SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, June 13, 2011

Sabtu Yang Membengangkan

Assalamualaikum

Aku saje je update lambat hari ni. Ngantuk tau tak. Semalam buat apa je pun tapi penat mak aiiii....

Sabtu la paling bz sekali. Campur huru hara. Sampai laki aku tarik muka ok. Semalam petang baru dia ok. Sakit hati aku ni. Ko tak nak cakap dengan aku takpe. Aku pun buat tak reti je. Senang cerita.

Pagi Sabtu tu aku bangun awal. 3 kali round basuh baju yang berlonggok kepam seminggu punya. Hari tu jugak sepupu aku punya majlis bertunang. So, tujuan aku basuh baju subuh sepi'e tu sebab pukul 11 nanti aku nak pi amik cuppies untuk majlis tunang sepupu aku tu la. Dah la tak tau alamat tu celah mana. Main redah je. Nasib baik ada GPS.

Yang cuppies tu punya story pun memang azab la. Bayangkan seminggu sebelum sepupu aku bertunang baru la sibuk bagitau nak kitorang sponsor cuppies. Memula nak coklat. Aku pun buat ye tak ye je la bila dia kata nak coklat. Apa susah kan. Cari coklat lepas tu hias gitu-gitu sudeh.

Last minit kata nak cupcake. Mana nak carik??? Jenuh aku google. Akak sorang tu tetiba pulak takde sebab cuti sekolah pi cuti-cuti malaysia. Dia bagi 1 no tp jauh la pulak. Kat Sungai Petani sanun. Aku try google lagi. Ada la 1. Try tanya nasib baik dia nak buat. Itu pun memula macam berat sebab mintak fondant n lagi seminggu. Payah nak kering semua. Tapi aku kata buat simple2 sudah.

Ok, dah settle. Tiba la hari sepupu aku bertunang. Lepas siap basuh baju semua pi la aku amik cuppies. Ke hulu ke hilir dok hangkut benda alah tu. Pi rumah abah sebab kata abah tolong jadi jurucakap. Kitorang ni haram la tak tau mana rumah bakal tunang sepupu aku tu. Tanya abah dia pun tak tau. Boleh gitu?

Kata nak bertunang lepas Zohor. Kelmarin tu pulak banyak nau kenduri kawen. Abah kata nak pi dulu kenduri dekat rumah kitorang lepas tu kat Kepala Batas pulak rumah kawan dia. Masa ni la laki aku dah start tarik muka. Dia ni memang tau. Kalau family belah aku ada je yang tak kena. Aku ni takde la pulak nak buat muka belah family dia. Konon sebab kenduri tu kitorang ni tak dijemput. Abah yang kena jemput. So, abah je la yang patut pegi.

Tapi depan abah tak nak pulak dia cakap. Siap boleh senyum manis-manis muka depan abah n adik beradik aku. Angguk-angguk semua. Depan aku muka macam cencorot. Nasib baik Amir tido. Ada la alasan dia Amir baru tido n aku je pi sorang dengan abah semua.

Dalam pukul 1 lebih ke kenduri kat Kepala Batas pulak. Masa ni Amir dah bangun. So, nak tak nak laki aku sila maniskan muka n follow. Aku tak makan sebab dah makan kenduri yang 1st. Lapar lagi tapi sebab bengang malas dah nak makan.

Rushing nak ke majlis tu dah pukul 2 lebih. Abah cakap dengan adik dia a.k.a bapak sepupu aku tu 2.30 kitorang sampai. Jalan pulak time-time tu nak jammed. Diorang kata tunggu kat masjid. Kitorang masuk masjid takde pun. Call-call rupanya tepi masjid. Abah aku dah masuk solat dulu. Diorang pulak dah nak rush ke sana. So, tinggalkan kitorang n diorang jalan dulu.

Rerupanya majlis tu dah janji pukul 2.30. Nape la tak cakap awal-awal. Pakcik aku tu bukan tak tau perangai abah aku. Lepas Zohor tu kan lama. Pukul 4 still lepas Zohor lagi. Bila aku call pakcik aku tanya alamat rumah bakal tunang sepupu aku tu dia boleh tak sure. Apekah??? Just ingat nama taman tapi address yilek. Konon sebab ada orang akan lead so tak payah peduli address2 ni semua.

Bila dah masuk hiway laki aku tau la jalan nak ke tempat tu. Tapi diorang lak ikut jalan lain. Laki aku kata jauh kalau ikut diorang. Diorang lak kata kalau ikut jalan yang laki aku ikut tu takut jammed. So, ikut la sukahati. Tapi memang aku dengan laki aku la sampai dulu. Tapi boleh diorang tak perasan kitorang ni dok tertonggok tepi jalan kat taman tu tunggu diorang terus diorang blah. Abah aku pulak lambat lagi sebab tetiba stop RnR. Nak pi kencing la hape la.

Muka laki aku dah bengang je. Macam dia pulak nak bertunang. Aku malas cakap banyak. Mulut aku ni kadang tak insurans dia jugak yang sakit hati karang.

Tunggu pulak abah aku sebab dah terlepas rombongan diorang. Abah dah sampai terpusing lak kitorang nak cari rumah. Nak suruh kitorang pulak tunggu ada orang datang amik kat depan taman tu. Bagitau je la nama jalan n no rumah. Tunggu orang datang amik je dah 10 minit. Padahal rumah tak jauh mana pun.

Bila kitorang sampai tinggal nak makan je. Pepandai pakcik aku settle sendiri. Abah aku tak payah datang pun takpe kot. Sabo je la. Aku terus masuk dalam bawak Amir lepas abes baca doa terus makan nasik.

Balik tu muka laki aku jangan cakap la. Sakit hati je tengok. Langsung tak senyum. Malam tu pulak dia keluar pi kedai kereta kelebet apa tah. Aku masuk tido dia tak balik lagi. Aku terbangun Amir dok merengek tengok dia tengah layan youtube cerita Kongsi. Langsung ni tak nak cakap dengan aku. Aku pun buat tak tau je.

Semalam pun dia tak cakap gak. Aku pun buat keras hati gak. Petang tu baru la sibuk tersengih-sengih konon sebab tengok Amir main pasir belakang rumah. Ceh... Taktik la tu. Nak cakap dengan aku.

Pagi ni baru la elok nak cakap. Geram betul la aku. Hish.....

4 comments:

@e_da said...

samala kita.. smlm pun geram ngan hubby.. mogok sampai hari ni tak mau ckp.. dia nak mogok kita pun mogok.. kuikuikuiiiii

mrzn said...

Sedangkan lidah lagi tergigit..hihihi

MalizaMah said...

jgn bengang2.. relax..
ermmm drop by klik klik nffng.. moga berjaya menabung dgn nffng..
sama2 lah klik2 erk..
salam perkenalan...

|| a - j . E . E || said...

haha bile dok depan mata ni banyak je nak digaduhkan kan? hehe sama la kak syima oi... hahah adat la