SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, November 3, 2010

Entry Bengang Kena Bambu

Orang rehat aku ngadap pc. Tapi aku dah makan. Makan free sebab ada meeting apa tah. Kira tumpang makan la sebab banyak lebih kan. Maklum je la, opis aku ni banyak berurusan dengan pak menteri n YB so makan harus la agenda utama lepas meeting. Kohkohkoh ;p

Makan apa tadi? Hehehe... Kata nak diet kan. Tapi makan nasi minyak. Err... Boleh gitu? Tapi aku amik nasik suku je. Lauk ayam masak merah n sayur ape nama yang timun dengan nenas tu. Ala, lauk biasa orang makan dengan nasi minyak la senang cerita.


Itu pun amik suku tapi tak abes. Agaknya sebab perut aku dah sendat minum air banyak sangat. Takat ni dah 3 botol mineral kecik 600ML aku bantai. Maknanya dah 1.8L la kan. Pi toilet pun dah jadi acara wajib. Seploh minit sekali mesti nak kencing.

Ni pulak tengah sibuk isi borang apply keja kosong lain kat Penang. Nak harap dapat tukar sampai aku berjanggut pun payah nak dapat. Hari ni tarikh last hari ni baru hegeh-hegeh nak isi kan. Tau dek laki aku mau kena bebel.


Slide pun aku tak buat lagi. Macam sakit hati je nak buat. Sebab HQ cakap belit-belit. Kejap kata semua kena turun siasat. Lepas tu bila senarai banyak nak suruh settlekan by end of this year. By hook or by crook. Lantak la macam mana cara. Kepala lutut korang la. Setakat cakap senang la.

Kejap kata kalau nak dapat bantuan wajib masuk dalam sistem. Kejap lagi suruh buat sisihan pulak. Yang dah dapat bantuan tu tak payah dah siasat masuk dalam sistem. Eiiii... 


Tabur air liur memang senang kan. Budus.

Geram aku.





2 comments:

iNtAn aIzaN said...

amiys..keje ape tue. Meh Ezan isi sekali :)

amiys said...

ezan - keja kat majlis perbandaran pulau pinang.. try la isi.. masuk web dia http://www.mppp.gov.my/... tarikh tutup hr ni.. kena cepat tau.. huhu...