SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, June 17, 2011

Orang Pregnant Tak Semua Sama

Assalamualaikum

hari ni Jumaat. Hoyeahhh... Esok cuti. Hoyeahhhh! Hahaha! Asal Jumaat je happy sakan. Esok cuti la kata. Kalau boleh tak nak masuk opis sampai la time nak beranak. Nak relaks je kat rumah.

Pagi tadi masa pi beli makan terjumpa kawan zaman sekolah. Kebetulan pulak dia keja kat building yang sama. Tegur-tegur gitu je la.

Oh, meeting semalam. Aku memang wajib masuk meeting tu. Nak jugak tengok flow diorang ni buat meeting macam mana.

But ada 1 perkara la buat aku rasa macam tak patut betul orang buat dalam meeting. Bergurau senda keterlaluan. Dah tak macam meeting pulak. Gelak hu ha sakan. Lepas tu ada la sorang pegawai ni nak buang staf sebab dia kata staf dia tak perform.

Budak tu pregnant. 4 bulan kot dari apa yang diorang kata la. Keja kat sini kena buat keja luar. So, budak tu mintak excuse sebab dia morning sickness. Aku rasa mesti teruk morning sickness dia. Kalau tak takkan la dia nak mintak excuse kan. Siap officer dia tu cerita dia sengih-sengih la masa budak tu explain semua. Tapi bila masuk meeting ni dia jadi macam naga pulak. Berangin-angin.

Budak yang dibincangkan dalam meeting ni tak involved pun dalam meeting tu. So, sesedap rasa la kena bantai kan. Memang sehabes-habes dia tak nak dah staf tu. Nak tolak ke seksyen lain. Dia kata mengandung tak boleh buat keja luar ke? Budak tu boleh je buat keja kat opis je tapi officer dia tak nak jugak.

Terasa jugak aku yang tengah bawak perut ni. Serius... Setiap orang lain pembawakan dia. Tengok macam cerita Nora Elena tu. Eceh, nak jugak jadikan contoh kan. Hahaha! Morning sickness sampai masuk hospital. Makan pun masuk ikut tiub. Ni ko nak suruh orang tengah sakit pening buat keja luar. Kot dia keja luar naik motor kalau terlentang tengah jalan siapa nak tanggung?

Aku sendiri pun time preggy ni kalau boleh nak elak keja luar. Yang ringan-ringan tu aku still pi la. But kekadang tu berteman. Sekarang ni dah sarat aku nak drive pun tak berani dengan kepala aku yang selalu pening n kekadang pitam ni. Itu pun diorang nak mintak jugak aku pi keja luar.

Aku buat tak reti je. Orang nak kata pun lantak la. Kalau jadi apa-apa bukan diorang nak tanggung pun. Paling kuat ucap takziah je kot.

Esok-esok isteri kena morning sickness teruk sepanjang pregnancy baru tau langit tinggi rendah.

Eh, emosi pulak pagi-pagi ni. Hahaha!

4 comments:

as ♥ Leenda said...

nk sambung jugak..

kadang2 ade jugak org kate pompuan pregnant ni ngade2 je lebih..ikut sangat kate hati..buat tu tak boleh..buat ni tak larat..dia kate sebenarnya semua tu boleh control dengan otak..

sesedap rase je cakap mcm tu..cube pregnant tengok...
tapi yang cakap mcm tu lelaki....
grrrrrrrrrrr...

ehhh..panjang pulak komen..hehehe...

ejaMaria said...

iye... kutuk la... kena kat bini dia nnt... kita gelakkan je la... jangan cakap besar kalau tak kena lagi... ;p

Sumijelly said...

ishk...tak patutla ... dek kerna mengandung nak tukar kan staf tu.......

boss tu lom kawen lagi yek?? ishk... sok2 jadi kat bini sendiri.. baru tahu..

cer tetiba adik perempuan dia alah mcm tu, pas tu org nak tendang kuar.. apa perasaan dia sebagai abang??

apa la...... tak sumer yg mengadnung mcm tu.....

mcm sumi awal preggy... memang sume rbenda tolak. leh makan nasi ngan telur asin jer..... nak buat mcm mana. dh tu jer lalu...

kita yg merasa lagi perit dr yg memandang tau.......

Sumijelly.com

Nonie said...

X kena batang hidung sendiri..cuba kena tang bini br tau langit tu tinggi rendahnyer..:-(