SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, July 31, 2012

Hana Tak Sihat Lagi

Assalamualaikum


Aku berat hati nak pi keja sebenarnya. Sebab Hana melalak pagi tadi. Dia terbangun pukul 3 lebih. Buat susu minum sikit. Tapi dia nak memerap dengan aku. Aku nak pi masak sahur dia nangis.


Hantar rumah Toksu tadi dia nangis lagi masa aku tinggalkan dia. Selalu ok je. Rasa badan dia macam panas. Nak demam balik ke? Baru je ok demam tu. Ish... Risau pulak.


Ni kejap lagi nak kena pi meeting kat luar. Nak pi naik keta ke jalan kaki tah. Sebab bangunan tu dekat la jugak. Kalau pi naik keta karang nak cari parking semput. Parking kat bangunan opis ni tak banyak. Menggagau aku pusing bangunan seploh kali kang.


Hai....


Tak tenteram nak buat keja teringat Hana dengan Amir yang tak sihat.



Monday, July 30, 2012

Gastrik Ini Menggangguku

Perut aku tengah menggila. Sakit mencucuk-cucuk ni. Tapi boleh pulak menaip lagi ye. Menaip masih boleh tapi kalau suruh aku berfikir terima kasih je la. Otak tengah jem.


Memang aku ada gastrik. Tapi tak ada la teruk. But semenjak dua menjak bulan puasa tahun ni memang banyak kali dah aku tahan sakit. Hari tu tergigil-gigil nak drive balik keja.


Padahal pagi tadi sahur bantai makan nasik jugak. Lauk pulak aneka jenis. Lauk perangat berbuka punya. Aku masak banyak. Sebab aku malas nak bangun masak sahur.


Dah la ni baru abes meeting. Punya la mengantuk dalam meeting tadi. Tak sempat nak tido la sebab rehat dah abes ni.


Fuhh... Harap dapat bertahan la sampai berbuka petang ni.



Isnin Hari Yang Jem

Assalamualaikum


Macam biasa. Pagi Isnin je jem yang dahsyat. Setengah jam tunggu nak masuk ke tol jambatan je. Aku pun tak tau apa la yang jem teruk sangat.


Dan memang patut Malaysia tersenarai dalam senarai negara yang kurang sopan. Sebab ada pemandu yang aku tak tau otak diorang letak kat celah mana. Kesabaran dah tentu la tak ada. Boleh selamba potong queue n menyelit masuk dari emergency lane. Mana la tak jem.


Sebab bulan puasa maka mulut aku ni automatik jadi tak reti nak memaki. Tapi merungut la sikit-sikit. Lori tangki minyak petronas yang gedabak besar tu pun dengan selamba badaknya oke potong ikut emergency lane lepas tu menyelit depan kereta aku. Dia ingat dia bawak lori mainan yang kecik cinonet tu ke?


Orang lain pun nak pi keja jugak. Dok pikir merah je punch card. Tapi tak ada la sampai nak potong queue macam tu.


Dah la potong queue. Bila orang tak bagi masuk pi cucuk-cucuk pulak. Aku cucuk bijik mata tu kang. Eh, emo pulak. Hahaha!


Sabar je la kan. Sabar.... sabar... sabar....


Istighfar banyak-banyak.



Friday, July 27, 2012

Hana Membuat Perangai

Assalamualaikum


Pagi ni aku mandi awal. Lepas sahur berdesup pi mandi. Pukul 4.30 tu. Sebabnya Hana tido. Kalau lambat sikit dikhuatiri budak bertuah tu akan bangun dan mengamuk kalau aku tinggalkan. Dah la abah dia tak ada.


Siap-siap mandi. Masak air panas taruk dalam flask. Buat susu Amir n Hana n melanding balik atas katil. Eh, tukar pampers adik Hana kita dulu. N time tukar pampers selamat la budak bertuah tu bangun.


Time tu dah pukul 5 pagi. Bagi la dia susu. Tak nak langsung. Dah 2 hari macam tu. Tak nak minum susu pagi-pagi. Tapi dia nak nenen. Tak lekang mulut dari nenen. Aku sua botol melalak-lalak tak mau.


Dalam 5.30 Abang Misai balik. Lega la sikit. Sebab aku nak bersiap n solat semua. Kalau budak ni dah bangun memang stail bersiap aku kena bersilat sikit.


Dan seperti yang dijangka, aku nak bersiap je dia melalak atas katil. Hana batuk-batuk sekarang. Macam berkahak je bunyi. Dah nak abes ubat yang doktor bagi tapi tak nampak macam nak lega pun. Kesian pulak. Tu yang keja nak merap je tu. Tak sedap badan kot.


Bagi dia pegang botol serum muka aku baru dia diam. Dok main-main benda tu. Ni dah 2 hari muka aku tak pakai krim uv protector ni. Hana main bb cream aku lepas tu tah mana dia campak. Aku dok cari tak jumpa-jumpa. Pakai la krim biasa tak ada uv shield. Alamat rentung la kulit aku.


Nak hantar pi rumah Toksu pun melalak macam kena pukul. Bila dah melalak mula la batuk-batuk. Sampai rumah Toksu tak nak pandang muka aku. Merajuk. Alahai la, dah pandai merajuk pulak si kecik ni.


Tak apa la, esok lusa ummi cuti. Adik dok la bawah ketiak ummi ni.



Thursday, July 26, 2012

Tak Jumpa Parking

Barang yang aku beli online dah sampai rumah. Tadi mama call kata barang sampai. Aku guna address rumah mak pak aku. Guna address rumah sendiri karang dengar la bebelan suamiku itu. Hehehe...


Tak menyabor nak try nih. Aku beli apa? Beli slimming suit. Kihkihkih... Fefeeling nak kuruskan badan kekdahnya. Kena pulak bulan posa. Lagi menggigih la kan dengan harapan dapat effect berganda bila dah tak makan lepas tu pakai pulak slimming suit. Lemak perut aku ni dah berbuai-buai la. Hahaha!


 Pooodahh! Nak slim kunun. Padahal makan berbuka macam tak jumpa nasik setahun. Hewhewhew ;p


N mama pesan air kelapa. Balik ni mencari air kelapa la kita. Semalam Amir pesan donat. Aku ni nak masak tak ada masa. Cari la dah siap. Aku rasa kalau aku dok rumah sesaje dah memacam la aku membaking.


Tapi semalam nak stop kat bazar ramadhan Ya Allah, macam nak pengsan cari parking. Aku bawak slow-slow sambil jenguk-jenguk haram tak ada parking. Orang belakang aku mesti berbulu je. Sudahnya aku lajak balik rumah. Berdoa dengan harapan jumpa orang jual kuih tepi jalan dekat kawasan rumah.


Alhamdulillah, ada. N donat yang dicari pun ada. Aku beli 2 ketul donat. 1 donat biasa, 1 lagi donat celup coklat. Karipap 2 ketul n seketul cucur badak. Tapi Amir tak abes makan pun. Tak apa la, at least dapat puaskan hati budak bertuah tu kan.


Hari ni teringin sangat ayam percik. Hmmm... Doa-doa ada parking kat bazar ramadhan kubang semang tu. Kesian mama teringin air kelapa. Memang la dia cakap tak apa la kalau tak ada. Tapi tak sampai hati pulak.


Semoga berjaya mencari parking petang ni. ;)



Susahnye Kalau Abang Misai Keja Malam

Alaaa.... Abang Misai ni bulan-bulan posa pun kena keja malam. Tension tau hakak nih.


Tension pasal nanti aku bangun nak sahur dibuatnya si Hana tu ikut bersahur lagi masih boleh bertahan. Karang aku nak mandi segala macam mana la.


Selalu kalau dia terjaga time aku nak pi mandi boleh ampun lagi la abah dia ada nak tengok budak bertuah tu. Kalau tak keja dia nak peluk kaki aku je. N kalau aku mandi n abah dia pi buat keja lain dia akan pi nangis-nangis depan pintu bilik air. Sambil tu ketuk-ketuk pintu. Sayu je bunyi. Alahai....


Nak letak dalam baby cot takut dia panjat je la. Hana ni lasak bukan main. Kuat memanjat sana sini. Memang selalu kena tengok mana je dia pi n apa je dia buat. Dah la habit masukkan segala benda yang dia kutip dalam mulut tu masih rancak. Pitam aku.


Abang Amir oke je kalau nak suruh tengok adik. Sebab Amir ni sayang bebenor kat adik Hana dia. Kalau orang cakap nak tinggal adik rumah Toksu tak nak bawak balik siap la dia melalak oktaf ke 7. Adik buat la apa pun kat dia memang redho je la. Kena tendang ke, kena gigit ke. Tak pernah buat adik balik la.

Tapi setakat tengok gitu-gitu boleh la. Kot adik dia panjat katil segala Amir nak buat apa. Takat jerit panggil ummi je la. Bukan boleh dia dukung adik dia tu. Huhuhu...


Hai... Bulan-bulan posa ni tak payah la keja malam. Nak pi cari orang jual mercun gamaknya.



Bonus :)

Assalamualaikum


Gomen dapat bonus raya. Hehehe... Tido pun tersengih je. Setengah bulan gaji. Alhamdulillah. Dapat jugak. Ye tak. Maka bersyukur la.


Ni ada benda aku nak siapkan. Nak meeting esok. Sape yang baca blog aku mesti tension kan. Asek meeting je la. Tak ada keja lain ke? *Ada ke orang baca. Hahaha!*


Jom buat keja!



Wednesday, July 25, 2012

M2U Kenapa La Membuat Onar Pada Hari Ini???

Assalamualaikum


Hari ni gaji kan untuk gomen-gomen sekelian. Aku pun dengan semangatnya la bukak M2U. Sekali time nak bayar bil error. Hampeh!


Dari semalam lagi M2U membuat lawak bangang dengan aku. Rasa nak terbalikkan je komputer ni. Tapi sebab bulan posa kena banyak sabar. Tambah pulak ni bukan komputer aku jadi batalkan niat. Hahaha!


Banyak benda nak setel ni. Time kita nak guna time tu la nak problem kejadah semua. Ramai sangat kot orang dok bukak web tu. Ke memang web tengah wengweng.


Oh, dan gaji gomen next month dapat awal. 13hb wokey. Sempena raya. Bonus macam tak dapat je. Maklum la, gaji baru naik. Atenye nak dapat bonus. Makin spotlight kepala Abe Jib nanti mikior nak bagi bonus kat staf gomen. Tapi semalam aku terbaca dalam fb ada sape tah tepek. Perbincangan antara Presiden Ceupacs dengan PM. Tak sampai hati nak tepek sini. Muahahaha!


Tapi next month memang awal. Next next monthnya sila berjimat cermat sebab gaji macam biasa, 25hb. Kot rasa nak mencekik megi hari-hari sila berbelanja dengan boros tanpa segan silu. Tu pun kalau mampu nak beli megi la sementara nak tunggu gaji kan.


Ok, tu je dulu.


Daa~~



Tuesday, July 24, 2012

Makan Apa Berbuka?

Ramainyeee orang update pasal juadah berbuka posa. Meleleh ayaq liuq aku tengok tau. Siap ada rendang kambing bagai. Terus mengidam nak rendang kambing. Tapi mana mau cari daging kambingnya. Daging kambing ni susah sikit kan nak cari. Ke aku yang tak tau nak cari kat mana? Hahahaha!


Hari 1st berbuka biasa-biasa aje. Mak mertua aku masak sotong kembang masak sambal. Aku goreng papadom, masak sayur campur campak-campak. Apa lagi ek. Macam penuh meja tapi aku lupa. Hehehe... Oh, laki aku ke pasar ramadhan cari ikan bakar. Mak mertua aku teringin.


Jiran sebelah dengan gigih buat kuih ketayap bagi kitorang. Hari kedua makan apa? Mak mertua aku masak gulai ikan keli kot ke ikan apa yang macam keli tu. Hahaha! Failed nama ikan. Tapi mak mertua aku pi berbuka kat rumah adik dia. So, aku masak kerang goreng kunyit n celur ulam (ni pun tak tau nama apa jugak. hahaha!). Laki aku beli ayam goreng.


Semalam pulak aku balik pun dah pukul 6 lebih. Tak sempat nak tolong apa pun. Tolong hidang je la. Lauk ayam masak kicap, ikan kering goreng bawang, Sayur campur dengan suhun (Amir suka sangat suhun. Dia panggil bihun sup. Kahkahkah!). Air ribena. Dah 2 hari minum ribena. Kelas kau Jah! ;p


N jiran aku dah 3 hari berturut-turut bagi kuih. Aku ni dah naik segan sebab apa pun tak bagi kat dia. Ingat weekend ni nak goreng bihun la bagi. Hari kedua kuih karipap. Semalam kuih cara. Rajin bebenor buat kuih. Terima kasih ye akak jiran.


Oh, gambar juadah berbuka takde. Tak sempat nak snap. Pasal melayan Hana yang suka sangat memfollow aku ke sana sini. Dah la kuat memunggah. Penat aku nak kemas balik.


Teringin aku nak makan ayam golek. Agak-agak kalau request kat Abang Misai dia nak layan tak?

Cibi Di Ramadhan Ke 4

Assalamualaikum


Hari ni dah Ramadhan ke 4. Dan aku mengalami cirit birit. Fuhhhh...


Pukul 2 pagi berlari ke jamban. Memang tak boleh tahan. Lepas sahur masuk jamban lagi. Tak larat nak berak dah.


Dugaan di bulan Ramadhan betul. Semalam gastrik. Hari ni cibi. Perut ni time puasa la nak meragam. Sabar je la.


Dengan Hana orang bersahur dia pun bangun jugak nak makan. Sambil makan sambil berak. Bertuah punya anak. Abang Amir memang tido je. Selagi tak dikejut memang dia tido.


Pagi tadi aku tertido dalam kereta lepas sampai opis. Ingat nak tido kejap. Siap ada bantal bulus-bulus pulak kan. Memang syok la tido. Tersedar tengok lagi 10 minit nak pukul 8. Huhuhu... Terkejut oke. Terlajak sikit confirm merah punch card.


Baiklah, mari menyambung tugasan. Bos takde hari ni. Tapi aku nak setelkan keja luar tengahari sat lagi. Ada 1 lagi borang nak kasi setel.



Monday, July 23, 2012

Macam-macam Hal

Assalamualaikum


Korang posa tak? Aku posa. Tapi baru pukul 12 aku dah sakit perut. Jangan la gastrik pulak. Ngada-ngada sangat kan baru 3 hari posa dah nak gastrik segala.


Bukan takat sakit perut. Mulut aku ni pun sakit. Gusi belah belakang. Tah apehal bengkak. Takkan la nak tumbuh gigi kot. Geraham bongsu ek. Mana ada space dah kat belakang tu. Sadis pulak kalau nak kena operate. Huuuuu....


Jadi muka aku dah rasa macam bengkak je. Pipi kembung sebelah.


Pagi ni jalan jammed time nak pi keja. Aku dah la nak terberak. Memang sengsara la aku bawak kereta sambil tahan berak. Apesal la ramai sangat orang keluar awal hari ni. Mesti kes lepas sahur terus mandi sup sap sup sap siap pi keja kan.


Dengan Amir time nak hantar tadi melalak nak bawak mainan lori dia. Dah la abah dia pi simpan dalam container. Container kena himpit dengan kereta mainan dia yang besar gedabak. Memang tak koser sangat la aku nak amik kan.


Ish.... Puasa yang menduga kesabaran. Hahaha!


Entry macam hape la nih...


Ok, daaa~~



Sunday, July 22, 2012

Ahad Pun Bz Uols

Assalamualaikum


Mengonlinekan diri di hari ahad nan indah yang patutnya ko adelah duduk relax sambil tengok tv. Relax la sangat kan.


Aku tengah buat keja opis ni. Sambil-sambil curi online. Esok nak kena present. Tapi keja aku ni sangat la buat aku berselirat kepala otak. Leceh dan remeh. Kena cross check satu-satu. Hadoi... Migrain aku.


Ni bebudak 2 orang tu tengah tido boleh la nak buat keja. Macam semalam, aku pi opis nak buat keja. Bawak la Amir sebab dia beria nak ikut. Sekali aku bertahan sejam je kat opis. Amir dah asek ajak balik. Dah la lupa bawak susu dia kan. Kejanya asek berzikir kat telinga aku ajak balik sebab nak membotol. Hish... Sabo je la.


Alamak, buai dah gerak-gerak. Hana macam dah nak bangun je. Cargas sambung keja. Huhuhu!



Friday, July 20, 2012

Niat Puasa



Jangan lupa niat puasa ye kawan-kawan. 

:-)

Posted via MyAndroid

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak Semua :)

Assalamualaikum


Menaip secara pantas dan tuntas. Aku ada taklimat 5S dengan ceramah sat lagi. Taklimat start 8.30 n ceramah 10.30. Keja berlonggok ni confirm aku kena bawak balik sebab petang sat lagi aku nak pi buat keja luar or aku kena datang keja hari cuti. Bagus kan.


Oh, esok dah puasa. Jadi aku nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak pada semua yang bertandang ke blog aku. Jangan lupa niat puasa. Hehehe... Aku ada je nak tepek niat tu tapi nanti la ye. Aku nak kejar keja aku sat. Nak email apejadah semua sebelum pukul 8.30. Turun lambat mau orang pandang slack pulok.


Baru nak posa esok tapi kepala otak aku dah pikir apa nak masak raya nanti. Ntah apa-apa la. Nampak nau tak menghayati ramadhan. Insaf la wahai ummah. Huhuhu...


Ape pun sahur pagi esok aku rasa aku masak sardin je. Tak tau nak masak apa. Tapi berbuka aku try la masak yang marveles sikit. Eceh... ;p


Ok la, aku nak sambung mengemail segala surat menyurat ni. Lambat kalu nangis la. Huhuhu...


Bye....



Thursday, July 19, 2012

Kejadian-kejadian Pagi Khamis Ini

Assalamualaikum


Macam biasa la, kat opis. Petang ni aku nak siapkan keja luar la. Ada lagi 2 borang aku nak kena setel. Malas aku nak dok opis lama-lama. Kematu vontots oke.


Pagi ni hujan lebat yang amat. Pukul 5 tu kilat n petir berdentum. Terus tendang suis letrik kat rumah tu. Aku bangun tengok kipas semua padam. Lepas tu tanya soklan bodo kat laki aku.


'Abang tutup kipas ke?'


Laki aku tengok je aku lepas tu jawab.


'Tadi bunyi petir punya kuat. Tak dengar ke?'


Aku dengar. N aku tau laki aku tak bangun pun. Tapi saje nak tanya soklan beramas mesra. Huahuahauahua!

Time nak pi keja still hujan. N masa on da way nak menghantar bebudak pi rumah Toksu aku nyaris je terbabas masuk longkang. Sebab aku dengar bunyi pelik kat belakang. Hana dok dalam car seat kat belakang. Amir dok depan. Bunyi macam mengunyah. Disebabkan nak pastikan bunyi apa aku toleh ke belakang. Pusing balik depan sipi je lagi nak menjunam ke longkang.


Nak tau bunyi ape? Bunyi Hana gigit n isap sudu. Mana la dia dapat sudu plastik tu. Semalam memang ada dia main sudu tu dalam rumah. Si Hana ni hobi dia menggigit n mengutip benda bawak masuk mulut. Kalau tak ada apa nak gigit abes jari dia basah dia masukkan dalam mulut. Gatal gusi ke hape ntah la.


Tadi pulak jammed kat hiway Lim Chong Eu. Eh, betul ke aku eja tu? Ah... Tibai.... Mesti ada eksiden. N memang confirm ada eksiden. Tapi dah alih ke tepi. Rakyat Malaysia kan prihatin. Jammed pasal slow orang nak tengok apa jadi. Hish... Tension aku yang nak pi keja ni tau. Nasib punch card tak merah.


Tu je la. Aku nak start buat keja. Babai!



Wednesday, July 18, 2012

Tak Cuti Pun

Assalamualaikum


Aku tak pi mana-mana pun hari ni. Duduk opis buat keja dendiam. Tak jadi pi jalan. Kuciwa sangat tau. Sob... Sob...


Jadi aku melayan duka lara dengan buat keja je. Cuti yang dah apply pun aku kensel. Baik aku pi keja.


Aku dah malas nak emo-emo sekarang. Baik aku baca mutiara kata n tambah info kat kepala otak. Orang yang tak abes-abes cari salah aku tu silakan. Aku malas nak layan. Ko meroyan la sorang-sorang ko ye. Allah je yang tau apa ada dalam hati aku. Kalau nak tambah dosa pandai-pandai buat andaian aku ni macam tu macam ni pun aku silakan dengan segala hormatnya. Sebab aku yang dapat pahala. Percuma je pahala tu. Lagi aku suka.


N berita best abah aku bagitau tadi. Ada orang nak jual rumah dekat kawasan perumahan tu. Petang ni nak pi tengok cepat-cepat. N nak booking cepat-cepat.


Ok, aku nak sambung keja lain pulak. Isnin depan ada meeting yang aku kena present pasal kursus. Mata pun dah naik berpinar susun data.


Bye...

Update Akaun Sumbangan Untuk Fynn Jamal

Assalamualaikum


Ni aku copypaste dari blog Kak Di Green Apple. Jom kita sama-sama ringankan beban untuk saudari Fynn Jamal. Semoga sumbangan kecil kita dapat membantu, Insya Allah.


"Akaun husband Fynn Jamal juga dah kena block sebab banyak transaction. 

So korang yang nak menyumbang boleh guna akaun Noh Hujan (lahirnya Hujan adelah dari Fynn Jamal, so jangan speku apesal tetiba ada Noh dalam ini cerita) : 

Mohammad noh bin salleh 564276053946 maybank. 
Acc noh takde limit. 

Tq."


Tuesday, July 17, 2012

Sama-sama Kita Membantu

Dari FB : Fynn Jamal 


assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuhu. 

nama saya fynn jamal, dan saya meminta jasa baik sesiapa sahaja yang sudi untuk membantu saya mencari dana untuk anakanda saya Bakti Arjuna Fitri untuk pembedahan jantung. 

kami perlu mencari rm 35 ribu dalam masa terdekat ini sebelum jantung anakanda saya bengkak. anakanda saya berumur 1 bulan 2 minggu dan besarlah harapan saya kalau2 ada sesiapa yang sudi menderma walau sekecil mana. jenis pembedahannya adalah seolah bypass di mana dadanya akan dibuka utk memperbetul lubang di jantungnya. 

kalau mahu diganti, berilah nama dan jumlah. saya berjanji akan memulangkan wang tuan / puan bila saya ada wangnya. insyaAllah sebelum hujung tahun ini. 

panjang2kanlah rayuan saya ini. moga2 ada yang dapat membantu kami anak beranak. 

nur affina yanti binti jamalludin 
maybank 
164810008992 

terima kasih. 

Ramai Orang Suka Mengata.. Jangan Asyik Menambah Dosa...

Assalamualaikum


Oke, hari ni mode ustazah pilihan. Jadi sila baca dengan penuh tawaduk. Peringatan untuk diri sendiri jugak. :)






"Ramai orang suka mengata dan bercerita perihal orang lain... Ramai juga suka mengumpat dan mengeji perbuatan dan kelakuan orang lain... Ramai juga yang suka menyindir-nyindir dan memerli orang lain.. Ramai juga yang suka memperlihatkan kejahatan orang lain... Malah ramai juga yang suka memperlihatkan keaiban orang lain....


Berapa banyak ramai da.......


Tapi... mereka sering berkata tentang orang lain.... Tetapi Diri Sendiri... Bagaimana????? Kata orang..."Mengata Dulang Paku Sepih.... Sibuk Nak Mengata Orang Padahal Diri Sendiri Yang Lebih" Kebanyakan.... Sibuk menceritakan perihal orang lain... padahal diri sendiri pun tidak kurang lebihnya.,.. sama sahaja.... Asyik menjatuhkan orang lain... Biar orang lain dipandang serong... dan dia dipandang mulia... dipuji akan keprihatinan dan kelantangan mereka menentang kejahatan (jahat disini banyak maksudnya... dan umum yer....


Jangan asyik menempah dosa... sebaliknya... kumpullah seberapa banyak amal yang boleh...untuk bekalan diakhirat kelak...  Semua orang pernah mengata... mengumpat... mengeji... atau menyindir... antara sedar dengan tidak sahaja... Tapi pada yang sedar tu.. Alhamdulillah.... Tapi yang Tak Sedar2 nie... Macam mana tu????


Sebelum mengata orang pandang dulu diri sendiri... Perbetulkan diri sendiri dahulu.... (nasihat untuk tuan tanah juga nie..... ) Jangan pula kita sibuk menghitung amalan orang lain, mengira kejahatan orang lain.. menimbang dosa pahala orang lain... Sedangkan diri sendiri tak terkira banyaknya.. Berlipat kali ganda salahnya...


Buang yang keruh... ambil yang jernih..... baru teguh peribadi.... Yang keruh itu.... dijernihkan... Yang jernih itu... dijaga rapi... agar tidak menjadi keruh....Nasihat yang baik.. patut diikuti... Yang baik jadi ikutan.... Yang kurang baik... jadikan sempadan....


Ps: cermin diri lihat pada diri.. akan siapa diri... mengenal diri sendiri... akan baik buruknya diri... emmm.."



copy paste from this blog


Credit to the blog author. :)



Monday, July 16, 2012

Tunang n Nikah

Assalamualaikum


Aku tengah sakit-sakit 1 badan. Letih bebenor rasanya. Maybe tak cukup rehat. Semalam kan aku berdua je dengan Amir n Hana. Sampai aku terlelap kejap la pukul 12 tengahari tu. Nasib la Hana dok main-main dengan Abang Amir dia. Tu pun kejap-kejap dia smackdown perut aku cari nenen.


Sabtu tu adik laki aku bertunang. Cantik betui gubahan hantaran untuk tunang dia. Aku tak sure siapa yang buat. Tapi dulang tu bentuk basikal. So cantik oke.


N makan-makan amat meriah. Siap tumbang kambing tu. Aku dengan seronoknya la melantak kambing sambil pangku budak Hana yang memang tak mau langsung kat orang lain.


Abes je majlis kitorang pi Tanjung Dawai pulak. Abah aku nak blanje makcik n pakcik aku yang datang dari Selangor makan seafood kekdahnya. Maklum la, pakcik aku tolong jadi wakil untuk pihak lelaki. Hehehe.... Ok, dah lulus dah. Lepas ni jadi wakil adik laki aku sorang lagi yang gatai nak menikah lepas raya ni. Huhuhu...


Yang nak menikah lepas raya ni adelah adik kepada yang bertunang tu ye. Hoooo... Lagi advance dari abang dia. Abang dia bertunang setahun. Dia terus sapu pi menikah. Duit nak kenduri semua mana nak cekau ni. Nampak macam pandangan tu terarah pada akak bertiga nih. *lari nyorok belakang pokok pisang*


Tapi elok la tu menikah awal. Dah dia dok Shah Alam tu asek berjumpa je. Bakal wife dia pun kitorang dah kenal sangat. Sekarang dah berjilbab semua. Abah aku pun tak marah. So, teruskan niat anda. *belek-belek wallet*


Yang nak menikah tu nanti kat Selangor kot. Rombongan Cik Kiah la hujung bulan 9 ni ye.


Aku nak settlekan keja jap. Ada orang tetiba ajak aku berjalan hari Rabu ni. Apekehey tetiba angin baik sangat tah la.


Huwargghhhh! Sakit belakang.....


Sunday, July 15, 2012

Random @ weekend


Assalamualaikum

Di rumah. Terlepek kejap tunggu air masak lepas tertonggeng-tonggeng mengelap lantai.

Peluh kalau tadah boleh penuh cawan. Hahaha!

Kakak aku call suruh pi rumah pun aku tak pi. Banyak benda nak setel kat rumah. Mak mertua aku tah pi mana dari pagi tadi so aku pun tak dapat nak keluar. Sat lagi karang aku keluar dia balik tak masuk rumah pulak sebab aku kunci pintu.

Ada pulak lagi kain tak berlipat. Penatnyeeee la.

Nak mandi lama-lama pun tak boleh pasal hana dok tido dalam buai. Tadi dah la tergolek jatuh katil. Dah keja dia asek turun naik katil tu macam dah terer. Aku banyak kerja nak buat memang tak dapat la sentiasa nak pantau si kecik tu.

Amir pun tido dah. Agak-agak ok tak kalau aku lelap kejap. Sangat letih...

Posted via MyAndroid

Friday, July 13, 2012

Live dari bilik meeting


Assalamualaikum

Meeting tak abes-abes weh. Ni dalam meeting la. Meeting pagi tadi sambung petang pulak.

Esok adik aku bertunang. Kena bangun awal pagi la ni. Nak siapkan masak kat rumah dulu baru aku keluar. Supermak sangat kan.

Aku baru ingat nak transform sat jadi ustazah pilihan tapi lain kali la aku tazkirah. Macam panjang sangat nak taip guna hp.

Padahal malas. Hahaha!

Mari kembali fokus.  :-P

Posted via MyAndroid

Thursday, July 12, 2012

Entry Campuran

Assalamualaikum


Baru abes meeting. Yeahhh... Meeting dari pagi tadi. Baru settle sat ni. Pengsan oke. Asek hadap meeting je. Penat otak. Lagi penat dari angkat batu tau.


Report meeting tu baru pagi tadi aku siapkan. Bawak balik rumah. Nak siapkan kat rumah la kunun.... Tidokan la si kecik tu awal sikit. Hana ni bagi dia main sampai penat lepas tu umpan dengan nenen. Mesti tertido. Hahaha!


Time dia dah tido pulak aku pi settle benda lain dulu. Mandi la, basuh segala botol susu. Ntah apa lagi aku kelebet. Bukak lappy, baru buat sikit Hana dah merengek. Aisey....


Sambung kasi nenen. Tup.. Tup... Dengan ummi dia sekali belayar. Hahahaha! Terbangun pun pasal pi buat susu lepas tu bantai tido balik.


Bangun dalam pukul 4, taip-taip sikit pastu tutup lappy. Pi dapur, goreng roti telur, sosej, masak air, bancuh teh, bancuh susu bebudak then mandi. Kat opis baru terhegeh-hegeh sambung buat report. Memang tak jadi la kalau bawak keja balik rumah ni.


Eh, pagi tadi ada eksiden kat jambatan ek. Aku lalu masa tu ada la nampak lori bomba segala. Tetiba dengar radio ada kemalangan maut rupanya. Lori dengan kereta. Budak opis cakap kereta tu tayar ke atas. Lori pulak hancur. Betul tak betul idok le aku tau.


Esok aku ingat nak balik awal sikit. Nak pi buat keja luar kat kawasan Seberang ni. Oh, hari Sabtu adik laki aku bertunang. Kek tunang baru semalam aku tempah. Hahaha! Orang yang nak bertunang tu selamba badak je. Orang lain pulak kalutkan hantaran dia. Ciskek betui budak ni.


Tapi yang abang baru nak bertunang. Adik dia pulak tetiba cakap nak nikah lepas puasa. Apekegilenyebudakbertuahini.....


Jadi, akak-akak eh yang tolong memeningkan kepala sendiri memikirkan pasal adik-adik nih. Senang betui korang jadi adik-adik ek.



Wednesday, July 11, 2012

Mak Malu Nak! ;p

Assalamualaikum


Masih demam tapi ada kat opis sekarang. Keja berlambak. Esok ada meeting. Nak kena compile report untuk present dalam meeting esok.


Semalam memang aku tido je sepanjang masa. Bangun pun pi kedai nak beli ubat. Nak pi klinik pun tak larat nak drive jauh-jauh. Ada klinik dalam taman tu tapi pukul 5 petang baru bukak. Jenuh nak tunggu.


Dek sebab kepala otak dah ting tong pi kedai aku pakai tudung terbalik. Hahahaha! Mak malu nak... ;p


Ada sorang makcik kedai tu tegur. Aku pun tengok tudung lepas tu sedaya upaya buat muka tak ada apa-apa. Padahal dalam hati dah rasa nak lari balik rumah tinggal kereta depan kedai. Muahaha!


Ingat nak jawab macam ni depan makcik tu,


'Ni trend terbaru makcik.'


Hahahaha! Macam boleh cover malu la kalau cakap cenggitu. Makcik ni pun dah nampak muka aku ni serabai je tak payah tegur. Hahaha! Sendiri paham la kepala otak aku tengah tak betul.


Ni nak sambung keja ni jangan aku tertido depan pc dah la. Tapi kan apesal mulut aku ni ikut sakit sama ek.







Tuesday, July 10, 2012

Tersadai


Assalamualaikum.

Aku la makhluk yang tersadai tu. Kat rumah. Demam setelah sekian lama tak demam. Tumpas jua akhirnya. Haha!

Nasib la abang misai ada kat penang ni. So, dia balik rumah tengokkan budak-budak. Especially, hana yang lasak tu. Malam tadi nak suruh tido pun macam nak berperang.

Amir pulak dok melalak tak mau abah dia hantar pi rumah toksu. Nak ummi hantar jugak. Kesian dia.

Ok la. Aku nak pi mandi. Laki aku balik dari hantar bebudak sat lagi. Babai!

Posted via MyAndroid

Monday, July 9, 2012

Demam dan Hana 11 Months Already

Assalamualaikum


Aku kurang sihat rasanya hari ni. Tekak sakit. Bersin berkali-kali. Hidung tersumbat. Kepala pening. Badan seram sejuk. Pasti itu adelah pakej untuk demam.


Abang Misai call dengar suara aku lain macam. Dia tanya demam ke? Aku pun tak tau nak jawab apa. Laki aku kata aku tak cukup rehat. Hmmmm.... Tak cukup rehat tapi time bila pun aku nak berehat.


Pagi tadi pun bancuh teh je. Tak larat aku nak goreng-goreng kuih segera dalam peti ais tu. Esok-esok la.


Nasib la Amir dengan Hana tak meragam. Bangun tido sengih-sengih. Tukar pampers pun Hana tak sedar. Tapi bila dah terjaga asek la nak paut kaki sebab aku dah pakai tudung. Takut kena tinggal la tu.


Dah bijak dah budak Hana ni. Dah cukup 11 bulan semalam. Apa yang dia dah pandai buat sekarang?





  • Berjalan. Even tak berapa nak stabil tapi suka nak jalan laju-laju. Semalam nak tunjuk terror pi panjat bendul tapi tak lepas tergolek. Dah melalak sekuat hati sebab tersembam cium grill.
  • Memunggah. Ini amat memeningkan kepala ummi dia. Huhuhu... Pi dapur dia punggah kabinet dapur. Dah la penuh harta karun dalam tu. Masuk bilik dia punggah almari baju dia dengan Amir. Masuk bilik Tok, pi belakang pintu punggah almari belakang pintu pulak. Rajin sangat 'berkemas'.
  • Suka mengutip. Kutip terus masuk mulut pulak tu. Tak kira apa benda atas lantai walau sekecik-kecik habuk. Pengsan woo nak kena perati 24 jam.
  • Kalau nampak tudung aku dia akan amik n bawak kat aku sambil merengek-rengek. Nak suruh aku pakai pastu bawak dia keluar jalan-jalan. Kalau dah pakai nanti dia gelak-gelak. Pandai sungguh mengajar ummi ko ye.
  • Kalau Abang Amir takde dia tak tentu arah. 
  • Kalau punggah laci tempat simpan kain buruk baru basuh mesti dia amik 1 kain buruk. Lepas tu konon-konon buat lap ingus.
  • Gigi dah 2 batang tumbuh kat bawah. Gigi atas yang dah nampak jelas baru sebatang. Tapi nampak ada lagi yang nak keluar dah gigi atas tu. Patut la sakit bila dia menggigit time menenen. Macam nak tercabut weh. Huhuhu....
  • Panjat katil pun dah terror dah. Panjat kerusi tak lepas lagi sebab kerusi tinggi. Bila tak dapat panjat menjerit geram.
  • Kalau suruh sayang nanti dia gigit pipi. Hehehe...
  • Suka berebut dengan Abang Amir. Kesian Amir asek la kena mengalah. Tapi kadang-kadang hati kering gak Amir pun. Hahaha! Bengang punya pasal.
Macam ada lagi tapi ingatan aku ni ting tong sikit sebab badan seram sejuk ni. Tak apa la, lain kali aku update lain.


Sekarang aku tengah pening nak menjawab soalan Amir bila abah nak balik. 1 hari tiap-tiap jam tanya bila abah nak balik.


Pitam~~



Sunday, July 8, 2012

Rajinnya anak ummi ni



Ini la pekerjaan budak amirah raihanah sekarang. Menolong ummi mengemas. Huuuuu...

Semenjak dah ligat berjalan ni semua tempat pun dia tolong kemas.

Pi dapur dia punggah kabinet dapur. Masuk bilik dia punggah almari baju dia dengan abang dia.

Pulak tu suka main pintu. Minah albab betui tau.

Aku rasa macam nak mangga semua almari n kabinet dalam rumah ni. Penat nak kemas weh...

Orang malas memang buat keja sikit pun dah penat n berkira.  :-P

Posted via MyAndroid

Friday, July 6, 2012

Hana Demam Dan Tak Nak Tido

Assalamualaikum


Aku menguap dah lebih sepuluh kali sejak sampai opis 7.30 tadi. Mengantuk yang amat. Semalam amik Hana dari rumah Toksu. Rasa badan dia panas. Demam ke pulak budak bertuah ni. Toksu dia pun cakap semalam dia berak sampai 8 kali. Sampai naik melecet n merah la bontot dia.


Balik-balik terus dia nak nenen. Bagi nenen terus tertido. Tapi badan panas lagi. Hana ni pernah sekali je demam. N masa demam dia memang nak bergayut sesaje. Dan kali ni pun sama. So, aku memang suspek dia demam la ni.


Time dia tido aku terus pi mandi. Pesan kat Amir tengok-tengok adik. Hehehe... Pesan kat budak umur 3 tahun kan. Memang dia tengok. Sambil usik-usik. Sampai adik dia terjaga. Abes je mandi aku masuk bilik tengok Hana tengah merengek n dah turun katil. Nasib la tak jatuh budak ni.


Oh, dia semenjak dua menjak ni dah pandai panjat katil. Siap jerit-jerit gembira la bila dah dapat panjat tu. Turun katil still aku pegang. Pandai pulak tu pusing pastu julur kaki dulu. Tapi ada sekali tu tertonggeng jugak.


Bagi dia susu n tidokan balik. Abang Amir layan diri. Kesian dia. Hana pulak dah abes 1 botol sambung bergayut. Aku pun tertido sekali. Terbangun 10.30 check pampers berak pulak. Time nak cuci tu memang kesian sebab dok menangis pedih. Sapu aloe vera pukul 3 tukar pampers lagi dah ok sikit dah.


Tapi part paling best pukul 12 Hana bangun. Aku buat susu. Pukul 2 dia bangun, buat susu lagi. Siap angkut dia ke dapur. Main la bekas garam kat dapur tu sebab aku nak salin susu dia dalam bekas.


Dan Hana tak nak tido sampai pukul 4 pagi. Pukul 4 lebih baru dia tertido lepas main-main dengan hp. Aku nak letak towel basah kat dahi pun dia tak nak. Hasilnya aku tak sempat nak buat breakfast. Aku bancuh teh n masak air panas je la. Yang ada dekat rumah tu makan je la roti. Aku ingat pagi ni nak goreng la sosej yang cinonet-cinonet tu. Idok le dapat sebab mengantuk sangat. Mata macam kena gam gajah.


Abang Misai takde. Pi keluar operasi. 2 minggu pulak tu. Aku baru pi taklimat seminggu dia dah tanya bila aku nak balik. Abes, dia kuar sampai 2 minggu ni macam mana la pulak.


K la, aku nak start buat keja. Menimbun dah tu. Tak ada masa nak rehat-rehat. Dok rumah pun tak ada masa nak rehat.


T______T



Thursday, July 5, 2012

Kena Tinggal Lagi

Assalamualaikum


Kemengantukan. Jap lagi aku nak tido barang 15 minit. Kalau sempat la. Padahal keja ni dah macam tak cukup masa dah.


Balik ni karang nak mengejar si kecik Hana pulak. Semenjak dah pandai berjalan ni asek nak berjalan je la keja dia. Semalam ke hulu ke hilir dia jalan sambil pegang plastik isi tupperware. Kejap ke dapur, kejap masuk bilik, kejap ke depan.


Lepas tu rajin benor memunggah. Sebelum tido punggah pampers dalam plastik sampai abes bersepah. Semalam ke kelmarin, punggah kain buruk dalam laci kat dapur. Lepas tu konon nak tutup laci sampai terkepit jari. Melalak la kesakitan.


Ummi tengok gelak dulu baru amik dia. Hahahaha! Tu la, dah cakap jangan main tapi buat jugak. Tu pun tak reti nak serik. Pi balik main kat laci kabinet tu.


Dan Abang Misai kena out station start hari ni. Sampai 17hb pulak dah. Adik aku nak bertunang 14hb. Kena pi sendirian berhad la nampak gayanya. Atau pun tak pi terus.


Kesabaran je la dok rumah dengan bebudak bertuah 2 orang tu.


Kesian pulak. Barang dia pun aku tak tau nak sponsor apa. Cekelat macam dah ada sponsor. Oh, aku kena sponsor cupcake red velvet. Bila pulak nak pi order nih.


Eh, dah pukul berapa ni. Jom tido kejap sebelum lunch hour abes. Hehehehe....



Tuesday, July 3, 2012

Bising Je Keja Ko Kan

Ok, aku dah la ngantuk. Banyak keja nak setel. Mata ni jenuh dah aku buntangkan.


Lepas tu pulak ada la yang call aku dok bising-bising. Apesal letak nama staf dia untuk pi kursus 8-10hb ni. Diorang ada keja lain kena buat.


Eh, hello!!! Aku hantar email tu kat ketua seksyen je kan. So, ape masalahnya. Ko tarik je la nama staf yang ko tak nak bagi pi. Lepas tu pas balik kat aku. N baru la bagitau kat staf mana yang boleh pi, mana yang kena stay opis.


Macam susah sangat pulak. Bising nak kena bincang dengan pengarah dulu la, hape la. Aku ni dah banyak benda lain nak buat. Nama tu aku nak kena submit kat jabatan yang nak handle kursus tu. Pengarah jugak yang suruh aku cari nama orang yang langsung tak pi kursus 1 hapah pun.


Kononnya kalau staf tu dapat tau yang dia dapat kursus tapi lepas tu kena tarik nanti staf bising-bising. Adoi laaa.... Takkan la staf bising pun ko tak boleh terima. Adat la tu. Nama pun bos. Takkan ko nak dapat nama baik je sepanjang masa. So, kalau tak nak buruk nanti nama aku jugak la tu naik kan.


Eh, suka hati korang la. Aku dah penat macam-macam nak kena buat. Korang banyak cekadak. Lain kali buat sendiri.


Pengarah ni pun 1 hal. Lain kali keja admin jangan bagi orang teknikal buat. Orang teknikal ni banyak hal nak pikir pastu nak kena cover keja admin pulak.


Emosi sungguh haku petang-petang ni!



Si Kecik dan Si Besar

Assalamualaikum


Macam biasa la, aku kat opis. Maklum la, wanita berkerjaya. Hikhikhik...


Lelangit aku tengah luka ni. Apehal tah. Apa la yang aku tokak sampai boleh luka. Macam ala-ala bengkak gitu. Ni kalau makan coklat memang boleh meleleh air mata kepedihan ni. Jadi, sila elakkan coklat. Dan makanan pedas juga. Atau merana la kamu sendiri.


Nak bagitau, Hana dah pandai jalan. Yeaayyyy!!! Tepuk tangan untuk anak dara saya yang sekarang ni berusia 10 bulan lebih. 8hb ni cukup 11 bulan. Macam cepat je dia besar. Isk...


Gambo adik manis tu dalam hp. Malas aku nak masukkan. Sat lagi kalau free *ada ke free time* aku up la sekeping dua.


Dan Abang Amir semakin petah. Mengenakan orang pun pandai jugak.


'Ummi, kenapa lori ni berhenti?'


Masa tu Amir tengah main lori mainan dia. Tengah tolak-tolak dia stop. Lepas tu tanya aku macam kat atas tu.


'Mana la ummi tau. Lori Amir rosak ke?'


'Tak la. Lampu merah la ummi. Kena la berenti. Apa la ummi ni.'


T_______T


Sabor je la ummi dia terkena dek budak bertuah ni. Huhu...


Ok, sambung keja sekarang.



Monday, July 2, 2012

Ributkah Di Luar?

Assalamualaikum


Hari ni hujan lebat yang amat. Macam ribut je kat luar tu tadi. Sampai bocor bilik aku ni haa... Dah la bocor tang wayar-wayar yang berselirat. Tak pasal je kejung kena renjatan elektrik pulak.


Weekend aku tak ke mana. Sabtu, pagi-pagi buta aku dah bangun goreng nasi. Masak lauk tengahari. Nasi aku masak pukul 9. Sapu sampah, basuh kain. Malam tu aku pengsan awal.


Ahad pulak melepak rumah kakak aku. Pagi tu lepas jalan kat tasik konon jogging la kan hahahaha! Padahal jalan sambil tengok orang berjogging. Lepak sampai petang.


Tu je la yang aku buat time weekend. Oh, Jumaat lepas aku menyinggah pasar. Kan ke tergedik nak makan sup ikan merah. So, mencari ikan la kita. On da way balik bertentang mata dengan Fizo Omar gitu.


Hensemnyeeeeee dia..... Waaaahhhhh.....


Dia buat rakaman rancangan bazar ramadhan. Aku musykil, bazar Ramadhan apekejadah la diorang nih. Tak kena langsung oke. Pasar malam tak sama dengan bazar ramadhan.


Ok la, aku banyak keja nak buat ni. Badan dah cukup letih. Tapi sila la bertahan. Maklum la, buat keja pun orang kata malas inikan pulak tak buat keja. Ye tak?


Lain kali aku sambung.