SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, January 27, 2011

Orang Lain Sedap Berjimba Tapi Suruh Aku Keja. Bagus Betul kan.

Weekend ni opis aku buat family day. Tapi aku tak pi la kot kan. Sebab laki dengan anak aku tak ada kat sini. Diorang pulak bagi bawak family induk je. Kalo bawak adik beradik sepupu sepapat segala bibik ko nak angkut bayar sendiri duit hotel tu. Apekah gunanya family day itu kalau laki dengan anak aku jauh di mata.

Dan dengan tetiba pulak ada 1 program bermesraan dengan rakyat. N dijemput la bahagian aku yang memang kena bermesra dengan rakyat ni untuk bukak kaunter pendaftaran. Dalam surat jemput bukak kaunter je k.

Dah la timbalan dengan arahan diktatornya kata aku kena bagi arahan dekat anak buah aku suruh pi jugak function tu. Jangan tanya siapa yang boleh pi tapi pilih nama n bagi arahan suruh pi. Takut jadi isu. Padahal semua pun nak join family day. Kalau korang buat family day dekat belakang opis tak apa la. Ni buat kat PD nun. Korang tak rasa aku ke yang bakal kena maki kalau bagi arahan cenggitu. Orang lain bersuka ria kita kena keja atas paksaan.

Aku serius dah malas nak pi pendaftaran ntah apekejadah ni. Sebab bila aku mintak cuti ganti untuk aku keja hari minggu sebab nak simpan cuti rehat aku tak nak pulak dia approve. Mau aku tak sakit hati. Ni paksa-paksa aku pulak. Dia sendiri tak nak turun padahal ada menteri turun. Memang buat aku lagi membara la.

Lagi best aku ingat nak la pi kejap je pendaftaran tu then dalam 2-3 jam boleh la balik. Bila aku call tanya pasal kaunter tu tetiba je orang yang handle tu kata kena turun dari rumah ke rumah sekali. Harghhhhh!!! Tak ada dalam surat ok. Ko nak suruh aku mencarut ke hape????

Menteri pulak pukul 3 baru datang. Abes, kalau aku datang pukul 10. Dengan harapan nak balik tengahari tapi menteri datang pukul 3 ko rasa aku boleh blah macam tu je ke? Pasti la tidak ye. Kena la tunggu menteri datang pulak.


Aku dah penat la. Penat! Penat! Penat!


Dah la orang lain happy-happy dok main pasir berkaraoke melalak segala kat PD tu. Aku kena suruh keja. Konon kalau dah stay 3 jam blah la dari situ n boleh la berjimba kat PD *cadangan orang yang bagi arahan tu la*. Cakap senang. Lepas tu bila aku mintak cuti ganti tak bagi. Suruh amik cuti rehat. Baik aku tak payah pi keja weekend. Pi balik tengok anak dengan laki aku lagi bagus.


Ko ingat aku robot ke?





4 comments:

iNtAn aIzaN said...

aduh ksiannyer Amiy's

mmg tak de hati perut+pankreas skali bos awk tue

tuelah realiti kan..kite keje bgai nak giler
org lain senang suruh2 jer

:( Erm, sabar k

ejaMaria said...

balik la tengok anak ngan suami... kerja didahulukan... keluarga diutamakan... ok gitu... ;p

cik1356 said...

ko tweet kat najib. ari semalam selamba aku tweet kat dia. lantakkan aje. takkan nak isa kan aku kot?

Lovely Bella said...

sbar.. pasti ade hikmah di sebaliknye.. :)