SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, October 14, 2010

Gaji Lambat Lagi keeeee.....

Bz buat 2 slide untuk meeting esok. Pagi petang meeting ok. Migrain kepala lutut. Huhuhu...

Tapi dalam pada bz tu sempat la kan nak update blog. Hehehe... Release tension maaaa....

Tengah terpikir nak berbuka apa hari ni. Sebab duit dah paras hidung maka pilihan adelah terhad ye.

Sama ada sardin, telur, ikan bilis atau tempe harga 1 singgit. Kena bertahan sampai dapat gaji 25hb tu.

Puasa aku ni puasa ganti dengan puasa sunat bersekali la dengan puasa sempena menyelamatkan poket yang makin menipis. Apa resepi menarik boleh buat dari bahan-bahan kat atas?


N aku dah plan nak amik cuti 25 dgn 26hb. Nak bawak Amir jalan-jalan. Kesian anak ummi. Dah 2 minggu lebih tak jumpa ummi. So, sempena dapat gaji mari la bercuti. Bos nak marah pun ada aku kesah? ;p

Aku kekurengan pitih ni bukan sebab aku memboros tanpa sebab kukuh ok. Bulan ni staf aku kawen, member bersalin, aku kena pi merata tempat dalam selangor ni lagi. Duit minyak dengan tol yang telah menyebabkan aku sesak napas nih.

Takpe... Hujung bulan claim. Aku dah buat claim awal-awal ni. Tunggu nak submit je. Sharp 1hb aku taruk atas meja budak-budak kewangan. Huahuahuahaua!


No comments: