Amik, meeting paling sekejap dalam sejarah aku buat meeting. Huahuahaua! 15 minit saje. Orang yang masuk lambat masuk-masuk je dengar aku cakap sekian, terima kasih. Kihkihkih....
Dah takde apa pun nak bincang. Bila aku tanya semua senyap. Macam la kalau diorang bersuara aku pi makan diorang kan. Jadi dah semua senyap aku kira settle je la. Apa lagi mau tunggu. Takde soalan jadi mari kita tangguhkan mesyuarat. Jumpa anda bulan hadapan.
Semalam sempat la nyinggah pasar. Belikan atam Mama Fik untuk Amir. Haha! Tapi drumstick lak takde. So, beli aje apa yang ada. Ingatkan dia tak makan. Sekali tu tinggal tulang je uols. Kagum aku tengok tulang tu takde sisa ayam yang tinggal. Memang tulang temulang semata. Ahahaha!
Ada la beli rangka ayam. Tetiba teringin kan. Kat Penang ni murah lagi. Cer ko beli kat Shah Alam. Aku rela tak beli. Mahai nak mapuh tu rangka ayam kat sana. Heran aku. Rangka je kot. Awat mahai sangat. Ade salut emas ke?
Dan aku kempunan rangka ayam itu. Sob... Sob... Sobab eh aku simpan dalam peti ais. Dapat la cuit-cuit sikit. Tapi Hana meragam kan. So, tido kan budak tu dulu. Dengan aku-aku sekali selamat. Abang Misai lak keja semalam. Dia la tibai bagi abes. Huhuhu... Sebelum tido dia tanya,
'Amir makan ayam goreng tak hari ni?' Mukadimah je ni.
'Abes. Tinggal tulang je.'
'Rangka tu umi punya ke?'
'Ha'ah. Tak sempat makan. Mira meragam nak tido.'
'Takpe. Abang dah tolong makan kasi perabes.' Sambil sengih-sengih.
Hahahaha! Aku sorok dalam peti ais pun dia jumpa. Abes kat dia sorang pulak tu. Ye-ye je kata nak diet dengan aku. Konon risau tengok berat sendiri dah naik. Tapi makan tak hengat.
Macam mana mau kurus bang?
;p
No comments:
Post a Comment