Kembali ke rumah sewa... Tak bestnya.... Mood malas dah datang dah. Rasa malas nak pi kerja esok.
Aku sampai kampung pagi Khamis. Dan 1 peristiwa lawak dah berlaku.
Train yang aku naik dari KL Sentral kalau ikut schedule pukul 8 malam dah bertolak. Tapi dah reschedule balik lah pulak. Melangut lah aku sampai pukul 8.40. Dalam tiket pulak expected time arrival dalam pukul 5. So, aku agak mesti lah terbabas sampai kampung lambat jugak.
Naik-naik aje train aku pun terus tido. Penat sangat lah konon sebab rushing lepas balik kerja terus ke KL Sentral. Baju apa pun tak tukar. Pakai lah baju korporat ofis tu balik kampung. Lagi pun amik tempat tido jadi pastilah tak harus disia-siakan. Mahal tau tak.
Tido baik punya ni. Sedar-sedar dah pukul 4.30. Ada lah jugak aku terbangun tapi mamai-mamai tengok jam lepas tu tido balik. Pukul 4.30 tu train stop. Aku tengok sekeliling. Macam tak pernah pulak stop kat kawasan ni. Mana lah aku nak kenal, sekeliling aku nampak rumput aje. Signboard nama stesen pun entah kat mana.
Aku pun bangunlah. Nak prepare ni kot-kot lepas stesen ni sampailah tu kat kampung. Siap makan-makan corn in cup yang aku beli masa bosan-bosan tunggu train delay malam sebelum bertolak tu kan. Sejuk pun aku bedal aje sebab agak-agak lapar lah jugak.
Train gerak aku pun excited lah melekap muka tepi cermin. Dengan harapan nak tengok signboard stesen. Sampai aje dekat signboard tu aku dah macam blur...
'BUKIT MERTAJAM'
Errr... Bukan aku patut turun kat Bukit Mertajam ke? Aku salah tengok ke apa nih? Tak percaya dengan bijik mata sendiri.
Aku selak pulak langsir katil adik aku. Baik punya landing. Tak sedar diri. Siap selimut mengerekot macam udang.
"Wei, bangun! Kita dah terlepas stesen ni."
Adik aku terpisat-pisat dengan muka mamai dia. Selak-selak langsir tingkap dia aku nampak lah bangunan yang aku kenal. Habis tu tak kan aku nak terjun dari train pulak. Mau orang ingat aku nak bunuh diri.
Nak tak nak aku call Abang Misai. Nasib baik dia ada kat rumah tengah tido lagi. Dibuatnya dia memang dah ada kat stesen tu tak jenuh aku kena maki. Huhuhuhu... Sudahnya aku suruh Abang Misai amik dekat stesen Butterworth aje. Nasib baik tak jauh mana.
Abang Misai sampai aje terus aku kena perli.
"Kalau tak dah sampai Padang Besar lah ek."
Huuuu... malu tau. Kena gelak. Siap dia cerita dekat kakak dia pulak tu. Hahahaha!
Yang aku tak tahannya aku siap boleh bersila atas katil tu sambil makan corn in cup penuh kusyuk. Tak sedar dah sampai kampung. Bongek pulak tak ada attendant tiket yang selalu kejut orang tu. Malas lah tu. Saje nak dengki aku.
Hehe.. Nak cover malu sebenarnya jadi salahkan attendant tiket KTMB.
2 comments:
aduhai, mcmane boleh terlajak pulak nie :)
bukan slalu ke balik kg :)
hehe
take care dear
Ezan - ahahahaha! Tu lah. Penat sgt... balik keje trus rushing kejar train pulak. Tido macam org mati dah.
Post a Comment