Baru je niat nak pi klinik tu hari Khamis. Dah tergendala lagi.
Meeting kat HQ pulak baru hari ni tau ye. Elok je surat landing atas keyboard aku time aku tak ada dalam bilik tadi.
Sebenarnya yang kena pi pengarah. Tapi dia wakilkan kat timbalan. Yang timbalan pulak usung aku. Biasa la. Takut tak boleh jawab soalan. Asal ada je nama sistem tu memang muka aku ni la kena tala pi. Diorang takkan pi sorang punya.
Ye la. Dah semua tak tau apa-apa. Tapi bila bagi cadangan tak nak terima pulak. Tetiba diorang pulak jadi macam lagi terror dari aku pasal sistem tu.
Meeting petang Khamis pulak yang present bos kecik. But for sure aku kena ada kat sebelah. Takooot la dia tak boleh jawab soalan kan. Memang selalu gitu la. Ayat dia akan macam ni ye,
'Awak kena ada. This is ur baby.'
Abes kalau dah baby aku bukan ke tu cucu ko. Kalau cucu betul sakit sikit dia yang cuti terlebih-lebih. Ni tak nak pulak amik tau ye.
1 comment:
asyik meeting... bila nak buat keje kan...
sangat malas nak attend meeting :(
Post a Comment