Tersangkut kat opis sebab hujan yang amat lebat. Sampai basement pun banjir. Aku tak parking kat basement maka tak perlu la terperanjat beruk bila dengar air naik. Hahaha!
Tapi confirm jalan jammed gila babun la kat luar tu. Takpe... Aku pun tengah nak buat 5s kat bilik sendiri.
Eh, siapa lagi yang pi exam PTD? Susah la pada aku yang tak study ni. Siapa yang study confirm kacang putih je rasa kan. Huhuhu...
Aku tengok orang keliling gigih menjawab. Tunduk kusyuk je semua. Aku sempat pulak toleh belakang. Nak toleh kiri tak ada siapa duduk. Toleh kanan jauh la pulak sebatu. Aku duduk paling depan. Siap pulak pengawas tu boleh tanya senang ke susah. Cis....
N paling lawak bila diorang ingat aku ni baru 1st time amik exam ni. Tak tau aku ni pun gomen. Bila masuk soalan sahsiah konon-konon semua geleng kepala la kata susah. Susah la sangat kan. Nak jawapan ye tidak je. Kot tak pun setuju, amat setuju, amat tidak setuju dan yang sewaktu dengannya. Aku main tenyeh je asal siap. Mengambil kira adekah jawapan anda adelah dari hati yang tulus dan ikhlas sahaja ye soalan sahsiah ni.
Soalan esei pulak hadoi laaaa... Akak dah lama tak buat esei ni. Last masa SPM. Ayat dah kurang bombastik mr lova lova la. Tak balik-balik ayat yang sama je la aku karang. Memang kalau pemeriksa tengok dapat la 7 kot. Hahaha!
Ni aku tengah bengang sebenarnya. Pasal apa? Heh... Biasa la. Keadaan kat opis ni tak boleh bawak mengata dalam blog. Ada spy leman sudah. Muakaka! But tadi ada la aku terlepas cakap tanya menyedari orang tu ada kat belakang aku je. Hohohoho! Tapi bagus jugak la dia dengar kan. Agagaga~~
Ni MARDI keluar jawatan kosong ni. Aku pun nak apply. Ada sesiapa nak apply tak? Sila klik kat nama MARDI ni.
Ok la. Hujan lebat ni buat aku ngantuk. Kalau rajin aku update lain. Kalau tak aku balik terus tido wassalamu.
Papai~~
1 comment:
kak syima.. aku rasa macam ada je buku pasal exam ptd tuh. aku da 3 kali exam. fail je sampai da malas nak apply. hahahaha tp ko try la beli buku tuh..
Post a Comment