SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, November 30, 2011

Hari Ni Kena Present Topic Of The Month

Assalamualaikum

Morning. Aku tengah sakit kepala ni. Kena hujan semalam kot. N dah ada rasa macam nak demam gitu. Semalam stuck dalam jammed yang aku rasa kalau aku jalan kaki lagi cepat sampai rumah. Bayangkan la ye, keluar opis pukul 5, tapi nak dekat pukul 8 baru sampai rumah. Macam rumah aku tu jauh kat Tapah. Huhuhuhu....

Dah la kaki sakit. Jammed teruk. Macam nak tertanggal kaki aku dok main clutch. Lepas ni beli helikopter la. Hahahaha! Macam ko tu kaya sangat la kan nak beli heli. Kipas heli tu pun ko tak mampu tau.

Pagi ni ada meeting pengurusan. Aku kena present topic of the month. Hampagas betui. Takpe, aku baca je. Diorang bukan dengar pun.

Disebabkan ada meeting, pagi-pagi lagi aku dah tapau breakfast. Beli nasi lemak kat rumah sebelah. Akak tu baru start jual semalam. Dia dah berenti keja kilang sebab takde orang nak mengasuh anak dia.

Jadi mari la menolong menambah pendapatan orang. Sedap jugak la sambal nasi lemak akak tu. Esok beli lagi. Kehkehkeh... Tembun la aku hari-hari tala nasi lemak.

Ok, mau prektis baca omputih ni. Terbelit lidah tau. Dah la english aku ni memang ke laut dah. Kena pi sekolah balik la nampaknya.

Tata~~

Tuesday, November 29, 2011

Amir Sakit Kaki

Aku tengah risau pasal Amir. Anak bujang bertuah tu. Dah 3 hari nampak dia jalan terhencot-hencot. Macam orang sakit kaki sebelah.

Aku nampak dah memula tu. Dia jalan macam tak betul. Tapi tengok elok pulak berlari ke sana sini. Lepas tu mak mertua aku lak tegur. Dia kata apesal Amir jalan hencot-hencot.

Bila aku tanya si Amir dia sakit kaki ke, dia jawab 'Dakkkk.'

Ok, dia sendiri kata tak sakit. Tapi apesal lak jalan macam tu kan. Aku tanya lagi.

'Amir sakit kaki mana? Tunjuk kat ummi. Amir ada jatuh ke?'

Dia tunjuk kaki kanan. Bila tanya lagi tunjuk kaki kiri. Haisyoooo... Kaki mana satu mehhh...

'Amir jatuh kat rumah Amir.'

Dia bagitau jatuh kat rumah dia. Kat celah mana la jatuhnya. Ada la hari tu dia jatuh dalam longkang masa menyibuk abah dia nak tampal longkang yang berlubang dengan simen. Hmmmm....

Semalam Abang Misai cakap masa dah basuh berak Amir tu time nak pakaikan pampers Amir mengaduh sakit. Kat sendi peha tu. Laki aku pun amik minyak la urut-urut sikit. So, pagi tadi masa dalam keta aku tanya Amir dia sakit kaki lagi tak. Dia jawab,

'Dakkk... Abah dah boh minyak.'

Tadi laki aku call kata Toksu Amir mai rumah. Tanya apesal Amir jalan macam teruk je. Jalan gaya orang sakit kaki la. Terhencot sana sini. Aku dah risau.

Bila aku suruh laki aku bawak pi klinik dia kata doktor nak buat apa. Paling kuat bagi ubat sapu. Boleh ke aku nak suruh doktor x-ray kaki dia. Tapi takut dia la pulak lari tak cukup tanah sebab takut. Ish....

Runsing sungguh la.

Risaunye ummi.. Hope Amir ok balik ni. :(


Cuti 3 Hari So Hari Ni Mood Malas

Assalamualaikum

Kat opis. Hari ni mood malas. dah 2 hari aku tido mati. Bunyi alarm pun tak dengar. Memang penat bebenor je gaya ek. Semalam Amir masuk bilik bagitau dia uh uh pun aku memang dah tak sedar. Nasib baik laki aku ada tak keja. Kalau tak kesian anak bertuah tu. Berselepet taik kat bontot.

Hari ni jugak aku sakit belakang. Dengan mengantuknya. Bendera merah sudah berkibar pagi tadi. Jadi mood aku memang ke laut la.

Weekend lepas aku lepak rumah akak aku je. Hari Sabtu tak pi mana. Dok melangut basuh baju yang dah menimbun macam Everest tu. Laki aku pi kenduri. Aku tinggal berdua je dengan Hana. Amir pun follow apaknya. Jadi buleh la aku tido sekejap dengan aman damai.

Hari Ahad dah plan dengan akak aku nak lepak rumah dia makan-makan. Aku tolong makan je. Muakakakakaka! Adik aku yang kat Shah Alam tu balik. Kebetulan semalam b'day dia. So, buat la makan-makan sikit. Tapi b'day girl yang masak. Keskes... Pemalas sungguh akaknya. Siap request pulak nak mee kari. Hahahaha!

Jadi melepak la di hari Ahad dari pagi sampai petang dengan adik beradik aku. Pagi tu siap ikut pi pasar. Angkut sekali anak-anak aku yang bertuah. Amir memula nangis takmo naik keta. Dia ni ada pe'el kalau bukan keta ummi or abah dia memang tak nak naik. Tapi nak tinggal dia pun tak nak dengan opah dia. So, angkut jugak la. Paksa dia masuk keta. Sampai pasar elok pulak. Siap pau keychain katak lagi.

Hana pulak sepanjang kat pasar tu berkelek la dengan aku. Tak bawak stroller. Ate bawak keta kelisa je. Mana muat nak taruk stroller dengan bontot-bontot lain nak dok dalam tu gak. Naik muscle tangan aku senah. Hahahaha! Budak Hana tu dah 6 kilo rasanya. Serius keras dah muscle kat lengan ni. Kikikiki! Hana pulak siap syok lagi tido atas tetek omak eh.

Semalam pulak saje bawak bebudak ni jalan-jalan. Hana asal dalam keta cari tetek pastu tido. Amir pulak tak reti dok diam. Kejap ke depan, kejap panjat ke belakang. Siap dok dalam carseat adik dia. Sebelum tu kan tu carseat dia. So, feeling-feeling kecik kembali la tu. Relax pulak dia dalam tu.

Pi singgah Longwan kat Kepala Batas. Belikan Amir beg Angry Bird. Hehehe... Baju Angry Bird aku dah beli masa pi pasar hari Ahad tu. Pagi tadi dia bawak dah beg dia pi rumah Toksu. Comel je.

Beli lagi 2 pasang baju. Since Amir still pakai baju yang aku beli masa dia baby dulu. Muat lagi nok. Senteng sikit la. Kita beli la baju baru. Karang orang kata mak pak eh dedua keja tapi tak mampu beli baju anak pulak. Hahahaha!

Ada jugak aku ushar kedai jamu kat situ tengok bedak ronasutra. Tapi ushar je la. Beli tak lagi. Aku tengah testing diri sendiri dengan krim megik ni. Dah nampak ok baru la nak beli bedak n segala mak nenek wishlist aku. Hehehe... Siap ada wishlist lagi senah.

Tu je la weekend aku n cuti Awal Muharam.

Oh, kepada yang bertandang ke blog ni rasanya tak terlewat lagi aku nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1433H. Semoga mendapat keberkatan di tahun baru Islam ni. Dan semoga perubahan yang berlaku ke arah kebaikan. Amin....

Happy Belated Birthday jugak pada member ku Benzura. Semalam b'day dia. Aku lupa nak sms. Tapi takpe, aku wish dalam ni. Kasi femes sama dia. Hahahaha! Ok Ben, semoga success selalu ye. Pe cite blog dah sunyi sepi beb. Heheheh....

Friday, November 25, 2011

Budak Kecik Itu Selsema

Yeahhh... Memang aku kena pi JB la next month. Nampaknya bulan 12 adelah bulan yang sangat la membz. Oowww... Tak larat. Taklimat dah berderet. Memang pack la bulan 12 ni. Jangan gatai nak cuti.

Eh, si Hana tengah selsema la. Jangkit dengan Abang Amir dia. Semalam hidung meleleh je hingus. Kesian sungguh. Nak tido pun tak lena. Kejap-kejap bangun. Nasib baik la sumbat tetek tu dia still leh bernafas ikut hidung. Tapi ada bunyi la.

Ni balik ni nak tengok macam mana. Kalau teruk kena la bawak pi klinik. Marah betui dia kalau orang dok lap hingus dia. Melalak-lalak. Tak suke la tu orang usik hidung dia. Konon hidung mancung tu mahal la tu. Hahahahaha!

Amir pun berhingus. Semalam ade batuk-batuk. Sekarang kan cuaca tak menentu. Banyak hujan je dari panas. Tapi bila panas mak aih. Macam nak terbakar kulit-kulit.

Ok la. Nak pi pantry. Membasuh botol susu.

Kena Jugak Pi JB....

Assalamualaikum

Kejap lagi aku ada meeting. Macam malas je nak masuk. Disebabkan kena buat report dalam meeting nanti kena la masuk jugak.

Pagi ni nampak lagi babi dalam lori atas jambatan. Apesal aaa... Tiap hari Jumaat ke rutin mengangkut babi ke Pulau? Tak boleh tunggu bukan peak hour ke? Dah la Jumaat lepas pagi petang aku nampak babi. Pagi nampak babi hidup. Petang time balik nampak babi dah kena sembelih pulak. Hangin betui aku.

Pagi ni jugak la bukak emel tengok aku kena pi JB tu. Tapi hapah detail pun takde. Hish.... Berbulu betui la macam ni. Jap lagi tanya kat timbalan la. Sebab laki aku dah volunteer nak cuti. Dia tak sanggup jaga Hana. Dia lagi sanggup ikut aku n angkut bebudak sekali.

Tapi kan Johor tengah banjir sekarang. Isk... Takut la jadi macam tahun lepas ke bila. Yang air banjir sampai tenggelam rumah. Hiway pun tak boleh lalu tau.

Ok la, nak get ready slide yang nak present jap lagi. Slide simple mimple je. Dah tak bagi format. Aku buat ikut suka hati. Hahahaha!

bye...

Thursday, November 24, 2011

Amir Dah Dapat Atam Idaman Semalam

Amik, meeting paling sekejap dalam sejarah aku buat meeting. Huahuahaua! 15 minit saje. Orang yang masuk lambat masuk-masuk je dengar aku cakap sekian, terima kasih. Kihkihkih....

Dah takde apa pun nak bincang. Bila aku tanya semua senyap. Macam la kalau diorang bersuara aku pi makan diorang kan. Jadi dah semua senyap aku kira settle je la. Apa lagi mau tunggu. Takde soalan jadi mari kita tangguhkan mesyuarat. Jumpa anda bulan hadapan.

Semalam sempat la nyinggah pasar. Belikan atam Mama Fik untuk Amir. Haha! Tapi drumstick lak takde. So, beli aje apa yang ada. Ingatkan dia tak makan. Sekali tu tinggal tulang je uols. Kagum aku tengok tulang tu takde sisa ayam yang tinggal. Memang tulang temulang semata. Ahahaha!

Ada la beli rangka ayam. Tetiba teringin kan. Kat Penang ni murah lagi. Cer ko beli kat Shah Alam. Aku rela tak beli. Mahai nak mapuh tu rangka ayam kat sana. Heran aku. Rangka je kot. Awat mahai sangat. Ade salut emas ke?

Dan aku kempunan rangka ayam itu. Sob... Sob... Sobab eh aku simpan dalam peti ais. Dapat la cuit-cuit sikit. Tapi Hana meragam kan. So, tido kan budak tu dulu. Dengan aku-aku sekali selamat. Abang Misai lak keja semalam. Dia la tibai bagi abes. Huhuhu... Sebelum tido dia tanya,

'Amir makan ayam goreng tak hari ni?' Mukadimah je ni.

'Abes. Tinggal tulang je.'

'Rangka tu umi punya ke?'

'Ha'ah. Tak sempat makan. Mira meragam nak tido.'

'Takpe. Abang dah tolong makan kasi perabes.' Sambil sengih-sengih.

Hahahaha! Aku sorok dalam peti ais pun dia jumpa. Abes kat dia sorang pulak tu. Ye-ye je kata nak diet dengan aku. Konon risau tengok berat sendiri dah naik. Tapi makan tak hengat.

Macam mana mau kurus bang?

;p

Bz Ni

Assalamualaikum

Well, aku banyak benda nak buat hari ni. Petang karang ada meeting. Aku la chairmannye walaupun aku bukan man.

Meeting pagi ni ditunda ke 30hb. Takpe, tunda terus sampai tahun depan pun takpe. Sebab aku malas nak kena present topic of the month untuk meeting tu. Diorang ni memang mendejeykan aku sungguh tau.

Ok la, kalau rajin aku update. Bz ni. Bz ni. Macam aku sorang aje bz. Hahahaha!

Wednesday, November 23, 2011

Atam Mama Fik ;p

Tak sabar nak balik petang ni. Nak amik Amir n Hana n singgah pasar. Nak belikan 'atam' untuk Amir. Hahahaha!

Atam tu adelah ayam ye. Ayam goreng. Hari tu akak aku belikan ayam goreng untuk Amir. Bahagian drumstick. Abes licin dia makan. Hari Jumaat lepas dia mintak kat aku.

'Mi, Amir nak atam mama fik.'

Aku dah gelak-gelak je dengar. Kesian pun ada. Mana aku nak cari atam mama fik nak oiii... Dia panggil kakak aku Mama Fik. Sebab ramai sangat bahasakan diri mama kat Amir. Takut dia confuse so aku bagi la gelaran. Ini Mama Kakak *akak ipar aku*, ni Mama Fik. Hehehehe...

So, petang ni ada pasar boleh la belikan ayam goreng feveret dia. Kalau aku belikan pun confirm dia cakap,

'Mama fik ti.'

Maksud dia Mama Fik bagi. Amboi... Ummi belikan pun Mama Fik dapat nama ye. Kihkihkih... Untung Mama Fik. ;p

Ngantuk.....

Assalamualaikum

Aku adelah sangat-sangat-sangat mengantuk..... Huarrggghhhh!!!! *menguap*

Semalam ye la pasal tengok bola kan. Tapi hari ni apesal ngantuk melampau??? Balik semalam pun ala-ala nak drive sambil tutup mata dah.

Sampai je rumah semalam pas balik keja terus mandi manda, makan-makan, layan Hana n Amir lepas tu pukul 8 aku dah angkut Hana masuk bilik. Amir kalau ummi dia dah masuk bilik dia pun ikut la sambil mulut bising suruh aku bukak tv dalam bilik pulak.

Bagi Hana nenen dengan aku-aku sekali belayar. Tapi dalam pukul 9 terjaga. Nak bukak mata punya la payah. Bangun nak makan ubat aku la. Lepas makan ubat sambung tido balik. Amir pun dah selamat tido sebelah aku.

Dalam pukul 11 terjaga lagi dengar bunyi hp laki aku. Sape call malam-malam ni hah?! Dengar dia borak-borak kat fon sayup-sayup je. Lepas abes jawab fon dengar dia merungut lak. Aku tanya apesal. Rupanya dapat call nak suruh pi operasi.

Dah kunci-kunci pintu lepas laki aku pi keja *dia pi tinggal kunci rumah dia kat opis* sambung tido sambil menenenkan Hana sebab dia pun bangun sama.

Elokkkkk je aku sedap tido tetiba terkejut macam nak terlompat dari katil sebab ada orang ketuk cermin tingkap bilik. Laki aku rupanya. Kat luar suruh aku bukak pintu. Mesti dok panjat pagar rumah tu. Ape dah takde hp nak call ke? Buat terperanjat ai je tau. Bangun pulak pi bukak pintu. Huhuhu...

Pukul 4 pagi Hana bangun lagi. Tapi macam nak tak nak nenen je. Resah semacam. Check-check pampers penuh. Patut la kejap karang pusing kiri, kejap pusing kanan. Tak selesa. Tukar pampers dia pulak. Sumbat nenen terus tido.

Aku pun sambung lagi tido. Pukul 5 bunyi alarm hp. Huwaaaaa!!! Aku stop kan. Rupanya stop terus. Tersedar pukul 5.45. Selalu hp tu kalau aku stop alarm dia akan snooze tetiap 15 minit. Ni takde lak. Dah terkocoh kacah aku bangun pi mandi.

Dah mandi n siap-siap pi kejut Amir pulak. Keja aku kan mengantor bebudak ni pi balik rumah Toksu. Pagi aku hantar. Petang aku amik. Abah dia lenggang kangkung. Alasan, carseat dalam keta aku. Cisssss!

Tukar pampers Amir. Hana baru tukar pukul 4 so tengok tak berak pulak. Start enjin. Time nak angkut bebudak masuk keta dengar Tok Amir tanya apesal basah kat lantai. Adekah pampers Amir baru tukar dah bocor???? Iyeeeeee.... Sekali kencing terus bocor. Tahan kencing ke hape anak aku ni?

Tukar pulak lagi pampers Amir dengan baju seluar semua. Angkut bawak masuk keta. Zasssss! Ke rumah Toksu depa. Hana senyap dalam keta. Angkat Hana bawak masuk rumah ade bauan ye. Berak dalam keta rupanya. Huhuhu... Takpe, mintak tolong Toksu la cuci. Kihkihkih....

Kesimpulannya aku penat terlampau n tak cukup tido sebab tu aku ngantuk. Hahahaha! Boleh buat conclusion gitu?

Tuesday, November 22, 2011

Hari Ni Sila Jangan Lupa Lagi

Assalamualaikum

Ngantuk..... Gara-gara tengok bola. Kihkihkih... Semangat Harimau Muda la kata. Tapi aku tengok sampai separuh masa kedua. Lepas tu dah melayang ntah ke mana. Sedar-sedar diorang dah peluk sama sendiri sambil meloncat-loncat. Terus tanya Abang Misai,

'Menang ke?'

'Ha'ah.'

'Penalti ke?'

'Yup, masa tambahan lagi 30 minit tapi takde gol.'

'Ooo.. Ok.'

Sambung tido. Hahahaha! Tapi tak sampai seploh minit sambung tido Hana dah bangun nak menenen.

Hari ni mesti kena beli jajan untuk Amir. Sebab dari hari Ahad dia tanya.

'Ummi, nak pok.'

Pok tu keropok ye. Bukan mintak aku tepuk. Asal tengok iklan Mr. Potato je kata,

'Amir nya. Amir nya.'

Tu maksud dia Amir punya.

Semalam aku dah beli dah Mr. Potato tu untuk dia. Kat stesen minyak Petronas. Tapi adekah dah bayar aku lupa amik Mr. Potato tu. Aku amik touch n go aku je sebab tujuan utama aku ke sana sebab nak topup TNG aku tu. Huhuhu...

Dah nak sampai rumah baru perasan Mr. Potato takde. Hampehhhhsssss.......

Sampai je rumah Amir menyambut dengan penuh harapan aku bawak balik jajan sebab Ahad tu dah janji nak beli untuk dia.

'Mi, nak pok.'

Terus tepuk dahi la ummi dia. Hahahaha! Kena explain pulak kat budak bertuah tu ummi dah beli pok tapi tertinggal kat kedai. So, mintak dia tunggu hari ni. Kesian la pulak kan anak dok tertunggu-tunggu.

Untung orang kedai kalau aku selalu buat pe'el cenggini. Huhuhu...

nota tapak tangan : Tahniah Harimau Muda kerana telah menyebabkan Garuda patah sayap. Hehehehe...

Monday, November 21, 2011

Sesi Membotakkan Rambut *bukan rambut aku*

Assalamualaikum

Yeahhh... Lambat sikit mengupdate hari ni. Selalu sampai opis je dah update. Mood tak berapa ada sangat. Maklum la, Isnin. Sabtu Ahad dah syok melepek kat rumah.

Weekend aku dok rumah saje. Sabtu tu sesi membotakkan anak-anak. Hahahaha! Rambut Amir dah tebal sangat. Dah nampak macam Amir pakai rambut palsu kata Pak Uda dia. Harus ke? Maka mari la mentrim rambut ye anakku.

Macam biasa. Bila time nak trim rambut je melalak. Tapi kali ni ada improvement la sikit. Trim rambut kali lepas dia telah memuntahkan abah dia. Wakakaka! Kali ni nangis je la. Sambil jerit,

'Abah! Abah!' sambil teresak-esak. Kihkihkih... So comel.. ;p

Lepas tu turn si Hana pulak kasi trim sama dia. Rambut dia naik tak sekata. Belakang gonjeng tak tumbuh-tumbuh. Atas je naik macam landak. Itu pun aku nampak dah macam landak tersepit sebab separuh je tegak. Separuh lagi jatuh. Kita kasi kemas-kemas ye dik. Mari trim jugak.

Maka sudah ada 3 budak botak dalam rumah sekarang. Eh, siapa lagi sorang. Macam Amir cakap la,

'Amir tak, Adik Anah tak, Abah tak.'

Hahahaha! Sorang lagi adelah abah diorang. Abah diorang ni jenis rambut kalau dah makin banyak tu nampak bersimpul-simpul. Kerinting yang tak comey ye. Aku lagi rela tengok laki aku botak daripada ada rambut. Muakakaka!

Heran aku apesal la si Amir tu tiap kali nak trim rambut mesti nangis. Padahal tak sakit pun. Adik Hana dia tak nangis. Tergedik-gedik geli je.

Nanti aku tepek pic Amir n Hana yang dah botak. Abah dia takde pic. Laki aku tu mana suka bergambar ni.

Friday, November 18, 2011

Babi Betul

Tajuk tak menahan hari-hari Jumaat ni. Heheheh....

Entry bukan entry memaki even tajuk nampak macam kontroversi gitu. Akekeke... Tapi sebab pagi tadi aku telah ternampak makhluk pinky hidung penyek tu la.

Masa tu keta aku baru lepas dari jambatan. Sayup-sayup kat depan nampak ada something terloncat-loncat dalam lori. Warna pink. Aku ni mata kadang-kadang tak berapa nak nampak. So, buat tak tau n follow je la keta depan.

Tetiba aku pelik. Apesal banyak keta depan beransur-ansur ke tepi. Masa tu aku kat lane tengah. Ada ke kiri, ada ke kanan. Tinggal lagi 2 bijik keta depan aku baru la ternampak babi terloncat-loncat dalam lori. EEEEEEeeeeeeeEEEEEEeeeeee.......

Apekah perlu membawa babi di pagi hari saat orang nak pi keja kat jalan utama pulak tu. Hiway ok, hiway. Terus laju-laju aku potong 2 bijik keta depan aku. Tak sanggup aku follow belakang lori tu. Huhuhu...

Babi adelah sangat busuk k. Macam mana aku tau babi busuk? Aku tak bela najis mughalazah tu hokey. Experience masa aku kecik dulu la. Masa tu naik bas nak pi sekolah ke balik sekolah tah. Bas zaman dolu mana ada aircond ni. So, kat depan bas terkedek-kedek sebijik lori membawa babi. Bau dia sangat meloyakan tekak. Huwaaaa!!!! Sampai driver bas stop tepi jalan biar lori tu lepas jauh. Punya la busuk.

N lagi sekali aku pernah terbau masa buat lawatan ke rumah orang miskin time keja kat opis lama. Rumah dia dikelilingi kandang babi. Nak nangis weh bila terbau. Abes melekat bau kat baju tau. Rasa nak samak 1 badan je even tak pegang.

Kalau tak ada pengalaman sila la cari mana-mana kandang babi berdekatan. Tak sempat sampai dekat aku rasa ko dah termuntah kot. Huhuhu...

Jadi pastikan keta anda bertutup dan pasanglah aircond kalau dah nampak lori membawa muatan najis ini ye. Sebelum anda semua pengsan akibat bauannya.

Sekian, terima kasih.

;p

Penang Bridge Tutup 20/11/11

Assalamualaikum

Jumaat dah. Esok cuti. Seronok dua tiga ronok la kan dok rumah. Muahahahaha!

Eh, ada benda nak bagitau. Dah berapa hari tapi asek lupa je tau. Sila dush dush kan kepala ke dinding sebab sudah menjadi pelupa tahap dewa. Maklum la, banyak urat putus lepas beranak ni. Muekekeke... Beranak jugak dipersalahkan.

20hb November bersamaan hari Ahad ni Penang bridge akan ditutup ye. Pada sesiapa yang mau datang berkunjung ke belah pulau-pulauan ini melalui jambatan sila datang hari Sabtu. Tapi Sabtu pagi sampai 12 tengah malam saje la. Kalau nak merasa tido atas jambatan boleh datang lepas pukul 1 pagi. Apesal aku kata macam tu baca kat bawah.

Boleh je nak datang Ahad tu tapi kalau korang semua sanggup bersesak menunggu feri yang sekarang ni aku tengok dah macam hidup segan tapi tak mau mati. Kohkohkoh! Ada la lagi 1 option iaitu berenang. Huahuahauhaua! Anda sanggup???

Penang Bridge akan ditutup dari pukul 1.00 pagi sehingga 10 pagi, 20 November 2011 untuk memberi laluan kepada larian Penang Bridge. Ada orang rasa nak berlari jugak? Boleh datang Ahad ni.

Kejadah la nak lari atas jambatan tu kan. Macam dah tak ada tempat lain nak lari. Hahaha! Dah tak pasal jambatan kena tutup. Menganga la orang belah pulau ni. Tapi sini banyak je shopping complex. Takde boring ah.

So, lepas pukul 10 pagi baru diorang bagi jalan. Tu pun kalau setel pukul 10 pagi la.

Ok, tu je pesanan khidmat masyarakat dari aku sebagai warga Penang yang berhemah. Kehkehkeh...

Thursday, November 17, 2011

Mari Menggelabah

Baru je up entry macam mana kalau aku kena outstation dan dan pulak terserempak dengan timbalan aku kat toilet. N dia kata maybe aku kena pi JB 8,9,10hb bulan depan.

Ok, mari menggelabah puyuh sekarang.

Setakat kat Putrajaya tu masih boleh digagahi untuk aku paksa laki aku ikut n bawak anak-anak. Ke JB? Aku rasa mesti dia tak nak. Haiyooooh... Kos tinggi. Kalau naik Air Asia pi balik pun dah 400++. Tak campur aku la sebab aku guna waran gomen kan. Tu belum campur kalau duit hotel kena bayar sendiri. Gigit kuku ok. Makan pasir la bulan depan.

Baru je berangan aku nak shopping gaji bulan ni. Tsk.. Tsk.. Tsk...

Aku kesiankan Hana la. Mesti dia cari-cari ummi dia ni. Selalu time aku amik dia macam tu la. Dia tau je aku yang kelek dia mula kepala dok sondol-sondol ke tetek.

Jangan la timbalan aku taichi jemputan tu ke aku. Huhuhu... Mintak-mintak dia je la yang pi. Amin.....

Stress sungguh bila keja banyak travel ni.

Taklimat Next Month

Bulan 12 ni maybe aku kena pi taklimat. Maybe pemenda. Memang wajib pun. Huhuhu... Taklimat untuk pengisian borang survey. N lepas aku pi taklimat aku pulak kena bagi taklimat.

Yang tu aku tak kisah la nak bagi taklimat. Tang nak pi tu. Dah berpusing bijik mata aku ni memikirkan si Hana yang tak reti dijaga dek abah dia. Haru tau. Boleh laki aku kata Hana ketagih tetek. Tak jumpa tetek tak boleh tido. Padahal budak tu rindu kat aku. Siap sound lagi lepas ni angkut sekali Hana kalau pi kursus mana-mana sebab rajin sangat nak bagi tetek kan.

Kadang-kadang rasa macam nak ketuk je kepala laki sendiri sebab tak support bini nak bagi susu badan kat anak. Ye la, kita ni nak bagi yang terbaik untuk anak. Dia nak senang je. Bagi je susu tepung. Esok-esok anak tu asek sakit-sakit sebab antibodi kureng salahkan maknya jugak. Maknya jugak yang kena bersengkang mata jaga anak. Heeee... Geram ah dengan laki aku ni.

Jadi aku sudah berfikiran kalau aku kena pi taklimat aku memang akan angkut Hana sekali. Tapi abah dia kena amik cuti ikut aku. Baru adil ye tak? Hahahaha! Nasib la kan. Tak nak budak tu meragam malam-malam pandai suruh bawak sekali. Abes kat sana siapa nak jaga pulak. Jadi kanda, sila la amik cuti n jaga anak tu time siang. Malam aku tak kisah tak tido pun.

Kalau tak nak ikut aku memang aku tinggal Hana biar dia jaga. Ko nak bersilat macam mana pun lantak la. Tapi memang aku takkan msg ke call ke sebab hari tu dah kena sekali. Dia hangin jaga anak pi salahkan aku pulak. Sentap menusuk kalbu tau tak.

Jangan diorang ni buat taklimat lama-lama n jauh-jauh sudah. Kesian anak-anak aku.

Badan Penuh Angin

Assalamualaikum

Perut aku adelah berangin. Dari semalam. Lepas makan tengahari. Adekah kerana makan kobis? Aku pun tak tau. Aku makan kobis sebab kata kobis boleh tambah susu. Susu ciput benau.

Jadi, dah berangin 1 badan tu keja nak kentut *Amir sebut bot bot* je la. Idok le aku kentut di khalayak. Kentut la time takde orang. Kat dalam keta pun boleh kentut tapi pastikan ko sorang-sorang la. Kalau ada orang lain, pulak tu kentut menimbulkan bau-bauan maunya pengsan orang lain dalam keta. Kalau ko sorang-sorang ko sendiri yang sedut bau kan. Miahahahaha!

Aku kentut bagi memastikan kesejahteraan perut ye. Karang kembung pulak perut aku ni. Dah la buncit pas bersalin tak surut-surut. Malas pakai bengkung kekdahnya kan. Lagi mau merungut. Lempang sedas baru tau. Kohkohkoh.

Pagi ni rasa nak terberak pulak. Tapi adelah takut nak berak. Kan aku susah nak berak sekarang. Kelmarin punya la seksa. Setengah jam dalam jamban kat opis ni je. Sampai luka la bon bon. Semalam masa berak hamik ko, macam nak mengalir air mata dia punya pedih tu. So, hari ni dah trauma. Buleh la nyanyi lagu trauma *trauma yang melanda, menikam-nikam bontot*. Muakakakakakakakaka!

Belum lagi aku cari apa yang disuggestkan dek kawan-kawan blogger hari tu bagi memudahkan pembuangan. Tak sempat. Huhuhu...

Nanti la cari. Tak tahan sungguh bila asek begini. Ohhhh... *sambil letak tangan atas dahi*

Wednesday, November 16, 2011

Kereta Kena Pecah? Hoih! Keji Tau Siapa Yang Buat Tu

Assalamualaikum

Aku baru letak bontot pas beli breakfast tetiba dapat call akak aku. Ingatkan apesal la pagi-pagi dah calling-calling. Ape rindu sangat ke kat adik dia ni padahal semalam baru aku hantar balik rumah. Hahahahaha! Rupanya membawa khabar kureng enak ye.

Kereta adik aku yang dok kat Shah Alam tu kena pecah. Cermin sebelah passenger. Ohhh.... Keji sekali siapa yang pecahkan kereta tu.

Adik aku pulak dia tak tau nak sedih ke nak gelak sebab kereta kena pecah tapi yang hilang cuma duit syiling. Sape la yang bodoh piang tahap langit ke 7 pecah kan keta orang tapi curi duit syiling je? Alang-alang ko dah pecah keta orang tu sapu la semua yang ada. Radio keta, kad touch n go, segala mak nenek barang dalam tu awat tak sapu? Saje nak bagi orang keluarkan duit nak pasang cermin baru pulak kan.

Bukan keta adik aku je kena pecah. Keta kancil depan keta dia pun kena. Elok sangat la tu. Sekor kancil, sekor kelisa. Kesian adik aku. Dah la tengah kopak. Tunggu gaji minggu depan baru masuk.

Takpe la. Sat lagi aku bank in.

Aku nak makan sat.

Tuesday, November 15, 2011

SPINA BIFIDA

SPINA BIFIDA



Apakah yang dimaksudkan dengan Spina Bifida ?


Spina Bifida (dalam bahasa Latin bermaksud tulang belakang terpisah), adalah salah satu kecacatan sejak lahir dikenali sebagai kecacatan di tiub neural. Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bersambung dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah. Keadaan ini terjadi di awal kandungan, seawal bulan pertama kandungan.


Ianya berlaku di bahagian bawah tulang belakang dan jarang berlaku dibahagian atas. Kadang-kadang sebahagian dari otak juga turut terdedah.


Jenis‐jenis Spina Bifida.


a) Spina Bifida Occulta


Saraf tunjang adalah normal. Hanya sebahagian kecil tulang yang tidak bertaup. Lapisan kulit yang menutupi kecacatan ini juga adalah normal.


b) Meningocoele


Sebahagian dari meninges lapisan luaran saraf tunjang terjulur keluar tetapi saraf tunjang selalunya sempurna.


c) Meningomyelocoele


Sebahagian dari saraf tunjang dan meninges terjulur keluar dari tulang belakang yang terpisah. Keterukkan keadaan spina bifida adalah berbeza. Dalam keadaan yang ringan (milder form), bayi tidak menunjukkan apa-apa tanda.


Sekiranya kecacatan teruk yang mana melibatkan saraf tunjang , kemungkinan bayi tidak selamat. Selalunya bayi ini akan mengalami kelumpuhan, hydrocephalus (kepala besar disebabkan pengumpulan cecair dalam otak) dan lain-lain kecacatan sejak lahir/kongenital.


Kebanyakkan kes mengalami keterukkan sederhana yang mana juga memerlukan berbagai rawatan dan rehabilitasi.


Berapa kerapkah kejadian ini terjadi ?


Berlaku lebih kurang 1 dalam 1000 kelahiran hidup.


Sebab‐sebab terjadi.


• Sebab sebenar masih tidak diketahui


• Ia adalah disebabkan oleh kombinasi antara faktor genetik dan persekitaran.


• Salah satu faktor yang menyumbang pada keadaan ini adalah kekurangan asid folik sebelum mengandung dan pada awal kandungan.


Tanda‐tanda


• Kemungkinan kelihatan benjolan di bahagian belakang. Ia adalah penonjolan saraf tunjang atau meninges melalui ruang pembukaan di tulang belakang.


• Saiz kepala yang besar atau ukuran lilitan kepala membesar akan terjadi pada sebahagian kes meningomyelocele.


• Bagi kes spina bifida occulta, perubahan warna kulit, lekok ,ketulan tisu lemak yang lembut atau jumbai rerambut akan dapat dilihat di bahagian belakang.


Gejala


Sebahagian dari gejala dikesan peringkat awal dan yang lainya di kemudian hari.


• Sakit dibahagian bawah belakang


• Sistem usus dan pundi kencing yang tidak berfungsi.


• Bahagian anggota kaki adalah lemah atau lumpuh.


• Hilang deria rasa dibahagian yang terlibat.


• Pembelajaran yang lemah.


Kadang-kadang tidak ada gejala yang ditunjukkan. Kecacatan itu hanya dikesan semasa pengimejan (x-ray) dilakukan untuk masalah kesihatan yang lain. Masalah ini boleh dikesan semasa mengandung melalui ultrasonography,MRI dan pengukuran alpha foeto protein (AFP)


Komplikasi.


1. Komplikasi spina bifida selalunya disebabkan oleh kerosakan pada saraf tunjang atau hujung saraf yang terkeluar dari saraf tunjang.


Ini akan mengakibatkan:-


o Sakit belakang


o Tidak boleh mengawal buang air kecil dan retensi urin.


o Tidak boleh mengawal buang air besar dan sembelit


o Lemah atau kelumpuhan pada bahagian kaki.


o Hilang deria rasa di bahagian yang terlibat - yang mana menyebabkan kecederaan, kudis tekanan atau kelecuran di kulit.



2. Spina bifida selalunya berkaitan dengan hydrocephalus dalam 70 % kes. Otak dan saraf tunjang di alirkan dan di bekalkan dengan nutrisi oleh cecair serebrospinal. Dalam spina bifida , pengaliran cecair serebrospinal tersekat menyebabkan pengumpulan cecair ini di dalam otak. Keadaan ini berbahaya kerana cecair yang terkumpul akan meningkatkan tekanan dan akan menyebabkan kerosakan pada otak.


3. Jangkitan


o Meningitis - Jangkitan pada selaput yang menyaluti tisu saraf.


o Jangkitan di salur air kencing melibatkan pundi kencing dan atas buah pinggang - Retensi air kencing akan menyebabkan pengalirannya berbalik ke buah pinggang semula.


4. Masalah tulang seperti scoliosis (bongkok), telepis (club foot ) atau terkehel tulang pinggul.


Rawatan.


Rawatan untuk spina bifida ialah pembedahan dan rawatan sokongan yang berterusan. Tiada rawatan khusus untuk spina bifida.


• Sekiranya seorang bayi dilahirkan dengan kecacatan yang terbuka , pembedahan dilakukan secepat mungkin.


o Saraf tunjang dan meninges yang terkeluar akan dimasukkan ke tempatnya dengan berhati-hati.


o Tujuan melakukan pembedahan ialah untuk mengurangkan risiko jangkitan dan mengekalkan fungsi saraf tunjang.


o Pembedahan semula mungkin diperlukan apabila kanak-kanak membesar. Ini adalah disebabkan saraf tunjang dan tulang belakang membesar pada kadar yang berbeza dan boleh menyebabkan dan boleh menyebabkan tisu saraf terperangkap.


• Sekiranya mengalami hidrosefalus, shunt mungkin diperlukan untuk mengalirkan cecair yang berlebihan dari otak ke abdomen. Shunt perlu di pantau untuk jangkitan dan penyekatan aliran cecair serebrosinal serta memberi rawatan yang berpatutan.


• Penilaian yang kerap perlu dilakukan ke atas kanak-kanak oleh pasukan kesihatan seperti Pakar Perubatan, fisioterapi dan terapi carakerja.


• Jangkitan perlu dirawat dengan sempurna.


Pencegahan.


1. Pemberian tambahan folik asid.


Dos folik asid yang disyorkan adalah 0.4 mg sehari dan perlu diambil sebulan sebelum mengandung dan seterusnya pada 3 bulan pertama mengandung untuk memberi kesan yang baik. Disebabkan kebanyakan kehamilan tidak dirancang, semua wanita dalam usia reproduktif dinasihatkan untuk mengambil penambahan folik asid.


Sekiranya seseorang itu dalam kumpulan berisiko ( anak terdahulu, atau saudara rapat mengalami spina bifida atau yang mengambil ubat sawan), ia perlu mengambil dos yang tinggi lebih kurang 4 mg sehari.


2. Kaunseling genetik


Risiko (tanpa tambahan folik asid)


o Selepas mempunyai seorang anak yang menghidapi spina bifida, kehamilan seterusnya boleh mendapat masalah yang sama adalah 3 ke 4 %.


o Selepas mengalami 2 orang anak spina bifida,10 % kehamilan seterusnya boleh mendapat masalah yang sama.


o Risiko akan bertambah tinggi sekiranya keluarga juga mempunyai sejarah spina bifida. Sila dapatkan rundingcara dari doktor untuk kehamilan yang akan datang.


Pemulihan.


Pemeriksaan yang berkala oleh pasukan kesihatan yang professional diperlukan ( Pakar Peditrik, Pakar Surgeri Orthopedik, Pakar saraf, fisioterapi, terapi carakerja dan kaunselor) di dalam proses pemulihan. Ini adalah untuk mengendalikan dan merawat sebarang masalah diperingkat awal. Dengan ini kanak-kanak terlibat dapat hidupselesa seperti anak-anak yang lain.


Pemulihan melibatkan:-


• Pergerakan.


Perkhidmatan fisioterapi dan terapi carakerja perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi memaksimakan fungsi dan pergerakan menggunakan ke taraf maksima fungsi dan pergerakkan. Kanak-kanak ini memerlukan bantuan fisikal seperti alat penyokong (braces) dan kerusi roda, mengikut tahap kelemahan dikaki.


• Penjagaan kulit dan deria rasa


Penjagaan yang sempurna untuk mengelakkan kudis tekanan atau ulser di bahagian yang kehilangan deria rasa.


• Penjagaan pundi kencing.


Latihan mengawal pundi kencing dan melakukan pengketeran kendiri secara berkala. Pembedahan pundi kencing mungkin diperlukan.


• Penjagaan bowel


Latihan kawalan buang air besar, penggunaan enema dan pemakanan yang sihat.
• Pendidikan.


Kanak-kanak ini selalunya mempunyai kecerdasan yang normal, mereka mungkin mengalami masalah. Kanak-kanak yang menghidapi hidrosefalus mempunyai masalah pembelajaran yang lebih ketara.


• Sokongan ibubapa adalah faktor penting dalam proses pemulihan kanak-kanak tersebut.


Kanak-kanak ini perlu didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan untuk memperolehi penjagaan kesihatan yang sempurna, kebajikan dan pendidikan khas . Pegawai perubatan boleh membantu pendaftaran kanak-kanak terlibat dengan mengisi borang-borang yang tertentu. Kanak-kanak yang didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat berhak mendapat bantuan perubatan dan kemudahan-kemudahan kesihatan yang lain dari kerajaan.

Artikel copy paste from here.

Ok, apesal tetiba aku taruk artikel pasal spina bifida ni? Sebabnya Amirah Raihanah adelah disuspek ada defect ni masa dia lahir. Apesal doktor suspek Hana ada spina bifida? Sebab kat bahagian belakang kat punggung dia ada macam rerambut. Tapi rerambut tu tak ada la lebat pun. Sikit je. N masa lahir diorang cakap lilit kepala Hana macam besar.

So, untuk kepastian lanjut lepas lahir hari tu Hana kena x-ray untuk tengok tulang belakang dia. N masa dia dia sebulan lebih sikit kena pi buat ultrasound pulak. Then jumpa pakar. Pakar tengok x-ray n ultrasound dia kata nampak ok. But bulan 1 ni akan ada appointment susulan untuk tengok perkembangan Hana.

Aku mula-mula tak tau pun doktor suspek anak aku ada spina bifida ni. Yang aku tau diorang suruh aku buat ultrasound n jumpa pakar lepas sebulan. Memang tak explain apa-apa pun. N masa nak pi buat ultrasound tangan gatal aku pi bukak surat yang patut bagi pakar ultrasound tu. Terkejut jugak bila baca perkataan spina bifida tu.

Bulan 1 ni ke hospital la kita. Jumpa pakar. Since pakar tu kata still kena ada check up susulan. Sebab maybe masa baby tak nampak n takut saraf tu menarik bila dia dah besar.

Apa pun aku doakan Hana sentiasa ok dan sihat walafiat.

Ummi sayang Hana.

Cuti Ke Klinik

Assalamualaikum

Morning Tuesday. Keskeskes... Semalam tak update pasal aku cuti. Cuti membawak budak debab ni ke klinik.


Ke klinik untuk checkup 3 months n cucuk sama dia. Hahaha! Berat sudah 5.6kg. Kus semangat nak berdukung semedang. Dan amat pantas meniarap. Pantang letak berpusing la si Hana ni. Lepas tu tak sampai 2 minit dah bunyi-bunyi suruh pusingkan dia balik. Hahahahaha! Kepala tak berapa nak tegak sibuk la dia nak meniarap kan. Mana tak penat.

Rambut adelah seperti landak raya. Mencacak. Yang belah belakang kepala ntah bila nak tumbuh. Dah macam pakai serban dah. :D

Dan sudah pandai ketawa bila diagah-agah. Gelak mengekek-ngekek pulak tu. Bila nak tido suka menangis kuat-kuat sampai terketar badan. Abah pun dah surrender nak jaga Hana. Siap suruh angkut kalau ummi kena out station lepas ni. Sebab dia kata Hana ketagih tetek. Tak jumpa tetek mula la nak amukan.

Dan adik adelah sangat suka dengan abang. Kalau abang dia berdiri or baring sebelah dia boleh pulak diam sengih-sengih. Siap tarik baju abang lagi ajak main.

Next checkup 19hb Disember. Kena amik cuti lagi la. Nak cucuk kena amik cuti. Takut budak demam kan.

Wokey, itu saje pasal Hannah Montana ku. Kekekeke...

Friday, November 11, 2011

Ngantuk Sampai Lupa Nak Letak Tajuk

Mengantuk yang amat. Menaip ni pun rasa nak tido. Taip pejam mata. Macam dah terror gile la nak taip tutup mata kan.

Confirm balik karang siap-siap mandi, makan, buat susu Amir pastu terus la hangkut Hana masuk bilik. Ngantuk yang tak boleh diampunkan lagi nih.

Eh, aku tengah cari bedak. Tetiba teringin nak berbedak bagai. Hahahaa! Selalu aku taram bedak baby je. Mekap semua memang ke laut la. Ada orang kata bedak Ronasutra tu best. Sesape yang dah pernah pakai buleh komen sikit tak?

Aku google banyak la komen kata baguih dok ada Ronasutra ni. Hmmm.. Hmmmm...

Apehal tetiba nak berbedak tah. Tetiba aku rasa nak melaram kiah oii! Nak shantek-shantek comey-comey. *pang sedas buat ayat bajet comel*

Pregnant lagi ke? Oh noooo... Masih trauma ye.

Dah, aku nak kemas-kemas barang. Sat lagi tak kelam kabut nak balik.

Aniversari Yang Sentap

Assalamualaikum

Aku kat opis. Masuk opis lambat sikit hari ni. Kan baru balik dari Putrajaya semalam. Sampai rumah dah malam. Sangat la penat. Dengan mencari parking pagi tadi amat seksa. 3 kali kot aku pusing-pusing. Guard tu kata parking penuh sebab ramai orang daftar kawen hari ni. Bangunan persekutuan la kata kan. Jabatan Pendaftaran pulak 1 bangunan dengan kitorang. Tarikh hari ni kan cantik, 11/11/11. Tu yang ramai daftar kawen tu.

Hana dah tido masa aku sampai rumah. Amir pulak berlengas dengan minyak gamat. Ahahahahaha! Sat lagi aku cerita.

Naik pajero jabatan ke sana. Sengal belakang aku sampai sekarang. Sebab dok terhentak-hentak. Huhuhu... Memula kata dapat Wira. Tetiba hari nak pi tu kata kena naik pajero sebab kunci wira ada sorang tu bawak balik rumah. Ohhhh....

Nak tak nak naik la jugak. Asal boleh gerak. Laju jugak driver tu bawak. Driver adelah sama nama dengan anak aku. Hehehe! Dah boleh dipanggil pakcik. Umor dia dah 51.

Sepanjang dalam pajero tak tido aku. Menemankan Pak Amir tu. Sebab tengok dia pun rupa dah ngantuk. Kejap-kejap dia ubah duduk. Kejap karang dok tepuk-tepuk pipi. Aku lak yang seriau. Last-last ajak borak. Walaupun aku ni pendiam. Wakakakaka! Borak aje la apa topik yang buleh. Sampai Pak Amir tu siap cerita macam mana dia leh kenal dengan bini dia. Apekah? Hahaha!

Stay kat Kajang. Hotel Uptown Imperial. Hotel baru tu. Tapi jauh la dari kedai. Kalau dok Hotel Uptown yang dekat Metropoint tu mesti aku sakan bershopping. Yang bestnya hotel tu ada sedia van kalau ko nak pi merayap. Dia akan hantar la. If dah puas berfoya-foya call je n diorang akan amik.

Malam tu aku sms la tanya bebudak buat apa. Rupanya Hana nangis tak berenti. Sampai terketar badan. Buat macam-macam semua tak mau. Aku suruh la laki aku bagi baju aku yang belum basuh. Dia kan dah biasa petang aku ada dengan dia.

Tak pasal-pasal aku kena marah. Kata sebab aku bagi direct feeding kat anak sebab tu budak tu nangis. Motif nak marah-marah aku? Selama ni aku direct feeding n tinggal kat toksu dia masa aku pi keja takde pulak budak tu buat perangai. Ni baru suh tengok sehari dah nak angin-angin dengan aku. Ayat sms tu pulak amat menghiris kalbu. Aku ingat sampai mati ye bang. Aniversari kawen aku kena maki. Memang sampai bebila la aku ingat.

Lupakan pasal tu. Time aku sampai rumah semalam Hana dah tido. Amir tak tido lagi. Dok tunggu aku. Laki aku tetiba pulak baik macam hape. Buat macam takde apa-apa lak tu. Tetiba lak Hana merengek. Macam tau-tau je aku dah balik. Boleh bau kot. Hahaha! Yang si Amir aku tengok apesal la muka berminyak-minyak. Macam orang minyak.

Aku sebab sentap dengan Abang Misai kan buat tak tau je la nak tanya pun. Dia lak cerita tanpa ditanya. Amir main minyak gamat kat bilik tok dia. Tok dia tengah solat. Dia amik botol minyak tu, dia tuang atas carpet kecik dalam bilik. Lepas tu dia sapu minyak tu atas kaki dia.

Tok dia abes solat je terus dia cakap,

'Amir sapu ubat.' sambil tunjuk kaki.

Hahahahaha! Bertuah punya anak. Dah tak memasal la dengan tangan bercapuk minyak tu sapu pulak kat pipi. Tido malam ummi peluk bau minyak. Terus aku lumur bedak pulak kasi wangi. Kot tak tengik gamat anak aku.

Hari ni pulak Abang Misai ke KL. Tengok enjin bot ape tah. Hal kerja. Aku malas nak tanya. Esok dia balik kot. So, malam ni tido dengan anak-anak la. Amir tu pantang tengok aku bagi susu kat adik dia. Karang dia pun,

'Mi, nak tu.'

Makna dia, 'ummi, nak susu'. So, kena la prepare susu dia awal-awal. Sebab dia ni bila dah baring mintak susu tu takde makna la dia nak bangun capai sendiri botol dia. Aku jugak kena amik. Saje nak jeles dengan adik Hana dia.

Ok, panjang la pulak. Aku nak tido jap. Penat tak hilang lagi. Kan rehat Jumaat panjang. Hehehe...

Papai~~

Wednesday, November 9, 2011

Anak-anak Bertuah :)

Lama kot aku tak tepek pic kan. Jadi mari la kita tengok pic anak-anak bertuah. Hehehe... Dah 3 bulan baru dapat tengok pic Hana. Exclusive sungguh anakku itew. Muahahaha!

Pic sume tak sempat watermark dah. Sape berani curi aku sumpah jadi katak.

 Hai sume. Saye la Amirah Raihanah. Kat rumah ummi panggil Mira. Abang Amir panggil saye Adik Hanah. Saya sangat debab sebab saye suke minum susu ummi. Hehehe...

 Abang dengan adik berdua. Amir memang suka baring sebelah adik dia. Sayang sangat kat adik. :)

 Anak bujang ini suka main bedak. Abes 1 botol bedak dia buat main kecah-kecah atas lantai.

Tembam kan. Baju masa lahir dah tak muat dah. Syeksyi nampak pusat. Ahahaha!

Dah debab ni tak nampak macam muka abang Amir masa kecik dah. Dengan rambut terpacak macam landak. Tapi belakang kepala botak. Orang kata makan bantal.

Abang Amir mulut adelah amat petah ye sekarang. Hehehe... Kekadang kalau tak faham aku iakan aje. Sebab selagi tak iakan dia akan ulang macam iklan burung murai tu. Huhuhu...

Hana adelah kuat nangis. Tak macam abang masa kecik. Abang cool. Hahaha! Suka sangat nak mintak berdukung. Rebeh bahu ummi ni nak oiii... Banyak keja nak buat mesti terbantut kalau dia terjaga. Sekejap je dia boleh dok senyap. Dah 10 minit gitu mula la mintak diangkat.

Rindunya ummi kat anak-anak bertuah ni. Tengok pic dalam hp je la ummi malam ni. Sob.. Sob... Anak-anak ummi jangan nakal-nakal tau.



Hari Ni Dah Genap 3 Tahun Rupanya

Assalamualaikum

Kat opis ni. Tak tau la pukul berapa nak bertolak pi KL. Aku ikut orang je. Stay mana pun aku tak tau jugak. Semua ikut orang. Kalau dulu aku dok Shah Alam lain cerita. Berdesup sendiri je pi Putrajaya tu.

Tengok-tengok email semalam tetiba baru perasan aku kena attend ntah taklimat menda ntah petang esok. Kalau ikut function yang aku kena attend sampai pukul 12 je. Sudah hangen 1 badan woh. Lambat la aku balik rumah cenggini. Lambat la jumpa budak Hana debab tu. Isk.. Isk...

Dah 3 bulan Hana kan. Semalam la genap 3 bulan. Eh, hari ni berapa hb? Adekah hari ni anniversari kawen aku? Hohohoho! Macam mana buleh lupa. Oh nooooo!!!! Busuk sungguh kena attend function di saat anniversary wedding adelah hari ni. Kureng sopan sungguh tau. Baru je aku cakap dengan Abang Misai 2-3 hari lepas mengingatkan dia lepas tu hari ni aku yang lupa.

Takpe, aku dah sms dia. Dia pun lupa. Bagus... Dedua pelupa. Banyak sangat makan semut ke hape.

Wedding anniversary yang ke 3 tahun. Anak dah 2 orang. Hehehehe...

Amir Ridhwan dah besar dah. Dah pandai cakap macam-macam. Kelakar tengok dia buat macam-macam gaya. Rindu ummi masa dia kecik-kecik dulu.

Amirah Raihanah dah 3 bulan. Dah pandai meniarap dah. Tapi ikut mood la. Kalau hangin 1 badan cepat je meniarap. Kalau angin cool jenuh dia tolak badan nak bagi berpusing. Hahahaha!

Rindu sama itu budak-budak bertuah.

Hana macam tau-tau je aku tak tido dengan dia malam ni. Malam tadi dia buat perangai. Kejap uh sana. Kejap uh sini. Selalu tu lena bukan main. Boleh pulak awal-awal subuh pukul 4 dia memerut. Terkentut-kentut je. Angin kot. Kesian dia. Malam ni Hana tido dengan abah ye. Esok ummi balik la.

Ok, time memerah dah sampai. Aku hangkut sekali spectra tu pi KL. Senang sikit nak memerah.

Papai~~

Tuesday, November 8, 2011

Pi Keja Pun Rindu....

Esok petang aku dah kena bertolak ke KL sebab lusa ada majlis kat Putrajaya. Hmmmmm.... Driver bawak. Aku dok belakang je jadi mem besar.

Tapi aku dah risau nak tinggalkan anak-anak especially yang kecik tu. Hana tu pantang aku bangun dari katil dia mesti terbangun. Macam pagi tadi aku pi mandi. Dia perasan aku takde kat sebelah agaknya bangun-bangun terus melalak siap meleleh air mata.

Amir pulak malam tadi elok-elok tido kat toto dia malam-malam bangun naik atas katil tido sebelah adik dia.

Tambah lagi Hana tu sebelum tido kena menenen dulu.

Sedangkan pi keja pun dah rindu ni kan pulak nak tinggalkan bebudak tu pi KL. Isk... Isk...

Rindunya..... Cepat la pukul 5. Nak balik....

Spectra 3? Puas Hati. :)

Aku sudah mula menggunakan Spectra 3. Bukan keta ok. Tapi pam susu. Hehehehe.. Start guna baru hari ni. Hari Ahad aku baru dapat test sebab Hana kalau aku ada keja nak bergayut je kat tetek. Time dia tido tu cepat-cepat aku buat projek mengetest pam.

N hari ni dah angkut pi opis. Lalala~~ Ye, dan aku berpuas hati dengan khidmat Spectra 3 ni even baru 2 kali sesi memerah. Sebab susu perahan guna spectra ni lagi banyak dari aku guna pam lama. Lagi 1 sebab aku guna double pumping kot tu yang banyak tu.

Spectra 3 ni gaya dia sedut tu macam budak sedut tetek la. Lembut je suction dia. Ye la, guna la dari slow suction. Ko amik maximum terus ada tercabut pulak puting tetek tu. Tak macam pam lama, sedut terus menerus je. Ada la button yang bila ko tekan dia jadi gaya macam suction budak tu. Tapi kena kerap tekan la. Tapi still takde effect sangat pun kalau tekan.

Pam lama still buleh guna. Yang tu aku buat travel la kot since pam tu letrik buleh guna, bateri pun buleh guna jugak. Abang Misai ingat aku dah simpan pam lama dalam kotak balik. Dia kata,

'Ingatkan dah dapat gading bertuah tanduk tak berguna lagi.'

Ceh, ingat aku macam tu ke. Aku tanduk karang. Pam tu la yang dah berjasa masa beranakkan Amir dulu tau.

Jimat sungguh bagi susu badan kat anak ni. Susu tepung dia yang ada kat rumah tu tak abes-abes lagi. Kat rumah toksu dia pun sure la luak sikit je. Kasi laki aku tengok sikit kelebihan bagi anak susu ibu ni. Keluar duit lebih sikit time beli pam je pun. Kalau aku gigih mengepam boleh la Hana fully minum susu badan saje. Hehehehe...

Best sungguh rasanya.

Ada rezeki lebih nak beli Medela FS pulak. Maka sila menabung ye. Hahaha!

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidil Adha kawan-kawan sekelian. Aku kat opis ni. Anak buah aku semua takde. Cuti raya lagi secara berjemaah.

Kepala otak tengah nenong-nenong ni. Makan daging dengan ketupat pulut banyak sangat. Dari malam semalam aku pengsan dengan anak aku. Makan tak ingat dunia punya pasal.

Tahun ni buat korban untuk Amir n untuk aku. Hana tahun depan la ye. Semalam sembelih lembu tu. Kat rumah pakcik laki aku. Amir siap nangis-nangis marah tengok lembu kena ikat kaki. Serius hati tisu la budak itu. Hahahaha!

N buat pertama kalinya aku dok menganyam ketupat palas. Muakakaka! Sengal kejap. Jenuh mak mertua aku ajar. Dia lipat sepuluh aku baru lipat sebijik je. Punya la lembap. Dah, aku tak berapa makan sangat ketupat palas tu. Memang tak reti la.

Lagi pun feveret aku ketupat nasik. Ketupat palas yang isi pulut ni lambat sikit la. Dah la anak baru 3 bulan. Bantai pulak makan pulut. Hasilnya malam semalam aku sakit urat. Dengan hujan dah 3 hari tak berenti. Sejuk-sejuk gedi tu lagi la menambah sakit urat ye.

Jadi hari ni aku nak relaks-relaks kejap. Bebudak takde nak kacau aku dalam bilik. Agagaga...

Eh, moh la sembang dengan aku kat gugel talk. Itu je la yang opis ni buleh tembus. Yang lain kena block la. Hehehehe...

Friday, November 4, 2011

Projek Weekend Ni

Dah lama aku dok cari meja nak taruk mesin jahit. Tak beli-beli lagi. Abang Misai kata guna je la meja makan. Abes 1 keja pulak nak hangkut mesin tu pulak kalau orang nak makan kat situ.

Hari tu survey meja tulis. Yang paling murah punya meja tulis. Takde stok pulak kat Tesco tu. Tapi baru ni tengok dah ada. Nanti nak suruh laki aku beli la.

Mesin jahit tu sampai la dok dalam bilik belakang. Aku tengah ada semangat berkobar-kobar nak jahit something ni. Semenjak ada budak kecik yang kuat bergayut kat tetek itew. Hahahaha! Nak jahit nursing cover sendiri. Kihkihkih...

Tengok orang jahit macam senang. Nak beli asek hold je sebab duit kejap beli benda lain. So, apa kata kita cuba kemahiran sendiri. Eceh....

Aku ni setakat nak jahit simple-simple boleh la kot. Sebab belajar jahit baju kurung hari tu. Sarung bantal si Hana pun tak berjahit lagi. Bantal dah kepam dah. Ahahahaha!

Hujung minggu ni la nak buat. Termasuk nak menggodek pam susu baru. Tak sabar la pulak nak tunggu esok. Yeayyyy!!!

Cerita Pagi Jumaat

Assalamualaikum

Selamat pagi Jumaat semua. Ada yang dah cuti nak sambut raya haji kot. Aku je yang tak cuti. Selasa ni pulak staf aku beramai-ramai amik cuti secara berjemaah. Hampeh sungguh meninggalkan bos mereka terkontang kanting sorang-sorang.

Polis pun dah start buat roadblock aku tengok. Awal-awal dah letak segala kon n tahan orang kat hiway tu. Banyak yang kena tahan tu motor la. Keta diorang tak kacau. Jem pepagi buta karang sesia je kena maki.

Abang Misai tak pi keja hari ni. Aku tak tau pun dia cuti. Pagi tadi masa aku siap-siap nak pi keja dia pakai seluar pi kebun. Bila aku tanya dia kata dia cuti. Sentap dengan aku tak abes lagi la tu. Hahahaha!

Amir dengan Hana aku hantar pagi tadi. Amir macam biasa, pi rumah toksu bawak bekal coklat. Dah sampai rumah toksu terus lari-lari masuk rumah lepak atas tilam bucuk dia. Hana behave hari ni. Kalau tak semalam nangis dalam keta sampai aku kena stop kejap tepi jalan. Rupanya nangis sebab ngantuk. Tu la, suka sangat bangun awal nak memerut. Mana tak ngantuk.

Aku lapar la pulak. Nak pi beli breakfast jap.

Thursday, November 3, 2011

Kasihnya Ibu

Aku dapat dari emel opis masa raya hari tu. 1 jabatan seluruh malaysia ni aku rasa dapat sebab dia forward kat semua. Berapa kali dah baca tetap sebak. Korang macam mana?

KASIHNYA IBU... Alahai



Jam 6.30 petang.


Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’


Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin.

Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


DUA PULUH TAHUN KEMUDIAN

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya.

Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak.

Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak.

Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak.

Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah.

Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padangsekolah.

Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik.

Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak.

Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik.

Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur.

Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya.

Hujan masih belum berhenti.

Mak menjinjit dua bungkusan plastik.

Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak.

Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak.

Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan.

Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil.

Mak senyum.

Kedua bibir Mak diketap rapat.

Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham.

Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu.

Mereka sudah besar.

Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah.

Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan.

Ayah tutupkan payung mak.

Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab.

Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga.

Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak.

Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.


Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput.

Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak angkat talipon.

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk.

Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.

Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya.

Tidak ada siapa yang datang jemput Mak. Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi.

Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita.
Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar.

Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN.....

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi ALLAH bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak.

Batu nisan Mak tidak boleh bersuara.

Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar.

Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak.

Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".

Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap.
Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika.

Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih.

Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian.

Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kanBang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah.

Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan kita semua yang kadang-kadang lupa perasaan ibu kita.

Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa.

Kata Rasulullah saw ibu 3 kali lebih utama dari ayah.

Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya.

Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.

Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Jom Syawal ini kita lakukan sesuatu kelainan dengan memeluk lebih erat IBU kita dan membisik, IBU maafkan saya dunia dan akhirat!

Janganlah kita asyik mengejar dan leka dengan hal-hal keduniaan hingga kita lupa tanggungjawab kita sebagai seorang anak.

SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU.