SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, October 19, 2010

Amir Dah 1 Tahun 2 Bulan

Lunch hour. Aku baru je lepas makan. Ingat nak tido tapi karang membulat pulak jadinya. Sekarang pun dah bulat. Sejak-sejak lepas raya ni. Huhuhu...

Ramai orang tegur. Pregnant lagi ke? Huwaaaaa!!!! Itu tandanya perut adalah sudah lagi besar dari tetek ye. Nak nanges ke nak ketawa?

Ok, aku nak cerita pasal Amir sebenarnya. Lupakan pasal perut aku yang makin gendut tu. Hish... Buat aku emo je. Hahaha!

Hari ni Amir Ridhwan dah 1 tahun 2 bulan. Atau pun 14 bulan. Yeee... Dah besar anak aku. Kejap je rasa. Macam baru semalam je aku rasa kena marah dengan nurse pasal dok buat bunyi sebab sakit dalam labor room tu. Sakit pun kena marah. Hukhukhuk...

Apa yang itu budak bertuah dah pandai sekarang? Banyakkkkkk....

  • Berjalan tak berenti keja dia sekarang ni. Pantang terbukak je grill pintu tu dia punya laju sampai tok dia surrender. Hahaha!
  • Jalan pun tak nak orang pegang. Nak jalan sendiri.
  • Dah pandai merajuk kalau dia dah suka 1 barang kat shopping mall n aku tak beli. Huuuu... Kopak la ummi Amir oiiii...
  • Orang makan dia pun nak jugak. Mengenden tepi meja makan. Kalau makcik dia bagi sepupu2 dia makan dia pun sibuk sama.
  • Pantang nampak penyapu. Abes la dia amik penyapu tu konon-konon nak sapu 1 rumah macam vid kat entry sebelum ni. Hehehe.. Rajin sungguh anak ummi. Jangan sekarang aje la tunjuk rajin tu ye.
  • Gigi still 4 batang. 2 atas n 2 bawah.
  • Tak reti sedut air guna straw. Jenuh aku ajar. Hish...
  • Takut air laut. Tapi main pasir suka pulak. Tapi pastikan pasir adalah jauh dari pandangan laut tu ye. Tak hero la anak ummi ni.
  • Kalau tanya mana telinga, mata, hidung dah pandai tunjuk. Clever boy! :)
Banyak la lagi. Aku pun tau nak list. Hehehe... Ini mana yang aku ingat la.


So, pada yang rindu sama ini budak bertuah yang dah makin cerdik n banyak akal kat bawah ni pic latest dia.


Dah pandai main buaian. Gelongsor pun dia suka jugak.


Abaikan muka ummi yang tembam dan hitam tu. Rentung ok sebab kejar Amir dok main kat belakang rumah tengah-tengah panas. Huhuhu... Aku dah gemuk kan. Hukhukhuk... Tengok Amir tayang gigi atas 2 batang. Hahaha!

Orang main pasir tepi pantai. Anak aku main pasir tepi padang. Hahaha! Takut air laut. Melalak bila bawak main air tu.

Lagi 1 vid Amir jalan-jalan. Enjoyyyy....

video
 

Ummi miss u so much...


2 comments:

@e_da said...

pandainya amir pakai sliperr... mika tak suka lg pakai apa2 sandal atau kasut kalau kita pakaikan dia pandi buang.. suka kaki ayam pulak dah...

aMiYs said...

ida - amir dia klu nk jln2 siap2 dh bwk slipar suruh pakaikan.. hehehe.. kdg2 dlm rmh pun pakai slipar gak..