Assalamualaikum
Jumaat dah. Esok cuti. Seronok dua tiga ronok la kan dok rumah. Muahahahaha!
Eh, ada benda nak bagitau. Dah berapa hari tapi asek lupa je tau. Sila dush dush kan kepala ke dinding sebab sudah menjadi pelupa tahap dewa. Maklum la, banyak urat putus lepas beranak ni. Muekekeke... Beranak jugak dipersalahkan.
20hb November bersamaan hari Ahad ni Penang bridge akan ditutup ye. Pada sesiapa yang mau datang berkunjung ke belah pulau-pulauan ini melalui jambatan sila datang hari Sabtu. Tapi Sabtu pagi sampai 12 tengah malam saje la. Kalau nak merasa tido atas jambatan boleh datang lepas pukul 1 pagi. Apesal aku kata macam tu baca kat bawah.
Boleh je nak datang Ahad tu tapi kalau korang semua sanggup bersesak menunggu feri yang sekarang ni aku tengok dah macam hidup segan tapi tak mau mati. Kohkohkoh! Ada la lagi 1 option iaitu berenang. Huahuahauhaua! Anda sanggup???
Penang Bridge akan ditutup dari pukul 1.00 pagi sehingga 10 pagi, 20 November 2011 untuk memberi laluan kepada larian Penang Bridge. Ada orang rasa nak berlari jugak? Boleh datang Ahad ni.
Kejadah la nak lari atas jambatan tu kan. Macam dah tak ada tempat lain nak lari. Hahaha! Dah tak pasal jambatan kena tutup. Menganga la orang belah pulau ni. Tapi sini banyak je shopping complex. Takde boring ah.
So, lepas pukul 10 pagi baru diorang bagi jalan. Tu pun kalau setel pukul 10 pagi la.
Ok, tu je pesanan khidmat masyarakat dari aku sebagai warga Penang yang berhemah. Kehkehkeh...
No comments:
Post a Comment