SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, January 18, 2011

Kenapa Korang perlu Nak Melawat-Melawat Ni

Baru aje nak legakan tekanan tetiba masuk emel dari HQ. Nak buat lawatan flying squad apekejadah. Harrrgghhhh!!!!

Hari Jumaat depan pulak tu. Siap suruh sediakan pengangkutan dan menyelaras jemputan segala bagai sebab nak buat lawatan ke rumah orang sekali.

Confirm la lawatan tu cuma nak cover bahawasanya mereka nak pi berjalan-jalan. Ohhh... Jangan ingat aku tak tau.

Dah aku pulak nak kena jadi pengiring. Aku tengah meloya sepanjang masa ni. Ada aku muntah atas korang karang.


Aku dah la tak ada motivasi dah nak keja. Aku dah la tekanan perasaan melampau sekarang. Nak berfikir pun aku dah tak boleh. Kalau nak datang melawat nak tanya khabar aku yang dah macam sakai ni tak apa la jugak.


Karang tetiba datang kena fire. Memang sakit la kepala otak aku.