Assalamualaikum
Badan dah separuh lembik. Malam semalam aku demam n cirit birit yang melampau. Berak dah macam air paip keluar dah. Perut sakit jangan cerita la.
Aku kan sakit perut dari pagi semalam lagi. Lepas tu ada pulak jamuan. Aku makan sikit je pun. Rasa-rasa orang kata. Ketupat sikit, sate. Yang lain aku jamah juih muih je. Laksa pun aku tak makan. Bihun goreng pun aku pandang je. Sebab dah tak sedap perut ni koser sangat la nak makan beria.
Time nak balik aku dah rasa sakit-sakit urat. Rasa nak muntah pun ada. Siap pulak boleh bawak kakak aku pi beli kipas lagi.
Sampai rumah terus seram sejuk. Badan dah mula dedar-dedar. Lepas suap anak bertuah 2 orang tu makan aku pi mandi. N start gigil-gigil. Terus aku berkelubung dalam selimut. Hana dan Amir sila menepek kat abah. Amir lagi best,
'Ummi pengsan la abah.'
Amboi... Over sungguh hang ye. Sebab aku berkelubung dalam selimut mengadap dinding. Hana dok tarik-tarik aku nak nenen. Tapi sori la dik, ummi makan ubat. Tak dapat la Hana nenen malam tadi. Malam semalam Hana tido sebelah abah dia. Elok pulak lenanya. Kalau tido sebelah aku kejap-kejap bangun selak baju aku cari nenen.
Abang Misai tak bagi aku pi keja. Tapi mengenangkan hari ni ada jamuan. N aku dah janji nak bawak potluck. Gigih la bangun pukul 4.30 kan pi masak makaroni goreng. Padahal dah memang tak boleh tido pasal ulang alik ke jamban. Bertemankan sekor tikus besar gedabak dalam perangkap *masuk perangkap akhirnya* aku masak n goreng-goreng segala meatball.
Hari ni keluar lambat sikit. Bila dah keluar lambat agak tension la nak hadap jammed masuk ke tol jambatan tu. Rupanya ade eksiden. Tapi tak teruk. Maklum la, orang Malaysia prihatin. Slow aje tengok apa jadi. Tu yang jammed.
Sampai kat lorong smart tag tetiba kereta tak bergerak. Aku dah heran. Apesal pulak ni. Sape makhluk yang lupa topup touch n go tu. Sampai pukul 7.30 aku still ada kat tol. Aduhhh... Jangan la merah punch card aku ni.
Ada kereta rosak kat lorong smart tag pulak. Adei la... Nak marah pun tak boleh. Bukan dia nak kereta dia rosak kan.
Berjaya sampai ke opis sebelum pukul 8. Tak perasan aku lagi berapa minit. Yang pasti punch card tak merah. Legaaa....
Dan sekarang aku masih lagi menahan sakit perut. Rasa nak berak. Pi toilet takde hasil pun. Penat la macam ni.
1 comment:
ala cian die demam n ceri beri....
Post a Comment