SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, May 5, 2009

Gaji aku pun tak banyak macam tu

Huargggghhhhhh!!!!!!! Penatnya!!!! *sambil menggeliat dengan penuh perasaan*

Aku baru lepas check claim budak-budak ni. Melampau penipu betul lah. Buat aku hangen 1 badan aje. Korang kalau tak menipu claim melampau-lampau boleh tak? Ada yang aku jadi kejam tahap mak tiri tak hantar claim korang pulak karang.

Gila lah kerja luar buat claim lagi tinggi dari gaji aku. Huuuu... Gaji bos korang ni pun tak banyak macam tu tau tak. Dah tak ada kerja lain aku hari ni selain mengadap 16 buah borang claim yang macam toooottttt!!!!!

Ada ke patut dari Shah Alam ke Sungai Buloh claim sampai >41km. Memang betul lah dah lama hidup. Sebelum ni aku dah sound tapi buat jugak perangai lama. Makin lama korang ni makin lemak berkrim perangainya yeeee....

Nak tengok singa betina mengamuk agaknya. Aku memang lah malas nak marah-marah ni. Tapi bila aku dah sound sekali jangan lah buat lagi. Ini buat jugak. Memang buat aku nak maki orang aje. Sengal! Kalau aku lepas gitu aje mesti bahagian kira duit tu dok tibai aku. Bernanah telinga aku ni tau tak menadah dengar orang membebel ni.

Lepas ni korang buat lagi macam ni dengan senang hatinya aku potong claim korang biar tinggal separuh. Biar makan nasik dengan kicap aje. Tu mulia lah kalau boleh dapat nasik. Kalau tak korang hirup kicap aje aku buat.

Berpinar bijik mata aku ni. Belakang pun sakit-sakit dok menunduk tengok angka kecik-kecik dekat borang claim tu.

Lantak lah. Bulan ni confirm claim korang lambat masuk. Lain kali buat lah perangai lagi. Ada tak masuk terus claim tu.




2 comments:

BeN`z said...

woooww! kalo dh gaji ko pun x byk cmgitu. adekah budak2 itu mengelim smpai 2.5k up? muahahahhaha! gilooooo! sekel sedas sorang je cyma. muahahahaha

eh, perangkawan kontrak xde lg ke? aku mau mintak.. tsk..tsk...

AmiYs said...

Ben - claim diorg nk dekat cecah gaji basic aku oke. Aku amat marah nih! aku rase hr tu aku dah sembur sorg sedas. Nak aku memo kan aje kot.

Ko apply aje kat perangkaan tu lg... hr tu diorg ade amek. Ni yg stimulus pakej bru ni kan nak amek ramai lg.