Hari ni sepanjang hari aku mengeram atas katil je. Malas nak pi mana-mana.
Pekerjaan sepanjang hari adalah tido dan tido dan tido lagi sampai pening. Wuwuwu... So sekarang aku dah jadi burung hantu. Mata terbuntang je.
Breakfast pagi tadi pun adik aku pi beli dengan housemate aku. Aku setakat makan kuih jennifer lopez 2 ketul lepas tu sambung tido. Bangun kejap lunch adik aku masak lepas tu tido balik. Kan aku dah kata hari ni sesi mengeram sepanjang hari.
Aku online ni pun sebab dok berchatting dengan Abang Misai. Kalau tak memang weekend adalah amat tak rajin untuk mewujudkan diri kat alam maya nih.
Pagi tadi patutnya aku kena pi PJ. Ada majlis apa benda ntah. Dalam memo nama aku dah dalam senarai WAJIB hadir. Tapi sebab aku tak tau jalan nak pi sana n badan adalah tak larat n lemah-lemah so wassalamu aje lah.
Alasan konkrit tak ek nak bagi kat bos. Kalau bos tanya lah. Kalau bos tak tanya aku pun buat tak tau saje. Hehehe...
Ni kejap lagi kalau dah tak tau nak buat apa sah-sah lah aku mengeram balik atas katil tu. Kat tv ada cerita best tak ek. Selalu hari Sabtu cerita bengong-bengong je. Astro tak ada pulak.
Balik kampung ni nak mintak Abang Misai pasang Astro lah. Tak ada lah bosan kalau time dalam pantang nanti. Demand lebih. Hahahaha!
No comments:
Post a Comment