SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, March 22, 2011

Risau Yang Teramat

Assalamualaikum

Aku tak ada semangat pagi ni. Semalam aku EL. Sebab badan tak berapa nak sihat. Hari ahad keja asek rasa nak pitam je. Jalan pegang-pegang dinding. So, melepak kat kampung. Tapi timbalan hangen 1 badan. Eh, diktator ok timbalan baru ni.

Isnin pulak pagi-pagi bawak Amir pi klinik. Cucuk sebulan setengah. Nak amik berat dengan tinggi dia macam nak pi berperang. Sampai ke sudah aku pujuk dia tak nak ukur tinggi. Terpaksa la nurse guna tapi tape ukur dari kaki ke kepala. Halahai....

Lepas tu time cucuk. Nangis meraung 1 klinik boleh dengar. Lepas cucuk dia ok. Aku balik singgah rumah mak aku. Dia main dengan sepupu dia Fik n Yana.

Balik dari klinik dalam pukul 11. Pukul 1 aku tengok dia macam dah lalok-lalok sebab lepas cucuk terus bagi ubat paracetamol syrup tu. So, bawak balik rumah. Badan dah macam dedar-dedar panas tu.

Balik tu dia still ada selera makan. Makan cucuq seketul n nasik 3 suap. Dia berak pulak. Basuh berak n bagi susu terus dia tido.

Aku pun membongkang sekali tepi dia. Dalam 3 lebih Amir terbangun. Usik-usik aku. Rasa-rasa badan dia panas betul. Check suhu dah 38 degree. Aku dah risau. Amir tarik tangan aku suruh peluk dia sebab dia takut bunyi guruh. Hujan lebat gila petang tu.

Sepanjang dari pukul 3 tu peluk dia sampai pukul 4. Bagi susu semua tak nak. Nak peluk je. Aku bangun pi amik ubat bagi dia makan. Memang bersilat la tapi nak tak nak kena bagi jugak. Reda sikit panas.

Abah dia balik dalam 4.30 dia dah sengih-sengih. Bagi makan keropok n minum susu. Abes la 3 keping keropok. Tapi 1 je yang merisaukan. Kaki yang kena cucuk tu dia tak bagi orang bengkokkan. Asal usik je melalak. Patut la dia baring kaki yang kena cucuk tu tegak je.

Angkat dia duduk dia nangis. Suruh berdiri pun tak nak. Abah dia paksa jugak suruh jalan sikit-sikit. Haram tak mau. Merengek je.

Dalam sejam lepas tu badan dia naik panas balik. Panas sangat la. Dia lembik n tido balik. Aku just lap-lap badan dia dengan towel basah. Dok aje la tepi dia tengok dia tido. Tapi tetiba dia macam tersentap-sentap. Aku dah risau gila. Kejap-kejap badan dia cam gigil-gigil. Macam tanda sawan je.

Malam semalam pukul 8 terus hangkut pi klinik dalam taman tu jugak. Doktor pun musykil. Sebab Amir langsung tak nak orang pegang kaki dia. Badan panas menggila. Doktor kata selalu budak cucuk tak macam ni. Demam pun tak teruk. Nak kata salah cucuk doktor kata dia rasa ok. Just bengkak sikit kat tempat cucuk tu. Bila aku cakap Amir tersentap-sentap dia pun dah suspek takut sawan.

So, masuk ubat bontot. Nangis je dia.

Semalam jugak aku kena balik Shah Alam. Berat hati sangat nak tinggalkan dia macam tu. Dah la dia nak aku peluk je.

Pagi-pagi pukul 4 Abang Misai sms. Kata suhu Amir cecah 39.4 degree. Pukul 6 sms lagi kata badan Amir sentap-sentap lagi. Aku dalam tren dah rasa macam nak tercabut jantung. Rasa nak terbang balik Penang time tu jugak. Rasa nak suruh tren patah balik pun ada.

Ni pun Abang Misai EL. Kaki Amir still kalau gerakkan dia nangis-nangis. Aku dah risau macam hape ni. Dengan semalam dapat call dari opis kata timbalan marah-marah la. Ape la. Kalau dah rasa nak sangat capai target buat keja tu sekali dengan kitorang boleh tak? Ni mulut je bising. Dia sesedap cuti tak apa.

Sedihnya hati ummi. Rasa bersalah sangat tinggalkan Amir macam tu.

:(:(:(

2 comments:

Intan and The Boys said...

kesiannya amir. aku risau ni. esok khalish cucuk setahun setengah jugak.

risau la dgn kaki dia tu. plus dia asik sentak2. ishh...risau!

ejaMaria said...

siannye Amir... ni la akak risau klu bawa gi klinik k'jaan... bab cucuk2 ni slalu akak tak konfiden... klu bole bawa Amir gi pakar kanak-kanak... mmg la kena bayar mahal sikit... tp at least terjamin sket dgn doktor pakar kanak-kanak... utk bab 'cucuk' je la...

ni kaki dia dah sakit... tuam tak tmpt cucuk tu... tuam la bagi kurang bengkak... pastu bawa gak gi klinik utk check yer... sakit sangat gak nye tu... :(