SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, October 18, 2010

Terhibur Dengan Keletah Si Manja

Baru lepas makan. Alhamdulillah....

Lunch hour tadi sesi keluar secara beramai-ramai. Bukan keluar makan. Tapi keluar mengorek tabung. Hahahaha!

Semua stok sengkek. Termasuk la puan blog ni. Agagaga~~

Beli makanan tadi pun lauk tempe, telur dengan sayur terung sira cili. Tetiba teringin sangat nak makan terung. Sekarang dah rasa macam nak terkeluar balik. Huhuhu...

Hari ni memang tak sempat nak masak bekal sebab sampai je rumah dah pukul 7 lebih. Dah la patutnya punch pukul 8. Dah terbabas ke 8.30.

Mood nak buat keja dari pagi tadi macam hampeh je. Sebab jiwa still teringat penawar jantung kat kampung, si Amir Ridhwan yang dah melasak betul sekarang.

Berpeluh-peluh aku nak kejar dia yang jalan dah laju la ni. Mulut pulak tak berenti menceceh. Nampak ayam halau siap jerit-jerit. Ahahaha! Nampak kucing pun macam tu. Sampai jiran jenguk dari tingkap ingatkan ada tarzan belakang rumah. Rupanya anak aku yang jadi tarzan. Wakakaka!

Orang dukung pun dah tak nak dah. Bawak pi Tesco semalam. Saje la letak dia kat basikal roda tiga yang kecik tu. Lepas tu dia tak nak lepas pulak. Hohohoho... Ummi tarik dia punya jerit memang 1 Tesco tu boleh dengar la.

Ummi testing je Amir. Ummi suruh Amir kayuh tapi Amir tolak pakai kaki pulak. Ummi nak buat demo pun tak boleh sebab basikal tu kecik sangat. Hahaha! Tak apa la. Nanti ummi belikan basikal kecik pastu taruk tayar kecik kat belakang ye.


Dah makin bijak. Makin aktif. Paling sedih bila dia merajuk sebab aku dah lama tak balik. Pagi tu dia ikut Abang Misai amik aku kat stesen keretapi. Lepas tu bila aku dukung dia nangis tak mau. Dia nak kat abah je.


Lepas dia tidur n bangun balik tengok aku ada kat sebelah baru la dia ok. Melekat dengan ummi je. Dengan abah pun tak nak. Hehehe...


Ni ummi tak balik lagi 2 minggu ni mesti Amir merajuk lagi kan.


:(:(:(




2 comments:

puterikurekure said...

dia tau ummi dia jarang balek. tapi instict dia sebagai anak menakjubkan ok! jarang2 jumpa tapi nak melekat bila dah bertemu. seronok tau bila baca.
:)

aMiYs said...

intan - tu la.. mula2 mcm kecik ht bila dia xnk.. tp pastu ummi dia masuk jamban pun dia nanges sbb x nmpk... anak.. anak...