SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, November 1, 2011

Rasa Nak Demam Tapi Selera Tetap Melampau

Assalamualaikum

Aku ni badan tengah dedar-dedar panas. Pagi tadi rasa malas je nak bangun pi keja. Baik berbungkus je dengan anak-anak aku tu.

Oh, pagi ni huru hara sikit la kehidupan kan. Hana macam biasa. Kalau awal pagi dah terbuntang mata maka awal pagi jugak la dia memerut. Itu perkara biasa pada ummi. Yang luar biasa lain daripada yang lain hari ni ialah bila si abang Amir pun turut uh uh di pagi hari. Time dah patutnya aku ada dalam keta hantar diorang pulak tu. Huwaaaaa!!!!

Dah la aku kebuluran. Perut berbunyi bukan main. Nama je macam nak demam. Selera macam jin jugak. Kebetulan mak mertua masak nasik goreng. Baru ingat nak bawak bekal dengan sambal sotong lebih semalam. Punah harapan. Wuwuwuwu.... Sebab terkejar-kejar basuh berak anak-anak lepas tu terkejar-kejar nak hantar pi rumah toksu depa.

Dalam keta pulak nak ke opis lepas hantar bebudak tu perut pulak memulas. Rasa nak terceri beri. Pecut keta macam orang sewel atas jambatan. Orang bawak 80km/hour aku pecut sampai 100km/hour. Perasan bawak kat litar sepang. Dah lambat pulak kan, pecut aje sekali.

Sampai opis rasa nak terberak dah hilang. Ganti balik rasa lapar. Turun la bawak tupperware sendiri dengan botol mineral pi cafe. Sini kena bawak bekas sendiri. Amik bekas cafe kalu kena cas 30 sen. Tu kalau nak bungkus la. Kalau makan sana pinggan free of charge je.

Jadi sekarang aku tengah kekenyangan lepas makan bihun goreng lada hitam kot sebab banyak nau lada hitam dengan telur mata kuning cair sebijik dalam bekas tupperware baru beli. Nak bagitau aku baru beli tupperware. Agagaga ;p. Sesiapa nak order bekas Tupperware sila roger-roger. Aku ahli tupperware tau. Ahahahahahaha!

Air horlick suam sebagai milk booster la kunun. Cakap pasal milk booster ni baru teringat aku nak kena pi pam susu la.

Pi pam susu sat na.

Tata~~

No comments: