Assalamualaikum
Takde mood sangat nak blogging. Banyak merapu kat twitter je. Kot ada nak follow sila la. Hahaha! Perasan retis sangat. ;p
Keja adelah berlambak. Stress aku tau. Dah la semalam jem luar biasa. Sampai merah la punch card aku. Tersangkut atas jambatan. Punya la banyak kereta bersesak nak masuk area Bayan Lepas. Sampai orang yang nak ke town kena tempias. Tak pasal je hari pertama bekerja bulan September aku dah catat rekod merah. Kejis...
Dan bulan ni adelah bulan penuaan aku. Welcome 3 series. Tu yang stress tu. Kahkahkah! Alasan tah hape-hape.
Esok ada meeting pulak lagi. Slide untuk meeting esok pun aku tak buat lagi. Lusa meeting lagi. Pitam tau banyak sangat meeting.
Lusa ada jamuan kat bangunan ni. Jamuan raya. Makan lagi. Tulat jamuan raya merangkap dinner jabatan. Makan dan makan dan makan. Puasa turun 2 kilo raya naik berkilo-kilo. Takut nak tengok penimbang tau. Confirm tak menunjukkan angka yang mengghairahkan.
Lately ni cuaca agak panas. Tido malam pun berpeluh. Aku pulak bila panas jadi baran. Amir la jadi mangsa ummi dia. Kesian dia. Dia pulak hyper terlebih time panas-panas ni. Sorry anak ummi. :(
Hana pulak semenjak dah laju berjalan ni memunggah merata. Aku ke dapur nak masak pun dia dok bergayut kat kaki. Alahai.... Lepas tu punggah la kabinet dapur tu. Segala gelas n cawan dah tak boleh letak tepi meja. Dia dah sampai nak menyauk ye. Semua kena letak tengah-tengah.
Ok, nak buat slide la. Aku penat n stress. Huwaaaaaaa!!!
1 comment:
umur hanyalah angka so dun worry just be happy hehehe.. apapun doakan yg terbaik ye
Post a Comment