SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, March 18, 2011

Hari Ni Jumaat

Assalamualaikum

Hari ni dah Jumaat. Abang Misai dah abes kursus. Petang ni on da way la dia ke Shah Alam. *senyum.. senyum...*

Harus la gembira. Jumpa suami tercinta. Ngehngehngeh... Macam gatal pun ada. Huahaua!

Amir pulak hari ni last dok dengan ummi kat sini kan. Sob.. Sob.. Dengan keletah dia yang kadang-kadang naik geram jugak menengoknya. Tapi selalunya menggelikan hati. Penghibur duka lara ummi.

Tu pun dok sibuk berlari sana sini dalam opis ni. Orang pun dah tak heran dengan dia. Asal balik bilik je bawak coklat, kerepek, jajan. Macam-macam. Pulak tu langsung tak takut orang dah. Selamba je masuk bilik orang. Hahaha!

Hidung aku ni kembali kronik pulak. Semalam batuk adelah mencabar ye. Time tu dah terlelap sebelah Amir yang memang keletihan tu. Tetiba pulak gatal gila rasa tekak. Dah geram sangat bangun-bangun terus pi dapur cari kicap. Buat macam petua Intan bagi. Makan sesudu kicap campur dengan limau nipis.

Dengan izin Allah, Alhamdulillah malam semalam tido aku tak ada batuk yang mengganggu. Terkebil-kebil jugak la muka nak mengabeskan sesudu kicap. Heheheh... Kicap lemak manis Jalen la jadi mangsa. Botol kicap pun baru bukak semalam ok. Hari ni ada la batuk sikit-sikit. Tapi hingus pulak tak berenti meleleh ni.

Ok la. Aku nak sambung buat keja. Ada 2 memo nak kena buat. 1 surat. N nak settlekan kes yang sampai mati pun tak abes-abes.



 

1 comment:

Intan and The Boys said...

kagumnya aku petua yang aku bagi alhamdulillah jadi ye. ko take care eh. demam masa pregnant adalah sangat mencabar.