurang sikit la rasa sakit tu.

Tu belum aku bantai segala jajan yang aku beli. Ada roller coaster, twisties. Eh, macam-macam la. Boleh bukak kedai runcit dah bilik aku ni. Huahuahaua!

Toasted pocketful tu belum masuk perut lagi. Kejap lagi kot. ;p;p;p

P/S:pic adalah dirembat dari web KFC dan juga web F&N Dairies



11 months already aaaa...

Cuba tengok kat ticker kat atas tu.

Hari ni Amir genap 11 bulan. Tak sangka dah 11 bulan anak ummi. Next month cukup setahun. Banyak yang ummi miss out kan. Sebab kita dok jauh. Sob.. Sob... 


Rasa macam sekejap sangat Amir dah membesar. Tak puas lagi ummi nak gomol-gomol geram dengan dia.

Tak lama lagi mesti dah pandai jalan pulak. Hopefully, by raya Amir dah pandai jalan. Mesti comel tengok anak ummi terkedek-kedek sana sini salam orang. Itu pun kalau Amir tak takut la. Hahaha!


Apa perkembangan Amir 11 bulan ni ye...

  • Gigi bawah Amir dah tumbuh 2 batang. Hehehe... Tajam ok. Kalau bagi dia nasi hancur tu suka dia ngap sekali dengan jari ummi. Ouch!
  • Dah pandai berdiri n jalan-jalan paut tepi meja n kerusi. Sebenarnya dia boleh je berdiri sendiri tak pegang apa-apa kalau tengah kusyuk main. Tapi bila dah sedar tiba-tiba pulak jadi takut terus pegang meja or anything yang dekat dengan dia. Gayat kot.
  • Suka makan roti. Hari tu Amir telah merampas roti dari tangan cousin dia terus sumbat masuk mulut. Hahaha! Semua orang gelak tengok perangai dia.
  • Akan melonjak-lonjak depan grill bila ummi or abah start kereta or motor. Lepas tu melalak kalau tak bawak dia jalan.
  • Suka main air. Kalau time mandi tu dia la sibuk pegang hose air tu. Kalau tutup air lepas tu angkat dia mengamuk k.
  • Kalau bosan dok dalam baby cot dia akan baling semua benda keluar dari baby cot tu. Abes semua bantal berterabur dekat lantai. Dengan harapan orang bawak dia keluar. Hahaha!
  • Amir dah pandai marah orang kalau orang marah dia ye. Nanti dia sibuk dok 'Haip! Haip!' jugak kat orang tu.
  • Suka tunjuk-tunjuk. Kalau tanya mana cicak nanti tunjuk kat siling. Tanya mana ayam dia cari ayam n tunjuk.
  • Ni paling tak boleh handle, suka sangat main bebird dia kalau ummi bukak pampers. Bila ummi marah lagi seronok dia pegang n gelak-gelak. Adoiiii....
  • Senang bila orang lain nak pakaikan pampers. Tapi kalau dengan ummi dia tak nak. Dia nak berbogel. Huhuhu....
  • Suka cium orang lagi la kalau jumpa budak baya-baya dia or kecik sikit. Tu tandanya dia sayang ye.
  • Dia masih kenal ummi dia. :):):) Kalau orang lain pegang still dia akan nak kat ummi jugak. Ummi love u....
Banyak lagi keletah budak bertuah Amir ni. Sekarang dah ada gigi lagi la. Keja nak gigit je. Just kulit Amir ni macam sensitif la. Balik hari tu muka dia penuh bintik-bintik macam kena gigit nyamuk. Alololo... Dah lari sikit kehenseman dia. Hahaha!


Apa pun ummi sayangkan Amir sangat-sangat. MMMMUUUUAAAHHHH!!!! Amir jangan lupa kat ummi ye.


Oh, sayang sama spidey... :):):)

Thanks ummi belikan Amir belon spidey :)

Pic adalah pic masa Amir dok sebulan dengan ummi hari tu.





Hari ni makan junk food je

Aku telah pergi membeli belah dengan tamak halobanya.

Semua junk food je. Huhuhu...

Confirm la stress gila.

Oh...




Nak aiskrim untuk tenangkan fikiran

Mood dah la memang dah ke laut.

Sekali bos kecik pulak call kata pengarah nak tengok paper presentation untuk Jumaat ni pukul 3. Aku baru je kumpul data.

Aku baru ingat nak buat keja dengan tenang even tak ada mood. Ni nak jadi tenang apekejadah. Dah kena berkejar-kejar pulak la ni.

Eh, rasa nak makan semangkuk aiskrim besar gabak aku sorang je abeskan. Boleh macam tu?

 



Apa Salah Isnin????

Salam. :)

Ya.. ya.. ya... Isnin tak salah pun.

Tapi tetap tak suka isnin. Sebab Isnin aku kena balik ke Shah Alam tinggalkan Amir kat kampung. 

Dah la budak bertuah tu dah bijak sekarang.

Arrr... Miss my baby so much.

Aku tak ada mood hari ni.

Sekian.





Friday, July 16, 2010

Tido jugak la yang berkesan. hehe..

Aku telah menghabiskan time rehat aku dengan bantai tido sampai air liur basi meleleh pun tak sedar. Huhuhu...

Sakit kepala dah ok sikit. Aku ni kalau sakit memang keja dia nak tido je. Lepas tu ok dah. Hahaha! Padahal memang kaki tido. ;p;p;p

Erk.. Nak siapkan report. Kena hantar hari ni jugak. 

Perut lapar sebab time rehat aku tak makan tapi tido. Ah, nanti-nanti la makan. Nak siapkan report jap.




Aku suspek aku migrain

Aku suspek aku migrain. Boleh ek suspek-suspek.

Sebab kepala aku sakit gila. Lepas tu aku rasa nak muntah.

Hari tu ada la doktor bagi ubat masa aku pi klinik time migrain. Aku simpan buat pekasam kat opis je.

Tapi hari ni macam betul tak tahan dah. Rasa kepala macam junjung batu besar gabak macam iklan susu cap junjung tu. Lepas tu rasa macam otak ni kena compress bagi padat.

Ubat yang ada kat opis ni adelah novomin dengan ponstan. Aku baru je amik novomin sebab dari info kat kotak tu novomin adalah untuk pening dan tahan muntah. Ubat aku dalam kotak ye.

Ikutkan hati aku ni sepapan aku nak telan. Senang. Sebab kepala otak tengah serabut dengan macam-macam benda.

Ponstan aku tak amik sebab macam malas. Tu ubat tahan sakit yang selalu doc bagi aku.

Aku rasa macam nak lelap je kejap kasi ok. Tapi ada 1 lagi slide aku kena buat untuk bos kecik aku punya presentation. HQ aku ni tiap-tiap bulan buat 1 sesi presentation antara cawangan. Kata tak amik markah tapi ada pulak numbering siapa johan segala.


Dan itu lagi membuat aku tekanan perasaan sebab bila negeri kita tak jadi juara maka ko akan rasa ko adalah bodoh. Padahal format slide pun HQ jugak yang bagi.


Dah la nak suruh siapkan keja macam-macam. Lepas tu buat pertandingan macam budak sekolah rendah. 


Tak ke sakit hati dibuatnya.




Need time alone

Salam Jumaat kawan-kawan. :)

Hari ni aku punya mood agak kureng even malam ni nak balik kampung.

Kepala sakit gilaaaaa.... Hukhukhuk....

Dah la hari ni kena hantar report kat hq. Berpinar lagi kepala mengadap pc ni. Oh.....

Dan aku sangat-sangat rasa nak melarikan atau lebih tepat lagi nak sembunyikan diri kat tempat yang orang tak boleh nak cari aku.

I really need time to be alone....




Thursday, July 15, 2010

Hari ni dah Khamis. Yeyeyeye!

Leka buat keja tak perasan rupanya dah rehat. Cecece... Bajet rajin la tu. Hahaha!

Hari ni dah Khamis dah. Esok dah Jumaat. Dah boleh jumpa Amir. :):):)

Gigih nak capai target sifar M***** T**** tu. Hahaha! Apehal nak berbintang-bintang ntah. Saje malas nak mereveal apa yang aku buat. Siapa pandai cuba teka. Aku kasi hadiah. Pada anda yang sememangnya dah tau tak payah teka. Ni pada orang yang tak tau je. :D:D:D

Sebab kalau aku reveal nanti digoogle dek orang opis pastu jumpa blog aku mati la. Dah la suka mengutuk orang opis dalam blog. Wakakaka! Tau ko takut kan senah. Hahaha! 

Lama kan aku tak tepek gambar si Amir. Orang kat opis ni dah rindu-rinduan kat budak kecik yang hensem tu. Ewah! Perasan anak sendiri hensem. Akekeke! Siapa lagi nak puji anak kita kalau tak mak dia sendiri. Kuhehkuheh...

Susah sikit nak amik gambar dia. Bukan susah sikit la. Susah banyak. Hahaha! Kalau snap confirm gegar. Sebab guna hp je. Aku tak ada kamera. Sob.. Sob... Ada sesiapa nak hadiahkan pada aku? Eh, tetiba. ;p;p;p

Kejap karang dia gerak ke sana. Kejap gerak ke sini. Kejap lagi nak capai hp ummi dia lepas tu hentak-hentak. Aiyoooo... Dah la nak beli hp tu sikit punya pikir doblas kali. So, gambar yang ada dalam hp adalah gambar gegar saje. Hehehe... 

Lagi 1 sebab tuan punya blog ni pemalas gila nak upload gambor. Hahaha! Itu la alasan sebenarnya. Aku tak ada cable hp. So, tiap kali nak transfer nak kena keluarkan memory card masukkan dekat card reader. Disebabkan 'rajin' terlampau so tak buat la ek. Ahaks! ;p;p;p


Hari ni nak balik awal lagi. Yeyeyeye! Hahaha! Jangan jeles k. ;p




Darah aku ok-ok je :):):)

Assalamualaikum. Selamat pagi merangkap selamat tengahari la ye. :)

Lambat aku update hari ni kan. Ni semua gara-gara aku pi klinik.

Biasa la. Appointment amik result darah. Jumpa doktor tak ada la lama pun. Tunggu turn tu yang lama. Kalau makan dah abes 2-3 round dah.

Result darah ok je. Doktor kata maybe aku sakit sendi sebab banyak buat keja guna tangan. Memang la buat keja guna tangan. Bukan aku guna kaki. Huhuhu... Dan aku jugak jarang buat keja guna mulut. Hahaha!

So, doc bagi pilihan. Nak pi buat fisio ke nak amik ubat je. Tapi kalau fisio kena pi hospital Klang. Pada aku yang buta jalan ni ampun maaf dipinta la kan nak pi hospital klang tu. Karang aku sesat sampai Selatan Thai pulak.

Aku amik ubat aje la. Lain-lain kali aje buat fisio. Huhuhu...

Hari ni relax sikit kot. Dah la datang lewat kan. Ada hati nak relax. Hahaha! 

Tak ada la relax sangat. At least tak ada la aku berkejaran. Sebab target dah capai sampai bulan Ogos punya target pun aku sauk sekali.

Oki doki. Aku nak settle kasi capai target bulan 12 pulak. :):):)