SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, November 29, 2011

Amir Sakit Kaki

Aku tengah risau pasal Amir. Anak bujang bertuah tu. Dah 3 hari nampak dia jalan terhencot-hencot. Macam orang sakit kaki sebelah.

Aku nampak dah memula tu. Dia jalan macam tak betul. Tapi tengok elok pulak berlari ke sana sini. Lepas tu mak mertua aku lak tegur. Dia kata apesal Amir jalan hencot-hencot.

Bila aku tanya si Amir dia sakit kaki ke, dia jawab 'Dakkkk.'

Ok, dia sendiri kata tak sakit. Tapi apesal lak jalan macam tu kan. Aku tanya lagi.

'Amir sakit kaki mana? Tunjuk kat ummi. Amir ada jatuh ke?'

Dia tunjuk kaki kanan. Bila tanya lagi tunjuk kaki kiri. Haisyoooo... Kaki mana satu mehhh...

'Amir jatuh kat rumah Amir.'

Dia bagitau jatuh kat rumah dia. Kat celah mana la jatuhnya. Ada la hari tu dia jatuh dalam longkang masa menyibuk abah dia nak tampal longkang yang berlubang dengan simen. Hmmmm....

Semalam Abang Misai cakap masa dah basuh berak Amir tu time nak pakaikan pampers Amir mengaduh sakit. Kat sendi peha tu. Laki aku pun amik minyak la urut-urut sikit. So, pagi tadi masa dalam keta aku tanya Amir dia sakit kaki lagi tak. Dia jawab,

'Dakkk... Abah dah boh minyak.'

Tadi laki aku call kata Toksu Amir mai rumah. Tanya apesal Amir jalan macam teruk je. Jalan gaya orang sakit kaki la. Terhencot sana sini. Aku dah risau.

Bila aku suruh laki aku bawak pi klinik dia kata doktor nak buat apa. Paling kuat bagi ubat sapu. Boleh ke aku nak suruh doktor x-ray kaki dia. Tapi takut dia la pulak lari tak cukup tanah sebab takut. Ish....

Runsing sungguh la.

Risaunye ummi.. Hope Amir ok balik ni. :(


3 comments:

@e_da said...

rindu amir..lama tak tengok dia.. ummi bawak je la amir jumpa doc.. biar lama2 takut bengkak di dalam...

aMiYs said...

ida - amir dh gonjeng.. hehe.. kena trim rambut dek abah dia.. tu la.. nk pi bwk pi klinik klu tgk x ok gak...

ejaMaria said...

klu pegi klinik kerajaan mmg diorg bagi ubat sapu je... klu rasa nak detail pegi klinik pakar kanak-kanak la... mmg la berbayar tapi puas hati sbb diorg akan check detail... apa-apa hal nnt suruh refer hospital balik la... yg penting dah buat x-ray / check up dulu... sambung rawatan susulan pegi hospital kerajaan takpe...

anak tu kecik lagi... dia sakit tp tak tau nak cerita sakit mcm mana... sian dia...

check-up awalan utk mengesan penyakit ni biasanya klu kat klinik krjaan mmg slow sket - tak bersungguh... dah teruk sangat baru diorg hantar kat kecemasan... klu rawatan susulan ok... pegi la klinik krjaan... ;p