SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, November 30, 2010

Batuk n Muntah

Hari tu Amir kan demam. Dia ada batuk-batuk la.

Dah pi jumpa doktor. N doktor ada bagi ubat demam, batuk n ubat untuk paru-paru.

Sekarang tengok dia tak batuk sangat. Tapi kalau batuk bunyi macam batuk berkahak tu. Lepas tu kalau tengah tido dia batuk terus dia muntah.

Aku rasa dah lebih 3 kali kot asal dia tengah tido n batuk mesti termuntah. Bahaya la sebab Amir ni stok menyimpan benda dalam mulut.

Risau la pulak. Ada la aku google-google. Hasil carian kalau dok asek batuk lepas tu muntah maybe tanda nak lelah n tak tahan sejuk. Or allergic.

Rasa macam nak bagi madu kat Amir. Tapi susu dia sekarang pun dah campur madu. Karang kepanasan la pulak anak aku.

Ada tak antara korang ada pengalaman anak or sesiapa la kena macam ni.



Amir Nak Dapat Adik?

Salam

Aku ada meeting pagi ni. Rasa macam tak nak turun je. Tapi sebab aku salah sorang yang kena bentang turun la jugak.


Wahhh... Ramai yang teka Amir nak dapat adik ek. :):):)

Hehehehe... Apekah yang menyebabkan anda meneka sebegitu?

Boleh saya nak tau?



Monday, November 29, 2010

Ada surprise :D

Hari ni perasaan malas adelah sangat menjadi-jadi.

Rasa nak balik rumah tido je. Nak cuti pun esok ada meeting la pulak. Patutnya meeting hari Khamis tapi bos nak cepatkan pulak. Ikutkan je la. Dah dia membebel-bebel tu.

Dah la pagi tadi dia cari aku, aku pulak tak ada. Pi klinik. Nasib baik aku cakap dengan staf aku yang aku ke klinik. Kalau aku kata aku saje je nak datang lambat haru je. Hahaha!

Ada benda nak bagitau. Tapi nanti dulu la.

Kasi surprise sikit. Huahuahaua!

Ada sesape boleh teka tak?

;p

Ke Klinik Di Pagi Senin

Salam

Aku masuk opis lambat hari ni. Hahaha! Dah masuk lambat boleh gelak-gelak pulak lagi kan.

Tren lambat daa... Dah alang-alang lambat biar lambat terus. Muakakaka! Jadi terus aku ke klinik.

Apesal aku pi klinik? Aku memang suka pi klinik tanpa sebab ni. Hahaha! Eh, pasti la ada sebab ke klinik ye. Ko nak suruh doktor tu pelangkung aku ke kalau pi tapi tak sakit.


So, mood kerja adelah sifar.


Teringat kat Amir pulak. Manja betul dengan ummi sekarang.


Amir... Ummi miss u... 



Friday, November 26, 2010

My _ Minutes Survey

Instruction : Once you are tagged, answer all the questions honestly. No lying or cheating.

Person who tagged : Ajee
Starting time : 1535 hrs (curik tulang ;p)

Name : amiys
Full name : Takmo bagitau Hahaha!
Sibiling(s) : 2nd of 8
Eye colour : nak kena tilik kat cermin nih
Shoe size :5/6
Hair : Straight
Height : 162cm
What are you wearing right now : baju kurung kaler merah
Where do you live : Aku ada banyak rumah. hohohoho!
Favourite number : 2
Favourite drink : oren
Favourite month : september
Favourite breakfast : sekarang RX Lite. Muakaka!

******-Have you ever-******

Broken a bone : not yet
Been in a police car : pernahhhh!!!! Hahahaha!
Fallen for a friend : ada je
Fallen for a guy/girl in a short period of time : tu wajib time menggatal dulu. Kohkohkoh
Swam in the ocean : x gheti beghenang
Fallen asleep in school : selalu sangat kalau time add math
Broken someone's heart : ntah ek. aku yg broken ada kot.
Cried when someone died : Pernah
Sat by the phone all night waiting for someone to call : zaman menggelenyar dulu. Huhu...
Saved e-mails : yup
Been cheated on : selalu sangat

 ******-What-******

Your room look like : room la. Adekah perlu seperti zoo?
What is right beside you : angin
What is the last thing you ate : kfc jom jimat set A. Hahaha!

******-Ever Had-******

Chicken pox : pernah. Masa form 4.
Sore throat : tengah mengalami
Stitches : Cser kira tak?
Broken nose : Tak pernah lagi tapi nyaris nak patah kena baling bola jaring ada.

******-Do You-******

Believe in love at first sight : yeeee
Like picnics? : suka la jugak

******-Who-******

Who did you last yell at? : adik aku kot
Who was the last person you danced with? : takde aku menari deh.
Who last made you smile? : baru je ketawa dengan budak opis
******-Final Questions-******

What are you listening to right now? : bunyi lori kat luar opis
What did you do today? : nak kena buat 5S la
Are you the oldest?  : no
Indoors or outdoors? : Tido lagi best. Agagaga~~

******-Today did you-******

Talk to someone you like? : hmmm... camne tu?
Kiss anyone? : no
Sing? : pagi tadi dalam kereta
Talk to an ex? : no
Miss someone ? : rimdu sangat sama anak saya Amir Ridhwan :(
Eat? : yo la. tadi tanya last makan apa. Confirm la dah makan.

******-Last person who-******

You talked to on the phone? : Orang tak faham bahasa
Made you cry? : my son coz ummi really miss u
Went to the movies with? : entah. Zaman dinosor dulu aku pi tengok wayang.
You went to the mall with?  : Pi Giant dengan Kak Ita
Who cheered you up? : ntah la

******-Have you-******

Been to Mexico? : nak pi pulau langkawi pun tak pernah lagi
Been to USA? : sama la dgn tempat ni

******-Random-******

Have a crush on someone? : Zaman kanak-kanak ribena
What books are you reading right now? : Buku lima. Hahaha!
Best feeling in the world? : tak tergambar dengan kata-kata. Ewahhh ;p
Future kids name? : Amira :)
Do you sleep with a stuffed animal? : Dah hancur la
What's under your bed? : Kotak
Favourite sport(s) : Sofbol, lompat tinggi
Favourite place : rumah
Who do you really hate? : orang yang tak bagi-bagi aku pindah ni haaaaa
Do you have a job? : tengah keja la ni
What time is it now? : 1622 hrs

p/s : With however long it took you to complete this, post as "My _ Minutes Survey" and tag 15 people
Aku malas nak tag orang. Boleh gitu?

 

HP Yang Keji!!!

Aku rasa nak bakar je hp aku ni.

Sebab asek hang dan telah menyebabkan aku dipandang serong. Coz orang ingat aku off hp. Adudududu....

Pulak tu aku ni tengah tunggu sms dari orang sebab nak amik barang dekat dia. Heran jugak apesal la sms tak masuk-masuk sebab dia kata dia akan pi pos laju dalam pukul 9 ke 10. Tapi still takde sms aku ingatkan dia lambat. Dalam 10.45 tengok skrin hp aku hitam je.

Lepas tu bila godek-godek tak ada line pulak. No service. Apekah???

Try bukak bateri n masukkan balik baru la ok.

Bila on hp sms dia masuk aku tengok pukul 9.30 tadi. Huwaaaa.... Aku sms dia tanya tapi dia just balas dengan sms alert yang dia dapat mengatakan sms dia pada aku tak sampai sebab aku tutup hp. Hukhukhuk...

Ni aku sms pun dia tak balas lagi ni.

Marah aku kot.

Huhuhu... Aku dah mintak maaf sesangat ni.

Macam mana ni.

Adudududu...

Hari Sakit Perut

Salam Jumaat.

Dah Jumaat dah. Semalam apesal tah rasa sayu je. Teringat kat Amir. Hmmm....

N semalam jugak aku sakit perut. Sampai pagi ni rasa sakit. Sakit yang rasa macam nak berak tapi tak boleh berak.

Terbangun pukul 1.30 pagi sebab sakit perut tu. Terus la aku ke toilet. Tapi hape pun tak nak keluar. So, keluar toilet dok berselubung dalam selimut sampai la tertido. Tapi time berselubung tu tetiba teringat cerita hantu. Huhuhu... Dok pikir kalau aku celik mata ni ada benda kat depan mata. Memang psiko. Hahaha!

Semalam jugak orang yang ada aku pi rumah dia untuk siasat call banyak kali. Aku dah la ada meeting pagi petang. Memang tak menjawab la. Aku bengang sikit dengan dia ni. Aku dah cakap aku cuma tolong siasat. Dah bagi pun nama dia kena cakap dengan siapa. Tapi still call aku.

Hmmm... Aku nak settlekan 5S aku. Dah la semalam lawatan bimbingan 5 S consultant tu geleng kepala je. Tengok stor opis je geleng. Hahaha! Sadis ok. Dia kata macam mana nak audit dapat sijil 16hb nanti kalau gaya stor adelah sangat horror.


Nasib baik la bilik aku dia tak banyak komplen. Just suruh cari tray kecik letak barang atas meja. Tapi nak seragam untuk semua bilik officer zon kitorang. Huhuhu... Mana mau cari wei...


Ok. Perut aku meragam lagi. Nak bertafakur kejap.

Notatapaktangan : Macam banyak pulak perkataan semalam dalam entry nih. Hahaha!



Thursday, November 25, 2010

Masih Dalam Mood 5S

Salam

Hari ni aku rasa adalah hari huru hara aku. Dari pagi sampai petang ada meeting. Dengan aku jadi ajk audit 5S. Bilik aku sendiri tak abes kemas lagi. Bagitau aku bila aku nak kemas? Weekend sah-sah aku balik kampung. Lepas opis hour pun selalunya ada banyak lagi keja nak settle.


Semalam adelah misi mencari kotak time lepas lunch. Dapat la kotak A4. Tapi gila la orang kedai tu. Diorang kotak A4 tu dapat free je kot sebab diorang jual kertas A4. Adekah cas 1 kotak RM2. Mintak kurang dia bagi RM1.70 je. Huhuhu...


Tapi sebab banyak sangat borang kat unit aku sebab kitorang ni keja menyiasat aku beli la jugak. Dah tak tau mana lagi nak cari kotak ni. Aku beli 15 kotak. Korang kira la sendiri berapa hengget. Mintak kurang 50 sen pun kedekuit taik idong masen. Cis!!!


Barang dalam bilik aku je dah guna 6 kotak. Hahahaha! Nanti la aku tengok balik mana aku nak sisih lagi sampai abes.


Lepas tu segala mak nenek nak kena label pun aku tak tampal lagi. Aku pulak kena jadi ketua ajk dokumentasi kat zon aku.


Eh, lupa pulak. Dekat opis ni untuk 5S diorang bagi pada zon-zon. So, zon ni korang nak kreatif hias tempat korang macam mana pun lantak la kan. Kira takde la semua tu sama je.


Jadi segala benda untuk dokumentasi tu keja aku la. Heeee... tekanan perasaan betul aku. Kalau bagi aku jadi ajk blog aku laju je nak. Hahahaha!


Ok la. Perut aku meragam lagi pagi ni. Aku nak melawat 'bank' kejap. Wakakaka!



Wednesday, November 24, 2010

Tido Opis???

Tido kat opis la aku malam ni kalau tak siap lagi 5S ni. Huwaaaa!!!!

Esok ada lawatan bimbingan. Gila babun la. Bilik dah la serupa tongkang ni. Aku pulak AJK internal audit. Adekah akan malu anda adelah AJK audit tapi bilik adelah macam TETTTT!

Ye, aku malu. Aku malu! Malu sangat la konon tapi dok mengadap blog lagi. Lesing pipi tu sekali. Huhuhu...

Baiklah. Mau bersungguh-sungguh menyorokkan mengemas harta karun dalam bilik ni. Takpe. jangan stress k. Padahal dah menggelabah gila babun nih.

 

Apa-apa Aje

Huuuuu... Sangat sakit belakangku.

Tak berganjak dari tadi kat kerusi ni. Sebab mengadap data nak kena sort. Bukan sikit. Banyak gila. Huhuhu...

So, beralih mengadap blog barang seminit dua untuk merehatkan minda. Ececece... Padahal angin malas dah datang.

Kalau korang mengadap keja je non stop adekah tak boring? Aku hanya insan biasa. Hahaha! Poyos la ayat. Maka aku mencari hiburan sekejap sebelum kepala otak aku jadi biol asek mengadap keja je.

Ok, mari sambung buat keja (bosannnnn).

 

Wednesday Morning :)

Salam semua

Sakit perut la pagi-pagi ni. Huhuhu...

Semalam aku balik lewat gila. Nak buat surat yang tak logik. Lepas tu dok memikior 5S meja aku tak settle-settle lagi.

Ala... Kalau 5S kan semua pensil jadah mak nenek tu kena simpan dalam drawer pertama. Tapi kena buat pengkelasan jugak okeh. Pensil ada rumah sendiri. Pen ada sarang sendiri. Stapler pun tak buleh campur dengan marker segala.

Maka gigih la aku memotong polisterine n buat macam compartment dalam laci.

Nanti kalau rajin aku tepek hasil kekreatifan aku yang hudus tu ye. Hahaha!

Nak pi toilet jap.

Huhu...

Notatapaktangan : Demam Amir dah kurang kata Abang Misai. Dia rindu kat aku la tu. Sebab asal aku balik ke Shah Alam je esoknya dia demam. Kesian anak ummi. Sob... Sob.. T_T

Tuesday, November 23, 2010

Peram Surat

Aku punya la selongkar abes meja aku. Bahana mencari sekeping surat.

Sebab aku dok la mintak surat ni kat bos kecik pasal ada function mintak buat registration Sabtu ni. Aku dah lama tau pasal ni tapi biasa la. Surat menyurat kena sampai kat bos kecik dulu then bila dah minit kat aku baru la sampai kat tangan aku ni.

Surat dah berjaman sampai. Tapi hari ni dah Selasa pun tak jugak dapat kat aku. Aku nak arrange orang n buat memo dah terbengkalai.

So tadi aku mintak lagi surat tu. Tetiba bos kecik kata,

'Eh, saya dah bagi la.'

Aku dah confuse. Bila masa pulak dia bagi aku nih. Aku cakap la takde tapi sekeras-kerasnya dia kata dah bagi. Siap suruh aku check kat staf dia kat luar.

Tak apa la. Maybe aku lupa dia ada bagi. Aku selongkar meja. Macam la meja aku ni bertimbun sangat barang kan. Aku tanya staf dia tapi tak jumpa jugak.

Aku rasa ada la setengah jam kot aku cari. Dah bengang-bengang ni. Aku pi masuk balik tanya tetiba dia macam teringat.

'Oh, saya bagi kat bahagian **** kot sebab nak mintak bajet tu.'

Adekah????

Tak ke ko rasa macam nak bagi fire ultraman je. Nasib baik bila aku pi bahagian **** tu ada surat tu. Dah kena fotostat lain la sebab benda tu diorang pun nak masuk file jugak.

Hampagas. Dah la aku kebulur ni.

Demotivated

Ok, aku tak jadi keluar rehat. Jadi tahan lapar hanya dengan minum RX Lite.

Sebab keja macam banyak. N aku dah tak larat nak keluar.

Tu nasib baik la ada RX Lite dalam handbag. Kalau tak aku rasa mau aku minum air masak sampai kembung.


N tadi ada la meeting ape tah. N ada minum petang. Roti jala. Dapat la 3 keping. Boleh la buat alas perut kan.


Tapi aku tolong makan je. Aku tak masuk pun meeting tu. Wakakaka!


Serius aku dah takde motivasi nak bekerja nih. Tapi buat aje la mana yang terdaya.


Siapa yang condition macam aku sekarang faham kot apa yang aku rasa.

 

Kebuluran

Perut adelah sangat laparrrr!

Pedih-pedih dah ni. Tapi tak boleh keluar pi makan. Sebab tetiba ada benda HQ mintak urgent sebelum pukul 2. Kepala lutut betul la diorang ni.

Aku nak pi ziarah anak PA bos pun tak dapat. Anak akak tu accident hari tu. India mabuk bawak kereta hentam depan. Memang remuk teruk aku tengok pic kereta tu.

Anak akak tu teruk jugak la. Tempurung lutut *aku dengar orang opis cerita* separuh hancur. Tulang punggung lari. Lain-lain kondisi idok le aku tanya.

India mabuk todi tu kritikal katanya. Kalau mati terus lagi baik kot *mulut jahat aku nih*. Tapi betul apa. Dah tau mabuk, jalan pun tunggang terbalik lagi ko nak bawak kereta kan. Dah gadai nyawa orang lain jugak. Kot nak gadai nyawa sendiri tak heran la.

Anak akak tu kata dia dah nampak kereta tu macam tersenget-senget tapi tak sempat nak elak. Makin anak akak tu ke tepi makin senget kereta india tu. Aku rasa la dia ingat dia nampak cahaya macam dalam ghost whisperer tu, 'Follow the light'. Konon-konon cahaya syurgawi.

Cerita awal-awal pasal lapar. Lepas tu terus tak ada kena mengena. Nampak sangat la memang kebulur.

Waaahhh... Laparnyaaaa!

Rindu Sangat T_T

Rindu sangat kat Amir....

T_T

Amir demam lagi... Hope demam sebab nak tumbuh gigi la ye sayang. Gigi Amir baru ada 8 batang je.

Bila la ummi dapat pindah balik kampung.

T_T

 

Macam Kurang Sihat :(

Salam

Aku hari ni rasa macam kurang sihat la. Dah la memang hidung ni asek srot sret aje. Dah 2 minggu kot. Semalam nak tido pun bernafas ikut mulut. Dah macam ikan.

Pagi tadi sakit perut sebelum pi keja. Lepas memerut terus rasa tak sedap badan ni. Macam gigil-gigil. N ada rasa melayang-layang.

Jangan aku pitam sudah. Dah la berat tak ada orang nak angkat. Hahaha!

Sempat lagi buat lawak di kala dah rasa macam nak mencium keyboard.

Kalau aku tak larat sangat ni kena pi klinik la kot. Aku rasa sebab bendera jepun nak berkibar kot. Tu yang badan rasa tak sedap je ni. Huhuhu...

Monday, November 22, 2010

Delima Merekah :)

Menaip sambil menikmati buah delima.

Hari tu time balik kampung Abang Misai ada jugak beli. Sebab masa jalan kat pasar malam dia nampak brader tu jual sebijik RM1 je. Selalu kan macam sebijik RM4-RM5 gitu.

Kebetulan pulak mak dia ada mintak beli. So, borong 5 bijik.

Tapi yang aku makan hari ni bukan yang Abang Misai beli. Staf unit ni jugak bagi. Dia balik dari kampung bawak buah delima.

Manis-manis sedap je. Cuma leceh sikit la kan sebab kutil kecik-kecik. Hehehe....

Aku rasa dah lama gila kot aku tak makan delima. Last masa aku kecik dok kat Kluang. Tu pun sibat delima rumah jiran. Hahaha! Suka suki je orang tanam aku makan. Masa kecik lagi tau apa.

Orang mengandung bagus makan delima ni tau. Khasiat dia sila google. Huhuhu.. Sebab aku nak sambung buat keja.

;p;p;p

Bila Aku Nak Confirm Nihhhh!!!

Waaahhhh... Geram sungguh dengan HQ nih. Rasa nak telan-telan je sekor-sekor.

26hb nanti genap la 3 tahun aku keja gomen. Tapi sampai sekarang tak ada surat confirm lagi. Aku call HQ macam hampeh!

Beria hari tu mintak sijil kursus induksi aku semua. Kata nak settle kan. Sekali dia kata aku kena isi borang option pencen or KWSP tu. Diorang tak pernah bagi pun. Bila aku dah tanya baru la terhegeh-hegeh, 'Nanti kitorang bagi ye Puan'.

Dah la kalau nak proses tu ntah berapa tahun pulak korang amik masa kan.

Memang hampagas la. Tu nasib baik la aku tergerak hati call tanya. Kalau tak sampai sekarang habuk pun tak nampak. Tak confirm la aku sampai sudah.

Tau la kitorang anak tiri tapi buat keja betul-betul boleh tak? Suruh kitorang keja separuh mati tapi langsung tak amik port pasal kitorang ni.

Tolong la jangan buat kesabaran aku ni makin kurang.

 

Lewat Lagi

Salam.

Ok, punch card aku dah cukup 3 kali merah bulan ni. Pastikan lepas ni tak merah lagi atau anda akan menerima sepakan penalti. Hahaha!

Tren tak lewat pun pagi tadi. Tapi aku macam malas. Kalau boleh aku nak buat bodoh je sampai diorang perasan aku ni sebenarnya dah takde motivasi nak keja. Selagi tak dapat pindah aku nak mogok. Boleh macam tu?

Boleh.... BOLEH BLAH!

Macam ada sorang staf member aku kat wilayah. Dia dari Kelantan kena tukar ke Wilayah. Tak puas hati. Mintak tukar pun tak dapat. Apa lagi. Tunjuk perasaan la. Sukati dia nak masuk opis ke tak. Sampai dapat warning letter. Sebab dia nak keja pun dah tak ada perasaan.

Macam tak berbaloi kan buat macam tu. Tapi kalau dah kita mintak baik-baik orang nafikan memang bengang la.

Nak bebel panjang aku tengah banyak keja. Sambung lain. Daaa...

 

Sunday, November 21, 2010

Update Ahad

Salam Ahad.

Jarang kot aku online hari ahad. Sebab macam bz. Hahaha! Poyos la bz. Padahal takde lappy n kalau ada memang malas nak on sebab melayan si cerdik Amir tu.

Malam ni balik Shah Alam. Rasa macam tak nak balik. Boleh gitu?

Balik Shah Alam buat aku tension. Dengan keja yang macam apa tah aku nak cakap. Dengan orang yang sikit pun tak faham macam mana perasaan orang yang jauh dengan family. Kadang-kadang rasa macam nak tempik aje orang kat opis tu. Biar diorang tau sebenarnya aku depressed yang teramat.


Bukan stress tapi depress.


Sakit perut la pulak. Ok la. Kalau rajin aku sambung. Abang Misai dengan Amir pi rumah kak ipar aku jap. Dengan si Amir mucuk tak mandi lagi dah pi merata. Hehehe...


Macam mana ummi nak balik malam ni sebab ummi tau Amir mesti nangis n tak nak lepaskan ummi. Hmmmm...


T_T



Saturday, November 20, 2010

Selamat Malam Kawan-Kawan

Selamat malam. Hehehe... Kagum la aku online malam ni.


Kejap je. Abang Misai la ni. On laptop dari petang tadi tapi suruh aku yang shut down. Ceh... So, amik kesempatan di situ.

Dedua hero aku dah selamat belayar. Dah sampai mana gamaknya. Kalau tak tido lagi harapan la kan aku nak menaip ni. Abah dia tu mana tau pekerjaan kedua aku nih. Huahuahaua! Ke sebenarnya dah tau tapi buat-buat tak tau ntah le.

Si Amir tu macam ada ciri-ciri nak demam je aku tengok. Petang tadi badan dia panas. Ada la amik suhu. 37.6 degree. Lepas tu jadi sensitif macam hape. Aku tak marah pun dia nangis. Abah dia la rajin mengusik. Dah la budak tu tengah hati kaca. Tak pasal-pasal kecik hati dengan ummi dia.

Jangkit dengan aku kot. Semalam aku macam demam. Sakit tekak n hidung berair srot sret. Lepas tu tido siap ngigau-ngigau. Aku kalau dah demam memang camtu la. Mesti mengigau. Abang Misai terkejut je tengok aku semalam. Hahahaha!

Oh, Ida request nak tengok Amir punya pic. Nanti kalau aku rajin aku upload. Tau aje la tahap kemalasan aku bab mengupdate pic ni memang terserlah. Lagi pulak anak jantan tu sekarang tak reti dok diam. Asal amik gambor je gegar. Kalau tak aku tengah aim baik punya nak shoot dia rampas hp tu pulak. Heee....

Ok la. Aku nak pi basuh botol Amir n basahkan towel bubuh kat dahi dia. Takmo la demam esok. Ummi nak balik Shah Alam dah.


Berat hati betul nak balik Shah Alam sebab tau Amir mesti akan cari ummi.


Sedih.... T_T



Friday, November 19, 2010

1 Tahun 3 Bulan :)

Amir sedang tido dengan nyenyaknya. Dari pukul 2 tadi dia tido. Penat sangat la tu main-main dengan cousins dia yang 3 orang tu. Ummi letak dalam baby cot, bagi botol susu tak sempat suku dah belayar dah. Hahaha!

Amir dah 1 tahun 3 bulan ye hari ni. So, boleh la ummi update perkembangan budak bertuah yang telinganya capang macam abah. Akekeke...

  • sudah pandai menggigit ummi dengan gigi 6 batang kat atas n 2 batang kat bawah. Sakit woooo.....
  • suka jerit-jerit. Suara dah la nyaring.
  • dah kurang minum susu. Makan pun ciput je. Risau ummi tengok anak ummi keding.
  • laju gila dah berjalan. Dah macam berlari pun ada.
  • Kuat jeles. Ummi baring kat abah mula la dia jerit lepas tu puk ummi sebijik. Huhuhu...
  • Kuat merajuk jugak. Hahaha! Kalau ummi marah dia nangis. Kalau tak pun dia dok tertonggeng kat lantai sampai orang pujuk.
  • Dah pandai n cerdik. Kalau ummi nak balik Shah Alam n dia ikut abah hantar ummi ke stesen keretapi dia nangis sebab ummi nak tinggalkan dia.
  • Tak boleh berenggang dengan ummi kalau ummi ada kat rumah. Mesti kena ada depan mata Amir.
  • Malam pun dah jarang bangun minum susu.
  • Takut dengan orang yang dia tak kenal. Mesti menyorok belakang pungkoq ummi nih.
Banyak lagi tapi aku dah sengal belakang nak menaip. Hahaha! Kejap lagi bangun la anak teruna tu nak tolong menaip sekali.


So, chow sin chi dulu la ye.


:):):)



Aku Dah Buat Lawak Pagi Jumaat

Salam

Aku cuti lagi. Tapi biasa la. Confirm cuti yang tak aman. Ada je la yang cari. Selalunya bos. Orang lain jawab pelik-pelik aku jugak la yang kena.

Takpe la. Buat aje la. Esok lusa kitorang semua yang dipinjam ni dah berambus dari opis tu pandai-pandai la korang jaga sistem tu ek.

Pagi-pagi jugak ada sorang macha ni dah call aku. Tanya pasal dia punya bantuan. Aku dengan staf aku 2 orang hari tu pi rumah dia. Sebab pejabat zon kata orang tu dah mengamuk kat opis diorang. Ni lagi 1 kes terpencil tapi kitorang ni jugak la kena hadap sebab konon kitorang punya unit memang khas untuk siasat orang.

Beb! Kalau dah urgent boleh je kot pi sendiri. Tapi mesti nak pas kat kitorang sebab konon kitorang je dah expert. Padahal setakat isi borang tu aku dah ajar dah macam mana. Fine... 

Tapi orang ni jenis tak faham bahasa. Aku dah berbuih explain kata kitorang cuma tolong siasat bagi pihak orang lain. N pasal bantuan bukan aku handle. Tapi tak faham ok. Kitorang masa dok dalam rumah dia tawakal je la sebab dah jadi macam tahanan rumah selagi dia tak puas hati dengan jawapan kitorang. Huhuhu...

Ni confirm la Isnin ni dia call lagi. Keja unit kitorang memang dah selesai. Maka tolong la yang lain tu jawab ye.

N pagi tadi aku dah buat lawak yang buat Abang Misai berbulu je dengan aku. Hahaha! Dia ajak aku pi pasar. Lepas tu singgah beli santan. Aku letak santan tu kat seat belakang. Aku pun dok seat belakang jugak. Sekali bila dah sampai rumah aku lupa aku letak santan tu kat seat.

Aku angkat bontot terus terduduk atas santan tu n...


'POM!!!!'


Santan tu meletup ok. Hahaha! Pecah abes tumpah atas seat. Laki aku punya la bebel. Sebab dia ni jenis jaga kereta macam apa. Sekali bini dia ni pi buat onar pulak.


Apa lagi. Dengar la Abang Misai dok tot tet tot tet membebel-bebel tadi. Heeee....


Ok la. Aku nak pi angkut balik kain pi penyidai belakang. Tadi hujan angkut ke depan. Ni nak angkut balik ke belakang sebelum laki aku tu membebel lagi. 


Berdengung oh telinga kalau orang tua tu dah start menyound.



Thursday, November 18, 2010

Seronok Cuti Buleh Gomol Budak Capang. Hahaha!

Salam. :)

Aku kat kampung... Hehehehe... Suka tak? Suka tak? Ofkos la suka kan. Hahahaha!

Tapi hari ni sakit tekak la pulak. Tu kureng best.

Amir takde. Abah dia bawak pi naik motor. Pi rumah Mak Long dia kot. Si budak bertuah tu dah botak dah. Rimas eh tengok rambut dia tebal kembang-kembang. Selamat kena trim masa aku balik Sabtu Ahad lepas.

Tu pun nak trim rambut dia bersilat aku dengan abah dia. Dah botak ni nampak sangat la kecapangan telinga Amir. Hahaha! Confirm ikut pak eh. Sebab ummi tak capang ye. Tapi telinga ummi besar. ;p

Ni kejap lagi nak pi kenduri. Raya haji ni banyak orang membina masjid jugak. Aku rasa straight cuti aku ni berjalan pi kenduri kendara je kot. Sebab aku ajak Abang Misai pi Bird Park pun dia kata nak kena pi kenduri. Huhuhu...

Ok. Aku nak iron baju. Baju tak iron lagi. Takkan nak pakai baju kedut-kedut pi kenduri. Tak vogue the vast la I nanti. Muahahaha!

Kalau rajin petang karang aku merepek lagi. Kalau tak bercuti la blog ni sampai aku balik Shah Alam balik.

TaTiTu~~ ;p

Tuesday, November 16, 2010

Ramai Betul Manusia Kat KL Sentral ni

Terperosok tepi tong sampah kat KL Sentral sambil mengupdate blog. Sesiapa yang ada kat KL Sentral kot la baca blog aku pastu kot la nak berkenalan *hahaha! perahsan* sila la cari mana-mana individu yang tengah menaip celah tong sampah. Aku la tu kot. Muahahaha!

Aku dah tak nampak kat mana yang boleh aku taruk pungkoq besaq aku ni. Semua penuh. Ramai nau orang balik kampung ye. Raya haji cuti sehari je. Mesti kes macam aku ni. Lajak cuti Khamis Jumaat. ;p

Dalam komuter nak ke KL Sentral tadi pun dah macam dalam tin sardin. Padat sendat je. Siap orang nak keluar terjerit-jerit sebab orang semua dok tolak nak masuk tak nak bagi ruang. Aku pun tak dapat tempat duduk. Dengan barang yang banyak gila.

Ni kuih akak aku la ni. Ada je benda dia kirim kalau aku nak balik kampung. Huhuhu... Berat tau tak. Macam nak patah tulang belakang tadi. Dah la all da way ke KL Sentral dari Shah Alam tu berdiri.

Terjumpa pulak kawan lama masa keja part time kat hotel dulu. Bukan main banyak barang dia dok terkepit sana sini. Hahaha! Masih seperti dulu. Muka macam bebudak. Padahal umor dah tua. Ada la dalam 30++ dah tu. Hmmm.. Tetiba teringat kenangan lama. Eceh....

Sekarang aku adelah dalam condition sangat penat n mengantuk n rasa nak tido je tepi tong sampah ni. Huhuhu... Tren pukul 9.15 nanti. Lambatnyeeeee....

Ok, sebelum aku mengundur diri. Selamat Hari Raya Aidil Adha ye kawan-kawan semua. Berhati-hati di jalan raya pada yang nak balik kampung nun.

Tata~~

 

Daging Oh Daging

Bos kecik datang bilik aku tetiba tanya pasal pasar tani kat rumah aku. Hahaha! Musykil okeh. Pasar tani kat seksyen 7 hari rabu je.

Hari ni ada la kat seksyen 17 kalau tak silap.

Rupa-rupanya bos cari daging. Esok kan nak raya haji. Hehehe...

Aku sebagai informer pun bagitau la kat Giant pun ada jual daging. Tapi bos ingat daging beku. Kat Giant ada la jugak jual daging fresh. Huhuhu...

N tetiba dia ajak aku pi Giant. Hohoho... Perlu ke? Tetiba je baik dengan aku ni??? Jeng.. Jeng...

Aku nak cabut tengahari ni. Pi makan nasi arab. Sebab tengah tension tak dapat cuti ganti. Bongok la. Buat keja macam kuli batak tapi cuti ganti pun tak nak bagi. Kedekut!

 

Elok Mood Ok Tetiba Hangennnnn

Salam semua. :)

Happy happy petang karang nak balik kampung. Yaribba Yaribba!!!!

Eh, jap. Nak ucap tahniah pada blogger Cik Dya sebab dah dapat pindah. Alhamdulillah, doa Cik Dya dah termakbul. Aku je la dok bersarang tak dapat-dapat pindah ni. Hukhukhuk....

Semalam jammed gila. Aku keluar opis pukul 8. Stuck kat jalan depan opis dekat setengah jam. Sebab hujan. Jalan sebelah poli tu kalau hujan dah boleh buat kolam renang. Tu yang jammed gila tu. Huhuhu... Tension ok.

Ok, tetiba angin puting beliung datang ni. Geram gila la. Aku nak apply cuti ganti tak boleh. Padahal bulan lepas kena keja ngadap orang bau busuk tu sehari suntuk dari pagi sampai petang. Tetiba nak suruh aku amik cuti rehat.

Dah la weekend kena keja. Tak dapat balik kampung. Cuti aku pun kena nafikan jugak. Agak-agak la wei... Kalau aku dapat OT takpe jugak. Ni dah la memang kalau keja lebih masa tak dapat OT. Nak amik cuti pun tak boleh apa guna keja lebih masa.


Lepas ni kalau ada apa-apa function time weekend pegi mati la aku nak pi. Tak ada maknanya. Cuti weekend aku pun dah kebas lepas tu lagi nak persoal. Buat keja tu sendiri. Tak hingin aku.



Monday, November 15, 2010

Exam Itu Susah Sebab Aku Tak Study

Tersangkut kat opis sebab hujan yang amat lebat. Sampai basement pun banjir. Aku tak parking kat basement maka tak perlu la terperanjat beruk bila dengar air naik. Hahaha!

Tapi confirm jalan jammed gila babun la kat luar tu. Takpe... Aku pun tengah nak buat 5s kat bilik sendiri.

Eh, siapa lagi yang pi exam PTD? Susah la pada aku yang tak study ni. Siapa yang study confirm kacang putih je rasa kan. Huhuhu...

Aku tengok orang keliling gigih menjawab. Tunduk kusyuk je semua. Aku sempat pulak toleh belakang. Nak toleh kiri tak ada siapa duduk. Toleh kanan jauh la pulak sebatu. Aku duduk paling depan. Siap pulak pengawas tu boleh tanya senang ke susah. Cis....

N paling lawak bila diorang ingat aku ni baru 1st time amik exam ni. Tak tau aku ni pun gomen. Bila masuk soalan sahsiah konon-konon semua geleng kepala la kata susah. Susah la sangat kan. Nak jawapan ye tidak je. Kot tak pun setuju, amat setuju, amat tidak setuju dan yang sewaktu dengannya. Aku main tenyeh je asal siap. Mengambil kira adekah jawapan anda adelah dari hati yang tulus dan ikhlas sahaja ye soalan sahsiah ni.

Soalan esei pulak hadoi laaaa... Akak dah lama tak buat esei ni. Last masa SPM. Ayat dah kurang bombastik mr lova lova la. Tak balik-balik ayat yang sama je la aku karang. Memang kalau pemeriksa tengok dapat la 7 kot. Hahaha!

Ni aku tengah bengang sebenarnya. Pasal apa? Heh... Biasa la. Keadaan kat opis ni tak boleh bawak mengata dalam blog. Ada spy leman sudah. Muakaka! But tadi ada la aku terlepas cakap tanya menyedari orang tu ada kat belakang aku je. Hohohoho! Tapi bagus jugak la dia dengar kan. Agagaga~~

Ni MARDI keluar jawatan kosong ni. Aku pun nak apply. Ada sesiapa nak apply tak? Sila klik kat nama MARDI ni.

Ok la. Hujan lebat ni buat aku ngantuk. Kalau rajin aku update lain. Kalau tak aku balik terus tido wassalamu.

Papai~~

Esok Balik Kampung Lagi ;p

Salam

Hari ni Isnin. Esok aku balik kampung balik. Apply cuti 2 hari. Hehehe... Selagi aku tak dapat pindah balik kampung aku la orang paling banyak apply cuti kat opis ni. Nak marah? Silakan...

Eh, aku tak abes bebel lagi pasal adik aku accident tu. Nanti aku sambung ek. Nak kasi panas sikit mood aku yang tengah beku.

N kejap lagi aku nak pi makan KFC. Aku cuti diet hari ni boleh tak? Huhu.. Ada pulak nak cuti-cuti. Baru turun sekilo dah perahsan terus nak pi melantak KFC. Sebab time balik kampung hari tu ada akak dalam tren makan KFC. Semerbak 1 gerabak bau ok. Saje tau dengki kat aku yang tengah diet ni. Hahaha!

Ok la. Aku nak settle keja jap. Nanti sambung lain. Daaa~~

 

Sunday, November 14, 2010

Aku Dah Tau Kenapa Aku Tak Sedap Hati Hari Tu

Salam semua peminatku... ;p

Hahaha! Lempang sedas. Perasan artis la ko kan nak peminat-peminat bagai. Ok, start balik.

Salam semua kawan-kawanku. Haaa... Kan lagi mesra gitu. Matik la orang meluat. Huhuhu!

Aku baru dapat online setelah jenuh menggodek nak install berukband kat lappy ni. Biasa la. Minjam lappy opis sebab ada keja nak buat. Tapi nak buat macam mana dah tak buleh connect internet. Kalau keja aku semata-mata ngadap microsoft office tu memang aku tak heran la kan. Ni nak kena online tengok sistem segala. Dah la berukband pun sdn bhd punya.

Khamis tu kan aku kata tak sedap hati gila-gila kan. Bangun tido terus rasa tak sedap hati. Rupanya memang ada benda tak elok nak jadi.

Petang tu aku tengah bz kat opis. Perut pulak tetiba memulas. Pi la toilet. Aku kalau jejalan dalam opis tu memang tinggal hp dalam bilik. Koser la aku nak bawak kulu kilir kan.

Balik dari toilet aku tengok ada missed call dari adik aku n housemate aku Kak Ita. Aku call Kak Ita dulu. Tetiba Kak Ita kata adik aku accident. Terlompat aku kat opis okeh.

Adik aku call aku tak dapat then dia call Kak Ita. Aku call dia masa tu dia still kat hiway. Kena langgar lori dari belakang okeh. Lori bagak besar yang bawak kontena tu pulak tu. Aku dah kelam kabut la nak pi tengok dia ok ke tak semua.

Tapi aku yang bangang sebab dah gabra tersilap jalan pulak. Huhuhu... Adik aku accident dekat tol Bukit Raja. Tapi aku pi melilau kat tol Sungai Rasau. Memang rasa nak lempang diri sendiri. Siap call adik aku marah-marah tanya dia kat mana. Hahaha! Bodoh gila la. Orang tu yang accident aku pi marah lagi. Lepas tu baru aku macam dapat pikir kat mana kah tol Bukit Raja itu. Huhuhu...

Bila aku nak pi pulak dia kata tak payah. Aku dah on da way pun patah balik. Sebab adik aku dah nak balik dah. Budak lori yang langgar dia dah blah sebab gila babun nak kejar trip. Tu nanti aku cerita lain entry. Sebab entry tu memang khas camne aku naik angin macam godzilla dengan budak bawak lori tu.

Belakang kereta adik aku memang remuk la. Tapi tak la sampai pecah cermin belakang. Just boot belakang memang tak boleh bukak. N pintu belakang pun jadi tak rapat.

Adik aku cakap budak lori tu kata dia ngantuk. Dah la tak mintak maap. Aku memang berbulu gila la. Eh.. berbulu stok macam orang utan punya bulu tu.

Jumaat tu aku tak dapat update pasal bz. Nanti aku upload pic kereta yang kemek belakang tu. Petang Jumaat aku ingat nak update aku nak kena balik cepat pulak. Lappy ni pulak takde gigi biru lagi la aku malas kan nak bukak hp amik memory card masuk pulak dekat card reader. Malas.....

Semalam nak update pun tak sempat sebab aku sehari suntuk dok dalam dewan ngadap exam. Negara kesepuluh yang join ASEAN. Tolong jawab untuk aku sat. Hoh! Susah la. Huhuhu... Susah sebab aku langsung tak study. Memang tak sempat gila. Aku cuma dapat tawakal je. Hahaha! Lepas tu jawab tembak aje la labu.

Ok la. Tadi Amir Ridhwan dah bangun dari tido tunjuk-tunjuk cicak. Ni dia dengan abah dia dah tido balik. Baik aku stop sebelum dia terbangun lagi. Karang berebut la dia pun nak berblogging jugak. Muakakaka!

Esok lusa aku update. Banyaaakkkk sangat nak update kot. Hehehe...

Thursday, November 11, 2010

Maaf La Buat Orang Malu Pulak

Aku tengah jadi CSI. Habis randuk call semua negeri lain nak tanya strategi diorang.

Maklum la. Aku ni kan memalukan bos sendiri. Sampai presentation dapat no last. Cakap dah la putar belit. Kejap kata ade bagi numbering kejap kata tak ada. Boleh cakap straight forward tak?

Buat keja pun salah. Tak buat keja lagi la salah.


Ntah apa-apa.


Kalau dah aku buat pejabat ni malu so apa lagi. Hantar la aku balik kampung. Replace dengan orang lain yang bijak laksana. Kasi tip top opis ni.


Lepas ni tak ada la nak malu dapat no last lagi.




Entry Panjang Gila. Siapa Rajin Baca La.

Salam

Selamat pagi semua. Aku masih dalam mood tekanan. Ntah apesal tah. Bangun pagi pukul 5 masak-masak. Ye aku masak. Bawak bekal pi opis. Time aku rajin je. Time aku malas nasib la makan nasik kedai.

Pagi tadi masak udang goreng kunyit. Dari awal minggu aku mengidam menda alah ni. Kubis + sawi goreng. Itu je. Simple dishes. Malas la pulak kan pagi-pagi buta aku nak masak kari kepala ikan segala.


Rajin kan aku. Tapi kalau balik kampung laki aku suruh masak muncung aku boleh sangkut hanger. Aku tak suka masak kat kampung. Sebab aku tak tau segala asam garam kat mana mak mertua aku taruk. Plus aku segan kalau mak mertua tengok aku masak. Plus plus aku segan kalau mak mertua aku rasa masakan aku n tak sesuai dengan selera dia. Lepas tu mula la aku merepek sendiri terbayang mak mertua aku buat muka kelat-kelat tanda aku masak tak sedap. Padahal mak mertua aku ok je. Hahaha! Gila psiko kan aku ni.

Tapi hati aku masih rasa tak sedap ye sekarang. All the way nak pi keja rasa macam nak patah balik ke rumah n sambung tido.


Oh, semalam aku telah membuat 1 anjakan paradigma pada diri sendiri. Apa anjakan paradigma tu sebenarnya. Aku saje je sebut sebab macam best guna term tu. Muakakaka! Bongok kan.

Aku telah men'sound' bos kecik dengan jayanya. Depan 2 orang member opis ni pulak tu. Anjakan paradigma tak? Ke kurang ajar? Hahahaha! Ada aku kesah?!


Sebab aku dah sakit hati gila babi. Babi pun tak sakit hati macam aku. Serius ok. Jangan gelak-gelak. ;p

1 unit kitorang ada 6 orang staf. 2 pegawai tetap. 2 kontrak. n 2 staf tetap aku. N dengan senang hatinya just aku n staf aku je kena jaga sistem sebab kononnya tu baby aku. Segala mak nenek sistem ni kena ada kat finger tip aku je la senang cerita. Fine... Aku tau tu memang job aku.


N tetiba pulak HQ nak buat meeting petang esok nak bincang pasal sistem n blablabla pasal kemiskinan ni. Aku pulak ada exam Sabtu n nak balik kampung petang esok jugak. Aku mintak la excuse suruh dia ganti dengan orang lain.

Dia cakap,

'Eh.. Tak boleh... Itu baby u. U kena la pegi. Kalau orang lain pegi nanti diorang tak tau jawab. U je yang boleh jawab benda-benda ni.'

Ntah darah panglima mana dah masuk dalam badan aku terus aku jawab,


'Puan, bukan saya sorang je. Semua orang pun kena tau. Nak harap saya sorang je susah la.'

Muka bos kecik terus macam lain. Sebab aku dah bengang sangat. Asal ada je nama sistem tu semua dok lambak kat kitorang bertiga. Sampai function time weekend untuk register segala pun biar aku terkontang kanting. Diorang pulak sibuk nak spend time dengan family la. Dah janji nak bawak anak cucu berjalan la.


Abes aku ni takde anak??? Dah la dapat jumpa anak dengan suami pun weekend tu je. Time tu pun nak curi jugak dari aku? Lepas tu cakap itu pengorbanan. Eh, bodoh la ok.

Puas hati aku dapat sound sebijik depan muka dia. Selama ni aku diam je. Ye la, kalau tup tup aku dapat tukar ke apa nak harap pada siapa pulak. Semua terus melingkup kat situ? Nak harap staf aku dia dah la jenis tak caya staf bawahan. Aku kat kampung pun dia sanggup call tanya benda simple yang dia boleh tanya kat staf aku yang ada kat opis. Ntah apa-apa.

Ni confirm la penilaian prestasi aku hujung tahun dia bagi sikit je ni. Tahun lepas pun sikit apetah lagi aku dah menjawab macam tu kan. Hahaha! Matik la.


Dah panjang lebar aku bebel. Puas hati ok. Yang tak sedap hati ni tak tau la kenapa. Ish, peduli la. Aku nak buat keja. 


Tata~~



Wednesday, November 10, 2010

Gomen Dah Gaji Hari Ni

Hari ni gaji. Awal gila kan. Biasa la gomen. Sempena segala jenis raya yang ada kat Malaysia ni gaji pun diawalkan la untuk bulan yang sambut raya tu.

Lepas tu hujung bulan dah tak ada duit nak kena tunggu gaji hujung bulan depan pulak. Tskk... Tsk.. Maka beringat dan berjimat cermat la pada kekawan gomenku sekelian. Hahaha! Peringatan untuk diri sendiri jugak.

Aku stress sebenarnya ni. Tapi malas sangat dah nak pikir. Lantak kat hang la apa nak jadi pun. Sebab stress ke hape tah pinggang aku ni asek sakit je. Tension betul aku.

Hari Sabtu ni ada exam pun hapah aku tak study apa lagi. Nak buat essay in english pun macam dah terlingkup je aku rasa. Vocab dah fail gila babun.


Dah lama kot aku tak pi exam. Last exam masa induksi. Tu pun main taram je la. Otak dah berkarat dah wei. Nak kena polish dengan sabut kelapa kot. Hahaha!


Ok la. Aku banyak lagi keja nak settle sebenarnya ni. Balik lambat la jawabnya.


Tadi hantar claim. Lepas tu aku punya rate claim sudah naik. Muakaka! Seronotnya wehhhh... Ade la dalam RM400 claim aku bulan ni. Leh cover buat beli mesin jahit. Yeaaaaa!!!! Happy kejap.


:):):)



What The _______ (Sila isikan tempat kosong dengan ayat anda sendiri)

Boleh tak aku nak mencarut???

Aku nak balik kampung la petang jumaat tu. Hari Sabtu aku ada exam!!!! Apesal korang ni suka buat meeting petang-petang Jumaat. Tau la korang punye family bawah ketiak je.


Wadefishcake betul laaaa......



......

Belakang aku sakit macam nak patah!

Aku tak ada mood langsung nak buat keja. Rasa macam nak balik sekarang jugak.

Dah la rindu kat Amir. Sian dia. Batuk tak hilang-hilang lagi. Kelmarin time dia dah tido dia batuk sampai termuntah. Sedih aku bila Abang Misai sms bagitau.

Baru taip pasal dia mata dah berair.

Hmmm..

Nampaknya hari ni mood aku memang terbenam dah.







Tekanan!

Aku macam dah malas gila nak buat keja. Sebab macam bodoh. Memang la SYMP kan. Tapi pliz la. Tolong jangan cakap putar belit.

Kalau ikut sakit hati aku ni memang la. Geram ok.

Kejap cakap macam tu. Kejap cakap macam ni. Lepas tu sedap je salahkan aku. Macam hell!


Serius aku tekanan!



Pagi Yang Agak Misteri

Salam

Selamat pagi all :)

Aku tengah kebuluran ni. Apehal tah. Pagi-pagi perut dah berdangdut. Tensi mak ok. Sebab aku tengah berdiet yang macam tak diet je. Berat kejap turun kejap karang naik. Padahal baru seminggu diet dah bising. Hahaha! Lempang dua tiga das. ;p

Pagi-pagi ni aku dok tunggu bos kecik. Di manakah dikau??? Nak mintak sign claim. Hari ni last kena hantar. Dah berapa hari aku cari dia nak mintak sign asek la takde. Kejap karang meeting. Semalam pulak pas meeting kat Putrajaya dia ada appointment dengan dentist.

Harus la kan aku menuntut claim. Bulan lepas merata aku kena pi. Pi Sepang. Pi PD. Hujung bulan makan megi je tunggu nak gaji. Huhuhu...

Hidung still srot sretttt je ni. Kepala pun weng weng. Bawak kereta pagi tadi pun nampak blur je persekitaran.

Eh, pagi tadi kan agak misteri nusantara tau. Aku turun nak pi keja. Pi kat kereta adelah jadi amat musykil. Sebab kereta aku basah.

Bukan la aku musykil kereta aku basah. Tapi aku musykil sebab kereta aku sorang je basah hoh. Kereta orang lain aku tengok kering je. Aku ni kereta dah macam kena hujan. Pelik la.

Kenapa ek boleh jadi macam tu? Siapa ada teori bernas nak explain kat aku?

Tuesday, November 9, 2010

Pesanan Penaja Dari Petronas ;p

Hehehe...

Belum taip dah gelak... Keji... ;p

Kak Ita jangan marah ek.

Ini cerita petang semalam. Semalam aku balik keja lewat jugak la. Memula ingat sharp pukul 5 dah nak balik dah tapi ntah apa la yang aku buat jadi lambat tu.

Dekat pukul 6 aku dah get ready kemas-kemas. Sebelum tu pi toilet dulu. Tetiba lak nak terkucil. Baik la pi toilet awal-awal sebelum aku dok menggeliat dalam kereta kan.

Balik dari toilet ada missed call dari Kak Ita. Heran jugak aku. Aku call la balik. Lebih kurang macam ni la skrip kitorang. Hehehe...

'Haa... Akak kat bulatan Stadium ni. Minyak motor abes. Takpe, akak dah call Ina mintak tolong dia datang.'

 pic search from google

Aku pun alahai.. kesian Kak Ita. Motor abes minyak tengah jalan. Sebab Kak Ita kata Ina housemate kitorang dah on da way pi dekat dia so aku dok ngokngek ngokngek lagi la kat opis.

Tetiba dalam 6.20 Kak Ita call lagi.

'Boleh tak tolong datang bawak minyak. Kitorang takde botol la nak isi minyak.'

Nasib baik sangat la aku memang tak keluar opis lagi n tempat kejadian adelah dekat. Aku ni kalau dah bawak kereta memang jarang sangat la jawab fon sebab hp aku sumbat dalam beg. Kena pulak telinga torek memang tak dengar la hp tu menyanyi. Huhuhu...

Dalam kereta aku memang ada sebijik botol mineral 1.5L letak air paip. Saje standby kot la kereta aku ni tetiba berasap senang aku simbah je. Hahaha! Motif??? Senang la kan kot aku nak basuh tangan ke apa ade la air paip tu.

So, dengan botol mineral Giant tu aku pi la stesen minyak Petronas sebab yang tu paling dekat. Terus aku bawak botol pi kaunter.

'Nak isi minyak dalam botol ni berapa hengget ek?' Sambil muka cover cun. ;p

'2.50' Jawab Bangla tu sambil sengih-sengih.

Tetiba keluar sorang budak laki keja Petronas ni terus amik botol kat tangan aku.

'Meh kak, saya tolong.'

'Minyak motor abes ke kak?' Sambil sengih-sengih.

'Member la. Saya bawak kereta.'

'Elelele kak. tak yah la nak cover.'

'Eh, betul la. Tu kereta i ok.'

'Hahaha! Ye ke???'

Sabo je la aku dengan budak bertuah ni.

'Kak, ni ada pesanan penaja dari Petronas. Lain kali cakap dengan kawan akak pastikan meter minyak tu tak sampai kat empty ye. Hehehe..'

Hahaha! Mengong je. Sempat bagi pesanan penaja.

'Kem salam kat kawan akak tu.'

Huhuhu.. Sempat lagi ko ye dik. Dah la tutup botol mineral tu pecah. Budak tu tolong tutup dengan plastik ikat getah. Aku pulak dah bawak kereta lemah gemalai sebab risau minyak tu tumpah dalam kereta pulak.

Sampai kat tempat kejadian Ina n Kak Ita tengah tunggu. Try isi minyak n start enjin terus ok. Tak sempat aku nak snap gambar sebab tengah gelak-gelak tepi jalan. Hahaha! Sangat keji gelakkan orang aku nih.

Kiranya semalam aku adelah hero penyelamat Kak Ita. Terus balik rumah Kak Ita masakkan sambal telur puyuh. Hehehe... Nyam.. nyam...

Selamat Pagi 1 Malaysia ;p

Salam pagi Selasa semua :)

Pagi tadi aku bangun lambat. Itu pun aku terbangun sebab adik aku terjenguk kat pintu bilik sambil berkata,

'Yuhuuuu.. Tak pi keja ke?'

Aku tengok jam dah pukul 6.57 dah. Terus dengan takde perasaan tarik selimut balik. Sejuk hujan kan. Feeling-feeling malas nak keja dengan hidung yang berair n tekak yang sakit. Pasti la aku ni dah kena selsema.

Tapi lepas tu bangun jugak. Lambat-lambat pi bilik air. Lambat-lambat gosok baju. Drive pun lambat. Alang-alang dah lambat biar lambat terus. Hahaha! Jangan la ikut pepatah aku tu.

Sampai opis ingat punch card dah merah dah. Tengok-tengok jam punch card baru pukul 7.58 la. Jam punch card opis aku ni memang lambat ok. Pagi-pagi ceria la ko kan jam ko dah pukul 8 jam punch card lewat seploh minit. Tapi time balik menggelupur tepi punch card tu. Muahahaha!

Eh, semalam ada cerita yang agak kesian tapi lawak. Keji kan aku. Dah kesian tapi lawak pulak. Nanti aku cerita k. Kak Ita, marah tak orang nak cerita ni? Muakaka!

Aku nak siapkan keja sat. Cari mood ok.

Lalala~~

 

Monday, November 8, 2010

Habit Yang Boleh Membuat Kamu Sewel

Sila ambil perhatian ye anak-anak sekelian.

Aku dapat emel ni. So, nak share dengan korang. Habit yang boleh merosakkan otak. Tapi in english. Korang translate sendiri. Hahaha!

1. No Breakfast
People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level. This leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain degeneration. 
-Errr... aku selalu skip breakfast. Tapi sekarang aku breakfast dengan Rx lite. Kata diet kan. Huhuhu....

2 . Overeating
It causes hardening of the brain arteries, leading to a decrease in mental power.
-Ooo... Ni aku kurang pasti la. Terlebih makan time raya macam mana? Hahaha!

3. Smoking

It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease.
-Aku tak merokok. Redupkan mata anda... Letakkan dua jari di mulut... goyangkan ke kanan dan ke kiri... Muahaha! Ada ke orang nak buat macam tu ek?

4. High Sugar consumption

Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development.
-Ok, sape suka manis-manis sila alert. Tapi terlebih makan nasi pun kena alert jugak.

5. Air Pollution

The brain is the largest oxygen consumer in our 20 body. Inhaling polluted air decreases the supply of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficiency.
-Memang udara sekarang dah tercemar dah lagi-lagi kalau dok kat bandar. Makan asap orang kata.

6 . Sleep Deprivation

Sleep allows our brain to rest.. Long term deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells..
-Errr.. siapa kuat tido? 

7. Head covered while sleeping

Sleeping with the head covered increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging effects.
-Sila ubah habit suka tutup kepala n muka time tido. Amir kalau time tengah tido suka tarik bantal letak atas kepala. Hish...

8. Working your brain during illness

Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain.
-Ooo.. tak boleh jugak ek. Abes kalau bos suruh boleh bagi reason macam ni ke?

9. Lacking in stimulating thoughts

Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage.
-Huhuhu... hari-hari pikir! Pikir! Nanana~~

10. Talking Rarely

Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain
-Yang mulut kepoh pasti gembira. Nguahahaha! Tapi bicara intelek ye. Mengumpat out of order.