SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, June 2, 2011

Bokojo La Kito Sekueknyo ;p

Assalamualaikum

Awal kot aku sampai opis hari ni. Roomate *dah ada roomate sekarang..huhu* pun tak masuk lagi aku dah melangut kat meja. Dah kata rumah kat tanah besar. Opis kat belah pulau ni. harus la keluar awal kan.

Amir pun mengikut pepagi naik kereta. Hantar pi rumah tok su dia. Semalam melalak-lalak. Ingat umi dia nak pi jejalan kot. Hari ni steady je. Tak nangis. Elok pulak tok su dukung. Ye la, balik jumpa umi. Manja betul umi ada ni. Selalu orang kacau tak melalak sekarang pantang orang kacau ok. Laju je air mata dia meleleh. Siap nganga-nganga mulut lagi punya sedih. Hehehe..

Keja aku hari ni baca manual. Sebab 1 hapah pun aku tak tau nak buat. Nak harap nota serah tugas. Simple yang amat. Bertuah punya budak.

N semalam aku adelah moody sampai pagi tadi. Nak pi scan baby tapi Abang Misai tak nak ikut masuk bilik doktor. Segan la. Apa la. Sudahnya cancel je pi klinik tu. So, itu sebab aku moody malam semalam ye. Sila take note kakak ku.

Ok, aku tak boleh lama-lama ngadap benda ni. Kejap lagi orang heran baru masuk keja tapi ngadap pc macam kan keja dah macam everest. Taip pun lelaju je ni.

Ok, till next time. Tata!

1 comment:

Sharinginfoz said...

mesti banyak yang kena baca kan....