SaYa SayaNg AnDa :)

Sunday, May 31, 2009

Ahad yang sangat menyampah

Hari ni hari Ahad kan. Kau orang rasa-rasa lah aku ada kat mana sekarang?





Aku kat OPIS yeeeee..... memang macam siulan kedamaian aku rasa dah ni. Nak tau macam mana kehidupan aku pada hari Ahad nan permai ni boleh ada kat opis? Sebabnya aku terlebih rajin. *tipu tahap cipan*



Sebab hari Jumaat tu aku kan cuti sebab Abang Misai datang. Hari Khamis bos aku yang amat lah suka memberi tekanan kepada preggy mummy iaitu aku ni tiba-tiba nak report untuk kerja luar yang dah memang tak boleh nak settle. Dia nak anak buah aku pergi jugak cari orang yang tak ada kat rumah tu sebab nak puaskan hati makhluk-makhluk yang gila kuasa semuanya ni.


Haaaa... Aku dah geram lah ni. Siap nak bila timeline boleh kerja tu siap. Apa jadah. Kalau dah pergi lebih 3 kali orang tak ada nak cari jugak-jugak kan namanya dah membazir masa lepas tu membazir duit nak bagi claim.

Kalau boleh dia nak Khamis tu jugak tapi aku kata aku ada report lain nak kena submit ke HQ. So dia tanya aku bila boleh settle. Aku kata lah,


Aku : Isnin lah bos sebab Jumaat saya cuti.

Bos : Awak kena cepat sebab Isnin tu dah masuk bulan Jun. Isnin ni saya nak tengok.


Aku memang rasa nak mencarut aje lah wei.... Apa kena mengena bulan Jun dengan report tu. Lepas tu macam-macam lah dia request. Nak report itu, nak report ini. Aku dah tekanan dah ni.

Aku dah lah manusia yang jenis tak suka main-main dengan figure ni. *tapi kalau duit masyuk aku suka lah figure tu*



So sekarang aku kat opis untuk siapkan report sengal tu. Sebab Abang Misai dah balik malam semalam. Kalau dia tak balik lagi hari ni pi mampus lah aku nak datang. Baik aku belek laki aku daripada belek kerja yang sampai mati pun tak abes tu.

Staf aku yang 2 orang ni pulak nak kena pergi kursus start 1 sampai lah 8hb. Sorang lagi officer bahagian aku ni pun kursus jugak. So aku tinggal sorang-sorang. Pulak tu nak handle budak-budak tak dengar kata 13 orang yang buat aku nak jadi singa betina lagi Isnin ni.


Dah tiba-tiba aku rasa nak cuti bersalin awal. Huuuuuu... *padahal due bulan 8*





Friday, May 29, 2009

Sila jeles kerana saya berada di rumah pada hari jumaat :p

Saya di rumah. Jangan jeles ok. Hahahaha!

Aku apply cuti hari ni. Nak spend masa dengan Abang Misai. Ni time aku update ni dia tak ada kat rumah. Pi solat Jumaat. Haruslah pi solat. Kalau tak memang aku sepak. *isteri derhaka btol* Tak adalah sepak betul-betul kan. Sepak-sepak manja gitu.


Alah, aku cuti pun macam tak cuti jugaknya. Pagi-pagi buta hantar adik aku pi kerja. Aku bangun pukul 5 pagi hari ni. Masak bihun goreng buat breakfast. Betapa gigihnya aku untuk mendapat title bini mithali. Kohkohkoh. Sila cakar dinding. So, adik aku pun dapat lah bawak bekal.

Sampai opis aku naik kejap. Bagi pesanan penaja dekat anak buah aku. Ades, Ahad kena datang opis pulak. Banyak kerja maaa.... Bos aku tu kan cerewet nak mati. Tensi tau! Tak kesian tengok aku yang tengah bawak perut ni. Ada aje yang dia nak. Ada aje yang dia tak puas hati. Dah lah asek dia aje betul. Pendapat orang langsung tak nak terima. Memang macam tu ke kalau jadi bos?? Isk...


Lepas tu balik rumah balik. Bercanda dengan Abang Misai kat rumah. Ingat nak pi tengok wayang. Tapi dia kata kalau pi nanti dia nak sembahyang Jumaat kat mana? Kat shopping complex ada masjid ke?

Ces... Perli aku pulak. Yelah, yelah... Esok ajelah kita tengok wayang. Nasib baik esok dia balik malam. Sempat lah nak merayap. Boleh beli barang baby. Malam ni aku nak buat list. Tak sempat-sempat nak buat dari hari tu.


Tadi pun sibuk lah staf aku calling-calling. Ada aje lah yang nak kacau hidup aku kan time aku cuti ni. Kambeng betol! Sebab meeting hari tu bos dah bising time cuti kena jawab fon jugak aku pun jawab lah. Lurus bendul kan aku.


Ikutkan hati kejam ni pi mampuslah semua tu. Aku nak off je hp. Tapi semangat dedikasi aku adalah tinggi. Maka hari cuti dah jadi hari tak cuti. Abang Misai pun perli-perli tadi. Dia kata baik tak payah cuti macam ni. Dah aku dok mengadap laptop hantar email segala. Haruslah dia rasa terabai. Muahahaha!


Kejap lagi makan kat luar. Abang Misai kata tak apa, dia nak bagi aku relax hari ni. So, makan adalah di kedai. Hehehehe... Aku pun tak larat nak masak sebenarnya. Jangan malam karang merengek nak suruh aku masak sudah. Aku cepuk aje dahi sekali.


Ok lah, aku nak melepak kejap. Sakit belakang lah mengadap laptop atas katil ni. Dah lah kaki aku sengal malam semalam kena simpul biawak. Nanti lah aku story mory lain. Dadada!


Thursday, May 28, 2009

Sila beri aku half day hari ni

Baru lepas meeting.....

N sangat-sangat sendat kepala otak dengan macam-macam kerja. Waaaaa!!!!

Sepatutnya meeting tu pukul 10. Tapi sebab bos aku adalah seorang yang amat kalut busy so terpaksa cepatkan meeting pukul 8.30. Lepas tu macam biasa aku kena basuh sampai bersih berkilat aku rasa sebab agenda penting zaman sekarang ni.


Aku memang lah tak ada mood nak buat kerja ni. Abang Misai kan ada kat rumah. Semalam pun muka macam toya je masa aku balik. Bosan lah tu. Tapi nak buat macam mana, i ni kan wanita berkerjaya. *uweeekkk!!! muahahaha!*

Nak kena jugak siapkan kerja yang makin hari makin lah berlonggok atas meja ni. Sampai ruang nak menulis pun ngam-ngam aje. Dengan borang bersepah sana sini.


Malam semalam aku rajin jugak tau. Huhuhu... Aku masak sup ayam dengan goreng sayur. Tapi macam biasa lah, bahan-bahan adik aku siapkan. Akekeke... Aku tukang masak je.

Tapi apesal semalam aku rasa macam aku masak tak sedap ek. Adakah skill memasak sudah tumpul??? Atau pun aku memang tak reti memasak??? Huahuahauahaua!


Aku rasa macam nak half day aje hari ni. Betul tak ada mood ni. Hukhukhuk.... Sedih kan. Husband datang tapi jumpa time balik kerja je. Nak jalan-jalan pun tak sempat. Ahhhhh!!!! Aku tak kira! Aku nak jugak half day.


Nota tapak tangan : Half day aku tu maknanya aku nak cabut lari lepas lunch. Huauauauauaua!!!!! *gelak syaitonirrajim*



Wednesday, May 27, 2009

Abang tunggu sayang balik rumah jap lagi ek ^_^

Aku adalah di opis tapi badan aje lah dekat sini. Jiwa dekat rumah. Sebab Abang Misai ada kat rumah. Dia datang semalam. Hehehe... Maka aku adalah sangat menggeletis.

So, he will be here in Shah Alam until this Saturday. Sabtu ni Abang Misai balik malam sebab tiket bas dah nak habis. Tinggal pukul 10 malam sajek. Hari Ahad dia kena kerja. Aku sebagai isteri mithali redha aje lah. *Wahahaha! Sangat perasan.*



Oh, dan di pagi-pagi hari aku adalah amat rajin. Kalau tak aku lah makhluk tuhan paling lemau nak rajin di pagi-pagi hari. Aku bangun memasak ye. *kagum tak?* Itu pun aku kejut adik aku jugak bangun tolong goreng ikan. Sebab aku memang tak suka goreng-goreng nanti meletup-letup n mencederakan kulit i yang dah sedia tak cun ni. Hahhahaha... Tak aci... Aku masak sayur n ikan goreng tu aku buat sambal.

Kalau aku tak masak karang kesian lah dekat hubbyku itu. Dah lah kalau dia datang tu nak manja lebih nak makan apa aku masak. Kecuali kalau aku memang tahap tak larat gila dia tak kisah lah makan kat kedai. Sebab aku memang takkan masak pun.

Tapi aku yang masak ni pulak tak sempat nak makan. Huhuhu... Dah lah lapar ni. Makan biskut tiger ajelah sementara tunggu lunch. Lunch ni pun fikir nak balik ke tak. Karang bosan pulak laki aku tu duduk sorang-sorang kat rumah. Adalah aku tinggalkan laptop dengan broadband tapi mesti bosan jugak.

Tengok lah macam mana kejap lagi. Kalau sempat aku balik. Kalau tak Abang dok rumah diam-diam. Jangan nak merayap pulak. Hahahahaha!


Aku nak buat checklist barang baby lah. Sementara Abang Misai ada ni boleh shopping sama-sama. Kena pulak gaji baru masuk kan. Memang sangat afdal untuk dihabiskan. Weeeeee.... ^_^



Tuesday, May 26, 2009

My hubby datang hari ni maka i sangat happy

Happy!!!


Tapi lepas tu bila teringat report yang sengal ni terus aku blur.

Oh, Abang Misai on da way ke Shah Alam. Malam ni sampai lah. Sesuai sangat lah time-time aku tengah angau n rindu-rinduan ni. *unsur-unsur jiwang mula menular*

Tapi tu lah kan. Sabtu pulak dia nak balik. Datang time aku kerja. Kena lah aku amik off day Jumaat ni. Tak apa... Cuti saya masih berlonggok. Boleh lagi disimpan untuk amik cuti bersalin awal 2 minggu.

Boleh lah beli barang baby... Yeaaayyyyy!!!!


Tapi checklist barang baby belum buat lah. Sebab busy siapkan report ni. Aduhai....


Report kena siap by tomorrow. Member kat cawangan lain pun dah susah-susah hati call aku tanya macam-macam. Padahal aku pun sama je situation dengan dia orang. Blur...


Ni pulak ada lagi 1 report menunggu. Aku berblogging ni pun pasal nak release sikit tension dalam kepala yang dah berpusar-pusar ni. Sebab aku tak reti nak luahkan kat orang. Maka medium yang paling bagus adalah blog.

Kalau orang baca tu kira dah luahan hati lah tu konon-kononnya.


Aku nak sambung buat report ni. Report yang sangat menyakitkan mata dan hati.




Aku adalah marah!

Aku tengah cuba menahan kesabaran di pagi hari.

Tapi kejap lagi dalam pukul 11 aku akan bertukar warna. BERTUKAR!!! *intonasi cerita jepun alih bahasa kat tv3*

Siap lah korang. Nak kena bancuh secukup rasa dengan aku ni. Aku baik kan.... Tak pernah marah korang kan.....

Haaaaa... Hari ni meh sini singa betina nak mengamuk.


Aku punya lah tak nak marah sebab aku pernah rasa macam mana buat kerja korang tapi korang boleh pulak ek buat macam ni. Datang rumah orang malam-malam macam samseng kampung Dusun. Aku rasa samseng kampung Dusun pun ada tatasusila jugak. Dah lama hidup ke???


Eish... Boleh darah tinggi aku macam ni..... Bongek lah!!!




Monday, May 25, 2009

Teknik Pembahagi Bayang!!!!

Woooooaaaahhhhhh!!! Sakit belakang!!!

Kat opis lagi ni. Adalah amat busy n banyak kerja. Nak semak segala benda alah yang nak report ke HQ. Karang aku tak semak mampus lah nak jawab.


Entah pukul berapa pulak nak balik ni. Isk... Bos ni kan memang tau. Kalau tak sure jangan lah pandai-pandai jawab dalam meeting besar tu. Ni dia dah pandai-pandai bagi target aku pulak yang dia suruh capai target dia yang ridiculous tu. Hampeh!

Senang betul jadi bos ni. Cakap aje ikut suka hati. Lepas tu anak buah lah macam orang gila ke hulu ke hilir nak siapkan benda merepek dia tu. Macam aku tak ada kerja lain.

Dengan borang yang aku nak semak balik mana hilang sampai separuh. Dengan report lain-lain lagi. Dengan aku sorang-sorang lagi sebab staf aku yang 2 orang tu pi kursus. Dan-dan ni lah aku rasa nak jadi Naruto.

Hahahahahaha! Apa kena mengena dengan Naruto? Sebab Naruto ada Teknik Pembahagi Bayang. So, kalau jadi Naruto buleh guna teknik tu. Bila dah guna teknik tu banyak lah klon yang buleh tolong aku siapkan kerja.



Berangan! Sudah-sudah lah tu... Pi lah siapkan kerja. Ada lagi 1K data nak kena cross check. Takkan nak balik malam pulak. Bising Abang Misai karang.



Siapa nak sauna free datang lah rumah aku. Muahaha!

Pagi-pagi ni ada meeting. Biasa lah, kalau bab-bab meeting ni memang aku tak berapa nak suka. Sebab muka aku ni muka wanted. Ada ajelah yang nak kena jawab. Maklumlah, handle isu hangat zaman sekarang.



Eh, sekarang ni memang musim panas ek. Semalam memang berbahang betul aku rasa. Duduk rumah dah macam duduk dalam sauna. Selalu orang bayar mahal-mahal nak pi sauna. Aku tak payah bayar. FOC aje.

Malam tadi pun aku tido berkemban. Ingat nak bogel terus tapi adik aku suka sangatlah masuk bilik aku. Kejap-kejap amik barang. Dah lah aku terbongkang dengan kain terselak sampai atas. Kalau aku telanjang bulat lagi lah dia tengok free show. Dengan perut terboyot ni. Isk... Tak sanggup mak!



Aircond ada je kat rumah sewa tu tapi sebagai hiasan dalaman. Bagus kan. Sebenarnya gas aircond tu dah habis. Aku ni pulak asek lupa nak mintak tuan rumah a.k.a ofismate aku jugak topup balik gas tu.

Hari ni aku nak mintak dia topup lah. Masa awal-awal pindah hari tu ada jugak dia tanya. Aku mesti lah nak. Tapi dia lupa agaknya. Sampai sekarang aircond tu tak ada hasil kalau on pun.

Lagi pun aku nak bagi bil maintenance dekat tuan rumah sekali. Dah 3 bulan tak bayar weh. Aku bayar aje dekat dia tiap-tiap bulan sekali dengan sewa rumah. Ni dah sampai warning notice ni. Karang kena kunci paip air aku karang ada harapan jadi kambing. Dah lah musim panas. Tak mandi pulak. Berkepam 1 rumah. Kalau aku sorang duduk tak apa. Ini ada 4 orang. Sorang tak mandi boleh lah tahan lagi. 4 orang tak mandi??? Oh... No.. No... No...



Ok lah, aku nak siapkan kerja aku ni. Boleh lah aku nak menjawab kalau tiba-tiba bos fire aku dalam meeting kejap lagi. Dah lah function apa entah weekend lepas ni aku tak pi. Saje nak cari nahas lah kalau tak boleh nak jawab. Huhuhuhu....



Saturday, May 23, 2009

Mari mengeram

Hari ni sepanjang hari aku mengeram atas katil je. Malas nak pi mana-mana.

Pekerjaan sepanjang hari adalah tido dan tido dan tido lagi sampai pening. Wuwuwu... So sekarang aku dah jadi burung hantu. Mata terb
untang je.


ini kuih lopes tp aku panggil jennifer lopez


Breakfast pagi tadi pun adik aku pi beli dengan housemate aku. Aku setakat makan kuih jennifer lopez 2 ketul lepas tu sambung tido. Bangun kejap lunch adik aku masak lepas tu tido balik. Kan aku dah kata hari ni sesi mengeram sepanjang hari.



Aku online ni pun sebab dok berchatting dengan Abang Misai. Kalau tak memang weekend adalah amat tak rajin untuk mewujudkan diri kat alam maya nih.

Pagi tadi patutnya aku kena pi PJ. Ada majlis apa benda ntah. Dalam memo nama aku dah dalam senarai WAJIB hadir. Tapi sebab aku tak tau jalan nak pi sana n badan adalah tak larat n lemah-lemah so wassalamu aje lah.

Alasan konkrit tak ek nak bagi kat bos. Kalau bos tanya lah. Kalau bos tak tanya aku pun buat tak tau saje. Hehehe...




Ni kejap lagi kalau dah tak tau nak buat apa sah-sah lah aku mengeram balik atas katil tu. Kat tv ada cerita best tak ek. Selalu hari Sabtu cerita bengong-bengong je. Astro tak ada pulak.

Balik kampung ni nak mintak Abang Misai pasang Astro lah. Tak ada lah bosan kalau time dalam pantang nanti. Demand lebih. Hahahaha!



Friday, May 22, 2009

Perkara yang buat aku rasa nak mencarut pada hari Jumaat!

Gila mak nenek aku rasa nak mencarut-carut di hari Jumaat yang mulia nih.

Nak tau kenapa?



Masa nak pi kerja ada motor ni bawak macam siput sedut lepas tu duduk tengah-tengah jalan macam nak suruh aku langgar aje. Bengong betul! Kalau dok tepi boleh lah aku nak potong. Ni yang jalan 2 lane tu dia pi dok tengah-tengah pulaknya.

Then, kejap ke tengah kejap ke tepi. Kau dah kenapa lah mangkuk?! Gaya macam nak mencari jalan or rumah, something like that lah.

Tapi tak boleh ke dok kat tepi??? Kalau aku langgar tu sia-sia aje lah hidup kau tergolek tengah jalan.


Masuk-masuk opis pagi-pagi pulak aku dah dapat email reminder suruh hantar report yang datelinenya adalah 28hb ni. Sabo-sabo lah wei!!!! Bukan senang aku nak siapkan. Ingat petik jari boleh siap gamaknya. Aku sekeh kepala karang baru tau. Meh sini kau buat. Dah lah banyak aku nak kena cross check. Biol betul!



Tengahari tadi pulak masa nak balik opis lepas makan ada sebijik kereta yang drivernya macam sial pi potong kereta aku kat traffic light ikut belah kiri dengan kadar bahaya. Gamp***! *sila sambung sendiri ye* Dah lah masa tu nak masuk simpang ke kanan. Aku dekat side paling kiri. Cuba kau orang bayangkan macam mana carutan aku masa tu. Tak nak lah aku nyatakan kaum apakah yang memandu itu.

Kalau berlanggar tu aku tak heranlah kereta aku nak tercalar ke hape. *even aku pasti akan melalak jugak* Tapi aku tengah pregnant lah mangkuk! Tau lah kau tak nampak aku pregnant. Tapi cuba lah bawak bersabar sikit. Kot ye pun kau dah nampak lampu traffic light tu dah tukar kaler.

Nak suruh aku pulak bertukar kaler agaknya. Bongok!


Patutlah kerja aku nak mencarut aje. Zuhur tak solat lagi. Dah! Dah! Aku nak menenangkan hati kejap.

Cool Amiys... Cooooollllllll.....




Menjawab tag dari puan Yat Ekhram

Puan Yat telah menge'tag' saya.... Maka ini lah jawapannya. Jeng.. Jeng...




  • Tempat pertemuan anda dan suami untuk pertama kalinya


Heeeee…. The Summit Bukit Mertajam. Tapi bukan dating oke. Masa ni tengah jalan-jalan dengan adik aku. Tak silap time tu aku tengah cuti semester kot. Ingat-ingat lupa. Tahun 2001.

Dia tengah jalan dengan member dia yang jugak kawan kakak aku. Terjumpa pasal kawan kakak aku mintak no hp kakak aku n yang tukang simpan nombor fon adalah Abang Misai sebab masa tu dia je ada hp.

Kebetulan dengan no hp aku sekali dia orang mintak. Hahahaha… Tu yang berkenal-kenalan tu.


  • Pandangan peribadi anda terhadap sikap atau ciri2 pada dirinya ketika mula2 berkenalan…


Mula-mula secara officialnya berkenalan adalah lepas aku balik ke kolej. Dia msg n calling-calling kacau aku. Aku mana amik no fon dia masa dia amik no aku tu. Sengal tak aku. Huhuhu… So aku tak tau siapa makhluk tuhan mentel yang kacau hidup aku.

Bila dah tau itu adalah Abang Misai maka aku rasa dia ni adalah gatai sebab berani kacau-kacau aku. Hahaha! Bukan main lagi masa jumpa kat Summit tu macam pendiam. Tak banyak cakap. Banyak sengih aje. Cet!

Tapi masa mula-mula jumpa tu aku dah tersuka tengok muka dia. Macam sweet aje. Pedulik la orang kata tak hensem pun. Aku yang tengok suka hati lah aku nak kata sweet ke, sweat ke…



  • Tempat ‘dating’ di mana dia meluahkan perasaan pada anda …


Tak ada dating-datingnya. Macam mana aku nak jumpa. Aku masa tu study kat Shah Alam. Dia pulak dekat Terengganu. Dalam hp lah nak berdating pun. Tapi aku ter’reject’ pulak. Huhuhu….

Tapi masa dia ajak bertunang aku ingat. Dalam kereta masa nak pi makan. Tahun 2007. Masa tu dekat time nak kenduri kahwin akak aku. Aku tengah cuti-cuti Malaysia kat kampung.



  • Jika anda masih ingat, ayat yg dia gunakan ketika meluahkan perasaannya …


Masa mula-mula kawan dulu tahun 2001 ni. Dia tanya aku 'kita ni couple ke kawan?' Aku dengan jujur lurus bendulnya jawab 'kita kawanlah dulu.'

Konon-konon sebab still study so nak kawan ajelah dulu.

Abang Misai macam merajuk n kami lepas tu jadi renggang. Aku pulak blur pasal masa tu sebenarnya dah suka-sukaan dengan dia. Lepas tu dia pun ada awek lain. Then terus lost contact.

Tahun 2006 contact balik. Dia baru lepas putus chenta dengan awek dia. Tengah kecewa lah tu. Aku pulak ngorat-ngorat dia. Dia mula-mula tak nak couple-couple ni. Aku pulak merajuk. Aku cakap kalau tak nak sudah. Anggap aje kita tak pernah kenal. Hahhahaha! Aku adalah mengugut ye. Kawan sekejap terus dia ajak bertunang.

Ayat dia ‘Kita tunang jom!’

Aku ingat dia main-main masa tu. Masa nak hantar aku naik train balik ke KL malam tu dia terus jumpa abah aku n cakap nak hantar rombongan merisik. Wahahaha! Sebab masa tu aku kata kalau betul-betul nak bertunang cakap sendiri dengan abah. Dia buat betul-betul rupanya. Sebab tak nak aku pulak lari tinggalkan dia.



  • Berapa lama hubungan anda hingga ke jinjang pelamin?


Nak kira start dari mula-mula kenal ke apa ni? Kalau mula-mula kenal dari tahun 2001 sampai tahun 2008. Ada lah dalam 7 tahun.

Kalau start berchenta n serius tu dari hujung tahun 2006 sampai 2008. 2 tahun je.



  • Berapa lama usia perkahwinan anda sekarang?


Nak dekat sama dengan usia pregnancy I lar… Hehhehe… Kita orang nikah 9/11/2008. Kenduri pulok 13-14/12/2008. So dah 27 minggu bersamaan dengan 6 bulan 3 minggu.




  • Kejutan yg pernah dia buat pada anda …


Dia belikan ini….

Jam Casio. Harga malas nak tanya.



Sebab bini dia ni nama je officer tapi jam pon tak pakai. Dulu ada jam seploh hengget. Tapi dah mampus bateri dia n aku malas nak tukar.

Siap balut cantik-cantik dalam kotak lagi gitu. Masa ni tengah pregnant 4 months.


Dia datang dari Penang ke Shah Alam pujuk aku masa aku ugut tak pernah kenal dia tu. Muahaha… Ala, masa tu kebetulan dia pun ada interview dekat Melaka so terus datang la nak pujuk-pujuk aku. Cair la jugak. Keskeskes… Tapi kalau tak ada interview tu tak adanya dia datang kot.





  • Perancangan anda dan dia dlm rumahtangga …


Of course lah nak rumah tangga kita orang kekal bahagia romantika d’amor sampai lah ke hujung nyawa. Ececece… Jiwang pulak…. Lalala~~



  • Bagaimana dia melayani karenah anak2 ?


Baby on da way lah.. Hehehe…

Insya Allah, dia boleh jadi abah yang baik. Sebab nanti Abang Misai yang kena baby sit coz baby akan stay dekat kampung. Hukhukhuk… Sedey… Bila nak dapat tukar ni???




  • Hubungan suami anda dengan keluarga sebelah anda..


Even family kita orang duduk 1 taman je tapi dia adalah amat segan untuk jumpa pak n mak mentua dia. Maybe baru lagi kot. Lagi pun aku sendiri susah nak balik kampung. Kalau aku ada so dia ada lah menepek kat rumah family aku.

Lama-lama nanti rapat jugak. Betul tak? Slow n steady orang kata. Hehe…


Siapo yang eden nak tag? Bersedia semua???? Muahahaha!

Puan Ezan a.k.a Intan Aizan

Cik Benzura. Kau tak kahwin lagi tapi sila adjust soalan. Keskeskes...

Cik Yan. Juga sama seperti Cik Benz. Akekeke...

Puan Misbehave Mummy Alya

Cik Ally. Sama lah macam Ben dengan Yan, sila adjust soalan anda.



N sesiapa yang rajin rasa tak ada kerja sila lah buat tag ni. Dadidada~~



Thursday, May 21, 2009

Jumpa doktor yang lawak

Ahhhh... kambingan sungguh. Pagi-pagi aku dah sakit perut ni. Dah pagi-pagi kena pi toilet opis yang tak memberangsangkan.


Mana tak sakit perut. Pagi-pagi buta aku dah selesaikan tibai ni...


Manggis lagi....


Dan ini juga....


Ini keropok lekor... Bukan frankfurter...

Bersama-sama dengan nak dekat suku balang kerepek ubi n 1 mug susu. Mana tak bergolak usus perut aku ni nak buat penyahtinjaan.



Semalam lepas balik kerja aku terus ke klinik. Sakit kat bawah perut itu amatlah perit. Berjalan pun dah mengengkang-ngengkang.


Pembantu klinik : Akak nak buat check up ke?

Aku : Tak lah. Nak jumpa doktor je. Sakit la.

Pembantu klinik : Tapi doktor laki kak.

Aku : Ah, takpelah. Tak kisah.


Tak ada orang pun kat klinik tu petang semalam. Tak sempat aku nak duduk dah kena panggil. Aku kisah apa doktor laki ke perempuan. Bukan aku nak berbogel pun. Nak check je.


Doktor : Ok, ada masalah apa ye?

Aku : Bawah perut saya ni sakit la. Kat sini. Kat belah kiri ni. Sakit bawak sampai ke belakang. *sambil tunjuk tempat sakit*

Doktor : Kat celah paha ke?

Aku : Eh, bukan. Kat bawah perut ni. *sambil tunjuk-tunjuk lagi*

Doktor : Bila last awak period?

Aku : Tapi saya tengah pregnant doktor. *muka sudah agak musykil*

Doktor : Oooo... Dah berapa bulan pregnant? *doktor ni tak nampak ke perut aku?*

Aku : 6 bulan lebih.

Doktor : Macam mana ek boleh jadi sakit macam tu?

Aku : Hah?!


Aku dah macam ala-ala confuse kat situ ye. Aku datang sebab nak tau lah kenapa bawah perut aku tu boleh sakit. Adakah doktor tu tanya balik kat aku pulak. Siapa doktor ni? Musykil....


Doktor : Ada jatuh ke, langgar apa-apa ke?

Aku : Takde. *baru lah aku tak confuse soalan tu*

Doktor : Awak baring dekat sana. Saya nak check.


Aku pun selamba relax lah baring kat atas katil tu. Huuuu... Perut aku kena tekan-tekan gitu. Ada sekali tu sakit gila sebab doktor tu tekan kuat-kuat. Aku dah kata aku sakit kat bawah perut belah kiri. Habis 1 perut aku dia tekan tanya sakit ke tak. Alahai....

Lepas je habis check tu...


Doktor : Perut ok. Takde bengkak apa-apa. Baby pun gerak ok. Baby ada tendang dekat tempat sakit tu?

Aku : Ada jugak lah.

Doktor : Rasa sakit tak?

Aku : Takdelah sakit sangat.

Doktor : Rasa sakit tu macam mana? Macam memulas ke?

Aku : Tak. Dia rasa macam menyucuk-nyucuk tu.

Doktor : Saya KIV lah kes awak ni. Lagi 2-3 hari kalau sakit lagi awak datang jumpa doktor. Saya pun tak tau apa masalah sebenar. Maybe kita akan buat ultrasound scan. Kalau nak tau lagi kena masukkan scan yang jenis tiub tu.

Aku : Ooo... Ok...

Doktor : Mana nak tau ada cyst ke, tiub fallopio awak terpintal ke.

Aku : Erk... *sambil berfikir boleh ke tiub fallopio berpintal?*

Doktor : Maybe awak kena masuk hospital ke.

Aku : Aaa... Apa?!

Doktor : Itu kalau teruk lah.


Adoi laa.... Doktor ni menakutkan aku pulaknya.


Doktor : Maybe masalah biasa orang pregnant je ni. Biasa lah kan. Ok lah. Saya bagi ubat tahan sakit je.


Lepas settle amik ubat semua tu terus aku blah balik. Dalam kereta adik aku dah gelak-gelak sebab dia pun ikut masuk sekali. Teringat soalan doktor tu aku dah rasa baik aku check diri aku sendiri je. Huhuhu...

Ubat yang dapat tu pun tak adanya aku nak makan. Selagi boleh tahan sakit ni aku tahan je. Takut lah effect apa-apa kat baby even doktor kata selamat kan.



Aku nak buat kerja ni. Nak kena calling-calling orang pulak pagi-pagi buta nih. Memang aku tak gemar betul.

Buat kerja sambil makan keropok lekor. Huhu...




Wednesday, May 20, 2009

Manggis idaman yang sedap

Aku yang bengong ke blogspot yang bengong ek? Apesal ada blog yang dia lambat update? Ah, abaikan kebengongan itu semua.




Kenal tak buah apa kat atas tu? Ok anak-anak, kalau tak kenal jangan duduk Malaysia. Pi duduk Benua Antartika sanun.

Eh, tapi hari tu aku pi pasar ada sorang budak ni kata timun tu terung. Oh, anak bandar zaman sekarang.... *sambil menggeleng-geleng*

Aku dah lama kepingin buah manggis ni. Semalam masa pi pasar jumpa lah pulak. Kalau tak payah bebenor nak jumpa. Dah musim buah ke ek? Durian pun ada aku tengok. Perempuan preggy buleh makan durian tak? Sebab tu pun aku teringin jugok. Huhuhu...



Aku beli sekilo manggis semalam. Tapi malam semalam sebab aku belayar awal so aku tak sempat makan. Hari ni bawak pi opis 4 bijik. Dalam pic dah tinggal 3 bijik sebab sebijik aku dah telan. Time aku menaip ni semua dah selamat masuk perut aku. Sedapnya... Nyam... Nyam....

Tiap-tiap kali balik kampung aku ada lah merengek dekat Abang Misai. Nak buah manggis... Nak buah manggis... Siap muncung-muncung merajuk bagai sebab dia tak dapat belikan. Mana nak cari manggis time bukan musim. Saje nak kena piang sekali. Sudahnya semalam beli sendiri jugak ler.



Lepas tu lunch aku makan ni....



Makcik tak ada selera nak makan nasik. Itu pun masa aku amik pic tu aku dah makan separuh. Banyak gila koey teow dia. Jenuh aku nak habiskan. Sampai sekarang tak habis-habis lagi. Perut aku pun dah sengkak.



Aku rasa petang ni aku nak pi klinik lah. Sakit bawah perut ni tak hilang-hilang pulak. Tak selesa betul rasanya. Time-time belum gaji ni macam-macam pulak penyakit nak datang. Isk... Isk....


Autograph aku diperlukan..muahahaha!

Tengahari ni aku tak ada kat ofis. Kena pi sign autograph. Aku dah kata aku glamour. Muahahaha! Perasan!

Sebenarnya ada borang yang nak kena sahkan. Malas cerita panjang-panjang sebab rahsia negara. Huhuhu...


Semalam aku tido awal gila. Buletin utama tak abes lagi aku dah selamat ke bulan n bintang. Mula-mula ingat nak baring-baring aje. Sebab bawah perut belah kiri sampai ke belah belakang ni sakit sangat-sangat. Kalau duduk lepas tu nak bangun confirm aku rasa dah macam nak tercabut.

So aku pun baring-baring dalam bilik. Nak kurangkan sikit sakit tu. Tapi tak kurang pun. Berair jugak lah mata menahan sakit. Tapi baby ok je gerak-gerak maka aku tak risau.

Hari ni still sakit. Time drive tu rasa macam tak boleh nak tekan aje clutch. Sebab sentap betul bawah perut tu. Waaahhhhh!!!! Tapi gagah jugak ke opis sebab hari ni nak kena keluar buat pengesahan. Dedikasi tak aku?


Ok lah. Aku nak keluar jap lagi. Luv u all! Mmmmuuuaaahhhhh!!!! Hehe...



Tuesday, May 19, 2009

Hari ni kena cibi pulak

Arrr... Aku jadi penunggu setia toilet lah pulak hari ni.


Dok cibi dari petang semalam sebenarnya. Ingatkan dah ok. Tapi pagi-pagi tadi aku dah terperuk dalam bilik kecik tu. Melunaskan hutang. Choyyyy!!!

Ini pun tengah sakit-sakit perut lagi. Apa lah yang aku makan semalam? Rasanya aku bawak bekal. Lepas tu pulak aku tak ada selera. So aku tak habiskan bekal aku tu. Nasi seciput pun tak habis. Nak kena ni. Dusyum sekali kat muka!

Aku tak ada selera nak makan nasi pulak. Untuk ganti nasi petang semalam aku mentekedarah biskut tiger susu. Balik rumah pulak sedang elok housemate aku masak-masak. So lepas maghrib aku jamah lah sikit.



Semalam sakit belakang aku menjadi-jadi betul. Dengan sakit bawah perut dekat kawasan toot tu. Aku nak rukuk pun tak boleh. Solat duduk lah mak buyong ni. Lepas tu nak tido pun satu penyeksaan jugak. Habis bantal yang ada aku susun keliling. Nasib baik aku tido sorang-sorang. Kalau laki aku ada soheh lah dia tido dekat hujung-hujung tilam tu. Hahhahaha!

Kat kampung aku selalu buat macam tu. Kesian Abang Misai. Bila dah rasa dia kat hujung-hujung macam nak jatuh tu nanti baru aku tarik dia ke tengah. Suka benor tido himpit-himpit. Ganas tak kena gaya kan aku tido. Wakakakaka! Sori ye bang. Mak buyong nak kena guna banyak space sebab tak selesa.



Hari ni pun kepala still menenong tak tentu hala. Selera pun tak berapa nak ada. Tak tau lah selera nak makan apa yang ada ni. Bawak bekal jugak tapi confirm aku makan 2-3 suap lepas tu tak habis.



Aku nak kena draft email pulak ni. Aaaaa... tak suka lah buat ayat formal-formal ni. Tapi sebelum tu aku nak pi toilet dulu. Huuuuuu.....




Monday, May 18, 2009

Badan lemah dan tekanan perasaan melanda

Sangat tak larat hari ni. Pagi-pagi bangun dah rasa tak sedap badan. Lemah aje. Kepala pun pening-pening.

Tapi masih gigih ke opis. Banyak kerja nak kena settle.



Hari Jumaat malam Sabtu dalam pukul 1 lebih macam tu aku tak boleh tido. Nak tau kenapa? Aku bermimpi ngeri yeeee... Mimpi dikejar hantu. Entah apa-apa lah mak buyong ni mimpi pelik-pelik. Tido tak basuh kaki gamaknya.

Memang amat real aku rasa mimpi tu. Hantu tu boleh duduk atas badan aku pulak. Waaahhhh!!!! Takutttt!!!! Aku dengan beraninya cuba tolak-tolak hantu tu. Macam bagus aje kan. Dalam masa yang sama aku cuba lah nak bukak bijik mata ni.

Nak nangis aku takut. Tapi bila dah tau mimpi aku cepat-cepat pejam mata balik. Sebab aku tido sorang-sorang dan keadaan bilik adalah amat gelap. So, aku takut kalau aku bukak mata terus hantu main cak-cak pulak depan mata aku ni. Gilo!

Tak berapa lama lepas tu aku dengar bunyi sms. Nak tengok sms pun bukak sebelah mata je. Abang Misai rupanya. Terus aku mengadu kat dia. Dah aku rasa macam nak nangis balik. Selalu kalau balik kampung aku mimpi takut-takut ni aku peluk dia. Ni aku nak peluk siapa? Hukhukhuk... Nak balik kampung!!!



Weekend aku tak buat apa-apa pun. Berkubang aje kat rumah. Pagi Sabtu adalah keluar pi pasar pasal teringin nak makan nasi lemak daun pisang. Lepas tu melarat beli kuih macam-macam. Masa nampak tu bukan main lagi selera macam naga. Tapi bila dah sampai rumah tak adanya aku habiskan.


Pagi Ahad pulak keluar ke pasar seksyen 13 yang dekat stadium tu. Punyalah ramai manusia. Parking penuh sokmo. Aku park jauh sikit so kenalah berjalan. Sampai pasar dalam pukul 9 lebih. Gatai pungkoq sangat nak makan ayam golek makanya gigih lah ke pasar.

Tapi dalam pukul 10 dah tak larat nak berjalan dah. Pukul 10 dah panas macam pukul 12 tu. Aku yang dah memang hitam ni rasanya dah rentung terus kot. Jumpa je ayam golek, jalan-jalan kejap terus challo. Tak larat weh. Dah lah pasar tu besar. Boleh tertanggal tapak kaki ni kalau nak tawaf satu pasar tu. Tak pasal-pasal aku yang tergolek.


Cuma aku agak rajin lah sebab selain berkubang aku kemas rumah. Tukar cadar dalam bilik. Basuh baju. Sapu-sapu sampah. Sawang n habuk-habuk semua aku lap. Barang-barang dalam kabinet dapur yang dah tak boleh guna tu aku campak dalam tong sampah. Kira aku buat 5S lah ni. Lepas tu dah berkira-kira nak mop lantai pulak.

Malam tu terima lah akibatnya atas kerajinan yang melampau. Belakang aku sakit macam nak tercabut. Wargghhhh!!!! Macam-macam posisi aku tergolek tapi sakit belakang tu tak nak hilang jugak. Suruh adik aku sapukan ubat yang doktor bagi pun sama aje rasa dia. Huhuhuhu.... Tu lah kalau dah namanya rajin tak kena tempat. Tak sedar diri perut tu dah besar sampai tak nampak kaki. Lagi nak buat kerja teruk-teruk.


Patut lah hari ni aku tak larat. Cececece... Alasan aje tu.

Lepas tu pagi-pagi ni aku dah tertekan sebab bos aku dah bagi tekanan pada ibu mengandung ni. Tak baik tau bos... Buat ibu mengandung tertekan... Dah aku rasa nak MC sampai bersalin nanti. Pressure betul lah!


Friday, May 15, 2009

Jom baring-baring dalam opis

Aku pi kerja sorang-sorang hari ni.

Pagi tadi pun pukul berapa baru aku mandi. Tak larat betul. Kepala sakit gila. Nak aje hantuk-hantuk ke dinding.

Tapi sebab hari ni ada pak menteri nak datang ke opis so aku batalkan niat nak MC. Aku half day aje lah. Dengan belakang aku yang sakit macam nak tercabut aje rasa.

Semalam pun aku tak ada selera sangat. Makcik kedai tu dah lah isi nasi dalam bekas polisterine tu mampat sampai jadi keras kejung. Aku makan 3 suap aje lepas tu terus memang dah tak boleh nak telan dah. Ratah-ratah lauk itu pun tak habis.

Baby pun semalam tak banyak sangat gerak. Aku dah risau-risau. Maybe pasal aku tak ada selera tu kot so baby pun tak ada tenaga nak tendang ummi dia macam selalu. Dah lah balik kerja dalam pukul 7.

Balik-balik je housemate aku dah siap masak. Awal-awal lagi dia dah call aku cakap dia nak masak semalam tu. Banyak jugak aku makan. Ada pulak seleranya. Gatai pungkoq aje nih. Lepas tu baru lah baby semangat main tendang-tendang n geletek perut ummi. ^_^

Aaaaa... Nampak tak pic header di atas itu? Siapa tak nampak confirm ada masalah penglihatan yang serius atau pun lagi 3 kali Jumaat aje lepas tu selamat. Huhuhu... Itu adalah pic kawen saya tapi saje aku bubuh yang gelap gulita. Aku pun tak cerah so agak sesuai lah tak nampak muka aku kan. Hahahahaha!

Pic adalah eksklusif *cet, poyo! muahahahaha!* sebab aku belum letak lagi kat mana-mana selain blog ni. Friendster ke, FB ke, memang berjanggut lah aku nak update. Aku malas nak bukak. Dah lah dekat opis ni semua menatang itu adalah di blocked maka aku jadi malas.

Tunggu lepas bersalin kot. Aku masukkan sekali gambo anak aku. Masa tu pic kawen tu pun dah basi.

Dah, aku nak baring-baring jap. Kepala aku dah nak meletup ni.


Thursday, May 14, 2009

100 more days to go... ngaaaaa....

Sila baca tajuk then refer widget Mai Tengok Baby kat sebelah.

Yeeeee...... kawan-kawan sekelian. 100 more days to go.....

Dan aku tiba-tiba merasa seriau dan ngeri. Isk... Isk...

Sebab aku dok terfikir macam mana sakit bersalin tu. Ades... Adakah tiba-tiba ketakutan?? Patutlah emosi aku tak balance semenjak dua tiga menjak ni.

Sekarang pun aku dah start rasa sakit-sakit bawah perut n kat bawah tooot tu. Kalau banyak berjalan lagi lah. Aku ingat aku dah nak terberanak je.

Due aku 22 Ogos 2009 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1430H. Due aku jatuh pada hari 1st puasa pulak tu. Wuwuwuwu... Adakah kalau betul-betul aku bersalin tarikh tu maka aku nanti akan gigih mengganti puasa? Puasa tahun lepas pun tak berganti-ganti lagi. Sebab aku sentiasa kebuluran lepas morning sickness aku dah ok.

Lepas tu fikir pulak macam mana nak jadi ibu. Berpandangan jauh ni. Dah fikir anak aku nak masuk U mana, amik course apa. Senget! Beranak pun belum sampai situ dah aku fikir. Hahahaha!

Fikir lagi siapa pulak nak jaga anak aku lepas habis pantang. If aku still tak dapat tukar aku nak bawak ke or tinggal kat kampung? Ah.... Memang serabut terus lah kepala otak yang dah sedia messy ni kan. Abang Misai kalau boleh tak nak bagi aku bawak anak dia jauh-jauh. Cet, anak aku jugak tu. Tapi bila memikirkan cost untuk baby sit dekat sini pasti lah mahal.

Dekat kampung adalah family nak tolong tengok-tengok. Tapi nanti mesti anak aku tak rapat dengan aku. Nak dengan abah dia aje. Mana buleh jadi macam tu. Nehi kebi nehi!

Dah lah. Malas nak fikir. Nanti aku sakit kepala. Aku nak makan. Perut dah lapar. Tata!



Wednesday, May 13, 2009

Kontraksi Braxton's Hicks (BH)

Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simptom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.

Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.

Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.

Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.

Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segelintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.

Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.

Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.

Anda mungkin perasan yang kontraksi ini lebih kerap terjadi apabila:

Bayi bergerak dengan aktif

Semasa senaman atau membawa barang berat

Mengurut perut

Semasa hubungan seks

Dehidrasi


Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran.

Ini adalah perbezaannya:

Kontraksi BH tidak menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya

BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.

Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin


Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang

Rehat lebih lama.

Minum air dan baring pada sebelah kiri badan

Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebabkan otot mengecut dan menyebabkan kontraksi BH

Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.

Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan


Artikel dari Portal alamhamil.com




Award from Intan Aizan ^_^


Saya telah mendapat award lagi. Hehehe.. Tq very-very much yer Ezan. ^_^


The rules:

1. Copy award di atas utk diletakkan di blog anda

2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie

  • Kenal Ezan dari blog

  • Kita orang belum pernah bersua muka lagi

  • Ezan dengan hubby buat PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh). Same like me...

  • Stay dekat Shah Alam jugak

  • Sangat lovely macam dah lama kenal :):):)

3. Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya

  • Suka makan oren n minum oren

  • Tengah preggy 1st child

  • PJJ jugak dengan hubby.. Rindu wei!

  • Blogging untuk hilangkan stress sebab nak ngadu dengan Abang Misai adalah jauh di mata tapi dekat di hati

  • Semenjak preggy adalah malas masak except Abang Misai datang tengok bini dia ni

  • Anak no 2 dari 8 beradik

  • Kuat tido jugak lah

  • Suka sangat main dengan kucing tapi tak boleh nak bela sebab husbandku tak bagi lor

  • Susah nak marah tapi kalau sekali dah angin memang sukar untuk dibendung. Pasti akan jadi Incredible Hulk.

  • Tak suka math tapi ada degree in Math. Muahaha!

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe ttg mereka

Hahahaha! Ini aku nak skip boley tak Ezan? Sebab tak ramai pulak sahabat handai dalam dunia blogosfera nih.

Apa pun siapa aje yang baca blog ni kena buat jugak-jugak. Hahaha! Boleh gitu? Wajibal ghunnah oke.

Muahahahahaha! *Gelak jahat*



Tuesday, May 12, 2009

Sakit kepala

Kepala adalah amat sakit di pagi-pagi hari ni. Menyebabkan mood amatlah kureng sekali.

Boleh tak kalau aku nak balik aje tengahari ni?

Adik aku pun tak datang kerja hari ni. Dia kata dia tak larat. Sakit belakang n rasa macam nak demam. Mengalahkan aku yang preggy ni pulaknya.

Semalam masa aku pi klinik ramai betul orang. Kenapa entah. Macam luar biasa pulak ramainya. Dah pukul 3 lebih pun still ada orang beratur. Kerusi nak duduk pun tak cukup. Ramai benor orang sakit gamaknya hari Isnin ye.

Habis check up semalam pun agak cepat. 3.30pm aku dah boleh balik. Sebab just amik berat, check BP n urine. Lepas tu check heart beat baby. Dah boleh balik.

Macam biasa anak aku suka main sorok-sorok. Jenuh perut aku kena tenyeh tapi punya lah lama baru dapat detect heart beat dia. Dekat-dekat pusat pulak tu. Pandai pulak masa nurse tu tenyeh perut aku dia tendang-tendang. Marah lah tu. Hahaha! Betul lah ikut perangai abah dia ni.

Berat aku dah naik macam biasa. So tak adalah bebelan free yang aku dapat semalam. Just nurse suruh aku amik ferrous 2 kali sehari. Sebab Hb aku bulan lepas kan rendah, 10.3 saje. Semalam tak ada pun check darah. Rasanya pasal ramai sangat orang kot. Tak sempat-sempat nak cucuk-cucuk jari orang semua ni.

Lega jugak lah. Sakit tau kena cucuk. Huuuuu.... Tapi time nak beranak nanti lagi lah banyak nak kena cucuk kan.

Aku rasa macam nak lepak-lepak kejap lah. Menjadi-jadi pulak nenong nenong kepala ni.



Monday, May 11, 2009

Braxton hicks tu macam mana ek?

Perut sakit lah. Bukan betul-betul dekat perut. Tapi bawah perut ni. Kadang-kadang perut rasa tegang je. Ini ke yang orang kata Braxton Hicks contraction tu ek.

Dah nak duduk lama-lama pun rasa tak selesa. Malam semalam terus aku hibernate aje dari lepas Isya' sampai pukul 6 pagi tadi. Nak tido pun kalau tak terlentang kena mengiring ke kiri. Baby amat suka membuat flying kick kalau aku mengiring ke kanan. Memang senak perut lah aku.

Weekend aku tak buat apa-apa pun. Hari Sabtu kakak aku datang rumah dengan husband n anak dia. Bawak mak aku sekali. Nak angkut perabis barang yang ada kat rumah ni.

Pagi Sabtu tu pi kolej adik aku angkut barang dia. Lepas tu beli breakfast n lauk. Dalam pukul 12 aku dah semangat pi klinik. Nak buat check up kat swasta sebab dah ada appointment pun. Sampai-sampai aje klinik,

"Alamak kak. Hari ni doktor laki la yang duty. Akak datang esok. Esok ada doktor perempuan. Sorry ek."

Isk... Aku baru aje semangat nak buat check up sebab nak relax-relax hari Ahad. Tak pasal-pasal hala tuju aku berubah ke Giant seksyen 13. Beli barang nak buat masak bihun goreng.

Ahad yang konon-konon nak relax tu sudahnya amat lah tak relax. Pagi lepas breakfast pi lah klinik. Tak ramai sangat orang, so lepas register terus turn aku. Kakak aku pun sibuk buat check up sekali. Tapi aku tak scan lah. Doktor yang aku selalu jumpa tu dah bersalin so doktor yang ni pulak aku tak pernah jumpa pun.

Jenis doktor pulak macam malu-malu aje. Alahai. Malas pulak aku nak mintak scan. Lagi pun laki aku tak ada so aku amatlah tak excitednya kalau scan pun. Nanti lah, tunggu bulan depan je.

Lepas check up pulak kakak aku sibuk nak cari baju untuk husband dia. Ada ke patut datang dari Penang ke Shah Alam lepak hujung minggu bawak sehelai t-shirt aje. Nasib lah laki aku ada tinggalkan baju lebih kat rumah sewa aku tu. So, berjalan guna baju cap borrow aje lah husband kakak aku. Nasib baik muat sebab laki aku tu badan agak-agak kurus. Sekarang aje dah gemuk sikit. Husband kakak aku badan dia agak-agak berisi.

Dari nak cari baju laki dia dah melarat-larat sampai mak aku dengan dia pun shopping sekali. Aku memang dah tak larat sangat nak berjalan. Nampak kerusi aje nak duduk. Memang pemalas lah. Hahaha!

Sesi shopping menyopping habis dalam pukul 3 petang. Lepas tu balik rumah coz kakak aku nak balik kampung petang tu jugak. Tunggu adik aku yang sorang lagi habis last paper exam dia then dalam pukul 5 dia orang pun balik kampung.

Aku pulak tergolek-golek kat rumah sebab dah kepenatan. Hasrat nak berehat time weekend adalah kehancuran.

Hari ni pun rasa macam tak ada mood aje nak pi kerja. Dengan bawah perut ni kadang-kadang rasa berdenyut aje sakit.

Petang ni pulak ada check up dekat gomen. Aku adalah amat pasti akan kena marah lagi sebab aku rasa berat aku ni macam banyak aje naik. Huuuuuu... Prepare la nak minum air gula ye cik kak.



Friday, May 8, 2009

Aku tonton drama swasta live hari ni

Alhamdulillah... Kenyang...

Pukul 3 lebih baru makan nasik. Kebuluran... Kebuluran... Even pagi-pagi dah tibai roti canai 2 keping. Ngehehe...

Orang yang aku kirim beli nasik tu lambat bebenor baliknya. Sampai ke Sunway kau cari makan ye. Dah nama pun Jumaat yang mulia. Confirm lah ramai keluar. Kata pun rehat lama kan. So, jalan pun jammed sebab semua orang pun nak keluar.

Aku rasa hari-hari pun menu aku sama aje kalau kirim kat orang. Mesti nasi ayam. Semalam pun makan nasi ayam. Kelmarin pun. Muka pun dah macam ayam. Hakhakhak... Macam dah tak ada benda lain kau boleh makan. Ntah lah ek. Aku rasa itu aje yang senang n banyak jual pun. Cepat pun cepat. Tak adalah nak susahkan orang nak tunggu lama-lama.

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal nasi ayam. Intro je tu. Huhuhu...

Kau orang nak tau tak, *dah macam makcik bz body je haaa* tadi aku tengok drama swasta secara live. Tak dapat tengok kat mana-mana stesen tv nih.

Budak-budak bertuah ni lah. Boleh pulak kau orang nak bertekak dalam opis ni kan. Dah lah duduk depan bilik aku aje. Aku mula-mula dengar bising-bising aku buat derk je. Kejap lagi wahh!!! Suara anda adalah amat high pitch ye. Ini tak boleh jadi. Dah lah bahagian aku. Confirm amat menarik perhatian ramai.

Aku keluar dengan muka berkerut *konon-konon garang* siap cekak pinggang. Tapi dia orang boleh selamba lagi bergaduh. Amboi... Tak respek i langsung.

Aku tengok yang sorang ni dah meleleh air mata. Yang sorang lagi yang bergaduh ni tengah sarat pregnant pulak. Apa aje lah budak-budak ni....

Aku panggil sorang anak buah aku masuk. Tanya apa jadi. Dia pun cakap lah, insiden rasa terasa hati. Ingatkan berebut kawasan jajahan tadi sampai bertekak nak terkeluar anak tekak segala. Pasal terasa aje ke?

Tak lama lepas tu anak buah aku yang dah meraung ni masuk pulak bilik aku. Mengadu. Yang pregnant tu tak masuk pun. Rupanya yang pregnant tu sentap pasal kena tegur dengan yang sorang ni apesal keluar rehat lama sangat. Padahalnya budak tu awal-awal nak bergurau aje. Dah meleret-leret pulak.

Aku rasa preggy mummy tu emo terlebih sebab due nak bersalin dia hujung bulan ni. Pengaruh hormon lah tu tiba-tiba nak menyentap tak tentu hala. *Adekah aku pun bakal begitu??* Risau kot pikir pasal bersalin. Tu yang terbawak-bawak tu.

Aku malas nak masuk campur. Karang kalau aku angin kau orang jugak yang rasa tempias aku pulak kan. So aku suruh lah anak buah aku tu buat tak layan aje. Jangan layan orang emo ni. Karang elok-elok bertekak jadi berparang pulak. Aku tak kuasa nak jadi saksi oke.

Anak buah aku kat opis ni dah jadi macam berpuak tau. 1 puak adalah sebelah preggy mummy punya geng. 1 puak lagi adalah geng yang malas mencampuri urusan orang lain. Dia orang ni buat kerja dia orang sendiri. Kira dah macam tak geng lah dua puak ni.

Yang geng preggy mummy adalah anti dengan geng buat kerja sendiri. Sebab dia kata dia orang ni berlagak pandai n bagus. Ini aku dapat tau dari staf aku yang dok atas pagar ruyung. Yang geng buat kerja sendiri pulak malas nak layan geng preggy mummy yang suka memerli dia orang.

Nak dijadikan cerita masa anak buah aku yang sorang ni dok bertekak dengan preggy mummy ni sorang daripada geng buat kerja sendiri dah membacking anak buah aku. So dis preggy mummy amatlah tak puas hati ye.

Lepas aku buat sesi perdamaian *dah macam perang aku rasa ni ada sesi berdamai pulok.* dia orang ni senyap lah. Sebab aku kata jangan sampai aku panggil meeting tergempar time-time tu jugak *Ugutan secara halus*.

Aku ingat dah abes lah perang dunia rupanya tak lagi. Baru sekejap tadi pulak ada sorang lagi anak buah aku ni kata ada berita sensasi. Alahai....

Sesi bergaduh telah bersambung time rehat pulak dah. Venue adalah di lobi opis tingkat bawah. Geng buat kerja sendiri bagitau dia orang telah diserang oleh geng preggy mummy sebab kes salah sorang membacking anak buah aku.

Kau orang ni perangai kanak-kanak riang lah. Isk...Isk...Isk....

Pakal aje aku tak ada kat bawah. Kalau tak dah memang semua aku bagi warning letter aje. Hamik korang. Nak sangat bergaduh kan.

Disebabkan aku tak ada kat tempat kejadian so aku tak nak amik apa-apa action sebab aku dengar cerita orang aje. Salah amik action aku pulak yang kena balik.

Silap-silap orang dendam kena santau pulak aku. Huuuuu... Ngeri... Ngeri...



Macam mana aku mula-mula drive kereta

Patut ada meeting hari ni. Pukul 9. Dalam memo aku adalah dijemput hadir. Tapi turun-turun bilik meeting je punya lah penuh. Apa lagi, aku malas nak tunggu lama-lama terus naik atas balik. Confirm kalau aku duduk dalam tu tak ada fungsi pun. Duduk menguap aje lah.

Breakfast hari ni adalah roti canai. Malam semalam aku memang nak sangat makan roti canai. Adik n housemate aku pulak dah beria nak turun beli burger. So, kirim aje lah dekat kedai bawah tu.

Tapi adakah dah abes??? Mamak tu kata tunggu orang yang amik tepung tu tak balik-balik. Pengsan tengah jalan ke apa? Kedai mamak 24 hours short of roti canai? Dah aku tido meleleh air liur tak dapat makan roti canai.

Apahal ntah mengidam roti canai 2-3 hari ni. 2 keping aku sorang aje tibai. Ye lah, aku kan makan untuk 2 orang. Sekeping aku makan, sekeping lagi untuk baby. Ahahaha! Banyak cekadak kau. Kalori ntah berapa juta dalam sekeping roti canai tu. Isnin ni check up berat naik mencanak-canak baru tau. Padan muka pada diri sendiri. Merasa lah minum air gula. Tak boleh ke aku request makan Big Apple Donut je. Manis jugak tu.

Semalam lepas dapat berita duka roti canai tak ada tu aku masuk bilik letak kepala atas bantal terus tertido. Awal tu, baru pukul 9 lebih. Penat sangat lah kononnya.

Oh, adik aku dah pas driving test semalam. Tapi lesen belum dapat sebab belum bayar abes lagi. Just aku agak seriau nak suruh dia bawak kereta.

Hahahaha! Pandai tak confident dengan orang. Macam lah diri sendiri lepas dapat lesen terus terror macam pelumba F1. Aku sendiri mula-mula bawak kereta pun macam hampeh jugak. Menggigil-gigil gitu. Sanggup keluar dari rumah pukul 6 pagi pi kerja sebab takut kereta banyak. Kalau kereta dah banyak nanti aku gabra. Bila aku gabra kereta tu mesti mati tengah jalan. Macam lah jauh benor tempat kerja aku.

Mula-mula drive dulu aku bawak savvy. Manual pulak tu. Hampagas! Bagi sesiapa yang tak tau meh sini aku bagitau. Savvy manual gear dia adalah macam kereta zaman dolu-dolu. Gear reverse sebelah gear 1 oke. Seksa nak mati aku belajar gear reverse kat belakang alih-alih kereta aku gear reverse kat depan.

Pernah kat traffic light depan F&N seksyen 26 tu enjin kereta aku mati. Menggelabah beruk aku. Masa tu lampu merah. Bila lampu tukar hijau nak jalan lah. Start aje enjin lepas tu masuk gear tiba-tiba kereta belakang aku hon macam nak mati. Kau dah kenapa? Tiba-tiba nak hon. Tak nampak besar gedabak P tertampal kat cermin belakang tu. Lagi mau hon. Ingatkan pasal aku lembap sangat tak jalan-jalan. Rupa-rupanya aku mereverse daaaaa.....

Ahahahha... Mana lah aku nak perasan. Dah lah tengah menggelabah. Nak masuk gear 1 dah termasuk gear reverse. Nasib baik aku lepas clutch slow-slow. Masa tu lah aku tau aku sedang reverse dengan jayanya. Kereta belakang mesti bengkek aje dengan aku. Nak hentam kereta dia pulak. Huhuhuhu! Dah lah kawasan berbukit.

Lagi satu paling aku ingat masa tu mula-mula aku drive savvy tu bawak pi kerja. Aku kerja kat kilang masa tu. Kawasan tu kalau dah pukul 7 pagi memang jammed. Dengan lori kontenanya, kereta, motor. Dah nama pun kawasan industri. Sampai 1 round about ni aku dengan penuh hemah bagi signal nak masuk kiri. Dah dekat betul ni. Boleh pulak ada minachi bawak kancil berani mati mana ntah tiba-tiba menonong jugak keluar. Memang mangkuk!

Dah aku brake mengejut kat tengah-tengah round about tu. Enjin pun mati jugak ler. Memang masa tu dah berbakul maki aku. Kurang ajar punya %^#%&>:"!!! Nasib baik lah kereta belakang tak laju. Kalau tak memang aku tak ada dah buat blog ni. Dah selamat ke alam barzakh lah, nak mulia sikit dah cedera parah agaknya.

Sekarang aku dah tak pakai Savvy. Savvy tu letak kat kampung. Senang sikit family aku kat kampung tu nak gerak ke mana-mana. Aku guna Myvi pulak. Still manual. Konon-konon terror. Mana tau bila-bila boleh buat drift. Huahuahuahaua! Berangan!

Kau orang macam mana pulak? Apa pengalaman 1st time bawak kereta? Ada macam aku tak? Hahahaha!



Thursday, May 7, 2009

Jangan baran-baran, tak baik tau

Aku memang baran lah semenjak preggy ni. Kenapa aku cakap macam tu? Semalam aku nyaris-nyaris nak bertukar jadik Incredible Hulk. Tinggal tak kaler hijau je lagi. Janganlah anak aku ikut perangai ummi dia ni.

Sebabnya semalam aku kan ngantuk plus penat yang amat. Aku pun tak tau apesal aku penat sangat. Adik aku pulak kata nak siapkan kerja dia 'kejap' aje. Ok, tak apalah, aku tunggu. Aku assume dalam pukul 6.30 gitu siaplah kerja dia.

Aku pun buat benda meraban macam entry kat bawah. Godek segala benda mencantikkan tempat aku merapu ni agar sedap mata memandang. Dah lah aku ni jenis malas nak baca instruction segala. Nasib baik keluar jugak background baru tu.

Sampai pukul 7 aku dah macam ala-ala tak larat gila dah ni. Aku sms aje lah adik aku tanya banyak lagi ke kerja dia. Dia tak balas. Aku missed call lak. Tak dengar jugak. Lepas 15 minit mula lah aku naik hantu. Aku sms lagi sekali. Cipan! Tak balas jugak. Aku call hp pun tak berjawab. Sampai bateri hp dia tu out. Dah lah hp tu memang bengong. Dia pinjam hp aku yang aku dah lama tak guna sebab hp dia hantar servis tak siap-siap lagi.

Tiba-tiba terjengul lah sorang staf ni kat pintu bilik aku.

Staf : Puan amacam? Ok ke?

Aku : Saya tengah penat sangat lah ni.*Dengan muka macam lahanatnya.*

Staf aku tu terus pi meja adik aku n suruh dia balik. Adik aku memang lah bawah section yang sama dengan aku tapi bos dia bukan aku. Bos dia dok sebelah bilik aku je. Tapi bila-bila pun aku boleh jadi bos dia. Muahahaha!

Yang adik aku pulak boleh reply sms aku 'Jap ek. Jangan lah marah.'

Aku reply balik, 'Orang penatlah. Sengal!'

Banyak kau punya tak marah. Aku dah lah penat. Lepas tu nak jadi driver kau pulak karang. Kalau dia yang drive balik memang aku tak kisah 1 sen pun. Ini aku jugak yang kena. Tu lah, awal-awal suruh amik driving license asek nak tangguh aje. Ini bila aku dah nak terberanak baru lah terhegeh-hegeh.

Lepas tu masuk bilik aku sengih-sengih. Konon kata tak perasan bunyi hp. Aku dari dalam bilik ni pun boleh dengar bunyi hp tu dia yang duduk dekat sebelah hp tu boleh tak dengar. Mana nak dengar dah kau bukan main seronok bersenda gurau dengan orang kat luar tu.

Lagi satu yang aku bengang tu adik aku ni bukan kerja tetap pun. Sambilan aje. N dia dibayar untuk kerja 5 jam aje sehari. Kerja lebih masa adalah dikira sedekah kepada opis dan jugak berkhidmat untuk negara. Lepas tu sibuk-sibuk nak kerja mengalahkan masa kerja aku. Orang lain dah tak ada kat opis dia pulak yang nak stay back. Bukan kena bayar pun kerja yang lebih dari 5 jam tu. Aku pelupuh sekali baru tau.

Balik tu terus aku tak bercakap. Malas. Aku penat. Drive pun dah macam bawak F1. Nak cepat sampai rumah. Kalau pedal minyak tu boleh tembus keluar kereta memang dah tembus lah aku tekan. Adik aku kat sebelah pun senyap je. Tau lah aku tengah berasap tu.

Sampai rumah pukul 8 aku terus tergolek atas katil. Tertido dengan baju kerja tak bertukarnya. Pukul 9 laki aku sms baru aku tersedar. Bangun mandi, lepas tu makan sikit sebab aku kebulur, makan ubat terus aku sambung tido balik.

Sedar-sedar pagi ni aku terlajak bangun pukul 6.50. Gila! Nasib baik bukan 7.50. Kalau tak memang aku selamat lah datang kerja punch card merah. Nampak sangat lah aku penat tahap dewa dewi.

Anak aku pun tak tendang-tendang sangat pagi ni. Penat jugak kot. Selalu pagi-pagi baby ni lah tukang kejut aku. Dia tendang perut aku sampai senak. Ades!

Ok, aku dah tak angin sekarang. Tapi teringin nak makan roti canai. Ada siapa-siapa nak belanja? Boleh jugak menambahkan kesejukan dalam hati. Huahuahua!




Wednesday, May 6, 2009

Background sudah tukar

Cuba tengok background baru aku. Amacam? Comey tak? Comey tak? Ahahahaha!

Aku tengah tak ada kerja. Sebenarnya banyak tapi nak buat esok aje. Ni tengah tunggu adik aku siapkan kerja dia pasal esok dia nak cuti. Pi amik driving test. Tu yang aku meraban buat benda-benda merapu ni.

Ada lah aku tambah shoutbox kat tepi tu. Agak-agak nak mengukuhkan ukhwah sila-sila lah bertegur sapa kat situ ye. Macam ramai benor kawan aku nak berborak-borak ni.

Aku ni kurang cerdik sikit bab IT. Tu yang malas nak godek lebih-lebih segala layout, background mak nenek. But disebabkan blog aku adalah agak mandom dengan warna biru macam boleh buat orang tido so aku tukar lah kasi kaler lembut-lembut sedap mato eh memandang. Ada selit-selit kaler pink my feveret, purple, hijau, semua kaler lah.

Lain-lain kalau rajin nanti aku edit. Apa lagi yang aku nak tambah pun tak tau lah. Letak gambar aku? Oh.... No! No! No! Aku adalah tak suka menepek gambar sendiri di mana-mana. Sebabnya nanti lah aku stori mori.

Ngaaaa... Aku nak tido sat. Amat mengantuk. Sekejap lagi nak balik aku jugak yang drive. Bahaya tau drive kalau ngantuk-ngantuk ni.

Daaaaaaa!!!!!! See u all later.



Mari menginsafkan diri

Tengahari tadi ada bicara ilmu. Anjuran opis. Konsep bicara ilmu ni adalah islamik. Haruslah turun untuk menginsafkan diri.

Ustaz yang datang bagi ceramah pulak bukan calang-calang. Dari Mesir. Salah seorang AJK fatwa Mesir ye. So, kita orang assume mesti speaking London lah ni. Kot tak pun cakap Arab. Kalau cakap arab confirm aku dengar lepas tu sengih-sengih n angguk-angguk. Padahal tak faham pun.

Oh... Sekali ustaz yang jarang-jarang datang Malaysia tu kau orang tau dia speaking bahasa apa? Bahasa Malaysia jugak tapi kecek Kelate. Fasih pulak tu. Huuuu... Termalu seketika sebab aku yang dok Malaysia dari lahir ni pun tak reti nak kecek Kelate. Ustaz tu belajar 9 bulan aje dah lagi terror dari orang Malaysia.

Sampai apa dia cakap pun kadang-kadang aku tak faham biji butir. Main dengar aje.

Ustaz tu cakap bukan dia tak boleh nak belajar cakap BM yang biasa-biasa ni. Tapi time dia study dulu dia tengok dialek mana paling susah so dialek tu lah yang dia belajar. Tapi dia faham lah apa yang orang lain cakap even orang tu tak cakap loghat Kelantan pun. Aku kagum!

Disebabkan hari ni ada ceramah pasti lah makan free pun ado. Tapi aku tak berapa nak ada selera sangat lah hari ni. Tak tau lah kenapa. Rindu sangat kat Abang Misai kot. Macam orang kata lah, makan tak kenyang, tido tak lena, mandi tak basah. Setakat ni aku mandi basah lagi lah.

Tak tau dah nak taip apa. Aku nak pi toilet. Hari ni asek lah nak terkencing kena flying kick baby dalam perut ni. Baby pun rindu kat abah kot....



Rindu-rinduan sih!

Rindu gila kat laki aku. Tiba-tiba pulak kan. Tido malam pun siap mimpi-mimpi. Aku dah start nak berjiwang lah pulak ni.

Time-time perut dah makin boyot ni lah rindu-rinduan yang amat. Alahai... Jauh pulak tu. Nak peluk pun tak sampai.

NAK TUKAR! NAK TUKAR! NAK TUKAR!

Nak aje aku buat piket depan ofis sambil bawak sepanduk mintak tukar balik negeri. Kalau tak kena buang kerja mesti aku kena hantar ke Hospital Bahagia. Berbahagialah kau di sana. Hohohoho!

Nanti dah bersalin kalau still tak dapat tukar rindu kat anak pulak. Sekarang ni boleh lah sebab baby temankan ummi dalam perut. Sikit-sikit tendang sampai sengal-sengal. Kalau dah bersalin??? Ni yang tak boleh handle ni. Mula lah air mata nak menitik ni.

Tolong wei!!! Nak buat macam mana lagi ek?

Hari-hari call pun rindu jugak. Sms jangan cerita lah. Macam nak penuh inbox. Gambar pulak hari-hari mengadap depan PC. Agaknya kalau dah ada anak mau melambung bil aku hari-hari nak bervideo call tengok muka laki dengan anak.

Hmmm... buat kerja lah. Buat-buat busy ni kureng sikit nak berjiwang karat. Kerja... Kerja... Kerja....


Tuesday, May 5, 2009

Aku dapat award. TQ.. TQ.. ^_^

Ahaaa... Asyik hangen 1 badan lepas tu buat amukan puaka aje kan. Lupa pulak nak say a trillion thanks pada Ezan a.k.a Intan Aizan kerana telah menghadiahkan saya ini.....


Sob...sob... Terharu sungguh rasa di hati. Dapat award lah. Rasa macam artis fofular. Muahahaha! Lihatlah donia!!!

So, aku dengan berbesar hati dan penuh takzimnya *ayat macam nak ajak pi kenduri* menghadiahkan blog award ni pada insan-insan yang sudi baca blog yang ntah apa-apa nih.

Thanks a lot ye Ezan. Dah lama dapat baru gatal pungkoq aku nak say thanks. Lupa daratan betul. Sori ler, busy sikit semenjak 2 menjak ni.



Gaji aku pun tak banyak macam tu

Huargggghhhhhh!!!!!!! Penatnya!!!! *sambil menggeliat dengan penuh perasaan*

Aku baru lepas check claim budak-budak ni. Melampau penipu betul lah. Buat aku hangen 1 badan aje. Korang kalau tak menipu claim melampau-lampau boleh tak? Ada yang aku jadi kejam tahap mak tiri tak hantar claim korang pulak karang.

Gila lah kerja luar buat claim lagi tinggi dari gaji aku. Huuuu... Gaji bos korang ni pun tak banyak macam tu tau tak. Dah tak ada kerja lain aku hari ni selain mengadap 16 buah borang claim yang macam toooottttt!!!!!

Ada ke patut dari Shah Alam ke Sungai Buloh claim sampai >41km. Memang betul lah dah lama hidup. Sebelum ni aku dah sound tapi buat jugak perangai lama. Makin lama korang ni makin lemak berkrim perangainya yeeee....

Nak tengok singa betina mengamuk agaknya. Aku memang lah malas nak marah-marah ni. Tapi bila aku dah sound sekali jangan lah buat lagi. Ini buat jugak. Memang buat aku nak maki orang aje. Sengal! Kalau aku lepas gitu aje mesti bahagian kira duit tu dok tibai aku. Bernanah telinga aku ni tau tak menadah dengar orang membebel ni.

Lepas ni korang buat lagi macam ni dengan senang hatinya aku potong claim korang biar tinggal separuh. Biar makan nasik dengan kicap aje. Tu mulia lah kalau boleh dapat nasik. Kalau tak korang hirup kicap aje aku buat.

Berpinar bijik mata aku ni. Belakang pun sakit-sakit dok menunduk tengok angka kecik-kecik dekat borang claim tu.

Lantak lah. Bulan ni confirm claim korang lambat masuk. Lain kali buat lah perangai lagi. Ada tak masuk terus claim tu.