SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, February 25, 2011

Malam Ni Balik Kampung Jumpa Hero Pujaan Hati

Assalamualaikum

Haaa... Lambat aku update hari ni. Bz sikit. Nak update 1 borang je makan tahun. Sistem lembap gila babun. Huhuhu...

Malam ni balik kampung. Yip! Yip! Yip!

Tapi Abang Misai tak dapat amik la kot pagi esok. Dia sekarang ada kat Lumut. Kekawan nak menyinggah kata dia. Dari semalam pulak tu. Tah apa yang best sampai tak ingat jalan balik.

Oh, dia balik naik bot. Yang hari tu pi Port Klang tu sebab nak amik bot la.

Kesian Muhammad Amir Ridhwan kena tinggal. Ni nanti dia ada kursus 2 minggu pulak. Takkan nak tinggal Amir lagi. Aku suruh dia bawak Amir ke sini. Dia kata kesian kat aku pulak. Takut aku tak larat nak jaga.

Daripada tinggalkan kat kampung dengan aku pun tak ada baik la dok dengan aku. Larat tak larat pun aku bagi larat la jugak. Kesian Amir tu. Kekurangan kasih sayang mak bapak pulak.

Tapi malam ni tak dapat amik tiket tempat tido. Dah abes. Lenguh la aku nak tido duduk. Dengan perut dah mengembang semangkuk ni. Sesak nafas ok. Nak sujud time solat pun aku dah mengah. Ni nak dok semedang sampai 6 jam dalam tren. Hukhukhuk...

Mau sambung buat keja. Tata~~

 

Thursday, February 24, 2011

Dah La Block Kereta Orang, Tak Mintak maaf Pulak Tu

Aku cabut dari meeting. Ye la, dah abes present paper. Apa lagi mau tunggu. Dah la patutnya bukan aku bentang. Sesaje je bos kecik nak membesarkan vontot. Hahaha!

Lunch hour tadi keluar pi makan kat seksyen 2. Ikan bakar macam melambai-lambai pulaknya. 'Mai laaaa... Mai la....' Huahauhaua... Tak nak terliur punya pasal pi la aku dengan staf aku sorang ni. Kitorang suka lepak kedai air Fradoo yang ABC dia best tu.


Kitorang parking memang baik punya la kan dalam petak parking depan kedai runcit seksyen 2 tu. Bayar lagi tau. Sebab penguatkuasa MBSA ni time-time lunch la dia gigih beroperasi. Koser aku nak bayar denda sampai RM60. Bayar la tiga posen dari kena sampai RM60 tu.

Student pun tengah ramai. Even masa tu kitorang keluar awal sikit. Dalam 12 lebih. Sebab nak kejar meeting petang. Opis aku tu mana ada cafe. Asal nak makan je kena drive cari kat luar.


Dah makan-makan tiba time nak balik tengok ada kereta viva hitam block kereta aku. Ok... Tak apa. Orang ni pi beli barang kat kedai runcit kot. Ye la. Macam kita selalu rushing-rushing kejap pi tempat dekat-dekat tak ada parking pulak so pikir tak salah la kan block kejap kereta orang.

Tunggu 5 minit. Haram tak nampak orang yang nak mengaku kereta tu dia punya. Kereta dah la betul-betul block kereta aku. Kalau sipi tak apa lagi. Boleh la melencong ke tepi sikit. Tunggu lagi dekat 10 minit. Mula la keluar asap ikut hidung kan. Kita ni dah nak cepat. Ko dah tau nak berlama-lama boleh tak tinggal no fon kat situ.


Nasib baik bukan aku drive. Staf aku sebab aku tak berapa larat. Kaki lenguh-lenguh. Apa lagi, mari la buat bising dengan hon kereta aku yang macam hon lori balak tu. Tu semua keja Abang Misai ye. Dia kata bunyi hon myvi aku sebelum ni buat dia gelak. Sebab bunyi macam 'pin! pin!'. Hahahaha! Ntah apa-apa tah.

Sekali hon pun tak nampak bayang. Staf aku dah bengang dah. Aku pun bengang la jugak kan. Kita ni dah la kejar masa. Hon lagi. Hon panjang pulak. Pun tak ada respon. Aku dah pikir jahat je ni. Karang aku keluar lipstick aku aku conteng kereta ko karang.


Dekat 20 minit main hon ye. Siap dah staf aku mintak aku keluar tolong tengok sebab dia nak try lencongkan kereta keluar kalau boleh la kan. Baru la terhegeh-hegeh sorang budak pompuan ni datang. Naik kereta alihkan sikit ke depan. Dengan tak mintak maafnya. Nampak nau muka student UiTM. Aku berbulu dah. Staf aku mulut lak macam lanun sikit. Kena sound tapi buat muka tak bersalah ok.

Ingatkan dia alih ke depan tu apehal. Rupanya tunggu kawan. Cam shilakeeeee...... Diorang baru balik dari beli makanan. Ohh... Pandainya kamu.... Tapau pulak punya la banyak. Dah la ko block kereta orang. Yang pi beli makanan beramai-ramai tu apehal. Ko tak boleh kirim je kat kawan ko lagi 2 orang tu. Hangen betui aku.

Tak boleh ke korang cari parking kat kawasan rumah orang kat belakang tu kalau dah gatai sangat semua nak pi pilih makanan. Jalan sikit. Bukan mati pun. Kot ye pun pemalas sangat. Ni sanggup block kereta orang macam tu. Ingat aku duduk seksyen 2 tu sampai esok ke? 


Staf aku hon-hon lagi sebab bengang. Ye la. Dah la buat onar. Mintak maaf pun tak. At least kalau ko datang kat kereta ko tengok orang tengah marah-marah mintak la maaf. Sejuk sikit la hati orang. Ni tak. Main masuk je kereta tak cakap apa. Alih ke depan. Lepas tu buat beku je kat dalam. Sikit pun tak turun cermin buat muka bersalah. Siap balas pulak tekan hon balik. Dah la hon bunyi pin pin je.

Nasib baik la aku tak amik no plate kereta ko. Kalau tak selamat aku tepek kat sini. Sila bersopan sikit ye lain kali kalau dah buat salah tu. Nama je student. Buat malu aku je student UiTM buat perangai macam lahanat macam ni. Apa ko ingat ko ada kereta boleh berlagak? Duit kereta pun mak pak tolong bayar. Caitttt!


Haaaa... Kan dah panjang entry aku. Emo punya pasal. Moralnya, lain kali kalau dah rasa nak block kereta orang lama-lama reti-reti la tinggal no fon sebelum kereta ko jadi bahan calaran atau yang sewaktu dengannya.


Sekian, terima kasih.



Merajuk Tak Bertempat ;p

Assalamualaikum

Lambat aku update hari ni. Tak ada mood. Ketandusan kasih sayang namanya. Hahaha! Piang sekali kat dahi tu.

Merajuk dengan Abang Misai. Merajuk tak bertempat. Nyampah je kan. Sebab dia tak dapat jenguk bini dia even ada dekat. Dah bini sendiri pun penakut nak amik dia kat Port Klang tu lagi nak merajuk sendiri. Ntah apa-apa.

Ok la. Mau pi makan. Semalam makan ikan bakar sedap kat seksyen 2. Rasa macam nak makan lagi.


Eh, selera dah ok ke? Setakat semalam n hari ni ok. Tak tau la pulak esok lusa tulat tonggeng kalau kembali jadi sayur aku ni. Berat pun ada la naik sikit. Hehehe...


Tapi orang opis ni asek la kata muka aku dah cengkung. Aku nampak kurus. Nampak je kurus tapi lemak tersentil di sana sini. Perut pun dah terbonjol ni. Kurus apekejadah. Hahaha!


Ok, kena kuar makan awal sikit. Petang karang ada meeting. Meeting lagi! Bos kecik pulak tetiba call suruh aku present. Patutnya dia. Saje la tu nak lari. Ceh....


Senang je jadi bos ni. Suruh je. Tapi aku suruh anak buah aku tak nak dengar pulak. Cet.. Adekah aku tak cukup garang?


Chow dulu. Daaaa~~





Wednesday, February 23, 2011

Tak Ada Mood Nak Balik

Dah time balik tapi aku macam malas nak balik. Sebab tadi hati tengah berbunga riang ingat balik ni dapat la jumpa suami tersayang. *dah jadi pantun 2 kerat*

Tapi yang tak bestnya Abang Misai mintak tolong aku amik kat Port Klang tu. Failed abes la kan. Aku ni nama je dok Shah Alam seploh tahun dah. Jalan kat area Shah Alam tau la aku. Tu pun setakat sampai seksyen belas-belas. Seksyen puluh-puluh gigit jari jugak la.

Hati yang berbunga sudah layu maka nak balik rumah pun tak ada mood.

Nak buat keja lagi la dah lepas opis hour ni ke laut la.

Tak bestnya rasa...

 

Laki Ada dekat Pun Tak Dapat Jumpa

Abang Misai ada kat Port Klang. Dekat dah tu. Tapi dia mintak aku amik dia kat sana.

Aku sangat la ngeri nak ke sana. Faham-faham aje la. Port Klang kan kawasan lori lalu lalang naik turun barang. Aku cukup seriau la bawak kereta depan belakang kiri kanan ada lori ni. Baru motor pecut sebelah pun kereta dah gegar ni kan pulak lori yang gedabak besau tu. Takooootttt....

Pulak tu esok pagi pulak kena hantar dia. Lepas tu balik sorang-sorang. Dengan keadaan pening-pening lalat ni. Perut boyot lagi.


Sudahnya Abang Misai kata jumpa kat kampung je la.


Hmmmm....


Sedih betul...



Dah Pi Klinik Semalam

Assalamualaikum

Aku sampai opis awal hari ni. Tepuk tangan cepat. Haha! Pagi ni kan ada meeting. Sakit kepala macam mana pun kena la pi jugak. Aku kan tukang present. Kejap lagi aku mc ada menggelabah orang kat opis tu. Padahal bukan susah pun. Baca je dari slide tu.


Semalam aku pi klinik. Lepas balik keja la. Aku suka pi klinik kat seksyen 9. Sebab dah biasa dengan doc kat situ. Dari pregnant kan Amir pun pi situ. Doc tu jugak la dengar problem aku yang banyak ni.

Aku cakap la dah banyak hari aku sakit kepala. Sakit kepala yang dari depan bawak sampai ke tengkuk tu. Eh, tetiba teringat filem Thai. Apa tajuk eh? Shutter? Ala... Yang hantu dok bertenggek kat tengkuk tu. Pasal tu la sakit tengkuk. Choiiii!!! Tak ada hantu. Aku memang sakit kepala.


Check-check BP semua ok. Urine ok. Baby tak scan tapi doc check la perut. Dia kata baby ok. By end of this month aku dah patut boleh rasa baby tendang-tendang. N yang baby dok mengeras-ngeras tu Braxton Hicks ye. Huhu.. Awal betul Braxton Hicks aku.

So, doc just bagi paracetamol la nak kasi hilang sakit kepala. Dengan segala supplement lain. Obimin, Ferrous, Calcium. Hamik ko! Stok sebulan.


Tapi aku makan paracetamol semalam tak hilang jugak sakit kepala aku ni. T_T

Aku sakit kepala sebab stress sangat ke?

Oh, lupa pulak. Laki aku jadi kena outstation. Malam semalam dah bertolak. Kesian Amir kena dok dengan Tok Su. Abang Misai tak jenguk dia langsung semalam. Abang Misai kata kalau dia jenguk nanti Amir nak ikut.

Sedih aku dengar. Kesian anak ummi. T_T





Tuesday, February 22, 2011

Penat n Tak Sedap Hati

1 entry penutup sebelum balik. Tu pun kalau aku tak update lain kat rumah.

Aku rasa aku kena pi klinik la. Sebab rasa lemah sangat 1 badan ni. N perut rasa lenguh. Mesti pelik bunyi perut lenguh kan. But seriously, aku rasa macam tu.

Hari ni memang sah keluar balik apa yang aku makan.

N tetiba lak aku rasa tak sedap hati yang melampau. Terbawak-bawak pikir pasal mimpi ke hape tah la.

Aku mimpi yang baby aku sakit. Baby dah lahir masa tu tapi dia sakit. N sangat la merisaukan aku sampai sekarang.

Nak sangat rehat panjang. Tak pikir problem keja. Tak pikir problem pasal transfer aku ni yang ntah bila nak dapat.

Mungkin badan aku ni dah terlampau penat kot.

 

Punch Card Buruk La Bulan Ni

Assalamualaikum.

Punch card aku merah lagiiiiiiiii.....

Aku bangun macam biasa la. Tapi jadi lama dalam toilet pulak hari ni. Pasal tetiba pulak sakit perut. Lepas tu masuk pulak bilik air nak mandi aku terbelahak muntah tapi menatang hape pun tak nak keluar. But sampai sekarang rasa macam ada something sangkut kat tekak. N sangat la pasti kejap lagi kalau aku makan aku akan mengeluarkan segalanya semula. Shish....

Kepala adelah masih di tahap pening-pening. Pagi pening dia lite-lite je. Masuk tengahari bawak ke petang bawak pulak ke malam aku dah rasa macam nak hantuk kepala ke dinding. Berpusing je. Tiger balm pun tak jalan dah. Ade la dalam 5 minit je lega bila sapu balm rimau tu. Lepas tu sangap balik.


Semalam aku mimpi.... Mimpi yang macam menakutkan... Pasal baby. Sampai sekarang dok teringat. Ish....


Ok la. Aku nak kena buat slide. Esok lusa ada meeting. Seminggu ni hidup aku penuh dengan meeting je.


Daaa~~



Monday, February 21, 2011

Tekanan!

Hei... Tekanan betul.

Ni tetiba pulak laki aku ni kena pi outstation. Maybe 5 hari. MAYBE la.... Abes, kesian la anak bujang aku tu.

Dah kena dok menepek rumah tok su dia. Aku pulak hujung minggu ni baru nak balik.

Aku balik je laki aku tak ada. Kena keja la. Outstation la.

Hish... Tekanan la!

 

Entry Bosan-Bosan

Assalamualaikum

Kat opis. Punch card tak merah hari ni ye.

Kepala masih pening. Pening dia on off. Tapi on lagi banyak la. Pulak tu time dok rumah ok pulak makan segala. Tapi bila start je hari bekerja ni pagi-pagi dah muntah. Tekak meloya sepanjang hari. Alergik keja ke apa?

Rindu kat Amir Ridhwan. Semalam abah dia kata dia cirit birit. Makan apa la tu.

Musim orang tak sihat ke ek?

Sunday, February 20, 2011

Nasi Kandar Tak Berkuah

Assalamualaikum

Update di hari Ahad. Sebab bosan yang teramat. Kalau kat kampung bz melayan Amir. Ni tak ada keja. Ada keja pun malas nak buat. Tak ada semangat. Kepala dari semalam pening.

Semalam pun tak ada buat apa. Teman adik aku pi buat rondaan keselamatan kat opis dia. Dok dalam sejam lebih gitu blah. Beli la nasi kandar bungkus tapi orang mengidam terkilan. Bukan aku mengidam ek. Adik aku. Ntah apa suka benor nasi kandar tu. Mandrem lebih ke? Hahahaha!

Terkilan sebab pakcik lupa taruk kuah. Mintak kuah asing. Ingatkan pakcik tu dah bubuh la kuah dalam plastik. tapi non ado. Makan la nasi kandar yang tak macam nasi kandar. Kosong semata. Bubuh kicap la kasi rasa sikit. Hihihihi...

Sebelum balik rumah menyinggah jap kat PKNS. Beli apa je pun. Pi tempah nametag bebudak tu. Lepas tu beli barang dapur sikit. Tu je la.

Balik rumah bervideo call kejap dengan Amir. Dia sudah pau abah dia beli mainan baru. Hehehe... Kata Abang Misai dia tak nak berganjak dari tempat mainan tu. Pandai ek. Lepas tu nampak ummi sengih-sengih n cium hp tu banyak kali.

Selalu kalau ummi balik suruh sayang ummi tak nak pulak. Dok sayang abah je. Ni baru la rindu sayang hp tu bila nampak ummi. Rindu ummi kat Amir tau.

Minggu depan nak balik la. Lagi pun baru dapat gaji. Boleh la ummi beli tiket tempat tido. Ummi dah tak larat duduk lama-lama. Kesian kat baby. Mengeras je dia. Musykil jugak. Baru 4 bulan tapi dah 3-4 kali dia mengeras. Normal ke ek?

Ok la. Aku nak pi mandi. Dah pukul 10 lebih baru nak mandi. Huahauahua! Busuk punya olang.

Tata~~

Friday, February 18, 2011

Bukan Chicken Chop Tapi Roasted Chicken

Kepala memusing. Terlebih makan roasted chicken punya gravy.

Ingatkan bos blanje chicken chop. Meleleh dah ayaq liuq baby dalam perut ni. Tapi quarter roasted chicken daaa...

Ok jugak la kan. Tibaiiii... Eh.. tetiba selera aku ok. Siap boleh intai-intai kalau ada ayam lebih. Sudahnya dekat separuh ekor ayam la aku tibai sorang. Tak keluar balik pulak tu. Kagum ok. Anak ummi ni suka makanan western kot. Hahaha!

Dah aku baru nak lepak-lepak kejap sebab kepala pening tetiba dengar ada orang tanya aku kat mana. Terus tegak badan aku dari kerusi tamu. Rupanya nak guna printer.

Printer kaler kat opis ni dah tak ada ink. Lepas tu tak reti-reti nak refill kot. Nak refill macam mana kalau katrij ink tu lupa nak order. Konon supplier tak hantar. Cover line baek punya.

Kebetulan pulak printer dalam bilik aku ni kaler. N kaler adelah masih di tahap tersenyum lebar. So, semua menumpukan perhatian lebih pada aku. Huhuhu...

Nak guna pun guna la. Bukan printer aku. Hak Gomen Malaysia tu. Apekehe pulak aku nak kedekut-kedekut kan.

Tetiba perut aku lapar balik pulak. Tadi macam kenyang sangat. Orang pelawa makan bihun sup pun aku tolak sebab konon boleh tahan sampai balik.

Nak cari makan kat mana ni???

 

Bicara Ilmu Dan Ketidak seleraan Aku

As Salam.

Ada bicara ilmu pagi ni. Plus bos blanje makan. Tapi tak tau makan apa. Chicken chop kah? Aku dah la memang teringin makan chop chop ni. Hehehe...

Semalam aku balik keja pukul 8 malam. Bising la laki aku. Dah la dari pagi makan sekali lepas tu terkeluar balik. Balik rumah adik aku belikan koey teow sup aku makan secoet je. Tetiba selera mati cenggitu je. Bukan tak sedap tapi aku tak rasa nak makan.

Ada la 5 cucuk sate aku sapu. Boleh la kot cover-cover. Dengan sebijik buah lai gedabak besar.

Pagi ni tak makan apa-apa lagi. Nak turun kejap lepas tu naik balik siapkan slide untuk bos kecik bawak ke Sabah.

Ok. Aku nak turun kejap. Lepas tu nak cabut tengok slide yang aku nak kena print 5 copy. Semua kaler pulak tu. Huhuhu...

Thursday, February 17, 2011

Misi Menaikkan Berat Badan

As salam.

Orang lain berusaha turunkan berat aku berusaha naikkan berat. Gilo apo?! Huhuhu...

Dah last checkup kena bebel dengan nurse kan. Berat turun mendadak. Next month turun juga kalu itu doktor kasi jumpa.

Maka berusahalah aku makan apa yang boleh. Timbang semalam turun lagi sekilo. Apekah???

Pagi tadi pukul 9 pun usaha ni makan bihun goreng. Lauk telur dengan paru sikit rembat orang sebelah.

Tapi apakan daya. Tak sampai 2 jam masuk perut aku dah selamat keluarkan semuanya, ye semuanya dikeluarkan semula. Apa pun tak tinggal. Sampai perit tekak-tekak ni.

Abes macam mana berat tak makin turun ni???

 

Wednesday, February 16, 2011

Ummi Rindu....

Tengah cuba siapkan slide. Tapi tetiba teringatkan Amir. :(

Rindu sangat kat anak bujang sorang tu. Terbayang semalam dia peluk kaki ummi tak nak lepas. Terbayang dia lambai-lambai ummi banyak kali semalam masa ummi dalam tren.

Tiap kali teringat Amir perut ummi mesti sakit. Sebab sedih sangat. Kesian adik Amir dalam perut ummi ni. Dia pun mesti rasa apa yang ummi rasa kan.

Orang kata ummi ni tak reti sabar. Berani sangat buat report kat orang besar pasal ummi tak dapat tukar. Tapi kalau sesiapa pun duduk tempat ummi mesti rasa macam mana peritnya kan. Sedangkan nak hantar anak pi nursery pun dah sedih inikan pulak dok jauh-jauh.

Ummi tak kisah. Biar la orang nak keji ummi. Biar la orang nak kata ummi selfish. Biar la orang kat jabatan tu nak pulaukan ummi sebab kata ummi tak reti sabar. Ummi tak nak amik tau.

Asalkan ummi dapat balik dok dekat Amir dengan abah. Ummi dah letih sangat-sangat.

Ummi rindukan Amir.

Harap-harap ada la berita baik yang sampai ke pengetahuan ummi sebelum perut ummi makin besar n ummi makin mengah.

Boleh Ke Naik Flight Time2 Cenggini???

Salam

Dah kembali ke Shah Alam. Sob.. Sob.. Teringat kat Amir. Semalam beria-ia melambai aku kat dalam tren. Siap tunggu sampai tren jalan. Hayun tangan melambai tu punya semangat.

Ikutkan hati macam tak mau balik je. Letih sangat dah. Dah masuk 4 bulan ni jalan pi mana-mana pun dah mengah. Pagi tadi sampai pun aku tido kejap sampai pukul 9 sebelum masuk opis. Ngantuk gila. Nak drive tu karang aku drive dalam longkang.

Weekend ni ada 1 meeting kat Sabah. Kena present data la. Pagi tadi ada meeting. Pengarah tanya la kat bos kecik aku pi tak. Bos kecik kata aku tak sihat. Tapi tetiba bos kecik toleh belakang *sebab aku kat belakang dia* suruh aku book flight.

Eh... Ni nak suruh aku pi ke sebenarnya ni. Aku tak berani oh nak naik flight. Dengan keadaan kesihatan yang kureng memuaskan ni. Risau... Baru naik tren aku dah macam sayur punya lembik. Naik flight ntah macam mana la.

Ni aku malas nak pi bilik bos kecik ni. Karang ada dia tanya aku dah book flight ke belum. Huhuhu...

Cane nih.... Selamat ke weh?

 

Monday, February 14, 2011

Amir Yang Makin Lasak

Salam.

Aku kat rumah. Cuti. Sambung cuti maulud nabi esok. Lagi pun lepas ni mana ada dah cuti tersepit macam ni. Maka, amik peluang. Rehatkan diri anda.

Sebenarnya tak adalah rehat mana pun. Si Amir ni melasak Ya Rabbi. Huhuhu... Ni pun dapat menaip sebab dia dok tido dalam endoi tu. Pagi tadi dia bangun awal. Tengok sepupu dia pi sekolah lepas tu babai abah dia pi keja.

Hilang je abah dari pandangan mata terus dia follow ummi naik atas katil sambung tido sampai pukul 10. Hahahaha! Buruk eh perangai. Dah la mak mertua dok sekali. Aku bantai membuta tanpa segan silu.

Bangun tido mandi manda Amir sudah dera ummi lor. Kejap karang tengok fish dengan udang dia dalam akuarium kat luar rumah. Lepas tu mintak ummi letak dia atas kusyen buat macam dok atas kuda. Siap kena goyangkan pulak tu. Letih wooo...

Gigi geraham Amir dah tumbuh ye. 2 batang kat bawah. Aku tak perasan pun. Abah dia la terperasan masa tu dia tengah melalak nganga mulut luas-luas. Sekarang pe'el dia merajuk dengan menangis sekuat hati.

Lepas tu suka nak panjat naik atas perut n loncat-loncat. Atas perut abah boleh la. Atas perut ummi sorry ye. Banyak kali gak dia try nak naik. Bahaya betul.

Sekarang suka jugak melompat. Padahal tak terangkat pun badan dia. Hahaha! Lagi macam nak terbalik ke belakang ada la. Macam-macam sekarang ni.

Tapi tang bercakap memang sangat berat mulut ye. Yang keluar dari mulut dia, 'uuuuu.. uuuu.. aaa... aaaa...'

Sikit bunyi pun aku tak faham. Tunjuk lori bunyi gitu. Tunjuk fish bunyi gitu. Nak susu bunyi gitu. Adekah sebab tak banyak communicate dengan dia maka jadi cenggitu. Risau pulak aku.

Apa pun ummi happy tengok Amir happy.

Sunday, February 13, 2011

Alhamdulillah :)

As salam.

Sedikit gembira. Petang tadi tengah melayan game dengan anak bujang aku masuk 1 call dari no yang aku tak kenal. Tanya aku ada tak aku tweet kat Dato' Seri Shahrizat pasal mintak tukar. Dia perkenalkan diri as pegawai dari KPWKM *aku tulis akronim je. panjang nau nama kementerian*.

Ye. YB Dato' Seri Shahrizat memang prihatin ye. Aku ni dah nak kecewa je sebab 2-3 kali kot aku tweet benda yang sama dengan harapan yang menggunung.

At least ada keprihatinan dia pun aku dah syukur Alhamdulillah. Nampak cerah sikit harapan sebab dah buntu dah mintak tukar tak dapat-dapat.

Semoga dengan izin Allah S.W.T urusan aku dipermudahkan. Tak larat dah nak emo. Terima kasih Allah S.W.T. Terima kasih YB Dato' Seri Shahrizat sebab prihatin masalah rakyat.

:):):)

Friday, February 11, 2011

Hujan Lebat

Hujan yang amat lebat. Kalau dapat tido best ni.

Malam ni aku balik kampung. Esok pagi sampai. Dah la amik tempat duduk je. Sengal la belakang aku ni sampai esok pagi. Kalau tren sampai on da dot tak apa la. Kalau delay? Nanges ok.

Ok la. Nak siap-siap nak balik dah.

Eh, jabatan aku nak buat ujian psikologi. Aku rasa nak amik. Ujian stress dan kemurungan. Biar diorang terkejut tengok result aku yang dah tahap danger ni.

Ok. Papai~~

 

Tak La, Saya Saje Je Buat-buat Sakit Semalam

Aku ada meeting kejap lagi.


Meeting lagi...

Bosan kan.

Nak tak nak kena masuk la jugak. Aku sakit perut ni. Tapi karang aku tak masuk meeting bising pulak. Tadi pun tanya aku,

'Betul ke awak sakit semalam?'

Abes tu? Buat-buat sakit?

Aku pi meeting dulu. Daaa~~

Cerita Checkup Semalam

Salam

Semalam MC hari ni kena datang opis jugak. Demam dah ok la kot. Tapi badan macam lemah-lemah lagi. Perut pun kadang-kadang denyut sakit kadang-kadang ok. So, malas aku nak ke hospital.

Pagi ni ntah la. Macam emosi terganggu. Hari-hari pun terganggu aku rasa. But sebab ada kawan call semalam. N dia cakap la budak yang dok emel aku tanya pasal aku mintak tukar n mintak draf surat tu kat aku rupanya nak mintak tukar dengan budak kat wilayah.

Makin tertekan pulak aku rasa.

Semalam dah petang pulak baru la laki aku sms. Masa tu aku checkup kat klinik gomen. Dia cakap hp dia kena pegang dengan officer. Abes tu tak reti-reti nak bagitau aku sebelum tu. Tak ke kalau jadi apa-apa kat aku dia memang takkan tau sebab tak tau nak contact dia macam mana.

Dah la aku balik kampung hari ni hari ahad dia kena pi keluar lagi. Serius aku dah nak gila ni.

Checkup semalam pulak. Urine ok. Tak ada kencing kotor maka diagnosis aku bahawa aku sakit perut sebab kencing kotor awal-awal dah boleh reject. Maka kemungkinan appendiks tu masih ada.

Hb nampak baik la. Tak merah. 12 tu kira bagus la kan. Tapi tang berat failed dengan jayanya. Berat turun mendadak. Dari 63kg ke 61.8kg. Kalau bulan depan turun lagi kena refer ke doktor untuk scan. Baby ok ke tak.

Dah la masa timbang berat tu dia tak panggil pun. Tetiba je aku kena panggil untuk check blood pressure. Bila aku tengok kat bahagian berat tu dah ada orang tulis berat aku 63.2kg. Ewah... ewah... Nak tipu ka? Aku cakap dengan nurse yang check bp tu aku belum timbang berat lagi.

Tengok-tengok berat turun. Kan ke jauh tersasar tu. Malas nau ke nak amik timbang aku?

Dah, aku tak ada mood ni. Pepagi bawak kereta dah meleleh air mata. Kepala pening. Perut pun denyut-denyut. Petang ni aku balik kampung dalam keadaan tak gembira even cuti sampai Selasa. Laki aku keluar nanti sampai 3-4 hari. Siapa nak jaga Amir?

Kesian kat Amir la....

p/s:bos panggil masuk bilik dia pulak... benci btui...

Thursday, February 10, 2011

Saya Demam

Salam.

Aku demam. Dan tak masuk opis hari ni sebab MC. Mesti bos amuk kat opis kan. Aku tak sengaja tak nak datang ok. Tapi serius lemah je badan. *berblogging tak lemah pulak*

Start aku gigil-gigil dari petang semalam. Dalam pukul 4. Tapi staf aku kata badan aku panas. Tekak pun sakit. Dan bawah perut belah kanan sakit gila macam rasa ada benda nak jatuh. Aku dah risau-risau dah.

Sakit bawah perut tangkap ke belakang pinggang. Aku balik pun staf aku tolong hantar then dia bawak balik kereta aku.

Malam pi klinik dengan adik aku. Doc suspek aku apendiks. Sudah.....

Tapi dia kata tiap sejam aku check la. Kalau tekan bawah perut still sakit n bertambah-tambah so hospital la tujuannya. Kebetulan hari ni ada checkup kat klinik gomen. So, aku tahan je la sebab rasa macam dah tak sakit sangat. Kencing kotor je kot.

Laki aku pulak aku sms, call haram tak balas sampai pagi ni. Bz sangat keja ke bang? Kalau bini awak mati pun awak tak tau kot.

Sedih betul aku. Aku demam teruk gila malam semalam tapi dia sikit pun tak sms aku balik. HP tinggal kat mana? Naik kapal tu langsung tak ada line ke? Tapi sampai je report sms kat aku. Ke tak ada credit?

Ni pulak aku tengah hangen dengan adik jantan aku ni. Dia ada kunci rumah aku. Boleh pagi tadi kak ita nak keluar pi keja tengok kunci rumah elok je kat grill. Dia boleh terlupa amik kunci lepas kunci rumah.

Kalau ada pencuri tu seronok la dia masuk rumah tak payah susah-susah nak kopak pintu. Memang nak kena pelekuh betul la budak sorang ni.

Wednesday, February 9, 2011

Bila Dah Besar Nanti Jangan Salahkan Ummi... :(

Tengah jiwa kacau sebenarnya ni. Sedih...

Abang Misai cakap dia kena naik kapal means dia tak balik rumah la. N maybe sampai minggu depan. Start naik kapal pulak dari semalam.

Sedih sebab kesian kat Amir. Ye la, dah abah pun kena outstation. Ummi pun tak ada dekat. Dok la dia rumah tok su. Tido sana. Ummi balik hujung minggu ni dok la dengan ummi kejap. Lepas tu selagi abah dia tak balik kena la tido rumah tok su.

Ada mak macam tak ada mak je anak aku dah....

Dah besar esok jangan dia mengungkit sudah la.... Belum anak tu besar aku dah terbayang dia blame aku tak jaga dia masa kecik bila dah besar nanti.

Hmmmm... ;-(

Sedapnya Buah Kundang ;p~~

Semalam menyinggah pasar malam seksyen 17. Dah lama kot aku tak jalan pi pasar malam ni. Nama je pasar malam tapi aku pi petang lepas balik keja.

Biasa la. Cari sapedek je. Aku masih tak ada mood *pemalas* nak masak. Tak boleh bau. Pening karang *alasan*.


Dari jauh nampak buah mata kucing melambai-lambai. Eh, elok ke pregnant makan buah mata kucing? Terus la pi kat gerai buah tu. Tetiba nampak buah ni pulak....

Pic google. From Wikipedia.


Kenal tak buah apa tu? Pada yang tak kenal tu namanya buah kundang ye anok-anok. Masam-masam manis gitu. Terus teruja aku nak beli. Susah nak cari ni.

N harganya pun sebab susah nak cari memang mahal la. RM10/kg. Mahal tak? Aku amik dalam 15-20 bijik pun dah dekat RM5. Huhuhu...

Jadi la kan buat lepas rasa-rasa kat lidah. Karang kempunan meleleh air liur anak aku.

Ni pun tengah menaip sambil makan buah kundang. Ada sesiapa nak sikit? ;p


Meeting Walaupun Pening

Salam.

Aku ada meeting pagi ni. Eh, macam dah banyak pulak entry aku yang permulaan ayat je 'aku ada meeting pagi ni'. Dah memang betul pun ada meeting.


Opis aku ni kaya meeting. Sebulan tu ada la dekat 10 meeting kena attend. Tu baru meeting opis aku. Belum campur meeting kat HQ pulak. Haaa... Keja tak siap-siap. Lepas tu bising. Cipan kan.

Aku sebenarnya tak larat ni. Pagi-pagi dah keluarkan isi perut. Walaupun tak ada apa pun yang nak keluar. Sampai pahit-pahit tekak ni. Semalam balik keja pun sama. Terus berlari ke toilet. Keluar balik bandung cincau aku minum masa jalan kat pasar malam. Errr... Tak payah la korang bayangkan.


Esok ada meeting lagi. Petang esok ada checkup kat gomen. Bersarang la aku kat klinik tu sampai opis hour abes.


Arrr.. Sakit kepala la. Nak cari tiger balm sat.



Tuesday, February 8, 2011

Siapa Rindu Kat Budak Comot Ni?

Aku dah lama tak tepek pic Amir kan.

Ni aku tepek 1. Ni masa cuti CNY hari tu. Kitorang buat BBQ kat rumah akak aku.

Amir pasti la dihangkut ke mana saja. Dia kan handbag aku di hari minggu. Lagi pun kalau tak bawak mau melalak depan rumah.


Abaikan ummi Amir yang hitam berkerak kat belakang tu.

Pic ni pun rembat dari FB adik aku. Aku ni pemalas yang amat sekarang nak upload apa-apa pic pun.

Masa ni budak bertuah ni adelah sangat comot lepas makan coklat. Abes baju dia penuh berlemuih coklat dari atas sampai ke kaki.

Dah. Aku nak sambung buat keja.

Nak Jerit Kuat-Kuat La

Salam

Hari ni bz. Pagi tadi lambat lagi. Huhu.. Merah punch card makcik tau. Dah tak larat nak buat macam mana. Karang aku drive terbabas langgar kereta orang ke, masuk longkang ke lagi la haru kan.


Kalau dok dekat dengan laki boleh la dia tolong hantar kan. Sob... Sob...

Aku malas nak ingat pasal hal mintak tukar semalam. Lagi difikir lagi sakit kepala yang dah sedia sakit ni. Sakit kepala ni tak hilang-hilang la. Aku nak makan ubat tak berani. Heeee....


Ni pulak tengah kelam kabut dengan HQ yang tetiba nak injak tarikh nak datang buat lawatan sehari awal. Heiiii... Kalau tak susahkan orang tak boleh kottttt....

Sebab salah sorang yang nak datang tu kena outstation hari Jumaat ni. Kitorang pulak yang kena tukar tarikh. Mentang-mentang diorang HQ. Sesedap rasa je nak tukar-tukar tarikh lepas tu bagitau 2 hari sebelum nak datang. Apesal tak datang je dulu baru bagitau.


Dah la slide untuk meeting esok aku tak siap-siapkan lagi.


Nak jerit kuat-kuat dalam opis ni boleh tak?



Monday, February 7, 2011

Balik-Balik Tanya Pasal Tu

Dan menambahkan lagi tekanan perasaan aku yang tengah pening ni. Laki aku ulang lagi tanya siapa nak jaga baby kalau aku still tak dapat pindah.

Argggggghhhh!!!!

Tekanan sesangat la weiiiii!!!!

Sebelum aku jadi gila tolong laaaaaa.......

Nak Tukar Tapi Nak Main Tarik Tali Pulak

Melepak kat rumah. Ngadap tv sambil on lappy adik aku. Adik aku tak ada. Dia pi klinik. Housemate kitorang, Kak Ita ala-ala demam. Hidung tersumbat. Bernafas pun dah macam ikan, ikut mulut. Tu yang dah tak tahan ajak adik aku ke klinik tu.

Petang tadi masa sibuk semak claim bebudak tetiba ada emel masuk. Emel dari sorang budak 1 batch masuk keja tapi dia dapat Penang. Ala, yang beria memula nak tukar suka sama suka dengan aku tetiba tak nak dan menghancurkan hatiku.

Tetiba pulak dia emel kan. Ada la tu. Maklum la, orang baru kawen hujung bulan lepas. Bini pulak 1 jabatan tapi kat Putrajaya nun. Tu yang tetiba merisik bertanya khabar aku kat emel. Tapi emel 1st dia,

'Hari tu ko jumpa KP mintak tukar ek'

Aku heran bin pelik la. Mana dia ni tau. Dia tanya HQ la kot. Aku assume macam tu je la. Aku balas balik aku tak dapat pun jumpa. KP bz la kata. Mana nak heran orang bawah dia ni nak mintak-mintak tukar ni.

'Ko ngandung ke?'

Eh... Lagi aku pelik. Aku dah agak musykil di situ. Aku tak bagitau kot orang kat jabatan aku pregnant except ada la sorang 2 kawan aku. Tapi aku tak rasa diorang ni contact mengontact sesama diorang. Hmmmm.... Bau ikan di mana-mana ni.

Lepas tu lagi heran siap tau aku apply USM la. Apa la. Bila aku tanya mana dia tau dia kata ada staf dia bagitau.

Hep! Hep! Ni ada staf dia baca blog aku ke hapa? Baik ko ngaku sekarang. OooOOooo... Ngadu kat bos ko ek. Nak kena babap?!

Tapi tetiba dia main tarik tali lak dengan aku. Cakap ada gak sorang lagi budak ni nak mintak tukar Penang gak. Kes sama dengan aku. So, dia nak pikir dulu. Nak pilih la kot mana nak pindah. Maybe budak tu kat Putrajaya ke hape.

Berbulu betul aku. Boleh tak ko pikir sampai abes baru ko emel aku tanya. Ni tak, aku dah macam ada bunga-bunga harapan tetiba macam kena lenyek tayar lori bila dia emel gitu.

Tapi lepas tu mintak aku emel draf surat tukar. Aku dah get ready lama dah surat tukar. Siap ada draf surat tukar suka sama suka lagi.

Disebabkan aku baik hati aku bagi la. Dengan harapan *harapan lagi* dah aku bagi ko draf surat tu maka pandai-pandai la ko balas dengan madu ye. Kalau aku tau ko guna draf surat tu untuk tukar dengan orang lain takpeeeee.... Aku tak kisahhhhhhhh...... Tapi sendiri mau ingat la.

Ko tak kesian kat aku nanti orang lain pun buat macam tu jugak la kat kau. Dah la ko tanya aku ngandung ke hape lagi tak kesian kan. Siap pulak boleh nak berfikir nak pilih mana tapi emel aku mintak draf surat tukar.

Lepas tu bini ko demam ko dah menggelabah sebab jauh dengan bini. Tu baru bini demam. Esok dah ada anak baru ko tau macam mana perasaan aku ni. Tu pun kalau ko ada perasaan la.

So, pada staf si polan yang baca blog aku ni ko sendiri tau macam mana meroyannya aku hari-hari kat blog ni pasal nak balik kampung kan. Hope bos ko tu ada la hati perut ye.

p/s:kepala aku still sakit gila babun ni. update ni pun sebab nak kena luah something kat blog...

Tak Payah Pi Meeting Esok

Sakit kepala dah kureng. N meeting esok aku tak payah pi. Seronok ok. Hahaha!

Bos kecik boleh pulak baca tajuk surat tak abes terus cakap aku kena attend meeting. Boleh pulak la baca tajuk surat separuh-separuh. Tu isi surat confirm la tak baca.

Bila dia hantar copy surat kat aku terus aku tanya apesal aku kena pi. Sebab aku tak handle projek. Dia baca balik n kata dia tak perasan. Sebab nampak tajuk awal tu je.

Tajuk awal dah la macam tajuk report yang aku kena hantar every week kat HQ. Mana la tak humban kat aku je.

Selera aku tak ada balik la. Tadi pun aku boleh sumbat nasi tak sampai suku pinggan. Minum air je la banyak-banyak kasi hilang loya.

Ok la. Aku nak kena siapkan slide. Lusa ada meeting. Buat last minit karang terhegeh-hegeh pulak. Jadi siapkan secepat mungkin. Esok boleh melepak.

Sakit Kepala Kronik

Salam

Kepala otak aku sakit gila-gila punya. Tapi sebab rajin datang jugak keja even dah lambat. Aku masuk opis pukul 11. Ni tengah sakit lagi kepala. Rasa macam nak hantuk ke dinding dia punya sakit tu.

Datang opis lagi sakit hati. Staf aku cakap esok aku kena gi meeting kat Putrajaya. Bos kecik suruh. Meeting pulak pasal projek dengan program. Aku tak pernah handle projek dengan program ok. Aku jaga data. Officer sorang lagi yang buat. Tapi nak hangkut aku.

Bertambah-tambah lagi sakit kepala aku. Tambah lagi sakit hati. Dia sedar tak aku ni tengah mabuk-mabuk. Masuk opis pun ikut sukahati mak bapak aku je. Lagi mau hangkut aku pi Putrajaya tu.

Dah la Jumaat ni orang HQ yang tak ada keja tu nak datang tengok kitorang buat keja. Aku jugak yang tunggang terbalik nak kena arrange benda-benda tu.

Hish, makin sakit la kepala aku ni.

Sunday, February 6, 2011

Hatiku Tertinggal Di Penang

Salam

hari Ahad. Aku update. Kagum.. Kagum...

Baru balik dari Penang. Kepala sakit ni sebenarnya. Tapi online kejap. Ada perbincangan hangat. Huahuahaua!

Pagi tadi balik sedih je tengok Amir. Masa aku dalam tren abah dia saje la bagi dia kat aku. Amir peluk kaki tak nak lepas.


Sob.. Sob... Sedih kan. Ikutkan hati aku memang aku angkut je pi Shah Alam. Tapi apa la daya aku. Banyak yang bagi cadangan suruh aku bawak Amir n jaga dia kat sini. Tapi aku ada reason kenapa aku buat macam tu. Biar la aku sorang je tau apa reason dia.


Ok la. Aku nak lepak jap. Sakit sangat kepala aku ni. Bahana tak makan apa-apa kot dari pagi sampai la pukul 4 tadi baru sempat jamah makanan.


Papai! Nak rehat.

Friday, February 4, 2011

Mari BerBBQ

Salam

Baru balik dari rumah akak aku. Buat karamel gula hangus dengan coleslaw. Petang bawak ke malam karang nak BBQ katanya. Hahaha! Dah la aku tak join langsung bab memerap segala. Aku tolong bagi cadangan nak buat majlis je. Agagaga~~

Tapi tadi rasanya aku buat karamel je. Dah la lupa taruk esen vanila. Ceh... Terus tak ada bau wangi. Dah siap kukus baru perasan. Apekah???

Coleslaw pulak adik aku tukang sagat carrot dengan kubis. Aku tolong taruk mayonis je. Hahaha! Keji tak? Padahal dah janji nak buat dedua tu sendirian berhad. Eh, apa gunanya adik beradik kan. ;p

Ni kejap lagi nak pi balik. Sesi bakar membakar. Laki aku tak dapat join sebab dia keja. Boring betul. Memula hari tu dia patut cuti hari ni. Tapi last minit jadual tukar. Eh, marah ok.

Amir tido pulak. Kalau tak tadi aku dah selamat la ada kat rumah akak aku tu. Tak apa. Tunggu Amir bangun tido. Mandi manda lepas tu berdesup peginya. Kalau bangunkan karang mau bebal tak sudah. Jenuh pulak aku nak melayan. Elok nak membakar ayam aku pulak yang terbakar karang. Huahuahaua!

Layan Grey's Anatomy kejap la. ;p

 

Wednesday, February 2, 2011

FB Kena Block Maka Twitter La Tempat Mengadu *sebelum Twitter Pun Kena Block*

Sebelum ni aku rajin berfb. Kejap-kejap karang bukak. Kejap-kejap karang jadi stalker. Tapi aku bukan la stalker kronik. Saje tengok laki aku buat apa kat fb dia. Hahaha!

Semenjak dua menjak opis ni block fb aku memang haram nak bukak dah. Kecuali kalau ada benda penting. Atau akak aku sibuk suruh bukak fb. Baru la aku cocok broadband n tengok. Kat opis gomen macam opis aku ni buleh bukak fb time rehat saje.

So, sekarang aku telah mengalihkan keminatan aku pada twitter pulak. Sebab opis tak block lagi twitter. Jadi sesuki hati aku nak update status kat situ. Ada jugak aku tweet Menteri Wanita tapi tak ada tindakbalas pun. Hari tu dia sibuk kat Tenang. La ni pulak dia sibuk pasal banjir. Tapi tweet orang lain boleh pulak dia balas.

Tak apa la. Aku ni bukan orang penting dalam kerajaan pun. Kuli batak je. Aku tak ada kerajaan tak rugi apa pun.

Ok la. Aku dah get ready nak balik. Semangat ok sebab nak balik jumpa anak aku yang sampai demam-demam rindu kat ummi dia ni. Sampai tido pun nak kena peluk baju ummi.

Amir doakan la ummi dapat pindah ye. Dapat la hari-hari Amir tengok muka ummi.

Tido Macam Ayam

Salam

Hari ni pagi-pagi datang opis *lewat lagi* tengok lengang je. Kaunter receptionist pun tak ada orang jaga. Aku pulak tetiba kena melayan courier menghantar surat kat depan tu. Dah la tengah sakit perut. Nasib baik nak cop je.

Semalam aku tak tau la aku mimpi ke apa. Dah la susah nak tido dah sekarang ni. Tido lambat manjang. Teringat anak kat kampung syahdu-syahdu nangis-nangis jap. Tapi lately ni aku tido macam ayam tido k. Mata pejam tapi boleh dengar bunyi sekeliling.

Macam-macam bunyi pulak tu. Tetiba pulak pagi tadi dengar bunyi anjing menyalak yang jenis macam dalam cerita hantu tu. Hampeh! Nak bukak mata pun tak berani aku.

Dalam pukul 4.30 *sempat tengok jam tu* macam ada orang masuk bilik aku. Sebab pintu tu macam ada orang tarik tutup dari luar. Pintu bilik memang aku tak rapatkan pun.

Adik aku ada bangun awal pukul 4.30 tu ke? Balik ni kena tanya dia la. Nak kata awal pagi tadi dia bangun  aku tengok pi keja pukul 7.30 jugak. Apa dibuat subuh-subuh pi'e tu ntah.

Harrrr... Ok la. Aku nak submit report kat hq. Every week kena submit. Tension sungguh. Konon pemantauan yang jitu la. Cet! Lagi bz la aku.

Tuesday, February 1, 2011

Banjir Dan Mesir

Salam

Hari ni baru nampak cahaya matahari terang mengilih. Dah berapa hari mandom je. Hujan tak berenti. Banyak tempat dah banjir kan.

Baca blog best fren aku masa kecik, Puan YatEhkram sayu je. Aku dulu pun sekolah yang sama. Dari darjah 1 sampai darjah 6. Memang kalau banjir kat situ la tempat penempatan sementara. Tengok la orang ramai-ramai dok dalam kelas. Makan tido semua kat situ.


Kesian tengok mangsa-mangsa banjir ni. Sehelai sepinggang je. Lagi-lagi budak kecik yang tak tau apa-apa. Sedihnya... Dugaan Allah S.W.T.


Aku pernah merasa kot banjir. Masa kat rumah tok aku masa memula pindah balik penang dulu. Tapi tak teruk sangat kot. Air naik sampai paras betis. Siap adik aku main tangkap-tangkap ikan yang masuk rumah. Belakang rumah tok ada sawah. Tu yang tetiba ikan pun tumpang dok dalam rumah. Hahaha! Tapi kalau ada ular la paling takut. Huish... Bertempiaran lari.


Dah lama kot rumah tok tak banjir. Ke aku yang hilang ingatan? Piang!! Huhuhu....


Tengok berita pulak pasal kat Mesir sekarang ni. Ish... Kesian student yang kat sana kan. Kalau dah cara-cara merusuh macam tu mana nak cari makan. Nak keluar pun kena bawak kayu ke, besi ke sebab tetiba takut kena serang. Kedai semua ofkos la tutup.


Patut diorang tu semua kena bawak balik Malaysia je. Sebab sangat ngeri aku tengok berita pun. Dengan kereta kebalnya. Polis dengan tentera pun tak nampak batang hidung dah. Ish... Takut...


Semoga Allah melindungi semua rakyat Malaysia yang study kat sana. Hope diorang ni dapat la dibawak balik secepat mungkin kan.


Eh, tetiba aku serius. Sesekali. Aku tengah pikir masalah negara ni. Termasuk la masalah aku yang macam tak nampak jalan pun orang nak amik kisah. Hantar tweet pun tak ada balasan. Hantar komen kat FB pun buat tak tau.


Tak apa la. Sabar je la selagi sisa kesabaran masih ada ni. Allah.... Tolonglah hambamu ni...