Ok, pam aku tak sampai lagi. Semalam kan aku ada up entry yang budak kat opis kurier tu kata aku merepek. Aku merepek yee.... Selamat la korang sebab aku dah pun merepek hantar report servis cam haram korang kat HQ. Muakakakakaka! gelak syaitoooooonnnn.....
Semalam tu lepas aku berbulu telinga dengar orang kata aku merepek terus aku godek web kurier tu. Tengok ada la tempat aku buleh buat aduan segala mak nenek. Dihasut pulak dek kakak aku. Panjang lebau report aku. Hamik kau!
Tak tau la pulak report aku tu sampai ke tak or kotak aduan tu cuma hiasan dalam web semata-mata untuk bagi customer hilangkan kemeroyanan kan. Tapi ada aku kisah. Aku memang kejam kalau korang nak kata cenggitu.
Tapi sampai la ni takde feedback pun dari company tu. Nampak nau la kotak tu adelah hiasan semata-mata.
Semalam jugak budak yang dok mengcoverina kawan dia yang kata aku merepek tu call lepas 45 minit aku call opis diorang. Menginform bahawasanya kurier servis diorang kat kawasan aku tu cuma dibuat pada hari Isnin dan Khamis. Ooo... Kurier servis ada pulak hari apa masuk hari apa tak ye. Macam kan aku duduk kat hutan kalimantan susah sangat nak masuk kawasan aku tu.
So, sepatutnya barang aku semalam dah ada la kat rumah kan. Tapi apesal tak sampai lagi. Tak abes cerita lagi ni.
Tetiba ada lagi budak tu kata,
'Tapi driver yang patut hantar barang cik tu tak datang hari ni. Yang sorang lagi tak dapat cover untuk hantar barang ke rumah cik. Jadi kami akan hantar esok.'
Tak ko rasa nak carutkan ke hape??? Dah la ko ada jadual nak masuk kawasan aku. Tetiba pulak kata driver ko tak datang. Pulak takde orang boleh cover. N nak hantar esok. Kalau hari ni tak sampai lagi ko nak suruh aku tunggu pulak Khamis ke? Or nak tunggu aku jadi hijau pi buat amukan kat opis ko?
Barang aku dah jadi pekasam kot kat opis diorang. Kalau ikut tracking number tu hari Sabtu lagi barang aku dah ada kat tempat diorang kot. Kalau dah payah sangat nak hantar apa kata ko call aje customer suh pick up sendiri. Even sakit hati pun tak ada la aku rasa macam nak bakar je opis korang tu. Ini sikit pun tak inform.
Dalam web bukan main berdegar-degar ko punya visi, misi segala. Tapi macam taik la servis korang ni. Dah 4 hari kepam barang orang. Orang selalu guna kurier servis ni sebab nak cepat. Bukan nak suruh korang kepam barang orang buat pekasam.
Report tu aku buat pasal aku memang tak puas hati sangat dah la ni. Kalau sikit-sikit boleh la sabor lagi. Ni sampai alasan ko masuk tempat ikut hari, lepas tu driver tak datang la, hape la. Dengan layanan yang sungguh 'mesra customer' diorang.
Sampai bila-bila pun tak hingin aku nak guna korang punya servis. Pada sesiapa yang dok tanya aku ni meroyan pasal company mana. Company tu guna sekor binatang lompat-lompat jadi logo. Pandai-pandai la teka.
Fast and accurate delivery services konon. Podahcait!
No comments:
Post a Comment