SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, October 20, 2010

Air Penting Untuk Badan Ye Anak-anak

Setakat sekarang aku menaip rasa dah seploh kali aku menjambankan diri. Bukan cibi ke hape. Tapi asek la nak terkencing. Tak sempat hadap keja rasa penuh balik pundi kencing ni.

Dah kata pun minum air banyak. Yang keluar pun ofkos la macam sungai jugak kan.


Semua ni gara-gara pi tertepek kat booth pasal kuruskan badan la ni. RM5 untuk dia bebel-bebel promo produk n timbang berat aku.

Berat sudah mencecah angka 60++. Memang sakit jiwa tengok berat sendiri ok.


Penimbang tu jenis yang check segala mak nenek. Berat tulang la, berat lemak la, berat daging la, berat air la.


Dan result aku semua ke laut. Nampak nau dah berjaya meningkatkan berat dengan jayanya. Patut la orang asek menegur kata aku pregnant lagi. Hohohoho! Terguris perasaan mak taw... ;p


Akak tu dok bebel-bebel kata aku kurang minum air. Memang tepat la kena lobang hidung kan. Aku memang la gagal bab minum air masak. Kadang-kadang sehari tu relax je tak minum air. Unta ke apa ada simpan lebihan air kat bonggol. Bonggol??? Hepppp! Jangan berfikiran songsang ye.


Aku ni selalu takde feeling dahaga la. Kalau dah haus sesangat tu baru la mencari air.


Sebab orang dah tegur maka haruslah mengubah apa yang patut. Start dari kena tegur tu aku minum air selalu. At least ada la 1 liter sehari. Hahaha! Banyak ke tu? Tak banyak okeh. Badan kita perlukan sekurang-kurangnya 8-9 gelas air sehari. Lebih kureng 2 liter gitu. Info hasil menggoogle dengan gigih. Hahaha!


ye la, kena minum banyak tu. Sebab kita bernafas, berpeluh, berak, kencing semua mengabehkan air dalam badan ye.


Nak lagi best boleh estimate berapa banyak air kita perlukan sehari. Camni ye anak-anak.


Berat anda dalam bentuk pound sterling dibahagi 2. Kalau macam aku ni dalam pound 141 so bahagi 2 = 70.5 ye. 70.5 auns air sehari. Berapa banyak 70.5 auns tu? Lebih kurang 2 liter la jugak. Yang lain-lain baca la kat sini.


Ok. Aku nak ke toilet lagi nampaknya. Nanti la kalau rajin aku sambung pasal air ni. Huhuhu...






1 comment:

Suliana said...

sebab bf, aku hari2 bawa 1.2 liter air ke opis, habis:-)skrg, klu x minum habis, rasa haus gile.. dah terbiasa..