SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, March 30, 2011

Aku Tak Reti Masak Rendang Wehhhh

Esok pot luck. Aku dah menggelupur. Sebab dalam list tu aku bawak nasi impit dengan rendang ayam.

Untuk pengetahuan anda semua saya adelah tak pernah masak rendang. Selalu time raya sebelum kawen adelah tugas kakak aku yang masak menda alah tu. Aku masak lodeh, kuih raya, karamel tu semua bagi je la kat aku.

Time dah kawen pulak keja aku adelah mengangkang makan aje. Huahuahaua! Keji ok. 1st raya bersama suami aku dalam pantang beranakkan Amir bertuah. So, keja aku tolong makan je. Ngehngehngeh...

Raya tahun kedua pulak aku balik 2 hari sebelum raya kot. Tak ingat pulak. Aku kan dok jauh dari laki dengan anak dengan family. So, balik adelah tido berdengkur bangun-bangun tengok mak mertua dah siap masak semua. Perangai menantu yang keji.


Tapi mak mertua aku sepanjang raya sekali dengan dia ni tak pernah la dia masak rendang. Masak kari ayam dengan kuah kacang. Aku tak masuk la kuah kacang ni. Tak suka. Tapi makan nasi impit dengan kuah kari tu kira dah besar rahmat la tu.


Raya tahun ni nampak gaya aku dalam pantang lagi la.....

Setakat masak kari ayam reti la aku. Kurma ayam ke. Ayam goreng kicap ke. Rendang tak pernah masak oooo....

Bila tanya akak aku kata dia masak rendang la paling senang. Ko campak je semua lepas tu ko pi la buat apa ko nak. Jangan tido sudah. Mau hangit rendang tu kalau tak sedar dari tido. Atau pun ko rentung bersama rendang.

Aku pun gigih menggoogle resepi rendang ayam yang paling senang sekali di alam maya. Nampak macam boleh je aku buat ni. Hahahaha! Perahsan ok.

Petang ni misi mencari bahan. Cari kat kedai runcit je sudah.

Sedap tak sedap belakang cerita. Asalkan aku bawak rendang. Tak sedap dok makan diam-diam jangan komplen. Kalau sedap sila puji. Muakakakaka!


Rasa-rasanya menjadi tak rendang aku malam ni. Huhuhu...







2 comments:

ejaMaria said...

nak lagi senang ?
beli perencah rendang jenama Maggi / Adabi / Chef Wan / Nona... ada banyak lagi brand... sila semak kat rak Giant / Tesco / Carefour... hehehehe... tinggal nak sedap lagi extrakan kerisik serta santan... jgn lupa hirisan daun limau purut dgn daun kunyit... sure jadik lah...

mrzn said...

Bukak jer TryMasak, step by step lg video dia..
Caiyok Pn. Amiys..huhuhu