SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, January 14, 2011

Boleh Ke Nak Ulang Alik If Dah 30 Weeks Preggy?

Ye lupa nak cerita.

Semalam kan aku checkup kat gomen. Sebab aku pernah ada kes caesar maka doktor dengan berbesar hati nak jumpa aku.

Doktor tanya la apesal kena caesar semua. Aku ni sebenarnya agak confuse dulu apesal aku kena caesar. So, aku siap-siap bawak buku merah lama terus tunjuk aje kat doktor tu. Tak membazir air liur aku nak cerita panjang lebar. Hahahaha!

N doktor tanya aku dulu bersalin kat mana. N kalau yang second ni nak bersalin mana. Ofkos la aku nak bersalin kat kampung. N sebab pernah ada kes aku tak rasa hospital kecik nak terima aku. Confirm kena pi jugak hospital aku bersalinkan Amir dulu.

Dah doktor kata aku cukup 30 weeks je dia akan refer aku ke hospital kat kampung. Sebab senang boleh prepare awal.

Huiiii... Kalau aku dah dapat tukar aku agak gembira ye mendengar perkhabaran tu. Tapi kalau 30 weeks aku still tercangak kat Shah Alam ni apa cer???

Terus terbayang aku dengan perut boyot kena balik kampung every weeks untuk checkup. Rasa nak nangis je.

Takkan nak amik cuti pulak. Lama tu nak cukup kan due tu. Kalau la baby betul-betul nak cukup 40 weeks maka ada 10 weeks lagi. 10 weeks = 50 hari. Hoiiiii... Lama gila nak amik cuti.


Tolonggggg la HQ bagi aku pindah cepat-cepat sebelum aku ni pengsan tengah jalan.





1 comment:

mama_fatin said...

byk2 berdoa dipermudahkan bersalin tau..

hawa ari tu pun, fatin kene ceaser..pastu wani lahir genap setahun lepas tu..and lucky boleh bersalin normal..

byk2 berdoa dan bersabar k..Tuhan tu maha mengetahui yang terbaik untuk hambaNya..