Di ofis...
Jiwa kat kampung lagi ni. Alahai... Bila lah dapat tukar kan. Masa nak balik Shah Alam balik hari tu kakak aku dengan annoyingnya saje-saje tanya,
"Bila tukar? Bila tukar?"
Kau tak rasa nak tempeleng ke? Tau lah dia dah dapat balik kampung. Berkepit celah ketiak husband n anak dia. Tapi jangan lah saje-saje tanya soalan sensitif dekat aku. Muka sinis siap ketawa-ketawa. Ingat bergurau macam tu best lah tu. Best taik kucing!
Terus masa naik train tu aku tak salam dia. Kecik hati...
Aku balik kampung pulak Abang Misai terus demam. Panas lah badan. Dengan bersin-bersinnya. Demam rindu bebenor dekat bini dia ni gamaknya. Hahahaha! Toya aje statement. Tapi musykil lah aku ni, asal jumpa aku aje demam. Asal jumpa aku aje demam. Saje lah tu nak manja lebih-lebih. Nak aku urutkan 1 badan. Aku pulak kena urut diri sendiri. Cet!
Balik kampung kerja aku melantak char koey teow aje. Dah teringin, aku pun bedal sepenuh hati lah. Sampai Abang Misai dah segan nak bawak aku ke kedai yang sama. Cari port char koey teow lain pulak. Pi kedai lagi satu terjumpa lah my long lost room mate n house mate masa diploma dulu.
Tak berubah lagi minah tu rupanya. Dressing still sama. Rambut pun. Ahahahha! Yani, sila flashback kenangan bersama. Pasti kau tersenyum sorang-sorang. Wakakakaa!
Tomboy-tomboy pun dah ada anak sorang. Baby girl lagi gitu. Anak pakai ala-ala feminin pulak. Pinky.. Eheheh.. Rasanya anak dia dah dekat setahun kot. Comel gitu. Husband dia aku kenal. Maunya tak, dia orang ni kenal melalui handphone baling anjing aku. Kalau aku yang jawab call masa tu soheh-soheh aku lah bini husband dia sekarang. Ahaks! Sebab dia pernah cerita yang husband dia kata, siapa yang jawab call dia masa tu orang tu lah bakal bini dia. Gila betul idea. Tapi betul-betul kawen daa!
Masa tu handphone aku tu macam public phone sikit. Pernah gak lah minah ni gaduh dengan aku sebab handphone tu. Zaman-zaman handphone mahal macam emas. Line pulak yang boleh harap Celcom. Masa tu ada lah Maxis, Adam ntah apa-apa lagi line. Tapi Celcom jugak lah yang clear dalam hutan banat. Even kadang-kadang kena celapak dekat tangga punya nak dapatkan line telefon.
Terjumpa pun pasal dia balik kampung melawat mak mertua dia. Hubby dia orang Penang. Dia orang JB. Kutub utara kutub selatan tu. Tapi sekarang hubby dia duduk JB jugak. Sebab sebelum kawen pak mentua dah warning,
"Kau nak kawen dengan anak aku kau kena duduk JB!"
Gila guna kuasa veto punya pak mentua. Hahahaha! Sayang punya pasal berkorban apa saja lah.
Aku balik Sabtu malam. Siang tu sempat lagi pi ke Lumut. Kawan Abang Misai kawen. Gigih demam-demam pun nak pi demi kawan baik. Aku mesti lah nak membontot jugak. Abes buat apa aku balik kampung kan. Kata pun nak berkepit celah ketiak laki.
Pi makan kenduri lepas tu balik. Dah kata train aku malam. Sempat lah relax-relax sejam. Then, terus pi tunggu train.
Tak puas betul balik kampung sekejap-sekejap je. Kena lah tunggu bulan 8 nak cuti lama. Cuti bersalin lah. Apa lagi. Huuuuuu....
SaYa SayaNg AnDa :)
Monday, May 4, 2009
Jiwaku masih di kampung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment